Tuesday, February 17, 2009

Hati, perasaan dan ego...


Sebagai insan kita tidak akan terlepas daripada memperkatakan tentang hati. Hati merupakan organ yang penting bg setiap insan yang bergelar manusia. Secara biologinya ianya adalah untuk kegunaan sistem badan manusia. Hati berfungsi sebagai penapis yang menyaring dan mengambil zat-zat makanan yang paling bersih dan paling lembut. Kemudian ia mengalirkannya ke tiap organ, tulang, urat syaraf, daging, rambut, dan kuku melalui saluran-saluran tertentu. Dalam masa yang sama juga, apabila kita memperkatakan tentang hati ianya juga berkait rapat dengan perasaan suka, duka, marah, sedih, pilu, dilema dan bermacam-macam jenis perasaan juga pastinya ianya boleh dikatakan juga bersangkut paut dengan hati walaupun hakikat sebenar otak yang mengawal keseluruhannya. Merujuk dalam satu artikel dalam kosmo (13/02/09), cinta juga sebenarnya berpunca dari rangsangan otak bukan hati. Ini antara hasil kajian orang yang pakar berkaitan neurologi dan sebagainya. Wallauhu’alam.

Di sini penulis tak bermaksud nak memperbincangkan tentang hasil kajian otak ini kerana ianya bukan merupakan bidang penulis. Apa yang ingin penulis kongsi dan nyatakan adalah berkaitan dengan permasalahan hati dan perasaan. Setiap insan yang normal pastinya tak akan dapat lari daripada merasai ini semua. Ianya menimpa tak kira jantina lelaki mahupun wanita. Satu madah pernah mengatakan, ‘Setiap manusia dikurniakan sepasang tangan, sepasang, kaki, sepasang mata dan sepasang telinga. Tapi mengapa kita dikurniakan sekeping hati, tidak sepasang hati? Ini kerana yang lagi satu hati itu perlu kita cari diluar, bermaksud pasangan hidup.’ Betulkah madah ini? Mengapa ianya diperkatakan sedemikian rupa? Penting sangatkah untuk pencarian hati yang satu lagi? Persoalan yang sering diperkatakan apabila memperbincangkan tentang pasangan dalam menempuh kehidupan berkeluarga.

Lumrah manusia adakala kita berasa gembira dan adakala kita akan merasa duka. Tak kira dalam apa aspek sekalipun, inilah yang dinamakan lumrah kehidupan. Yang pastinya dalam perkara ini merujuk kepada individu-individu tertentu lebih penghayatannya pada insan yang dinamakan wanita. Aspek naluri kewanitaan itulah yang membezakan antara lelaki dan juga wanita. Dalam beberapa konteks andai kita nilai dalam keluarga sendiri pun kita akan dapati sebagai anak perasaan tu pada ibu dan bapa. Kesensitivitian pastinya berpihak pada ibu berbanding bapa dalam banyak aspek. Sebab itu dalam Islam sendiri syarak meletakkan kelebihan 3X kedudukan ibu di hadapan berbanding bapa. Ini adalah kerana pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan anak tersebut selama 9 bulan dan diusung ke sana ke sini. Dalam tempoh itu kemudiannya menyusu pula selama 2 tahun dan pastinya pengorbanan seorang ibu lebih daripada bapa dalam perkiraan pembesaran seorang anak.

Itu dalam konteks seorang ibu. Ianya sama sahaja kalau kita ingin memperbincangkan tentang naluri seorang wanita secara umum. Tetapi dalam masa yang sama, jangan kita lupakan bagi seorang lelaki juga perasaan ini adakalanya menjurus juga kepada kesensitivitian. Tapi kebiaasaan dan secara umumnya lelaki agak lebih kepada menyimpan sendiri daripada meluahkan semua itu. Adakalanya dalam perkara sebegini bagi lelaki tak diberatkan dan ada juga bagi sesetengahnya difokuskan juga. Kadangkala mereka akan mencari orang-orang yang dipercayai untuk menceritakan dan meluahkan isi hati.

Dalam ajaran Islam sendiri Nabi saw bersabda, bagi seorang suami yang baik adalah yang paling baik memperlakukan pada isterinya. Bermakna di sini dalam konteks kekeluargaan pastinya ianya amat-amat dititik beratkan terutama dalam hubungan suami isteri. Adakalanya dalam aspek hubungan kekeluargaan ianya akan diselangi dengan salah paham, keterasaan hati dan sebagainya. Ini adalah lumrah dalam sesuatu perhubungan yang mana pepatah sendiri ada mengatakan ‘Lidah lagikan tergigit, ini pula suami dan isteri.’


Kebiasaannya lelaki yang bergelar suami akan mempergunakan kuasa veto yang ada padanya untuk memperlakukan apa jua kemahuan yang dia mahukan. Sebagai lelaki, pastinya ego yang ada dalam diri membuatkan bertindak sedemikian rupa. Tapi sedarkah kita semua, adakah ini cara yang betul kita sebagai suami dalam menghala tujukan ego yang ada dalam diri pada si isteri. Tidakkah kita sedar apabila ijab sahaja dilafazkan maka dengan sahnya seluruh ketaatan si isteri beralih arah pada sang suami secara total yang mana sebelum ini hanya ketaatan kepada ibu dan bapanya setelah Allah dan Rasul diutamakan.

Isteri adalah anugerah daripada Allah dan tempatnya adalah di samping suami bukan di bawah suami untuk dijijak dan sebagainya. Adakalanya dengan sikap keegoan diri yang ada dalam diri ini membuatkan si isteri kerap memendam perasaan, terluka, terasa hati dan bermacam perasaan asbab ingin berlaku pada suami dalam segala hal. Itu pentingnya dalam konteks sesuatu perhubungan, komunikasi amat penting. Sebaiknya dalam apa-apa perkara walaupun ketetapan memang kebiasaannya si suami yang akan menetapkan, tetapi tak salah andai kira sebagai suami adakalanya meraikan juga si isteri dalam memberi pandangan dan buah fikiran dalam sesuatu hal. Mungkin juga adakalanya buah fikiran si isteri lebih bernas dan berasas dan tak salah untuk kita turuti. Andai ini dapat kita lakukan bermakna keegoan diri telah kita letakkan pada tempatnya yang betul. Keterbukaan fikiran kedua-dua belah pihak pasti akan lebih menjurus kepada penyelasaian banyak masalah dan konflik samada dalaman mahupun luaran. Itulah yang dikatakan kuasa komunikasi. Perbincangan dan pintu musyawarah dibuka dan diselesaikan sebaik mungkin.

Antara beberapa pengamalan yang disarankan oleh orang alim adalah untuk menjaga hati manusia ini adalah dengan menempatkan diri kita di tempat orang tersebut baru kita dapat menghayati apa yang orang itu merasai. Seperti juga nasihat bonda penulis, jangan sesekali kita memperlakukan orang lain apa yang kita tak ingin perkara itu turut diperlakukan kepada kita. Andai orang lain memperlakukan sesuatu pada kita apa yang boleh membuatkan kita terasa hati, yakinlah bahawa semua itu ujian dari Allah buat kita hamba yang hina dina ini. Penulis sendiri dalam aspek perhubungan bersama-sama teman cuba acapkali mempraktikkan beberapa perkara seperti yang penulis nyatakan di atas tak kira dengan sesiapa yang menjadi teman penulis. Ada yang boleh dalam menerima dan ada yang tidak kerana ada ketika juga penulis tersasar sehingga membuatkan teman penulis terasa hati dengan penulis. Yang ketara masih banyak yang penulis jauh dari apa yang penulis nyatakan di sini. Memang benar sesiapa sahaja mampu untuk beri padangan dan pendapat, tetapi yang masalahnya mampukah dalam erti pelaksanaannya yang sebenar. Semua ini penulis peroleh dalam perjalanan kehidupan yang sudah menjangkau suku abad lebih. 'Tepuk dada, tanya iman.' Ungkapan yang mungkin kena pada tempatnya apabila memperkatakan tentang ini.

Apapun sebagai insan penulis sedar yang diri ini masih banyak kelemahan diri dan kedhaifan dalam urusan sesama manusia ini. Walau bagaimanapun kita disarankan agar melakukan yang terbaik dalam kehidupan dan juga apabila membabitkan hubungan dengan manusia, agar kita tidak memperlakukan sesuatu yang boleh membuatkan orang lain terasa hati, dianiaya dan sebagainya terutama apabila membabitkan kaum keluarga, teman-teman dan masyrakat sekeliling. Ini kerana kedamaian hidup dan ketenangan jiwa adalah bermula dengan hati yang tenang. Apapun ketengan hati adalah milik Allah, dan Dia mampu beri pada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Semoga Allah bagi kekuatan buat diri penulis dalam mengaplikasikan apa yang penulis lampirkan seperti yang di atas. Andai konsep ini diambil dan diguna pakai oleh semua orang, status sebagai seorang teman, sahabat, suami, isteri, anak, ibu, bapa, guru, majikan dan sebagainya pasti memudahkan segala urusan kita seharian, InsyaAllah..

Monday, February 16, 2009

Aqidah Imam Empat Adalah Satu - Imam Ahmad Bin Hanbal

PEMBAHASAN KELIMA

AQIDAH – IMAM AHMAD BIN HANBAL

A. TENTANG TAUHID

Tercantum dalam kitab Al Mihnah bahawa Imam Ahmad berkata: Allah Azza Wa Jalla, bukan makhluk dan Dia tidak boleh disifati dengan sesuatu melebihi daripada apa yang Dia telah sifati diri-Nya sendiri.(67)

Berkata Abdullah Bin Ahmad di dalam kitab Al Sunnah: Sesungguhnya Imam Ahmad berkata: Barangsiapa yang mendakwa bahawa Allah tidak berkata-kata maka dia kafir.(68)

Dikeluarkan oleh Al Lalakaai daripada Hanbal Bin Ishak bahawa dia bertanya kepada Imam Ahmad tentang Rukyah (melihat Allah), Imam Ahmad menjawab: Semua hadis yang sahih daripada Nabi s.a.w. dengan sanad-sanad yang baik (jayyidah) kami beriman dan berikrar dengannya.(69)

Ibnu Al Jauzy membawa kata-kata Imam Ahmad dalam Al Manaaqib, katanya: Sifatilah Allah dengan apa yang Allah sifati diri-Nya, dan nafikanlah daripada Allah apa yang dinafikan-Nya daripada diri-Nya. (70)

Imam Ahmad berkata di dalam kitabya: Bantahan terhadap Jahmiyah: Sesungguhnya Jahm Bin Shafwan mendakwa kononnya sesiapa yang mensifati Allah dengan sesuatu yang Dia sifati diri-Nya di dalam Kitab-Nya atau sebagaimana yang dikhabarkan oleh RasulNya maka dia kafir dan dia termasuk ke dalam Musyabbihah (menyerupakan Allah dengan makhluk). (71)

Ibnu Abi Ya’laa menukilkan daripada Imam Ahmad bahawa ia berkata: Barangsiapa yang mendakwa bahawa Allah tidak dapat dilihat di akhirat nanti maka dia kafir dan pendusta terhadap Al- Quran. (72)

Ibnu Abi Ya’laa menukilkan daripada Abdullah Bin Ahmad, katanya: Aku bertanya kepada ayahku tentang kaum yang berkata: Ketika Allah berkata kepada Nabi Musa, Dia tidak berkata dengan suara. Lalu ayahku menjawab: Allah berkatakata dengan suara, dan hadis-hadis ini kami riwayatkan sebagaimana ia datang daripada Rasulullah s.a.w. (73)

Dikeluarkan oleh Al Lalkaai daripada Idrus Bin Malik Al’Aththar, katanya Al-Quran itu Kalam Allah, dan dia bukan makhluk. Dan kamu jangan merasa lemah untuk mengatakan bahawa dia bukan makhluk, kerana Kalam Allah adalah daripada-Nya, dan tidak ada suatu pun daripada-Nya itu makhluk.


