Tuesday, June 7, 2011

Al-Quran Terjemahan Prakata Beserta Ringkasan Tafsir

Satu perkongsian untuk teman-teman yang berminat untuk mendapatkan Al-Quran beserta terjemahan prakata dan juga rumusan tafsir at tabari dan juga tafsir ibnu kathir untuk setiap halaman muka surat. Ianya turut mengandungi asbabul nuzul ayat dalam setiap halaman, hadith sahih, doa dan zikir, khazanah pengetahuan dan juga kosa kata bahasa arab. Walaupun hakikatnya tafsir yang diberikan mungkin agak ringkas paling tidak sedikit sebanyak pemahaman berkaitan dengan apa yang cuba disampaikan baik bagi permulaan. Bagi sesiapa yang pernah membaca Al-Quran tajwid yang hurufnya diwarnakan mengikut hukum tajwid, Al-Quran ini juga dicetak sedemikian untuk memudahkan pembaca lebih mudah untuk mentajwidkan pembacaan.


Yang menariknya dalam naskah ini disertakan juga satu disertakan satu VCD penerangan tentang pembacaan Al-Quran. Walaupun ianya disampaikan dalam bahasa indonesaia penulis rasa ianya tidak terlalu sukar untuk kita memahami apa yang cuba disampaikan. Ianya baik untuk pemula juga kerana diajar sebutan setiap huruf umpama bacaan iqra’. Disamping itu ianya juga disertakan ayat al-matsurat dan juga risalah berkaitan dengan sirah nabawiyah dalam bentuk peta ringkas. Secara tidak langsung kita boleh mengetahui keadaan melalui peta yang dilampirkan akan sirah perkembngan Islam di bumi para anbiya'.


Penulis perolehi senaskah dengan harga RM120.00 sahaja. Ditempat lain penulis tidak pasti harganya kerana dahulu harga untuk Al-Quran terjemahan prakata yang sama tanpa tafsir dan lain-lainnya berharga RM150.00. Bagi sesiapa yang ingin dapatkan mungkin boleh berhubung dengan penulis untuk dapatkan dengan harga yang sama (tanpa sebarang komisyen, insyaAllah). Tetapi tertakluk kepada teman-teman yang tinggal di kawasan lembah klang sahaja sebab mudah untuk penulis sampaikan.


Boleh layari laman sesawang berikut utk penjelasan yang lebih.

http://www.quransyamil.com/index.php?ref=masri87











Friday, June 3, 2011

~..Sunnah – Kesatuan Ummah atau Pemecah Belah Masyarakat..~


Sebagai seorang anak muda pada zaman ini sebenarnya banyak kecelaruan pemikiran yang telah dirempah ratuskan dalam pemikiran muda mudi khususnya apabila melibatkan perkara agama. Hinggakan ada yang mengatakan andai kita mendalami pasti lebih susah nak faham, lebih baik jadi orang awam yang mengikut sahaja apa yg telah diamalkan selama ini. Ini kerana pastinya berbagai bentuk pemikiran, pembawaan dan pengkhususan yang dibawa oleh golongan agamawan yang menjadi tempat rujukan masyarakat umum berbeza-beza antara satu sama lain.

Pernah satu ketika penulis bertanyakan kepada seorang orang alim tentang persoalan ummah. Umat Islam ini berkiblatkan Kiblat yang satu, agama yang satu yang diwahyukan kepada Nabi SAW, berTuhankan Allah Yang Satu (Esa) tetapi bagaimana boleh berpecah belah tidak dapat bersatu? Orang alim tersebut menjawab,”Kita pada zaman ini beriman akan yang sama dengan umat yang dahulu dan Al-Quran yang sama yang tetapi umat kini telah mentafsirkan akan AL-Quran ini mengikut hawa dan akal mereka semata tidak sepertimana yang difahami oleh umat-umat yang terdahulu akan asbab dan maksud ayat yang diturunkan itu. ”


Ahlus Sunnah Wal Jama’ah

Apa yang penulis nak cuba nukilkan di sini adalah berkaitan manhaj atau penggolongan diri dalam beragama. Sememangnya semua akan mengatakan yang mereka itu adalah Ahlul Sunnah wal Jamaah. Tidak kira apa jua prinsip yang dipegang masing-masing akan mengkategorikan mereka itu adalah Ahlul Sunnah wal Jamaah.

