Saturday, December 20, 2008

Nasihat untukmu merangkap nasihat untukku jua.

Posting kali ni mungkin ada yang mengatakan agak jiwang kekaratan sikit. Tapi apabila dibaca dengan keterbukaan minda mana yang baik boleh untuk dimanfaatkan bersama dan yang kurang dicampakkan ke dinding.

Perasaan kasih, sayang dan cinta semuanya adalah anugerah yang Allah campakkan ke hati setiap makhluknya. Semuanya bergantung kepada jenis dan status makhluk berkenaan. Sebenarnya skop untuk ini luas meliputi juga antara makhluk dgn Pencipta, dan makhluk sesama makhluk. Kali ini aku cuma kecilkan skop kepada makhluk sesama makhluk dan lebih kecilkan skop lagi kepada insan yang bermatlamatkan ikatan yang suci yakni pernikahan. Adalah normal lumrah bagi seorang lelaki mahupun perempuan akan rasa tertarik pada kaum yang berlainan daripadanya. Sampaikan ada satu cerita yang aku dengar, bilamana seorang alim diberitahu yang anak lelakinya jatuh hati pada seorang wanita dan dia mengucapkan syukur kerana anak lelakinya itu berada dalam fitrah naluri yang betul. Andai anak lelakinya jatuh hati pada sesama jenis tu yang kurang normalnya. Dalam konteks ni cara yang bagaimana untuk kita hala tujukan semua tu merupakan benteng diri agar lumrah dan naluri tu sentiasa berada atas landasan yang syarie’.

Seorang sahabatku yang juga temanku di IPT meluahkan isi hatinya padaku. Sebagai sahabat aku cuba menjadi pendengar luahan darinya merangkap kaunselor tak bertauliah yang mana aku sendiri bukan ahli dalam menasihati, memotovasi dan merangsang semangat agar kembali kuat bersemangat untuk tempuh alam dunia yang semakin mencabar di akhir-akhir zaman ni.
'
Sepintas lalu, sahabatku ini berkawan dengan seorang muslimat yang 2 tahun lebih tua daripadanya. Umur bukan penghalang untuk seseorang mengasihi insan lain. Kini muslimat itu dah berkahwin dengan pilihan hatinya yang pasti bukan sahabatku ini. Manakala sahabatku ini juga sepertiku yang baru nak mulakan career hidup. Ini antara luahan isi hatinya padaku.

Wan, aku terkilan la dgn apa yang jadi. Hg pun tau, dah berapa lama aku kawan dengan Leha (bukan nama sebenar) tu. Kenai dari U lagi sampai waktu aku nak serius dengan dia siap buat istikhoroh lagi. Lepas tu minta keizinan dari mak ayah sebab bagi aku matlamat kami adalah pernikahan. Dalam pada tu kami cuba jaga sebaik mungkin hubungan agar ianya still atas landasan syarak. Tak buat perkara yang dilarang oleh agama. Dalam dok maintain macam tu aku ingat boleh la nak realisasikan apa yang kami janji bersama iaitu bersatu atas tali ikatan yang sah. Tiba-tiba jadi macam ni. Aku sedaq yang aku ni takdak apa. Last-last aku ditinggalkan macam tu je. Aku rasa aku dah buat yang terbaik dah , tapi……..(panjang lagi sebenarnya tapi ini antara isinya).

Bila sahaja sahabatku ini luahkan ini padaku, tersenyum simpul aku dibuatnya mengingatkan aku pada sesuatu (ceritera hidup seorang hamba Allah yang tak perlu aku cerita siapa). Jalan ceritanya hampir sejibik dan aku cuba memahami perasaan sahabatku ketika itu. Memang apabila membabitkan hati dan perasaan ni sesiapa pun tak kira lelaki mahupun perempuan kadang kala agak sukar untuk kawal. Tambah pula apabila dah terjebak dalam alam cintan-cintun ni. Sebab tu bila terjadi sebegini teringat aku masa di poli dulu kata Ustaz Amri yang amat melarang student masa tu bercinta. Katanya haram bercinta sebelum kahwin. Kalau nak mesti terus je kahwin. Memang masa tu walaupun aku tak terjebak tapi aku anggap tu cuma pandangan ustaz selaku orang alim. Maklum la, bila sembang dengan kawan-kawan ada macam-macam pandangan yang kata boleh je tapi kena jaga la dan sebagainya. Sekarang mungkin aku dah nampak semua tu sikit mengapa pandangan sedemikian dilontarkan oleh ustaz.

Apabila memperkatakan tentang semua ini walaupun bermatlamatkan ikatan pernikahan yang sah tapi selama mana ianya dapat untuk bertahan sebelum sampai ke matlamat. Bagi sesiapa yang masuk alam cintan-cintun ni, kesediaan dari segi mental dan fizikal kena betul-betul terarah dan bersedia. Sebabnya dua kemungkinan sahaja iaitu dapat bersama hingga ke ikatan pernikahan ataupun kandas dipertengahan jalan. Kalu sampai ke matlamat mungkin kegembiraan akan terpancar tapi kalu kandas pasti kedukaan melanda diri.
Itulah antara asbab mengapa semasa alam student ni agak keras dilarang, sebabnya untuk mencapai matlamat tu agak jauh. Lain la kalau memang jenis keluarga yang mampu dan benarkan untuk nikah masa alam itu, mungkin ada sikit kelonggaran. Sebabnya ada juga sahabat-sahabat yang berkahwin semasa dalam alam student. Alam pertunangan pun tak disyorkan lama, bertahun-tahun kerana dugaannya agak banyak, inikan pula belum ada apa-apa ikatan. Pasti peranan syaitan dalam menyesatkan anak adam ini akan lebih dilipat gandakan usahanya. Sebab tu banyak kes-kes dan maksiat yang berleluasa sekarang ni yang membabitkan kita umat Islam khususnya di Malaysia ini terutama muda mudi Islam.