B. TENTANG QADAR
Ibnu Al Jauzy menukilkan di dalam Al Manaaqib kitab Imam Ahmad Bin Hanbal kepada Musaddad, dan tertera di dalamnya: Dan beriman dengan qadar, baiknya dan buruknya, manisnya dan pahitnya adalah daripada Allah.(75)

Dikeluarkan oleh Al Khallaal daripada Muhammad Bin Abu Harun daripada Abi Al Haris, katanya: Aku mendengar Aba Abdullah (Imam Ahmad) berkata: Allah Azza Wa Jalla yang takdirkan ketaatan dan maksiat, dan Dialah yang takdirkan baik dan buruk, dan barangsiapa yang ditulis sebagai orang yang bahagia maka dia akan bahagia, dan barangsiapa yang ditulis celaka maka dia akan celaka. (76)

Abdullah bin Ahmad berkata: Aku pernah sekali bertanya kepada ayahku tentang solat di belakang Qadari. Jawabnya: Sekiranya dia mempertahankan pandangannya dan mengajak kepada fahamannya maka janganlah kamu solat di belakangnya.


C. TENTANG IMAN
Ibnu Al Jauzy menukilkan daripada Imam Ahmad katanya: Iman itu bertambah dan berkurang sebagaimana tercantum di dalam khabar (hadis): Mukmin yang paling sempurna ialah mukmin yang paling baik akhlaknya (HR Ahmad).(78)

Dikeluarkan oleh Al Khallaal daripada Sulaiman Bin Asy’ats, katanya: Sesungguhnya Abu Abdillah (Imam Ahmad) berkata: Solat, zakat, haji dan amal kebajikan adalah sebahagian daripada iman, sedangkan maksiat pula dapat mengurangi iman.(79)

Abdullah bin Ahmad berkata: Aku mendengar ayahku Rahimahullaah ditanya tentang Murjiah, lalu jawabnya: Kami berpendapat: Iman adalah ucapan dan amalan, bertambah dan berkurang, jika ia berzina dan minum arak maka berkuranglah imannya. (80)


D. TENTANG SAHABAT
Termaktub dalam kitab Al Sunnah oleh Imam Ahmad sebagaimana berikut: Adalah sunnah menyebut kebaikankebaikan semua sahabat Rasul s.a.w. Dan berhenti daripada menyebut keburukan-keburukan mereka dan pertelingkahan yang terjadi di antara mereka. Barangsiapa yang mencaci salah seorang daripada mereka maka dia adalah mubtadi’ (pembuat bid’ah) dan rafidhy yang sangat buruk. Malahan mencintai mereka adalah sunnah. Mendoakan mereka adalah qurbah (ibadah). Mencontohi mereka adalah wasilah (jalan untuk mencapai keredhaan Allah). Dan mengambil atsar-atsar (peninggalan) mereka adalah fadhilah (kelebihan). (81)

Ibnu Al Jauzy menukilkan risalah Imam Ahmad kepada Musaddad, di antara kandungannya: Dan hendaklah engkau mempersaksikan ke atas sepuluh sahabat bahawa mereka masuk syurga iaitu Abu Bakar, Umar, Othman, Ali, Thalhah, Al Zubeir, Sa’d, Sa’id, Abdul Rahman Bin ‘Auf, Abu Ubaidah Bin Jarrah. Dan barangsiapa yang dipersaksikan oleh Nabi s.a.w. akan masuk syurga, maka kami juga mempersaksikannya. (82)

Dinukilkan oleh Ibnu Abi Ya’laa daripada Imam Ahmad, katanya: Barangsiapa yang tidak mensabitkan (menetapkan) kekhalifahan bagi Ali bin Abi Thalib maka dia adalah lebih sesat daripada keldai ahlinya. (83)

Dan dinukilkan daripada Ibnu Abi Ya’laa daripada Imam Ahmad, katanya: Barangsiapa yang tidak menyakini bahawa Ali bin Abi Thalib khalifah keempat, maka janganlah kamu bercakap dengannya dan jangan kamu nikahi dia. (84)


E. TENTANG ILMU KALAM
Dikeluarkan oleh Ibnu Al Jauzy daripada Musa Bin Abdullah Al Tharsuusy, katanya Aku mendengar Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Janganlah kamu duduk pada majlis ahli kalam walaupun mereka itu mahir tentang sunnah (85).

Dikeluarkan oleh Ibnu Baththah daripada Abdullah Bin Ahmad katanya : Aku mendengar Abu Abdillah (Imam Ahmad) berkata: Berpegang teguhlah dengan sunnah dan hadis dan semoga Allah memberi kamu manfaatnya, dan jauhiah olehmu daripada berbantah-bantahan dan perdebatan dan bermegah-megah kerana orang yang suka berbantah-bantahan tidak akan menang. Dan setiap orang yang mencipta baru masalah kalam nescaya tidak akan berakhir urusannya melainkan kepada bid’ah. Kerana kalam tidak ada yang mengajak kepada kebaikan. Dan aku tidak menyukai Kalam, Khaudah dan Jidaal.
Berpegang teguhlah dengan Sunnah dan Atsar dan Fiqh yang boleh mendatangkan manfaat kepadamu. Hindarilah Jidaal (berbantah-bantahan) dan Kalam Ahli al-ziqh Wa al-Muraa’ (perkataan orang yang kehilangan pedoman dan bermegah-megah). Semoga Allah melindungi kita semua daripada fitnah dan menyelamatkan kita daripada segala kebinasaan. (86)

Ibnu Baththah menukilkan di dalam kitab Al Ibaanah daripada Imam Ahmad, katanya: Jika kamu melihat lelaki yang suka kepada Kalam maka berwaspadalah daripadanya (87)
Demikianlah beberapa pandangan Imam Ahmad Bin Hanbal tentang masaalah Ushuluddin dan sikap beliau terhadap Ilmu Kalam.


PENUTUP

Berdasarkan penjelasan di atas jelaslah bahawa Aqidah Imam-Imam Yang Empat adalah (satu) selain Imam Abu Hanifah dalam masalah Iman. Namun demikian kita difahamkan bahawa Iman, Abu Hanifah telah rujuk (kembali) daripada pandangannya dan mengikuti pandangan jumhur dalam hal tersebut. Aqidah seperti inilah yang sewajarnya diikuti oleh semua umat Islam sehingga mereka terhindar daripada perpecahan kerana aqidah ini disandarkan pengambilannya daripada Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya s.a.w.

Sungguh sedikit manusia yang memahami aqidah para Imam Yang Empat ini dengan pemahaman yang sebenarnya. Malahan berita yang sungguh meluas tersebar di kalangan mereka ialah kononnya Imam-Imam Yang Empat itu termasuk golongan Mufawwidhuun (golongan yang menyerahkan segala makna sifat-sifat Allah kepada Allah semata-mata – P), dan kononnya mereka tidak mengetahui nas-nas Al-Quran kecuali sekadar membacanya sahaja, seolah-olah Allah tidak menurunkan wahyu kecuali sia-sia sahaja. Padahal Allah S.W.T. telah berfirman, mafhumnya,: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran (Shaad: 29)

Dan Allah berfirman lagi, mafhumnya: Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Al Roh Al Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas (Al Syu’araa: 192 – 195)

Dan Allah berfirman lagi, mafhumnya: Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran dengan berbahasa Arab agar kamu memahaminya (Yusuf: 2)

Jadi Allah S.W.T. telah menurunkan kitab Al-Quran supaya kita memperhatikan ayat- ayatnya dan mengambil pengajaran yang ada di dalamnya. Dan Allah S.W.T mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia menurunkan dalam Bahasa Arab yang jelas dan terang supaya manusia dapat memahami dan memikirkan maknanya . Dan kalaulah tujuan Allah menurunkan Al-Quran supaya umat manusia memperhatikan ayat – ayatnya dengan Bahasa Arab yang nyata dan jelas maka sudah semestinya Al-Quran itu mengandungi ilmu yang mudah difahami oleh semua umat manusia, dan lebih-lebih lagi tentunya bagi Bangsa Arab yang dengan bahasa mereka Al-Quran itu diturunkan. Sebab jika tidak demikian maka matlamat penurunannya hanyalah akan sia-sia belaka.

Dan pandangan seperti itu adalah jenayah yang paling besar ke atas Aqidah para Sahabat dan Tabi’iin serta Imam-Imam yang mengikuti jejak langkah mereka sesudah itu. Ini adalah tuduhan yang tidak mempunyai asas sama sekali. Sebab merekalah orang yang paling faham terhadap nas-nas wahyu kerana hampirnya mereka dengan zaman kenabian. Bahkan merekalah manusia yang paling berhak mendapat kemuliaan tersebut. Mereka beribadat kepada Allah SWT dengan ibadat-ibadat yang mereka fahami langsung daripada petunjuk Al-Quran dan Sunnah. Dan jika mereka memahami jalan yang boleh menyampaikan mereka kepada Tuhan yang mereka sembah, maka bagaimana mungkin mereka tidak mengenali Sifat-Sifat Kesempurnaan Tuhan Yang Mereka Sembah? Dan bagaimana mungkin mereka tidak memahami nas-nas yang diajar sendiri oleh Allah melalui Rasul-Nya?

Jadi ringkasnya, sesungguhnya Aqidah Imam-Imam Yang Empat, inilah Aqidah Yang Sahih lagi Benar yang bersumberkan dari sumber yang murni iaitu Al-Quran dan Sunnah. Tidak terdapat di dalamnya pencemaran dan noda walaupun sedikit, samada takwil, ta’thil, tasybih ataupun tamtsil. Adapun mu’aththil dan musyabbih, mereka tidak memahami sifat-sifat Allah kecuali apa yang layak untuk makhluk. Dan dalam hal ini sangat bercanggah kerana Allah tidak serupa dengan suatu apa pun, sama ada Zat-Nya, Sifat-Nya mahu pun Af’aal-Nya.

Saya berdoa kepada Allah S.W.T. semoga risalah kecil ini berguna untuk kaum muslimin dan semoga Dia menghimpunkan mereka di atas Aqidah Yang Satu dan Jalan Yang Satu iaitu Aqidah Al-Quran dan Sunnah. Hanya kepada Allah tempat kita semua berserah diri.