“Telah berpecah kaum Yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan ; dan telah berpecah kaum Nashara menjadi tujuh puluh dua golongan; sedang umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, semuanya akan masuk neraka kecuali satu. Maka kami-pun bertanya, siapakah yang satu itu ya Rasulullah? ; Beliau menjawab: yaitu orang-orang yang berada pada jalanku dan jalannya para sahabatku di hari ini” [HR. Tirmidzi].

Namun lihatlah, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam mengabarkan bahwa ada 1 golongan yang selamat dari perpecahan yaitu orang-orang yang beragama dengan menempuh jalan Islam sebagaimana jalan Islam yang ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabatnya pada masa itu. Dari sinilah muncul istilah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Ringkasnya, Ahlus Sunnah Wal Jama’ah adalah orang-orang yang mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabatnya, dan dalam memahami dan mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam tersebut mereka meneladani praktek dan pemahaman para sahabat, tabi’in dan orang yang mengikuti mereka. Dan makna ini sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam tentang satu golongan yang selamat pada hadits di atas: ”yaitu orang-orang yang berada pada jalanku dan jalannya para sahabatku dihari ini”.


Sebaik-baik Ikutan

Beliau Shallallahu’alaihi Wa sallam juga bersabda, Sebaik-baik manusia adalah yang ada pada zamanku, kemudian setelah mereka, kemudian setelah mereka (HR. Bukhari no.3651, Muslim no.2533)

Jelas menunjukkan sebagai garis panduan adalah menjadikan Nabi saw sebagai role model dan sahabat sebagai idola terutama semua aspek lebih-lebih lagi dalam perkara yang membabitkan ibadah. Ini kerana pemahaman mereka lebih jelas akan apa yang dimaksudkan dengan ayat yang diturunkan serta mereka merupakan anak didik Nabi saw. Ulama menafsirkan bahawa perbezaan 3 tahun yang dimaksudkan oleh Nabi saw tersebut adalah dalam tempoh 300 tahun (100 tahun setiap zaman). Jika dikaji juga imam mazhab yang empat juga berada dalam kurun terbaik ini. Ini termasuk juga imam muhaddithin yang enam (sunan sittah) juga termasuk dalam era tersebut.

Dengan kata lain mereka ini diistilahkan dengan istilah Salafus Soleh atau Salaful Ummah. Ulama-ulama di zaman ini yang dinamakan dengan gelaran ulama salaf dan ulama yang selepas 300H ini dinamakan pula dengan gelaran ulama khalaf. Pada zaman ulama khalaf inilah berlaku banyak kekalutan dan pancaroba yang dasyat di kalangan umat Islam zaman itu. Maka ulama-ulama zaman ini banyak yang terpaksa menggunakan ijtihad masing-masing dalam usaha untuk menegakkan syiar Islam di ketika itu.

Untuk kembali meningkatkan syiar Islam di kala kemunduran umat kini adalah pembawaan diri kita mesti dikembalikan semula kepada pemikiran para sahabat dan salafus soleh yang terdahulu yang telah dijaminkan oleh Nabi saw dalam memahami agama. Maka sewajarkan inilah garis panduan yang perlu ada dalam umat kini untuk dijadikan panduan beragama.


Ketaksuban & Fanatisme Dalam Beriktikad

Dalam masa yang sama ketaksuban kepada sesuatu perkara perlu dikikis dalam kotak pemikiran umat kini. Tidak kira dalam apa perkara sekalipun lebih-lebih lagi apabila membabitkan soal agama perlu perlu bersikap adil dalam system keilmuan. Tak kira apa jua permasalahan sekiranya apa yang dibawa berhujah nas dalil Al-Quran dan Hadith yang sahih daripada Nabi saw sepatutnya kita umat Islam sami’na waato’na (dengar dan patuh) tanpa sebarang was-was dan ragu.

Tapi kini ramai dikalangan umat hanya menerima secara total apa yang telah sedia ada dibuat oleh orang terdahulu dengan ayat orang-orang tua kita lama dah buat. Yang parahnya ianya disandarkan pada agama dan juga mazhab padahal jika dikaji kadang kala apa yangdilakukan sememangnya bertentangan dengan apa yang dimaksudkan oleh imam mazhad dan juga sunnah nabi.

Akan tetapi, setelah itu, pada masa akhir-akhir ini muncul fanatisme dan taqlid buta kepada imam-imam tersebut. Sehingga ada sebahagian orang yang bermadzhab Syafi’i berkata, bahwa orang yang bermadzhab Syafi’i tidak boleh menikah dengan wanita yang bermadzhab Hanafi. Dan orang yang bermadzhab Hanafi tidak boleh menikah dengan wanita yang bermadzhab Syafi’i. Sehingga terjadilah fanatisme yang tercela dan taqlid buta yang tidak dicintai dan diredhai Allah.

