Malam ini ada sesuatu yang aku rasakan aku perlu untuk luahkan dan nyatakan apa yang terbuku di dalam hati ini. Perkara ini jarang aku pertuturkan pada sahabat-sahabat kecuali yang aku rasa boleh untuk aku muzakarahkan maka baru aku akan buka topik seperti ini. Sebabnya dalam topik sebegini ianya memerlukan keterbukaan dalam penerimaan apa yg bakal aku utarakan. Terus terang aku nyatakan sebetulnya aku bukan ahli untuk mendetailkan apa yang bakal aku kemukakan tetapi bagiku memadai dengan apa yang aku faham untuk aku amalkan dalam pengamalan ibadah seharian.
Sepanjang aku mengikuti pengajian kuliah agama (open universiti – kuliah2 di msjid dan juga internet) aku dapati dalam konteks ibadah ini aku wajib ikut cara yg ditunjukkan oleh Nabi saw. Jika selain daripadanya walaupun bagi kt baik, tetapi jika tiada petunjuk dr Nabi saw pastinya ianya tak akan diterima walaupun dgn keikhlasan yang tulus dari hati. Contoh perumpamaannya cuba kita tengok para-para sami Buddha, hindu, paderi dan sebagainya. Walaupun niat mereka ikhlas, bersusah payah kerana agama untuk dekatkan diri pada Tuhan tetapi cara mereka salah dan tidak mengikut seperti yang ditunjukkan oleh Nabi maka pastinya ia ditolak.
Islam sebenarnya berdiri atas dalil dan nas Al-Quran dan Hadith Nabi saw. Itulah dua sumber utama kita umat Islam yang mana andai kita pegang dengan kuat umpama gigit dengan gigi geraham, InsyaAllah kita akan selamat di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Sepatutnya kita pegang ini untuk kita buat pengamalan dalam pengibadahan kepada Allah. Andai kita tidak tahu, kita perlu merujuk kepada orang yang lebih tahu. Tu formula asas dalam menunut ilmu. Pastikan apa yang kita dapat tu mmg sahih ada sumber rujukan, maka kita akan lebih bersemangat untuk beribadah sebabnya kita tahu cara kt itulah cara sebenar sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi saw.
Apabila aku cuba untuk amalkan sunnah ini dalam erti kata yang sebenar, kadang-kadang orang sekeliling sesetengahnya memandang pelik. Sebagai contohnya adakalanya dalam pengamalan solat cara qiam mengikut sunnah adalah di atas dada, kemudian semasa tahiyat boleh juga digerak2kan jari telunjuk atau terus diangkat dari mula pembacaan dan sbgnya. Ini antara sahih cara yang ditunjukkan oleh Nabi kerana sabdaan Nabi, “Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat." Sebagai contoh lain pengamalan baca Yasin malam jumaat yang mana lebih menepati sunnah adalah pembacaan surah Al-Kahfi. Sama juga dgn pengamalan pembacaan Yasin 3X dan juga doa akhir dan awal tahun tak ada tsabitnya dari Nabi saw. Kalau kita berbicara dengan orang-orang tertentu pastinya ada sesetengah tu masih nak pertahankan dengan pelbagai hujah dan alasan. Siapa la aku untuk aku hujahkan semua tu, kerana sememangnya pengetahuan aku amat-amat terhad tentang ini. Tetapi setakat mana yg boleh aku usulkan pada kenalan-kenalan akan aku nyatakan pada mereka sebagai contoh boleh baca Yasin malam jumaat, tapi jangan sampai i'tikad pembacaan Yasin itu datang dari Nabi saw dan dijadikan amalan rutin. Padahal surah Yasin juga boleh dibaca di hari-hari lain dan di masa-masa yang lain. Sebabnya besar kesalahan seseorang apabila meletakkan sesuatu bersandarkan Nabi saw padahal ianya tidakbenar sama sekali. Dalam sebuah hadith mutawathir, Nabi saw besabda, "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Kadang-kadang banyak pengamalan kita yang selama ini aku rasakan memang bersumberkan agama lebih kapada pengamalan adat semata-semata. Mungkin ada istilah yang lebih sinonim untuk ini (tak perlu aku nyatakan), tapi bagiku sepanjang apa yg aku belajar jika sesuatu itu Nabi saw tinggalkan dan tiada apa yang melarang baginda dari melakukan tetapi baginda tidak melakukan, itu lebih menepati sunnah dalam ibadah.