Oleh : Dr Abdullah Yassin


67. Kitab al-Mihnan; Hal 68
68. Kitab al-Sunnah; Dal ak-Kitab al-Ilmiyah; Hal 71
69. Syarh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah; II/507
70. Manaaqib al-Imam Ahmad; Hal 221
71. Al-Radd’ala al-Jahmiyah; Hal. 104
72. Tabaqaat al-Hanabilah; I/59
73. Tabaqaat al-Hanabilah; I/185
74. Syarh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah; I/157
75. Manaaqib al-Imam Ahmad; hal. 169 –172
76. Al-Sunnah; Al-Khallah; (Q –85)
77. Al-Sunnah; I/384
78. Manaaqib al-Imam Ahmad; hal. 174; Lihat juga hal 153–168
79. Al-Sunnah; Al-Khallah; (Q –96)
80. Al-Sunnah; Abdullah Bin Ahmad; I /307
81. Kitab al-Sunnah; al-Imam Ahmad; Hal 77-78
82. Manaqib al-Imam Ahmad; Ibn al-Jauziy; Hal. 170
83. Ibid; Hal. 163
84. Tabaqaat al-Hanaabilah; I/45
85. Manaaqib al-Imam Ahmad; hal. 205
86. Al-Ibanah; Al-Baththah; II/539
87. Ibid; II / 540

Aqidah Imam Empat Adalah Satu - Imam Syafi'i

PEMBAHASAN KEEMPAT

AQIDAH – IMAM SYAFI’I

A. TENTANG TAUHID
Daripada Al Rabi’ Bin Sulaiman katanya: Telah berkata Al- Syafi’i: Siapa yang bersumpah dengan Allah atau dengan salah satu Nama daripada Nama-Nama-Nya, lalu ia langgar sumpah itu maka wajib ke atasnya kaffarat sumpah, sedangkan siapa yang bersumpah dengan sesuatu selain Allah seperti kata seseorang: Demi Ka’bah, demi nenek moyang dan sebagainya, lalu ia melanggar sumpah tersebut maka ia tidak wajib membayar kaffarat sumpah. Namun demikian sumpah dengan selain Allah adalah dibenci dan dilarang berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. (43), maksudnya, Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla melarang kamu bersumpah dengan nenek moyangmu, barangsiapa yang ingin bersumpah maka hendaklah dengan (Nama) Allah atau hendaklah dia diam sahaja. (HR Imam Bukhari)

Imam Syafi’I berpendapat demikian dengan alasan kerana Nama- Nama Allah adalah bukan makhluk. Oleh itu sesiapa yang bersumpah dengan Nama Allah, lalu ia melanggarnya maka wajib ke atasnya membayar kaffarat.(44)

Imam Ibnu Al Qayyim menyebut dalam kitab Ijtima’il Juyuusy Al Islamiah bahawa Imam Al Syaffi’I berkata: Mengikut Sunnah yang aku berada di atas jalannya dan begitu juga aku melihat sahabat-sahabatku daripada kalangan Ahli Hadis yang aku mengambilnya daripada mereka seperti Sofyan dan Imam Malik dan lain-lain lagi, ialah: Ikrar (pengakuan) bahawa sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, dan sesungguhnya Allah adalah di atas `Arasy-Nya dilangit-Nya, Dia mendekati makhluk-Nya sebagaimana Dia kehendaki, dan Allah turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki. (45)

Imam Syafi’i berkata di dalam kitabnya “Al Risaalah” : Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) yang Dia adalah sebagaimana yang Dia telah sifati diri-Nya sendiri dan dia mengatasi apa yang disifati oleh makhluk-Nya”.(46)

Imam Al Zahaby menyebut dalam kitab Al Sair daripada Imam Al-Syafi’i bahawa beliau pernah berkata: Kami mengithbatkan (menetapkan) semua sifat Allah yang tercantum di dalam Al-Quran dan semua sifat Allah yang warid (datang) dari Sunnah, dan kami menafikan (menidakkan) tasybih (penyerupaan) daripada-Nya sebagaimana Dia menafikan daripada diri-Nya kerana firman-Nya, mafhumnya, (47) "Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia." (Al Syuura: 11)

Daripada Al Rabi’ Bin Sulaiman katanya: Aku mendengar Imam Syafi’i berkata tentang firman Allah: "Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang daripada (melihat) Tuhan mereka." (Al Muthaffifin: 15) Ayat ini mengajar kepada kita bahawa di sana ada golongan yang tidak terhalang daripada melihat Allah. (48) Manakala ada golongan yang terhalang daripada melihat-Nya kerana kemurkaan-Nya kepada mereka, demikian jugalah akan ada golongan yang dapat melihat-Nya kerana keredhaan-Nya. Ketika Imam Syafi’i ditanya oleh Al-Rabi’: Wahai Aba Abdillah, adakah tuan berpendapat demikian? Jawap Imam Syafi’i: Ya, demikianlah keyakinanku.(49)

Daripada Ibnu Abi Al Jaarud katanya: Ketika disebut nama Ibrahim Bin Ismail Bin ‘Ulaih (menurut Imam Al Zahaby: Ibrahim ini adalah seorang yang berfahaman Jahmy yang mendakwa bahawa al-Quran itu makhluk) kepada Imam Syafi’i, lalu beliau berkata: Aku bercanggah dengannya dalam semua hal; dan tentang Laa Ilaaha Illallaah, aku tidak mengatakan sebagaimana dia katakan. Aku berkata: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang telah berkata-kata kepada Musa ‘Alaihissalam dengan kata-kata yang sebenarnya daripada belakang hijab (tabir). Sedangkan dia berkata: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang telah mencipta katakata, lalu Dia memperdengarkannya kepada Musa dari belakang hijab.(50)

Daripada Al-Rabi’ Bin Sulaiman katanya: Imam Syafi’i berkata: Siapa yang mengatakan Al Quran itu makhluk maka kafirlah dia. (51)

Di antara i’tikad yang dinisbahkan (dibangsakan) kepada Imam Syafi’i ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Thalib Al’Asyaary, katanya: Imam Syafi’i pernah ditanya tentang sifat-sifat Allah Azza Wa Jalla dan apakah yang sewajarnya kita mengimaninya, lalu Imam Syafi’i pun berkata: Allah Tabaraka Wa Ta’aala memiliki Nama-Nama dan Sifat-Sifat sebagaimana yang tercantum di dalam Kitab-Nya dan sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Rasul-Nya kepada umatnya. Tidak seorangpun boleh membantah hakikat ini. Sesiapa yang menyalahi yang demikian itu setelah thabit hujjah ke atasnya (setelah ia mengetahuinya) maka dia kafir kepada Allah Azza Wa Jalla. Adapun bagi orang yang belum thabit hujjah ke atasnya kerana belum sampai perkhabaran itu kepadanya maka dia dimaafkan (ma’dzuur) kerana kejahilannya kerana ilmu tentang itu tidak dapat dicapai oleh akal dan tidak pula melalui ilmu pengetahuan dan fikiran. Dan di antara perkhabaran itu ialah bahawa Allah Maha Mendengar (Samii’) dan Dia memiliki dua tangan, kerana Allah berfirman: (Tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka) – (Al-Maidah: 64), dan Allah mempunyai tangan kanan, kerana firman-Nya: (dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya) – (Az-Zumar: 67), dan Allah memiliki wajah, kerana firman-Nya: (Tiap-tiap sesuatu pasti binasa kecuali wajah-Nya)- (AlQashash: 88) dan firman-Nya: (Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan) – (Al-Rahman: 27), dan Allah memiliki kaki, kerana sabda Nabi s.a.w. (Sehingga Tuhan Azza Wa Jalla meletakkan kaki-Nya di dalamnya)–(HR Imam Bukhari) dan Allah SWT ketawa kerana Rasulullah s.a.w. mengkhabarkan tentang ganjaran orang yang mati syahid (Dia akan menemui Allah Azza Wa Jalla, sedangkan Allah ketawa kepadanya) –(HR Imam Bukhari), dan Allah turun ke langit dunia pada tiap-tiap malam, kerana adanya perkhabaran daripada Rasul s.a.w. , dan Allah SWT tidak picak (bermata sebelah) kerana Rasul s.a.w. ketika menceritakan tentang dajjal beliau bersabda: (Sesungguhnya dia (dajjal) itu picak, dan sesungguhnya Tuhanmu tidaklah picak) – (HR Bukhari), dan orang-orang yang beriman akan melihat Tuhan mereka pada Hari Kiamat dengan mata-mata mereka sebagaimana mereka melihat bulan purnama, dan Allah S.W.T. mempunyai jari kerana Rasul s.a.w. bersabda: (Tidak ada satu pun had manusia kecuali dia di antara dua jari dari jari-jemari Allah Azza Wa Jalla Yang Maha Pengasih) (52)


B. TENTANG QADAR
Imam Al Baihaqy berkata di dalam Manaqib Al-Syafi’i bahawa Imam Syafi’i berkata: Sesungguhnya kehendak hamba (masyiatul ‘ibaad) adalah (kembali) kepada Allah, dan mereka tidak berkehendak kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah Tuhan sekalian alam, sesungguhnya manusia tidak mencipta amalan-amalan mereka, malahan amal perbuatan manusia adalah termasuk di antara makhluk Allah, dan sesungguhnya Qadar yang baiknya dan yang buruknya adalah daripada Allah Azza Wa Jalla, dan sesungguhnya seksaan kubur adalah benar (haq), pertanyaan di dalam alam kubur adalah benar, dan kebangkitan (ba’th) adalah benar, dan hisab adalah benar, dan syurga dan neraka adalah benar, dan lain-lain lagi segala yang dating daripada sunnah-sunnah Nabi s.a.w. (53)

Imam Al Baihaqy berkata tentang Imam Syafi’i bahawa beliau pernah berkata: Qadariyah ialah orang-orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.: "Mereka adalah Majusi umat ini." – (HR Abu Daud dan Al Hakim) – mereka mengatakan: Sesungguhnya Allah tidak mengetahui maksiat melainkan setelah wujudnya maksiat itu. (54)

Al Baihaqy meriwayatkan daripada Al Rabi’ Bin Sulaiman daripada Imam Syafi’i bahawa beliau membenci solat di belakang Qadari.


C. TENTANG IMAN
Al Rabi’ berkata : Aku mendengar Imam Syafi’i berkata: Iman adalah ucapan dan amal serta i’tikad dengan hati; tidakkah kamu melihat firman Allah Azza Wa Jalla: ("dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu") – (Al Baqarah: 143). Yang dimaksudkan dengan iman di sini ialah solatnya menghadap ke arah Baitul Maqdis. Dan solat dinamakan iman ialah kerana solat terdiri daripada: Ucapan, Amalan dan I’tikad. (56)

Al Baihaqy meriwayatkan daripada Al Rabi’ Bin Sulaiman katanya: Aku mendengar Imam Syafi’i berkata: Imam adalah ucapan dan perbuatan, bertambah dan berkurang (57)

Al Baihaqy meriwayatkan daripada Abi Muhammad Al Zubairy, katanya: Seorang lelaki bertanya kepada Imam Syafi’i : Amalan apakah yang paling afdhal di sisi Allah? Imam Syafi’i menjawab: Ia adalah suatu yang amalan tidak diterima oleh Allah kecuali dengannya. Lelaki itu lagi: Apakah dia? Syafi’i menjawab: Iaitu Iman kepada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, dialah amalan yang paling tinggi darjatnya dan dialah amalan yang paling besar ganjarannya. Lelaki itu bertanya lagi: Tidakkah engkau khabarkan kepadaku tentang iman? Adakah dia itu ucapan dan amalan ataukah dia itu ucapan tanpa amalan? Imam Shafi’i menjawab: Iman adalah beramal kerana Allah, sedangkan ucapan pula ialah sebahagian daripada amalan itu. Lelaki itu bertanya lagi: Tolong jelaskan lagi kepadaku sehingga aku betul-betul memahaminya. Imam Syafi’i menjawab: Sesungguhnya iman itu mempunyai beberapa peringkat dan darjat, sebahagiannya ada yang sempurna sampai ke tahap sesempurna-sempurnanya dan ada pula iman yang kurang sampai ke tahap sekurang-kurangnya. Lelaki itu bertanya lagi: Adakah iman yang tidak sempurna , bertambah dan berkurang? Jawab Imam Syafi’i: Memang benar. Lelaki itu bertanya: Apakah dalil terhadap apa yang tuan katakan? Syafi’i menjawab: Sesungguhnya Allah Yang Maha Agung telah mewajibkan iman ke atas semua anggota anak cucu Adam, lalu dibagi-bagikanNya tugas untuk masing-masing anggota, tidak ada satu anggota pun melainkan diwakilkan kepada anggota yang lain (58).