Umat ini terpecah dengan perpecahan yang sangat dahsyat. Setiap golongan umat ini tidak beribadah kepada Allah, kecuali dengan madzhab satu imam. Kemudian pemahaman agama hanya diambil dari catatan-catatan dan buku-buku ulama terdahulu tanpa kembali kepada dalil-dalil yang syar’i. Sehingga semakin menambah perbedaan dan perpecahan umat ini, karena persatuan tidak akan mungkin terwujud kecuali jika dilandasi dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Seiring dengan bergulirnya waktu, maka perbedaan yang ada semakin keras dan dahsyat.

Dan sesungguhnya, barangsiapa diantara kalian yang hidup setelahku, dia akan melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang diberi hidayah yang mereka di atas petunjuk. Berpegang teguhlah padanya, dan gigitlah ia dengan gigi geraham kalian (peganglah sekuat-kuatnya,), serta jauhilah perkara-perkara yang baru (dalam agama); karena sesungguhnya, setiap perkara yang baru (yang diada-adakan dalam agama) adalah bid’ah. (Hadits shahih diriwayatkan Abu Daud)


Penegak Agama Zaman Berzaman

Ketika kekuatan dan kekuasaan Islam hilang, muncul sekelompok orang yang ingin memperbaiki keadaan dan mendirikan agama ini. Masing-masing kelompok menempuh metode tersendiri, sehingga terjadi perpecahan dan perbedaan yang tajam di antara mereka. Padahal ahlul haq (orang-orang yang berada di atas kebenaran) masih ada. Dan sebelumnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menceritakan tentang orang-orang tersebut dalam haditsnya :

Masih akan terus ada satu kelompok pada umatku, mereka akan tetap berada di atas kebenaran sampai hari kiamat datang. [HR Bukhari dan Muslim].

Para imam-imam (ulama) tersebut yang diawali oleh Bukhari, lalu Muslim, Nasaa-i, Abu Dawud dan Ibnu Majah. Mereka semua bukanlah dari golongan bangsa Arab. Bukhari dari negeri Bukhara, Muslim dari Naisabur, Nasaa-i dari Nasaa’, Abu Dawud dari Sijistan, Ibnu Majah dari Qozwin. Mereka semua adalah orang ajam (bukan Arab). Mereka adalah para ulama hadits, muncul setelah masa para imam empat, (yaitu): Syafi’i, Malik, Abu Hanifah, dan Ahmad. Pada zaman para fuqaha, Sunnah belum dibukukan dalam satu buku, namun setelah zaman mereka.

Kemudian Allah menurunkan keutamaanNya untuk kita di negeri Syam dengan munculnya Syaikh Imam dalam ilmu hadits (yaitu) Abu Abdir Rahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh Najati Al Albani. Beliau datang dari negeri Albania, dibawa hijrah oleh ayahnya ke Damaskus guna menjaga agamanya. Kemudian diusir dari Damasqus, lalu menuju ke Yordania. Beliau tinggal (disana) lebih dari 50 tahun. Setiap hari selama lebih dari 18 jam, beliau melakukan penelitian terhadap hadits-hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam , baik dari buku-buku cetakan atau dari manuskrip-manuskrip kuno. Selama itu, beliau mengarang dan menjelaskan hadits-hadits Nabi .

Setelah itu, dengan keutamaan Allah, muncul ulama-ulama sunnah di negeri-negeri kaum muslimin. Mereka mengajak untuk kembali kepada Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan sunnah para sahabatnya. Inilah tanda-tanda khilafah yang telah diceritakan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan yang akan kembali kepada umat ini, Insya Allah. Khilafah tersebut berada di atas jalan kenabian, jalan para sahabat dan tabi’in yang datang setelah Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam.


Klasifikasi dan pengistilahan WAHABI

Ini antara istilah yang merupakan satu pengklasifikaisan ekstrimis bagi golongan-golongan agamawan terutama di Malaysia pada masa kini yang diumpamakan seperti ancaman besar dalam penyatuan umat Nusantara. Banyak seminar-seminar yang diadakan semata-mata untuk menjelaskan apa bahaya pemikiran golongan wahabi ini.

Pastinya perkara pokok yang akan dikaitkan adalah dengan individu yang bernama Muhammad Bin Abdul Wahab, pelopor kepada pembawaan wahabi di seluruh dunia. Bagi penulis kecaman seperti ini akan mudah dimamah oleh golongan awam biasa yang tidak cuba mendalami agama secara khusus. Apabila pembawaan berita seperti ini masuk maka dengan mudah mereka yang orang awam juga akan cuba mengistilahkan orang-orang tertentu dengan pengistilahan seperti ini.