Bagiku semua ini bukan tujuan untuk aku berbalah dengan masyarakat sekeliling, sebab bagiku ukhwah persaudaraan itu lebih penting dan dianjurkan dalam hubungan sesama muslim. Biarlah kita lebih bersederhana dalam sesuatu perkara yang mana kita tak perlu terlalu taksub dengan sessuatu perkara walaupun ianya datang dari org alim tetapi andai perkara itu tiada sandaran pasti ianya boleh kita terima mahupun kita tolak. Sepertimana seorang pernah bertanya kepada Imam Ahmad tentang mengikut fatwa seseorang. Maka dijawab oleh Imam Malik, setiap pendapat dan pandangan orang boleh kita terima dan kita tolak kecuali apa yang keluar dari mulut dan perbuatan tuan empunya kubur (menunjuk kepada kubur Nabi saw). Dalam konteks ini apa sahaja yang datang sahih datang daripada Allah dan Rasul, sami’na waata’na (aku dengar dan aku patuh). Dalam perkara ini juga Imam kita yakni Imam Syafie juga pernah menuturkan yg membawa maksd, andai apa yg sahih daripada Nabi saw itulah fatwaku dan andai apa yang aku fatwakan tidak menepati daripada sunnah Nabi saw maka campakkanlah ianya ke dinding dan berpeganglah kepada hadith yg lebih sahih.

....~....
Biarlah apa orang nak gelarkan aku dengan gelaran yang bukan2 (akan aku detailkan dalam keluaran yang akan datang). Tapi yang pasti apa yang aku buat paling kurang aku mempunyai asas dan sumber. Mungkin sesetengah tu berpendapat inilah kaum muda zaman kini yang mula nak tunjuk pandai dan sbgnya. Mmg org mcm aku ni jauh dhaif sgt dlm bab agama ni, jauh skali nak tunjuk pandai. Astaghfirullahal 'azim. Tetapi apa yang pasti biarlah apa yg dilakukan, aku punyai sandaran. Apabila bertemu dengan Allah nanti bila disoal dari segi pengamalan akan aku katakan apa yang aku perbuatkan adalah mengikut sepertimana yang telah pesuruhMu sampaikan dalam risalah yang dibawanya. Paling tidak yang pasti aku nantikan adalah syafaat daripada Rasul junjungan di alam yg tiada siapa mampu bagi sebarang syafaat (pertolongan)apa2 kecuali dengan izin Tuan Empunya Alam Semesta ini, Rabbul Jalil.
Mungkin dalam konteks peneranganku ini antara kedhaifanku tidak aku nyatakan sumber rujukan khusus untuk topik permsalahan ini. Tetapi yang pasti sepanjang ikutan pengajian sunnah perkara seperti ini amat-amat dititik beratkan. Moga apa yang aku nyatakan di sini ada manfaat yang mungkin sikit sangat untuk aku kongsi bersama dengan kalian semua.
Seorang orang alim pernah mengatakan, orang yang belajar agama tak sama dengan orang yang faham agama. Alangkah beruntung bagi siapa yang belajar agama dalam masa yang sama dia faham kehendak agama dalam erti kata yang sebenar. Bagi sesiapa yang kurang ilmu agama tak semestinya dia itu tak faham kehendak agama, tetapi memadai dengan ilmu yang sedikit itu dia amalkan dan ianya menepati seperti kehendak syarak. Orang yang dikasihi Allah adalah orang yang Allah faqehkan dia dalam pemahaman ilmu agama ini untuk dia amalkan dalam penghidupan.
Yang pasti segala yang baik dan buruk semua datang daripada Allah dan asbab kelemahan diri ini dalam penyampaian sikit ilmu yang ada untuk disampaikan walaupun sepotong ayat...

6 comments:
Salam...semoga sentiasa tenang meniti hari dan semoga dengan kesungguhan yang mendalam.
insyaAllah.
Salam...
Jazakallah ya ukhti. Sesungguhnya ketenangan itu milik Allah yg Allah kurniakan kpd hamba2Nya. Moga ana tergolong dlm kalangan yg mendapat ketenangan itu, InsyaAllah.]..
saya teman "kawan" yang kamu jumpa di pwtc satu hari dulu. Jangan bersedih ya.
sentiasa berfikir, bahawa, dalam diri kita apa yang berlaku sentiasa ada hikmahnya.
Syukran..
Setiap yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi yg adakalanya kt tak ketahui. Kdg2 apa yg kt rasakan baik itu sebenarnya tidak bg kt, dan adakalnya yg kt rasekan tak baik itu sebenarnya baik bg kt. hnya pdnNya kt berserah dri...
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
InsyaAllah, andai kt masih tetap atas A-Quran dan Sunnah pasti kt tak akan sesat utk selamanya. Janji dr Nabi saw itu yg pasti...
Post a Comment