D. TENTANG SAHABAT
Al Baihaqy meriwayatkan daripada Imam Al Syafi’i bahawa beliau berkata: Allah Tabaaraka Wa Ta’aala telah memuji dan dan menyanjung sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. di dalam Al-Quran, Taurat, Injil dan kelebihan mereka telahpun disebut oleh Rasulullah s.a.w. yang tidak mungkin boleh dicapai oleh orangorang sesudah mereka. Semoga Allah cucuri rahmatNya ke atas mereka. Baginda Rasul s.a.w. juga pernah mengucapkan tahniah kepada mereka kerana mereka telah sampai pada kedudukan yang paling tinggi seperti shiddiqiin, syuhadaa dan shaalihin. Mereka telah pun menunaikan kewajipan mereka dengan menyampaikan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. kepada kita. Mereka telah menyaksikan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi-Nya. Mereka sangat faham apa yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w. samada umum, khusus, azam atau irsyad. Mereka mengetahui sunnah Rasul s.a.w. apa yang tidak kita ketahui. Mereka berada di atas kita dalam semua cabang ilmu dan ijtihad, dalam hal kewarakan dan ketajaman minda dan istinbat hukum hakam. Pandangan mereka adalah lebih terpuji dan lebih utama untuk kita ambil dan guna pakai daripada pandangan kita untuk diri kita sendiri, Wallaahu A’lam.(59)

Dikeluarkan oleh Imam Al Baihaqy daripada Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Hakam katanya: Aku mendengar Imam Syafi’i berkata: Manusia yang paling mulia setelah Rasulullah s.a.w. adalah Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Othman, kemudian Ali Radhiallaahu ‘Anhum Ajma’iin. (60)

Di keluarkan oleh Al Harawy daripada Yusuf Bin Yahya Al-Buaithy, katanya: Aku bertanya kepada Syafi’i: Bolehkan aku solat di belakang Rafidhy (Syi’ah)? Jawabnya: Jangan kamu solat di belakang Rafidhy, dan Qadari, dan Murji-y. Kemudian aku bertanya lagi: Tolong tuan sebutkan sifat-sifat mereka itu kepada kami Jawabnya: Barangsiapa yang berkata: Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar, kedua-duanya bukan Imam (orang yang patut dicontohi – P) maka dialah Rafidhy, dan barangsiapa yang menjadikan kehendak (masyi-ah) tertakluk pada dirinya, maka dialah Qadari. (61)


E. TENTANG ILMU KALAM
Dikeluarkan oleh Al Harawy daripada Al Rabi’ Bin Sulaiman, katanya: Aku mendengar Imam Syafi’i berkata: Sekiranya seseorang meninggalkan wasiat kepada orang lain agar mengambil manfaat daripada kitab-kitab yang ditinggalkannya, lalu di antara kitab-kitab tersebut terdapat kitab tentang Kalam, maka kitab kalam itu tidaklah termasuk di dalam wasiatnya kerana Kalam bukanlah ilmu (62).

Dikeluarkan oleh Al Harawy daripada Al Hassan Al Za’faraany, katanya: Aku mendengar Syafi’i berkata: Sekiranya aku ingin menjawab ke atas setiap mukhaalif (orang yang bercanggah pendapat denganku) masing-masing satu kitab yang besar nescaya akan aku lakukan, akan tetapi Ilmu Kalam bukanlah termasuk urusanku, dan aku tidak suka Ilmu Kalam itu dinisbahkan (dibangsakan) kepadaku walaupun sedikit (64).

Dikeluarkan oleh Ibnu Bathan daripada Abi Tsur, katanya: Imam Syafi’i berkata kepadaku: Aku tidak melihat seorangpun yang menggunakan Ilmu Kalam walaupun sedikit, lalu ia berjaya. (65)

Dikeluarkan oleh Al Harawy daripada Yunus Al Mishry, katanya: Imam Syafi’i berkata: Seseorang yang dicuba oleh Allah dengan segala larangan-Nya selain syirik adalah lebih baik daripada seseorang yang dicuba oleh Allah dengan Ilmu Kalam. (66)

Oleh : Dr. Abdullah Yasin


Rujukan:
43. Manaaqib al-Syafi’i: I/405
44. Sunan al-Kubra; Al-Baihaqiy; X/28
45. Ijtima’ al-Juyuiusy al-Islamiyah; Hal. 165
46. Al-Risaalah; Hal 7-8
47. Al-Siyar; Hal 341
48. Al-Intiqa’; Hal 79
49. Syarh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah; II/506
50. Al-Intiqa’; Hal 79; Al-Lisaan; I/35
51. Syarh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah; I/252
52. HR al-Hakim; al-Mustadrak; 1/525
53. Manaaqib al-Syafi’i: I/415
54. Ibid; I/ 413
55. Ibid; I/ 413
56. Al-Intiqa’; Hal 81]
57. Manaaqib al-Syafi’i: I/387
58. Manaaqib al-Syafi’i: I/387-393
59. Ibid I/442
60. Ibid I/433
61. Zamm al-Kalam; Q-215, Al-Zahabiy dalam al-Siyar; X/31
62. Ibid, Q-213;Ibid; X/30
63. Ibid, Q-213;Ibid; X/30
64. Ibid, Q-215
65. AL-Ibaanat al-Kubra; Hal 535-536
66. Manaqib al-Syafi’I; Ibn Abi Hatim, Hal 182

Thursday, February 12, 2009

Aqidah Imam Empat Adalah Satu - Imam Malik

PEMBAHASAN KETIGA

AQIDAH IMAM MALIK BIN ANAS
Imam Syafi’i berkata: Imam Malik ditanya tentang Kalam dan Tauhid, lalu Imam Malik menjawab: Adalah mustahil jika kita menyangka Nabi Muhammad s.a.w. mengajar umatnya istinjak tetapi tidak mengajar mereka Tauhid. Dan Tauhid adalah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka berkata Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. (HR Imam Bukhari) Hakikat Tauhid adalah segala yang dengannya terpelihara harta dan darah.(27)

Daripada Ja’far Bin Abdullah katanya: Kami pernah duduk berdekatan dengan Imam Malik lalu seorang lelaki bertanya kepada beliau: Wahai Abu Abdillah, Allah Yang Maha Pengasih bersemayam di atas `Arasy, bagaimana Dia bersemayam? Imam Malik menjawab: Tentang bagaimana Dia bersemayam tidak boleh diakali (ghair ma’qul), dan bersemayam-Nya bukan suatu yang dijahili (ghair majhul), beriman kepadanya (bersemayam) adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. (28)

Daripada Yahya Bin Al Rabi’ katanya: Aku pernah dudukbersama Imam Malik lalu beliau ditanya oleh seorang lelaki: Wahai Aba Abdillah, apakah pandangan tuan tentang orang yang mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk? Imam Malik menjawab: Dia adalah Zindiq dan bunuhlah dia (29). Daripada Abdullah Bin Nafi’ katanya: Telah berkata Imam Malik: Allah adalah di langit dan Ilmu-Nya pada semua tempat. (30)


TENTANG IMAN
Daripada Abdul Razzak Bin Hammam katanya: Aku mendengar Ibnu Juraij dan Sofyan Al Thauri dan Ma’ mar Bin Rasyid dan Sofyan Bin `Uyainah dan Malik Bin Anas; mereka berkata: Iman adalah ucapan dan amalan, boleh bertambah dan boleh berkurang. (31)

Daripada Abdullah bin Nafi’ katanya: Imam Malik berkata: Iman adalah ucapan dan perbuatan.(32) Daripada Asyhab Bin Abdul Aziz katanya: Imam Malik berkata: Manusia melakukan solat selama 16 bulan menghadap ke arah Bailtil Maqdis, kemudian mereka diperintahkan supaya menghadap ke arah Masjid Al Haram, lalu Allah SWT berfirman, mafhumnya: Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. (Al Baqarah: 143) Maksudnya: Allah tidak akan menyia-nyiakan solatmu kearah Baitil Maqdis. Imam Malik berkata: Sesungguhnya ayat ini mengingatkan aku kepada perkataan golongan Murjiah: Sesungguhnya solat bukanlah sebahagian daripada iman. (33)


TENTANG SAHABAT
Daripada Abdullah Al’Anbary katanya: Imam Malik Bin Anas telah berkata: Siapa yang memperlecehkan atau memperkecil-kecilkan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. atau di dalam hatinya terdapat perasaan dengki kepada sahabat, maka ia tidak berhak mendapat bahagian di dalam harta rampasan perang kaum muslimin. Kemudian beliau membaca ayat, mafhumnya: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: Ya Tuhan kami beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman (AL Hasyr: 10) (34) .

Daripada Abdullah bin Nafi’ katanya: Ketika kami sedang dudukduduk memperkatakan tentang seorang lelaki yang memperkecilkecilkan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. lalu Imam Malik membaca ayat ini, mafhumnya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesame mereka; sehingga tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin) (Al Fath: 29)
Kemudian Imam Malik berkata: Sesiapa yang terdapat di dalam hatinya perasaan jengkel (sakit hati) terhadap salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. maka ia termasuk ke dalam ancaman ayat ini. (35)

Daripada Asyhab Bin Abdul Aziz katanya: Seorang `Alawy (fanatik kepada Saidina Ali) bertanya kepada Imam Malik: Siapakah manusia yang paling mulia sesudah Rasulullah s.a.w. ? Imam Malik menjawab: Abu Bakar. `Alawy bertanya lagi: Kemudian siapa? Malik menjawab: Umar Ibnu Al Khattab. `Alawy bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Malik menjawab: Khalifah yang dibunuh secara zalim iaitu Uthman. Lalu `Alawy berkata: Demi Allah, aku tidak akan berguru kepadamu lagi untuk selamalamanya Imam Malik menjawab: Terserahlah kepada kamu. (36)


TENTANG ILMU KALAM
Daripada Mash’ab Bin Abdullah Al Zubairy katanya: Imam Malik Bin Anas berkata: Aku benci terhadap kalam dalam urusan agama, dan penduduk negeri kami tetap membencinya dan mereka melarang daripadanya, seperti kalam tentang pandangan Jahmiah dan Qadariah dan yang seumpama itu. Beliau tidak menyukai kalam kecuali dalam perkara yang dapat diamalkan. Adapun kalam dalam agama Allah dan pada Dzat Allah Azza Wa Jalla maka berdiam diri (sukut) adalah lebih aku sukai kerana aku melihat penduduk negeri kami semuanya melarang kalam dalam urusan agama kecuali yang berkaitan dengan amal perbuatan. (37)