Bagi pendapat penulis di Malaysia kita tidak perlu mengadakan seminar besar atau apa-apa jua forum untuk menjelaskan wahabi kepada orang tetapi cukuplah dengan mengatakan apa-apa jua pengamalan seseorang itu dalam konteks ibadah yang bercanggah atau bertentangan dengan adat resam dan amalan turun temurun orang lama-lama terdahulu itulah golongan wahabi. Kan mudah penafsiran dan mengklasifikasikan wahabi pada pandangan agamawan di Malaysia.

Maka tidak mustahil bagi mereka yang tidak qunut subuh, talqin jenazah, tidak berzikir beramai-ramai setelah solat fardhu, menolak kenduri tahlil untuk jenazah, dan seribu satu pengamalan yang bertentangan dengan pengamalan masyarakat setempat maka mereka inilah yang akan digelar dengan gelaran wahabi. Padahal sekiranya dikaji dengan menggunakan method ilmiah dalil Al-Quran dan As Sunnah ianya telah dijelaskan dan imam besar mazhab dan juga ulama-ulama yang lain ada pengkhususan tentang topic itu. Tetapi apabila ada golongan yang cuba menegakkan kembali sesuatu pengamalan ibadah itu berdasarkan nas yang lebih jelas maka adakala ianya bertentangan dengan pengamalan kebiasaan umat maka mereka pasti digelar wahabi atau golongan yang sesat dan sebagainya.


Hujah Imam-imam Mazhab

Imam Abu Hanifah berkata: ”Haram bagi seseorang mengemukakan pendapat kami, sampai dia mengetahui dari mana kami mengambilnya”.

Dan Imam Malik, sambil memberikan isyarat ke arah makam Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sambil berkata : ”Semua orang, perkataannya bisa diambil dan bisa ditolak, kecuali perkataan orang yang ada di dalam kuburan ini,” yaitu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Imam Syafi’i berkata : ”Jika ada hadits shahih, maka itulah madzhabku”.


Konklusi

Maka dengan itu amat perlu sekali mempelajari Al Qur’an dengan menghafal dan menjaganya, hati akan menjadi mulia. Memahami dan mentadabburinya (menghayatinya), akal fikiran menjadi mulia. Kita juga harus menghafal dan menjaga hadits-hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam , atsar para sahabat dan tabi’in. Mengetahui perkataan-perkataan mereka dalam menghukumi masalah-masalah. Kita juga harus selalu mempelajari agama Allah dengan dalil-dalilnya yang syar’i dan shahih.

Kita jangan bersikap fanatik kepada seseorang, madzhab, kelompok dan jama’ah. Kita harus bersikap lembut, memberi nasihat, menunjukkan rasa cinta kepada saudara-saudara kita yang terjerumus ke dalam jurang fanatisme terhadap satu kelompok. Jika engkau menolak nasihat kami, maka jangan engkau berikan semua akalmu kepada yang engkau ikuti, teapi sisakan sedikit, agar engkau mampu bertadabbur dan berfikir. Jika engkau merasa berat untuk melihat kebenaran kecuali dari tempat yang sempit dan engkau mampu bertahan di tempat tersebut, maka hendaklah kamu menjaga kunci tempat tersebut di tanganmu atau di sakumu; jangan engkau buang jauh dan jangan berikan kepada orang lain. Ini kerana jika pada suatu saat engkau mengetahui mana yang benar, maka engkau mampu keluar dari tempat tersebut dalam keadaan tenang dan bebas. Dan engkau akan melihat kebenaran dari tempat yang luas dengan dalilnya yang shahih dan syar’i. Akhirnya, engkau akan berjalan di atas jalan para ulama.

Ketahuilah dengan seyakin-yakinnya, wahai saudara-saudaraku! Sesungguhnya akhir umat ini tidak akan menjadi baik, kecuali jika mencontoh umat yang pertama. Tidak ada jalan untuk memperbaiki umat ini, kecuali dengan jalan para ulama, duduk di majlis para ulama, mempelajari agama dengan pemahaman mereka dan mengamalkannya, kemudian menyebarkannya. Maka dengan itu, kaum mukminin akan bergembira dengan pertolongan dari Allah. Saya mengharap kepada Allah, agar kita dijadikan dari salah satu sebab ditolongnya agama ini, dan sebab penyebarluasan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (QS. Al Fatihah: 6-7)