Malam ini sebuah topik yang agak berat yang ana akan lontarkan. Ini antara kupasan apa yang ana dapat kutip dari isi kandungan kuliah Al-Fadhil Ustaz Halim Hassan yang ana simpan dalam bentuk mp3 dalam laptop ini. Setiap butir kupasan adalah merujuk kepada apa yg dikuliahkan. Beberapa perkara penting telah ana dengar berulang-ulang kali dan dicatatkan dalam bentuk penulisan ana malam ini. Disebabkan agak panjang ana pecahkan kepada 2 sesi. Moga ada manfaatnya untuk diri yang menulis dan juga sesiapa yang mengikuti. Sesetengah daripada sahabat-sahabat ana, ada ana titipkan dalam bentuk cd mp3 untuk didengar dengan lebih jelas. Kitab yang diperbincangkan adalah merujuk kepada kitab 40 Hadith Akhir Zaman. Kupasan yang ana nukilkan adalah mengikut apa yang ana paham dan dinukilkan dalam bentuk penulisan dan yang pasti tak semestinya sama sepenuhnya seperti penerangan yang disampaikan al-ustaz. Mungkin juga dari segi huraian tidak tersusun, sebabnya ana ambil dari turutan huraian kuliah. Ini antara isi kandungan kuliah tersebut.
Dua keadaan Nabi saw tengok syurga dan neraka secara langsung yakni semasa isra’ mi’raj dan juga semasa solat gerhana di mana ketika itu kematian anak Nabi yakni Ibrahim. Dalam msa yg sama umat pada zaman itu percaya dengan keadaan alam yang mempengaruhi kehidupan dan merujuk kepada kematian anak Nabi saw maka terus berlakunya gerhana. Di sini Nabi saw ingin menangkis salah tanggapan semua itu dengan mengatakan apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah dan tiada apa yang boleh untuk dinisbahkan dengan berlaku sesuatu musibah. Andai berlaku sekalipun pastinya ianya merupakan secara kebetulan semata-semata.
Semasa solat gerhana tersebut, Nabi bergerak maju ke depan sambil tangan menggapai sesuatu.

Kemudian Nabi berundur berapa langkah ke belakang. Selepas solat Nabi berkata kepada para sahabat tentang tindakan yang dilakukan baginda. Allah telah menzahirkan di depan aku keadaan syurga dan neraka. Allah zahirkan pohon dan buah dari syurga dan aku cuba capai utk aku tunjukkan pada kalian keindahan sebenar buah syurga itu. Kemudian Allah zahirkan pula neraka di depan mataku dan aku berundur untuk elak percikan api neraka tersebut. Dalam masa yang sama aku melihat dua manusia yang diazab dengan dasyat yakni sohibul mehjan (orang yang curi duit jemaah yang melakukan haji) dan juga sohibul hirraq (merujuk kepada hadith perempuan yg mendera kucing sehingga mati yaga mana sebanyak mana dia beramal, dia tetap dicampakkan ke neraka asbab brlaku zalim kepada haiwan – secara umum jg utk semua org).
Doa orang yang kena zalim ini sangat mustajab. Orang yang kena zalim antara dia dengan Allah tiada hijab. Tak kira dia itu orang Islam, orang kafir sekalipun andai dia dizalimi, doa dia pasti Allah akan pandang dan pastinya orang yang melakukan kezaliman akan dibalas tak esok lusa, tak lusa tulat, tak bulan depan tahun depan dan yang pasti dia akan terima dengan apa yang dilakukan. Bagi siapa yang cenderung kepada orang zalim juga dilarang.
Dalam syarah fathul bari dan syarah muslim Nabi saw mengatakan aku melihat di dalam syurga ini ramainya adalah di kalangan orang yang faqir. Ini kerana asal syiar Islam naik adalah kerana orang-orang yang faqir ini banyak membantu dan ianya sebagai motivasi untuk mereka berbanding dengan mereka yang lebih berada agak kurang dalam bab ini semasa awal kebangkitan Islam.
Nabi juga bersabda di mana sesungghnya ramai di kalangan penghuni neraka adalah kaum wanita. Antara dua faktor utama penyebabnya ialah kerana dia tak redha dgn pilihan Allah utk dirinya yakni tidak berlaku taat pada suami dan juga antara penyebab lain adalah pembawaan mulut.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan"..(49:6)
"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta Yang nyata".(24:12)
Sebagai seorang mukmin sepatutnya apa jua berita yg dtg tak kira dari mana sekalipun andai dengan hanya mendengar kita tidak boleh terus mempercayainya tanpa kita melakukan penyelidikan akan kesahihannya. Kenapa kita tidak boleh berbaik sangka sesama kita sebelum kita buktikan kebenaran dari apa yg diberitakan itu. Itu adalah berhubung dgn ayat Quran yang di atas.

`...
* bersambung..........
No comments:
Post a Comment