Daripada Abdullah bin Nafi’ katanya: Aku pernah mendengar Imam Malik berkata: Jika seseorang yang telah melakukan semua dosa-dosa besar selain syirik, kemudian dia berlepas diri daripada mengikuti hawa nafsu dan perbuatan bid’ah (lalu Imam Malik menyebut di antaranya Kalam) maka ia akan masuk syurga. (38)

Daripada Ishak Bin Isa katanya: Aku mendengar Imam Malik Bin Anas mencela perbuatan-perbuatan berbantah-bantahan (jidal) dalam urusan agama, beliau berkata: Setiap kali datang kepada kami orang yang gemar berbantahan seolah-olah ia menginginkan agar kami menolak apa yang dibawa oleh Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. (39)

Daripada Abdul Rahman Bin Mahdy katanya: Seorang lelaki bertanya kepada Imam Malik , lalu Imam Malik berkata: Barangkali engkau salah seorang sahabat daripada ‘ Amr Bin ‘ Ubaid, mudah-mudahan Allah menurunkan laknat-Nya ke atas ‘Amr Bin ‘ Ubaid kerana dialah orang yang memulai bid’ah kalam ini , kalaulah kalam itu suatu ilmu nescaya perkara ini menjadi percakapan di kalangan para Sahabat dan Tabi’in sebagaimana percakapan dan perbincangan mereka tentang hukum hakam dan syariat. (40)

Daripada Asyhab Bin Abdul Aziz katanya : Aku mendengar Imam Malik berkata : Jauhilah bid’ah. Beliau ditanya : Wahai Aba Abdillah , apakah bid’ah itu ? Jawabnya: Ahli Bid’ah ialah orang orang yang memperkatakan (yatakallamuun) tentang Nama nama dan Sifat sifat Allah , tentang Kalam-Nya, Ilmu-Nya, Kudrat-Nya. Mereka tidak diam (yaskutuun) sebagaimana diamnya para sahabat dan pengikut pengikut mereka dengan ihsan. (41)

Daripada Imam Syafii’ katanya : Jika datang kepada Imam Malik sebagian daripada Ahli Ahwaa’ (Orang orang yang gemar mengikuti hawa nafsu seperti ahli kalam), lalu beliau akan berkata kepada mereka : Adapun aku telah berada di dalam keyakinan yang jelas (bayyinah) yang datang daripada Tuhanku, sedangkan kamu berada di dalam keraguan (syak), oleh sebab itu pergilah kamu kepada keraguanmu dan musuhilah dia. (42)
'
Oleh: Ustaz Dr. Abdullah Yasin

Sumber rujukan:
27. Zamm al-Kalam; Q-210
28. Al-Hilyah; VI /325-326
29. Al-Hilyah; VI /325
30. Al-Tamhid; Ibn Abd al-Barr; VII/ 138
31. Al-Intiqaa; Hal 34
32. Al-Hilyah; VI /327
33. Al-Intiqaa; Hal 34
34. Al-Hilyah; VI /327
35. Ibid VI/327
36. Tartib al-Madarik; II/45-46
37. Jaami’ al-Bayan al-‘ilm wa Fadhlih; Hal 415
38. Taqrib al-Tahdzib; I-60
39. Syarh Ahl al-Hadith; Hal. 5
40. Zamm al-Kalam; Q-173-B
41. Ibid; Q-173-A
42. Al-Hilyah; VI /327


Wednesday, February 11, 2009

Aqidah Imam Empat Adalah Satu - Imam Abu Hanifah


Oleh: Ustaz Dr. Abdullah Yasin

PEMBAHASAN PERTAMA
Aqidah Imam Empat iaitu Imam Abu Hanifah , Imam Malik , Imam Syafi’i dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal adalah satu iaitu aqidah sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w dan sebagaimana aqidah para sahabat dan golongan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik. Alhamdulillah, di antara mereka tidak terdapat percanggahan dalam Ushuluddin atau asas-asas agama, malahan kesemua mereka bersepakat tentang iman terhadap sifat-sifat Allah, Al- Quran adalah Kalam dan bukan makhluk, Iman mestilah bersesuaian antara ucapan lisan dan keyakinan hati, bahkan mereka bersepakat mengingkari Golongan Ahli Kalam seperti seperti Jahmiyah dan seumpamanya yang sudah terpengaruh dengan falsafah Yunani dan Mazhab-Mazhab Kalamiyah.

Imam Ibnu Taimiyah berkata : (….namun berkat rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya bahawa Imam-Imam yang menjadi ikutan umat seperti Imam- Imam yang empat dan lain-lain, semua mereka mengingkari Ahli Kalam seperti Jahmiyah; tentang keyakinan mereka terhadap Al-Quran, Iman dan Sifat-sifat Allah. Kesemua mereka mempunyai satu pendirian dan keyakinan sebagaimana pendirian dan keyakinan Salafus Soleh bahawa Allah S.W.T.dapat dilihat di akhirat, dan Al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk, Iman pula mestilah gabungan daripada ucapan lisan dan keyakinan hati………).(1)

Imam Ibnu Taimiyah ditanya tentang I’tiqad Imam Syafi’I, jawabnya: “ I’tikad Syafi’i r.a dan I’tikad Salaf Al Ummah seperti Malik, Al Thaury, Al Auza’i, Ibnu Al Mubarak, Ahmad Ibnu Hanbal, Ishak Bin Ruhawaih adalah sebagaimana I’tikad Masyaikh Al Muqtadaa (Syeikh-syeikh yang menjadi teladan umat) seperti Al Fudhail Bin ‘Iyadh, Abu Sulaiman Al Daraany, Sahl Bin Abdullah Al Tustury dan lain-lain. Tidak terdapat perbezaan pandangan di antara mereka dalam hal yang bersangkutan dengan Ushuludin. Demikian juga Imam Abu Hanifah Rahimahullah kerana i’tikad yang thabit daripada beliau tentang Tauhid dan Qadar dan yang seumpamanya adalah bersesuaian dengan I’tikad mereka. Manakala I’tikad mereka adalah sebagaimana I’tikad Para Sahabat dan Tabi’iin iaitu apa yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.” (2)

Pandangan ini telah dipilih oleh Al’Allaamah Shadiq Hasan Khaan, katanya: “Maka mazhab kami adalah sebagaimana mazhab Salaf iaitu Ithbat tanpa Tasybih, Tanzih tanpa ta’thil. Inilah mazhab Imam- Imam Utama Umat Islam seperti Malik Syafi’I, Al Thaury, Ibnu Al Mubarak dan Imam Ahmad …….dan lain-lain lagi. Tidak terdapat di antara mereka sedikitpun percanggahan dalam hal Ushuluddin. Demikian juga dengan Imam Abu Hanifah r.a. kerana I’tikad yang thabit daripada beliau ialah sebagaimana I’tikad Imam-Imam yang lain iaitu sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w ."(3)

Berikut ini akan kami dedahkan nukilan kata-kata Imam-Imam Yang Empat yang menjadi ikutan ramai umat Islam iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Al Syafi’I dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal tentang apa yang mereka I’tikadkan dalam masalah-masalah Ushuluddin serta penjelasan tentang sikap mereka masing-masing terhadap Ilmu Kalam.


PEMBAHASAN KEDUA

AQIDAH IMAM ABU HANIFAH
Imam Abu Hanifah berkata: Tidak wajar seseorang berdoa kepada Allah kecuali dengan-Nya dan doa yang diizinkan serta disuruh Allah adalah sebagaimana yang tertera dalam firman Allah, mafhumnya, (4) Hanya milik Allah Asma-ul husna maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orangorang yang menyimpang daripada kebenaran dalam menyebut nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan (Al A’raf: 180)

Abu Hanifah berkata: Adalah dibenci jika seseorang berdoa dengan mengatakan: Aku memohon kepada-Mu dengan hak si fulan atau hak Nabi-Nabi-Mu dan hak Rasul-Rasul-Mu atau hak Al Bait Al Haram dan Al Masy’ar Al Haram. (5)

Abu Hanifah berkata: Allah tidak boleh disifati dengan sifat-sifat makhluk; MurkaNya dan RedhaNya adalah dua sifat di antara sifat-sifatNya tanpa takyiif. Inilah keyakinan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu Dia Murka dan Dia Redha; Dan tidak boleh dikatakan MurkaNya itu adalah seksa-Nya, dan Redha-Nya itu Ganjaran-Nya. Kita mestilah mensifati-Nya sebagaimana Dia sendiri yang mensifati diri-Nya; Al Ahad, Al-Shamad, Lam Yalid Wa Lam Yuulad, Wa lam yakun Lahuu Kufuan Ahad. Dia Maha Hidup, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui, Tangan Allah di atas tangan mereka, Tangan-Nya tidak sebagaimana tangan-tangan makhluk-Nya, dan Wajah-Nya tidak sebagaimana wajah-wajah makhluk-Nya. (6)

Abu Hanifah berkata: Allah mempunyai tangan dan wajah sebagaimana Allah menyebutnya di dalam Al Quran. Maka apa yang disebutkan oleh Allah di dalam Al Quran seperti menyebut tangan dan wajah, itu adalah sifat bagi-Nya tanpa takyiif (mempertikaikan tentang bagaimana). Kita tidak boleh mengatakan tangan-Nya adalah kuasa-Nya atau ni’mat-Nya kerana yang demikian itu bererti kita telah membatalkan sifat Allah (Ibthaalus Sifat), dan pandangan seperti inilah sebenarnya pandangan Qadariyah dan Mu’tazilah (7).

Abu Hanifah berkata: Tidak wajar bagi seseorang memperkatakan sesuatu tentang Dzat Allah, bahkan dia sepatutnya mensifati Allah dengan apa yang telah Allah sifatkan kepada diri-Nya. Kita tidak sepatutnya memperkatakan sesuatu tentangnya berdasarkan akal semata, Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam. (8)

Abu Hanifah berkata: Sesiapa yang berkata, “Saya tidak tahu, adakah Allah itu di langit atau di bumi” maka dia kafir, demikian juga orang yang berkata: Sesungguhnya Dia di atas Arasy tetapi saya tidak tahu adakah `Arasy itu di langit atau di bumi. (9)

Abu Hanifah berkata: Al-Quran adalah Kalamullah, di dalam mashhaf dia ditulis dan di dalam hati dia dihafaz dan pada lidah dia dibaca, dan ke atas Nabi s.a.w. diturunkan (10).


TENTANG QADAR
Dia berkata: Adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu sejak azali sebelum sesuatu itu wujud lagi (11).

Dia berkata: Allah Maha Mengetahui tentang sesuatu yang tiada (ma’dum) dalam hal ketiadaannya, dan Dia Maha mengetahui bagaimana keadaannya jika Dia mewujudkannya, dan Allah Maha Mengetahui bagaimana kelak yang wujud itu akan musnah (12).

Dia berkata: Kami menyakini bahawa Allah menyuruh Qalam supaya menulis, lalu Qalam berkata: Apakah yang akan aku tulis, wahai Tuhan? Maka Allah berfirman kepadanya: Tulislah olehmu apa yang akan terjadi hingga ke Hari Kiamat. Ini berdasarkan firman Allah :(13) Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. Dan segala (urusan) yang kecil mahu pun yang besar adalah tertulis (Al Qamar: 52-53).

Dia berkata: Kami menyakini bahawa hamba (manusia) bersama amalannya dan ikrarnya dan ma’rifatnya adalah makhluk. Sebab jika orang yang melakukan perbuatan (Faa’il) itu adalah makhluk maka adalah lebih utama perbuatan-perbuatannya (Afaal) itu adalah makhluk (14).

Dia berkata: Segala perbuatan hamba, sama ada pergerakannya ataupun diamnya adalah usaha atau ikhtiar mereka. Dan Allah Yang Menciptanya. Semuanya adalah dengan kehendak-Nya, Ilmu-Nya, Qadha-Nya dan Qadar-Nya. (15)

Dia berkata: Semua perbuatan hamba, sama ada pergerakan; ataupun diamnya adalah usahanya secara hakiki (sebenarnya) dan Allah menciptakannya. Semuanya adalah dengan kehendak- Nya dan ilmu-Nya dan Qadha-Nya dan Qadar-Nya. Semua ketaatan adalah wajib dengan perintah Allah dan dengan Kesukaan-Nya dan Redha-Nya, Ilmu-Nya, Kehendak-Nya, Qadha-Nya dan Qadar-Nya. Sedangkan maksiat pula semuanya adalah dengan ilmu Allah, Qadha-Nya, Taqdir-Nya dan Kehendak-Nya, bukan dengan Kesukaan-Nya, bukan dengan Keredhaan-Nya dan bukan pula dengan Perintah-Nya. (16)


TENTANG IMAN
Iman adalah ikrar dan tashdiq. (17) Iman adalah ikrar dengan lisan dan tashdiq dengan hati. Ikrar dengan lisan sahaja belum lagi dikatakan iman.(18) Iman tidak bertambah dan tidak berkurang.(19)

Pandangan Abu Hanifah bahawa Iman tidak bertambah dan tidak berkurang, dan juga pandangan beliau tentang Iman adalah kirar dengan lisan dan tashdiq dengan hati sedangkan amal pula terkeluar daripada hakikat iman. Pandangan inilah yang menjadi pembeza utama antara I’tikad Imam Abu Hanifah dengan I’tikad semua Imam-Imam Islam lainnya seperti Imam Malik, Imam Syafi’I, Imam Ahmad, Ishak, Al- Bukhari dan lain-lain lagi. Dalam hal ini yang benar ialah pandangan imam-imam tersebut sedangkan pandangan Abu Hanifah tidak menepati kebenaran. Namun demikian beliau akan diberi ganjaran dalam kedua-dua keadaan (Ijtihad). Dan Imam Abdul Barr dan Imam Ibnu Abi Al ‘Izz menyebut bahawa dapat dirasakan bahawa Imam Abu Hanifah telah kembali atau menarik balik dari perkataannya itu, Wallahu A’lam. (20)


TENTANG SAHABAT
Kami tidak mengatakan tentang seorang sahabat pun daripada sahabat-sahabat Rasul s.a.w. kecuali yang baik-baik sahaja.(21) Kami tidak berlepas diri daripada seorang pun daripada sahabatsahabat Rasul s.a.w. sebagaimana kami tidak menjadikan salah seorang mereka sahaja sebagai pemimpin kami tanpa yang lain (22)

Kedudukan salah seorang mereka bersama Rasulullah s.a.w. satu saat adalah lebih baik daripada amal soleh seorang di antara kita sepanjang umurnya walaupun lanjut usianya.(23) Kami berikrar bahawa manusia yang paling mulia daripada umat ini sesudah Nabi Muhammad s.a.w. ialah Abu Bakar Al-Siddiq kemudian Umar Ibnu Al Khattab kemudian Othman Ibnu ‘Affan kemudian Ali bin Abi Thalib Ridhwaanullahi’Alaihim Ajma’iin. (24)


TENTANG ILMU KALAM
Abu Hanifah berkata: Mudah-mudahan Allah menurunkan laknat-Nya ke atas Amr Bin ‘Ubiad kerana dialah orang pertama yang membuka jalan kepada manusia ramai tentang Ilmu Kalam yang sama sekali tidak mendatangkan manfaat kepada mereka. (25)
'
Berkata Abu Hanifah kepada Abu Yusuf: Janganlah kamu katakan kepada orang ramai tentang Ushuluddin secara pendekatan Ilmu Kalam, kerana kelak mereka akan bertaklid kepada kamu dan akhirnya mereka hanya akan menyibukkan diri mereka dengan perkara itu sahaja.(26)


Rujukan:
1. Kitab al-Iman ( Ta’liq Muhammad al-Harras); Dar al
Tiba’ah al Muhammadiyah; hal. 350-351
2. Majmu’ Fatwa; Ibn Taimiyah; V/256
3. Qathful al-Thamar; Hal. 47-48
4. Al-Durr al-Mukhtar Ma’a al-Hasyiah Rddu al-Mukhtar;
V/396-397
5. Syar al-‘Aqidah al-Tahawiyah; Hal 234; Syarh Fiqh al-
Akbar; 198
6. Al-Fiqh al-Absat, Hal. 56
7. Al-Fiqh al-Akbar; Hal 302
8. Syarh al-Aqidah al-Tahawiyah;Ii /427 Tahqiq: Dr al-
Turkey; Jalal al’Ainain; Hal. 368
9. Al-Fiqh al-Absat, hal 46; al-Zahabi dalam kitab
al-‘Uluw; Hal 101-102
10. Al-Fiqh al-Akbar, Hal 301
11. Al-Fiqh al-Akbar, Hal 202-203
12. Ibid; hal 202-203
13. Al-Wasiyah Ma’a Syarhihaa; hal 21
14. Ibid; hal. 14
15. Al-Fiqh al-Akbar, Hal 303
16. Ibid; hal. 303
17. Al-Fiqh al-Akbar, Hal 304
18. Al-Wasiyah Ma’a Syarhihaa; hal 2
19. Ibid; hal. 3
20. Al-Tamhid; Ibn Abd al-Barr; Hal. 247; Al-Tahawiyah;
Hal 395
21. Al-Fiqh al-Akbar, Hal 304
22. Al-Fiqh al-Absat, Hal. 40
23. Manaaqib Abi Hanifah; Al-Makkiy; Hal. 76
24. Al-Wasiyah Ma’a Syarhihaa; hal 14
25. Zamm al-Kalam; Al-Harawiy; Hal 28-31
26. Manaaqib Abi Hanifah; Al-Makkiy; Hal. 373

Tuesday, February 10, 2009

Imbasan Kenangan Lalu...

Masuk sahaja suku bulan Februari ni menandakan proses penambahan dari segi kiraan hari untuk diriku. Bertambah lagi kiraan tahun masihi umur yang Allah kurniakan padaku selama ini. Dalam masa yang sama boleh aku istilahkan sendiri dengan istilah ‘Rumah kata pergi, kubur kata mari.’ Ini menujukkan yang aku ini makin lama, makin menghampiri saat akhirat kecil yang bakal Allah datangkan tepat masanya yang mana ianya tak akan diperlambat sesaat mahupun dipercepatkan barang sesaat. Itulah hakikat hidup kita selaku hamba Allah di muka bumi ini yang dianugerahkan amanah untuk menjadi khalifah.

Apabila diimbas kembali sepanjang hidupku, bermacam-macam suka dan duka yang aku lalui sepanjang hidup aku ini bermula dari zaman kanak-kanak, remaja dan kini aku dah memasuki alam dewasa. Disingkap semua itu banyak yang boleh aku rungkaikan. Apapun rasa kesyukuran dipanjatkan pada yang Maha Esa, dengan segala nikmat yang diberikan kesihatan dan tubuh badan yang baik, makan minum dan yang lebih penting dan utama nikmat Iman dan Islam yang tiada nilainya dengan apa jua ukuran utk dibuat.

Imbauan d
ibuat dari zaman kecilku dulu yang masih ingat hingga ke hari ini banyak sebenarnya. Zaman kanak-kanakku dulu, kawasan rumahku dulu menjadi port or kawasan yang setiap petang pasti kawan-kawan akan datang berkumpul. Sebabnya ada laman yang agak luas juga di hadapan rumah yang sering kami jadikan tempat untuk bermain bola sepak. Bercerita tentang permainan sewaktu zaman kanak-kanak dulu yang dapat aku katakana ianya berubah mengikut musim. Ada sahaja pertukaran musim dan bentuk permainan ketika itu juga akan turut bertukar. Antaranya adalah main guli, layang-layang dan lebih kami kenali dengan wau je, main foto ( tepuk dan baling tin), main penutup botol, jengket hambat, main toi, main gasing dan beberapa lagi yang aku pun dah ingat-ingat lupa. Permainan besar biasalah seperti bola sepak, sepak takraw dan badminton. Siap buat court lagi di belakang rumah dengan menggunakan tali. Dulu juga aku ingat rajin juga menyauk ikan pelaga dan juga pancing ikan kat bendang belakang umah. Sekarang semua tu dah tiada lagi dan dah siap naik Hotel Seri Malaysia, Stadium Pisa dan sebagainya.

Apabila masuk alam tadika, aku dihantar ke tadika kemas bayan baru. Guru aku ketika itu Cikgu Faridah. Aku ingat lagi sikit-sikit keadaan aku ketika itu dan beberapa perkara yang aku rasa akan aku kenang sampai bila-bila. 2 insiden iaitu di mana ketika itu aku dan anak sepupuku, Mamat yang juga sebaya denganku dan beberapa org kawan lain pergi ke rumah kawanku setelah habis waktu kelas. Kawan aku itu tak salah ayu namanya di mana rumahnya kalu andaian sekarang ni berhadapan dengan sunshine square. Hinggakan mak ayah kami datang mencari kami di tadika sebab lewat balik. Yang keduanya ketika melibatkan diri dengan pementasan ala-ala teater di mana aku pun dah tak ingat. Cuma lakonan tanpa suara seperti pentomen. Aku dan kawanku tak salah namanya azhar bertindak sebagai penjahat manakalanya hero dan heroinnya ayu dan azam. Gambar pun masih ada dalam simpanan aku sampai saat ini.

Setelah it
u aku masuk masuk ke sekolah rendah kebangsaan sungai ara. Bermula dengan 1 hijau dengan guru kelas iaitu Teacher Chuah. Aku sempat dengan Teacher Chuah sampai aku darjah dua sahaja. Selepas itu darjah 3 Cikgu Nafisah dan darjah 4 Cikgu Rohani Awang. Manakala darjah 5 dan 6 Cikgu Salehana Abdul Wahab. Hingga saat ini Cikgu Salehana dan Cikgu Rohani sahaja yang masih aku hubungi. Kadang-kadang cukup sekadar ucapan melalui mesej sebagai tanda ingatan aku pada mereka. Sepanjang 6 tahun di sekolah ini banyak sangat kenangan yang masik aku ingat sampai saat ini. Dengan penglibatan aku dalam sukan seperti bola sepak (abang Mie dan Cikgu Mohammad), bola baling (Cikgu Salehana dan Ustazah Horhayati), sepak takraw (Cikgu Wan Abdul Hamid) dan olahraga (Sir Joseph). Banyak kenangan yang aku tak akan lupa dengan semua kawan-kawan dan juga guru-guru di SKSA. Semasa aku di sekolah rendah ini juga, aku masuk kelas fardhu ain yang diajar di Masjid Lama Sungai Ara. Kelas setiap hari sabtu dan ahad dari pukul 9 pagi hingga masuk waktu zohor. Guru-guru aku ketika itu seperti Ustazah Noma, Ustazah Syuqiah Hanim dan ramai lagi ustazah yang aku sendiri dah lupa nama-nama mereka. Tapi rasanya kalu jumpa, mungkin masih boleh dicam. Tapi untuk tegur tu, mungkin sikit lain rasanya walaupun cuma sebagai anak murid dan guru. Pelbagai ilmu berkaitan fardhu ain, tauhid, feqah dan sirah yang patut anak-anak tahu banyak aku pelajari di sini. Dalam masa ini juga penglibatan aku dengan kumpulan nasyid muhajir juga di bawah JIM bermula di sini. Aku beserta 4 orang sahabat selaku anak muda yang dipilih untuk turut serta dengan kumpulan nasyid ini. Latihannya di waktu malam, bangunan di hadapan masjid juga dan aku peruntukkan masa untuk ini. Banyak lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan hanya beradasarkan lagu yang sedia ada seperti ketika itu Nada Murni, The Zikr,dan beberapa kumpulan nasyid yang lain. Ada ketikanya kumpulan kami ini membuat persembahan di kedah yang aku rasa paling jauh yang pernah aku ikuti. Lagipun aku dan kawan-kawan selaku backup je untuk harmonikan lagu dengan suara kanak-kanak.

Setelah itu m
asuk ke sekolah menengah di sebuah sekolah asrama di bandar. Sememangnya sekolah yang agak gah berdiri dengan namanya yang tersendiri. Bermula dengan kelas 1 Topaz aku dimasukkan dan akhir sekali 5 Kecubung. Di asrama pula aku ditempatkan di dorm 6 hingga yang terakhir adalah dorm 5. Di sini bagi aku suka duka aku hidup jauh dari keluarga dan cuba hidup beridikari bersama dengan kwn2 seangkatan. Paling banyak kenangan di sini dengan pelbagai kerenah senior semasa aku junior dan juga kerenah junior semasa aku bergelar seniorita. Andai untuk aku luahkan kesemuanya sememangnya boleh dibuat jurnal rasanya sebab terlampau banyak. Banyak yang aku belajar di sini erti persahabatan, kepimpinan, persengketaan, perdamaian dan seribu satu konsep kehidupan semuanya di sini sehinggakan bagi yang perasan email aku sendiri sememangnya aku letakkan 99 iaitu merujuk tahun akhir semasa aku di tingkatan 5 di PFS. Warden yang masih aku ingat hingga ke hari ini iaitu Ustaz Suhaimi, Cikgu Latif, Cikgu Hairul, arwah Cikgu Sober, Cikgu Zulkifli dan beberapa lagi cikgu yang datang dan pergi. Aku juga sempat bersama dengan Ustaz Mahyuddin Aqil semasa beliau masih mengajar dan menjadi ketua warden dahulu dan kini beliau bertugas di pejabat Agama Islam Pulau Pinang. Masih lagi dengan aktif dalam bidang sukan di sini aku libatkan diri dengan bola sepak (Cikgu Syed Sultan dan Cikgu Yusof), sepak takraw (Cikgu Omar), dan bola baling (Sir Yap). Di sini juga aku kenal macam-macam istilah botoi, koboi, turun motor, starlight (guna jari atau sudu) dan sebagainya. Yang paling manis apabila dah bergelar seniorita, yang mana sedikit kebebasan berbanding junior kerana hanya terikat dengan peraturan am sahaja, dalaman sebaliknya.

Cukuplah dulu aku nukilkan dulu imbasan-imbasan kenangan zaman persekolahan ini zaman kecilku ini. Sampai sekarang adakalanya kenangan-kenangan ini adakalanya masuk juga dalam alam mimpi merujuk kepada keadaan terutama di asrama dengan kawan-kawan. Alangkah indahnya andai masa yang lalu dapat diputar kembali dan dapat kembali semula ke sanakan? Yang pasti semua hanya kenangan yang akan terus kekal untuk selamanya di ingatan….

Friday, February 6, 2009

Apa rahsia bijaksananya bangsa Yahudi ini?


Ini antara email yang rasa mungkin boleh memberi manfaat bagi kita andai kita ingin tahu rahsia yang kita sendiri sebenarnya tak tahu tentang bangsa yang menjadi isu umat Islam masakini dan untuk selamanya. Hasil kajian tesis yang berkaitan dengan pengamalan orang yahudi.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan. Saya sedang melatih otak anak saya. Semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau. Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah cara orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka supayaa merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa? Tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan bagi mereka. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap dan difahami oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi. Maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan di dunia. Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif (bezikir). Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York , Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas. Jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis , Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York . Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak. Dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu gen yang bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 bersamaan dengan RM ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta , di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok dan harga rokok? Cuma US$0 .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler? Bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan. Dari segi pemakanan, cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi. Pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essei sepanjang 5 muka surat penuh. Essienya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Dr. Stephen Carr Leon


Cuba kita bayangkan andai pendekatan yang sama juga kita ambil dengan si ibu bagi setiap keluarga Islam cuba dari awal kandungan lagi dengan pengamalan Al-Quran dan sebagainya, tidak mustahil umat Islam akan kembali berada di atas seperti zaman kegemilangan Islam dahulu mendahului agama yang lain, InsyaAllah. Apapun petunjuk yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw adalah sebaik-baik petunjuk dalam pembentukan keluarga. Bagi sesiapa yang membaca artikel ini, sama-sama kita cuba aplikasikan mana yang termampu untuk zuriat kita nanti supaya yang bakal lahir dan telah lahir ini kita lorongkan supaya menjadi pejuang agama Allah, InsyaAllah...

Thursday, February 5, 2009

Peranan Keluarga Dalam Islam ~siri 2~

TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM
Banyak penulis dan peneliti membicarakan tentang tujuan pendidikan individu muslim. Mereka berbicara panjang lebar dan terinci dalam bidang ini, hal yang tentu saja bermanfaat. Apa yang mereka katakan kami ringkaskan sebagai berikut: "Nyatalah bahwa pendidikan individu dalam islam mempunyai tujuan yang jelas dan tertentu, yaitu: menyiapkan individu untuk dapat beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan tak perlu dinyatakan lagi bahwa keseluruhannya agama Islam tidak membatasi pengertian ibadah pada solat, puasa dan haji; tetapi setiap karya yang dilakukan seorang muslim dengan niat untuk Allah semata merupakan ibadah." (Aisyah Abdurrahman Al Jalal, Al Mu'atstsirat as Salbiyah fi Tarbiyati at Thiflil Muslim wa Thuruq 'Ilajiha, hal. 76.
'
MEMPERHATIKAN ANAK SEBELUM LAHIR
Perhatian kepada anak dimulai pada masa sebelum kelahirannya, dengan memilih isteri yang shalelhah, Rasulullah SAW memberikan nasehat dan pelajaran kepada orang yang hendak berkeluarga dengan bersabda : "Dapatkan wanita yang beragama, (jika tidak) niscaya engkau merugi." (HR.Al-Bukhari dan Muslim)
'
Begitu pula bagi wanita, hendaknya memilih suami yang sesuai dari orang-orang yang datang melamarnya. Hendaknya mendahulukan laki-laki yang beragama dan berakhlak. Rasulullah memberikan pengarahan kepada para wali dengan bersabda : "Bila datang kepadamu orang yang kamu sukai agama dan akhlaknya, maka kawikanlah. Jika tidak kamu lakukan, nisacaya terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar."
'
Termasuk memperhatikan anak sebelum lahir, mengikuti tuntunan Rasulullah dalam kehidupan rumah tangga kita. Rasulullah memerintahkan kepada kita: "Jika seseorang diantara kamu hendak menggauli isterinya, membaca: "Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau karuniakan kepada kami". Maka andaikata ditakdirkan keduanya mempunyai anak, niscaya tidak ada syaitan yang dapat mencelakakannya".
'
MEMPERHATIKAN ANAK KETIKA DALAM KANDUNGAN
Setiap muslim akan merasa kagum dengan kebesaran Islam. Islam adalah agama kasih sayang dan kebajikan. Sebagaimana Islam memberikan perhatian kepada anak sebelum kejadiannya, seperti dikemukakan tadi, Islam pun memberikan perhatian besar kepada anak ketika masih menjadi janin dalam kandungan ibunya. Islam mensyariatkan kepada ibu hamil agar tidak berpuasa pada bulan Ramadhan untuk kepentingan janin yang dikandungnya.
'
Sabda Rasulullah : "Sesungguhnya Allah membebaskan separuh solat bagi orang yang bepergian, dan (membebaskan) puasa bagi orang yang bepergian, wanita menyusui dan wanita hamil". (Hadits riwayat Abu Dawud, At Tirmidzi dan An Nasa'i. Kata Al Albani dalam Takhrij al Misykat: "Isnad hadits inijayyid' ) Si ibu hendaklah berdo'a untuk bayinya dan memohon kepada Allah agar dijadikan anak yang soleh dan baik, bermanfaat bagi kedua orang tua dan seluruh kaum muslimin. Karena termasuk do'a yang dikabulkan adalah do'a orang tua untuk anaknya.
'
MEMPERHATIKAN ANAK SETELAH LAHIR
Setelah kelahiran anak, dianjurkan bagi orang tua atau wali dan orang di sekitamya melakukan hal-hal berikut:
1. Menyampaikan khabar gembira dan ucapan selamat atas kelahiran
Begitu melahirkan, sampaikanlah kabar gembira ini kepada keluarga dan sanak saudara, sehingga semua akan bersuka cita dengan berita gembira ini. Firman Allah 'Azza Wa Jalla tentang kisah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam bersama malaikat: "Dan isterinya berdiri (di balik tirai lalu dia tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishaq dan dari lshaq (akan lahir puteranya) Ya 'qub. " (Surah Hud : 71).
'
Dan firman Allah tentang kisah Nabi Zakariya 'Alaihissalam: "Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakariya, sedang ia tengah berdiri melakukan shalat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah mengembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu ) Yahya." (Ali Imran: 39).
'
Adapun tahni'ah (ucapan selamat), tidak ada nash khusus dari Rasul dalam hal ini, kecuali apa yang disampaikan Aisyah Radhiyallahu 'Anha: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam apabila dihadapkan kepada beliau anak-anak bayi, maka beliau mendo'akan keberkahan bagi mereka dan mengolesi langit-langit mulutnya (dengan korma atau madu)." (Hadits riwayat Muslim dan Abu Dawud). Abu Bakar bin Al Mundzir menuturkan: Diriwayatkan kepada kami dari Hasan Basri, bahwa seorang laki-laki datang kepadanya sedang ketika itu ada orang yang baru saja mendapat kelahiran anaknya. Orang tadi berkata: Penunggang kuda menyampaikan selamat kepadamu. Hasan pun berkata: Dari mana kau tahu apakah dia penunggang kuda atau himar? Maka orang itu bertanya: Lain apa yang mesti kita ucapkan. Katanya: Ucapkanlah: "Semoga berkah bagimu dalam anak, yang diberikan kepadamu, Kamu pun bersyukur kepada Sang Pemberi, dikaruniai kebaikannya, dan dia mencapai kedewasaannya." (Ibnu Qayyim Al Jauziyah, Tuhfatul fi Ahkamil Maulud.)
'
2. Menyerukan azan di telinga bayi
Abu Rafi' Radhiyallahu 'Anhu menuturkan: "Aku melihat Rasulullah memperdengarkan azan pada telinga Hasan bin Ali ketika dilahirkan Fatimah" (Hadits riwayat Abu Dawud dan At Tirmidzi). Hikmahnya, Wallahu A'lam, supaya adzan yang berisi pengagungan Allah dan dua kalimat syahadat itu merupakan suara yang pertama kali masuk ke telinga bayi. Juga sebagai perisai bagi anak, karena azan berpengaruh untuk mengusir dan menjauhkan syaitan dari bayi yang baru lahir, yang ia senantiasa berupaya untuk mengganggu dan mencelakakannya. Ini sesuai dengan penyataan hadits: "Jika diserukan adzan untuk solat, syaitan lari terbirit-birit dengan mengeluarkan kentut sampai tidak mendengar seruan adzan" (Ibid)
'
3. Tahnik (Mengolesi langit-langit mulut)
Termasuk sunnah yang sepatutnya dilakukan pada saat menerima kelahiran bayi adalah tahnik, yaitu melembutkan sebutir kurma dengan dikunyah atau menghaluskannya dengan cara yang sesuai lalu dioleskan di langit-langit mulut bayi. Caranya,dengan menaruh sebagian kurma yang sudah lembut di ujung jari lain dimasukkan ke dalam mulut bayi dan digerakkan dengan lembut ke kanan dan ke kiri sampai merata. Jika tidak ada korma, maka diolesi dengan sesuatu yang manis (seperti madu atau gula).
'
Abu Musa menuturkan: "Ketika aku dikurniakan seorang anak laki-laki, aku datang kepada Nabi, maka beliau menamainya Ibrahim, mentahniknya dengan korma dan mendo'akan keberkahan baginya, kemudian menyerahkan kepadaku".
'
Tahnik mempunyai pengaruh kesehatan sebagaimana dikatakan para dokter. Dr. Faruq Masahil dalam tulisan beliau yang dimuat majalah Al Ummah, Qatar, edisi 50, menyebutkan: "Tahnik dengan ukuran apapun merupakan mu'jizat Nabi dalam bidang kedoktoran selama empat belas abad, agar umat manusia mengenal tujuan dan hikmah di baliknya. Para doktor telah membuktikan bahwa semua anak kecil (terutama yang baru lahir dan menyusu) terancam kematian, kalau terjadi salah satu dari dua hal:
a. Jika kekurangan jumlah gula dalam darah (karena kelaparan).
b. Jika suhu badannya menurun ketika kena udara dingin di sekelilingnya."'
'
4. Memberi nama yang baik-baik
Termasuk hak seorang anak terhadap orangtua adalah memberi nama yang baik. Diriwayatkan dari Wahb Al Khats'ami bahwa Rasulullah bersabda: " Pakailah nama nabi-nabi, dan nama yang amat disukai Allah Ta'ala yaitu Abdullah dan Abdurrahman, sedang nama yang paling manis yaitu Harits dan Hammam, dan nama yang sangat jelek yaitu Harb dan Murrah." ( HR. Abu Daud An Nasa'i)
'
Pemberian nama merupakan hak bapa.Tetapi boleh baginya menyerahkan hal itu kepada ibu. Boleh juga diserahkan kepada abang, datuk atau selainnya. Rasulullah merasa optimis dengan nama-nama yang baik. Disebutkan Ibnul Qayim dalam Tuhfaful Wadttd bi Ahkami Maulud, bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam tatkala melihat Suhail bin Amr datang pada hari Perjanjian Hudaibiyah beliau bersabda: "Semoga mudah urusanmu." Dalam suatu perjalanan beliau mendapatkan dua buah gunung, lain beliau bertanya tentang namanya. Ketika diberitahu namanya Makhez dan Fadhih, beliaupun berbelok arah dan tidak melaluinya. ( Ibnu Qayim Al Jauziyah, Tuhfatul Wadud, hal. 41.)
'
Termasuk tuntunan Nabi mengganti nama yang jelek dengan nama yang baik. Beliau pernah mengganti nama seseorang 'Ashiyah dengan Jamilah, Ashram dengan Zur'ah. Disebutkan oleh Abu Dawud dalam kitab Sunan : "Nabi mengganti nama 'Ashi, 'Aziz, Ghaflah, Syaithan, Al Hakam dan Ghurab. Beliau mengganti nama Syihab dengan Hisyam, Harb dengan Aslam, Al Mudhtaji' dengan Al Munba'its, Tanah Qafrah (Tandus) dengan Khudrah (Hijau), Kampung Dhalalah (Kesesatan) dengan Kampung Hidayah (Petunjuk), dan Banu Zanyah (Anak keturunan haram) dengan Banu Rasydah (Anak keturunan balk)." (Ibid)
'
5. Aqiqah
Iaitu kambing yang disembelih untuk bayi pada hari ketujuh dari kelahirannya. Berdasarkan hadits yang diriwayatkan Salman bin Ammar Adh Dhabbi, katanya: Rasulullah bersabda: "Setiap anak membawa aqiqah, maka sembelihlah untuknya dan jauhkanlah gangguan darinya." (HR. Al Bukhari.)
Dari Aisyah Radhiyallahu 'Anha,bahwaRasulullah bersabda: "Untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang sebanding, sedang untuk anak perempuan seekor kambing" (HR. Ahmad dan Turmudzi).
'
Aqiqah merupakah sunnah yang dianjurkan. Demikian menurut pendapat yang kuat dari para ulama. Adapun waktu penyembelihannya yaitu hari ketujuh dari kelahiran. Namun, jika tidak dapat dilaksanakan pada hari ketujuh boleh dilaksanakan kemudian saja, Wallahu A'lam. Ketentuan kambing yang boleh untuk aqiqah sama dengan yang ditentukan untuk kurban. Dari jenis domba berumur tidak kurang dari 6 bulan, sedang dari jenis kambing kacang berumur tidak kurang dari 1 tahun, dan harus bebas dari cacat.
'
6. Mencukur rambut bayi dan bersedekah perak seberat timbangannya
Hal ini mempunyai banyak faedah, antara lain: mencukur rambut bayi dapat memperkuat kepala, membuka pori-pori di samping memperkuat indera penglihatan, pendengaran dan penciuman. (Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyatul Auladfil Islam, juz1.)
'
Bersedekah perak seberat timbangan rambutnya pun mempunyai faedah yang jelas. Diriwayatkan dari Ja'far bin Muhammad, dari bapaknya, katanya: "Fatimah Radhiyalllahu 'anha menimbang rambut Hasan, Husein, Zainab dan Ummu Kaltsum; lalu ia mengeluarkan sedekah berupa perak seberat timbangannya." (HR. Imam Malik dalam Al Muwaththa')
'
7. Khitan
Iaitu memotong kulup atau bahagian kulit sekitar kepala zakar pada anak laki-laki, atau bagian kulit yang menonjol di atas pintu vagina pada anak perempuan. Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahwa Rasulullah bersabda: "Fitrah itu lima: khitan, mencukur rambut kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak." (HR. Al-bukhari, Muslim) Khitan wajib hukumnya bagi kaum lelaki dan sunnah (dianjurkar) bagi kaum wanita.WallahuA'lam. Inilah beberapa etika terpenting yang perlu diperhatikan dan dilaksanakan oleh orangtua atau pada saat-saat pertama dari kelahiran anak.

Namun, di sana ada beberapa kesalahan yang terjadi pada saat menunggu kedatangannya Secara singkat, antara lain:
a) Membacakan ayat tertentu dari Al Qur'an untuk wanita yang akan melahirkan; atau menulisnya lalu dikalungkan pada wanita, atau menulisnya lalu dihapus dengan air dan diminumkan kepada wanita itu atau dibasuhkan pada perut dan faraj (kemaluan)nya agar dimudahkan dalam melahirkan.ltu semua adalah batil, tidak ada dasamya yangshahih dari Rasulullah, Akan tetapi bagi wanita yang sedang menahan rasa sakit karena melahirkan wajib berserah diri kepada Allah agar diringankan dari rasa sakit dan dibebaskan dari kesulitannya Dan ini tidak bertentangan dengan ruqyah yang disyariatkan.
'
b) Menyambut gembira dan merasa senang dengan kelahiran anak laki-laki, bukan anak perempuan. Hal ini termasuk adat Jahiliyah yang dimusuhi Islam. Firman Allah yang berkenaan dengan mereka: "Apabila seseorang dari merea diberi khabar dengan (kelahiran) anak, perempuan, hitamlah (merah padamlah) matanya, dan dia sangat marah; ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan padanya. Apakah dia akan memeliharannya dengan menanggumg kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang telah mereka lakukan itu." (Surah An Nahl : 58-59). Mungkin ada sebagian orang bodoh yang bersikap berlebihan dalam hal ini dan memarahi isterinya karena tidak melahirkan kecuali anak perempuan. Mungkin pula menceraikan isterinya karena hal itu, padahal kalau dia menggunakan akalnya, semuanya berada di tangan Allah 'Azza wa lalla. Dialah yang memberi dan menolak. Firman-Nya: Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kepada siapa yang dia kehendaki-Nya, dan dia menjadikan Mandul siapa yang Dia kehendaki…" (Surah Asy Syura :49-50). Semoga Allah memberikan petunjukkepada seluruh kaum Muslimin.
'
c) Menamai anak dengan nama yang tidak baik maksudnya.Misalnya, nama yang bermakna jelek, atau nama orang-orang yang menyimpang seperti penyanyi atau tokoh kafir. Padahal menamai anak dengan nama yang baik merupakan hak anak yang wajib atas walinya. Termasuk kesalahan yang berkaitan dengan pemberian nama, yaitu ditangguhkan sampai setelah seminggu.
'
d) Tidak menyembelih aqiqah untuk anak padahal mampu melakukannya. Aqiqah merupakan tuntunan Nabi Shallallahu 'alaihi wasalam, dan mengikuti tuntunan beliau adalah sumber segala kebaikan.
'
e) Tidak menetapi jumlah bilangan yang ditentukan untuk aqiqah. Ada yang mengundang untuk acara aqiqah semua kenalannya dengan menyembelih 20 ekor kambing, ini merupakan tindakan berlebihan yang tidak disyariatkan. Ada pula yang kurang dari jumlah bilangan yang ditentukan, dengan menyembelih hanya seekor kambing untuk anak iakilaki, inipun menyalahi yang disyariatkan. Maka hendaklah kita menetapi sunnah Rasul Shallallahu 'alaihi wasalam tanpa menambah ataupun mengurangi.
'
f) Menunda khitan setelah akil baligh.Tradisi ini dulu terjadi pada beberapa suku, seorang anak dikhitan sebelum kahwin dengan cara yang biadab di hadapan orang banyak. Itulah sebagian kesalahan, dan masih banyak lainnya. Semoga cukup bagi kita dengan menyebutkan etika dan tata cara yang dituntunkan ketika menerima kelahiran anak. Karena apapun yang bertentangan dengan hal-hal tersebut, termasuk kesalahan yang tidak disyariatkan. (Disarikan dari kitab Adab Istiqbal al Maulud fil Islam, oleh ustaz Yusuf Abdullah al Arifi)
'
~Saduran daripada karangan Syaikh YĆ«suf Muhammad al-Hasan dalam Peranan Keluarga Dalam Islam..~