Bila kedukaan melanda diri pasti yang terganggu adalah hati. Hati ni biasanya sukar untuk diubati andai diguris dalam erti kata duka lara ni. Tak ada ubat yang boleh untuk dimakan dan tak ada suntikan yang boleh untuk terus dibius agar dapat terus meredakan semua itu dalam sekelip mata. Cuma dengan kekuatan diri untuk bangun semula dan cuba terima semuanya dengan redha. Bila kata sebegini yang dapat nak kata adalah orang yang dengar dan bagi pandangan tak sama dengan orang yang menanggung.
'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul itu yang dapat nak kata.'

Di kala kedukaan sebegini yang pasti ibadah seharian akan terganggu, prestasi kerja atau pembelajaran akan menurun dan beberapa perkara lagi akan menujukkan kesan yang ketara. Ini terjadi andai seseorang itu terlalu meletakkan harapan yang agak tinggi dalam sesuatu hubungan yang dijalinkan. Mungkin bagi yang biasa-biasa sahaja takde kesan manapun sebabnya ada juga kawan-kawan yang jenis kejap berkasih dengan si A, pastu tak jadi berkasih pula dengan si B dan sebagainya. Ni masa alam student dulu la. Kawan-kawan ni pun macam-macam jenis juga. Tinggal dulu bab tu.
`
Bila terjadi sebegini teringat juga aku kata-kata Ustaz Bakti, ‘Apabila kita mengasihi sesorang, jangan kita letakkan 100% perasaan tu padanya. Paling kurang simpan sikit untuk diri sendiri agar apabila jadi sesuatu perkara yang tak diingini kita masih mampu bangun untuk teruskan kehidupan ini.’ Ini merujuk kepada suami isteri waktu perbincangan topik rumahtangga semasa dalam kuliah dulu. Kebenarannya aku nampak di sini walaupun cerita aku aku tak merujuk kepada institusi orang yang dah berwalimah.

Kutitipkan khas kata-kata ini untuk sahabatku dan juga teman-teman yang lain dan juga tak terkecuali untuk tuan empunya diri yang menulis.

Sahabatku,

Aku memahami apa yang kau rasakan apabila aku cuba letakkan diriku ditempatmu. Apa yang kau rasakan itu pastinya perkara yang sama akan turut dirasai oleh Leha andai kau juga melakukan perkara yang sama yakni tinggalkan dia. Tapi aku yakin kau lebih cekal daripada Leha (bukan nama sebenar) sebab kau lelaki berbanding Leha perempuan yang sifatnya agak lemah. Yang pasti keputusan Leha yang buat, bukan kau yang putuskan. Paling tidak kau tidak perlakukan begitu pada orang yang pernah bertahta di hati kau. Mungkin boleh aku katakan dalam situasi kau sekarang ni, kau akan terasa lebih sedikit berbanding dengan Leha yang mungkin juga dia tak terasa apa-apa (wallahua’lam). Hanya dia yang mampu untuk memperkatakannya.

Dalam konteks ni paling kurang bukan kau yang melakukan sesuatu yang lebih besar mudharat sebabnya bila seorang muslimat yang berada dalam situasi sebegini pasti kesannya lebih lagi. Tambahan pula andai si dia juga sepertimu meletakkan harapan yang tinggi menggunung dalam hubungan yang dijalinkan. Kau pun tahu bab ni bila pernah kita muzakarahkan dulu. Kesannya lebih tinggi sampaikan ada sesetengah tu yang mengalami perkara sebegini terus serik untuk kahwin dan sebagainya kerana apa? Kerana hati muslimat ni lebih kesensitivitiannya berbanding lelaki. Tapi tak bermaksud lelaki tak sensitif. Seperti yang pernah kita bicarakan dulu juga, apa-apa keputusan yang kau nak lakukan cuba letakkan dirimu di tempat orang yang nak kau perlakukan pasti akan kau fikir berulangkali sebelum kau memutuskan sesuatu perkara andainya keputusan yang sama itu juga dibuat kepadamu.

Kalau nak katakan bab terasa, aku tau kau juga merasai kepedihan tu tapi yakinlah yang Allah tak akan menurunkan sesuatu ujian tu dengan tiada sebabnya. Mungkin semua musibah yang menimpa dirimu ini sebagai kafarah terhadap dosa-dosa yang ada ataupun untuk Allah tinggikan darjatmu di sisiNya. Apapun jangan sekali2 bersangka buruk dengan apa yang jadi. Sebaik-baik sabar adalah sabar dikala saat awal kita diuji, itu adalah sebaik-baik kesabaran yang dinyatakan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw.
`

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)

`
Yang pasti walaupun hubungan yang dapat restu mak ayah sekalipun tak semestinya itu dah menjamin untuk capai hajatmu kerana ianya hanya hubungan yang tanpa sebarang ikatan. Dalam kesmu ini aku tahu kau akan tetap setia padanya tapi muslimat ni antara keraguan di hati bila lewat dalam perkara sebegini. Kau pun sekarang baru nak mulakan career dan sebagainya padahal lelaki pilihan Leha tu dah lengkap semuanya. Sememangnya kekurangan memang berpihak pada dirimu. Itu kau kena akur. Lain la, andai kau mampu pasti awal lagi kau dah teruskan dengan ikatan. Sekarang ni fokuskan dulu pada keluargamu terutama mak ayahmu yang masih dikampung. Bagi mereka rasa dulu apa yang patut mereka rasa semampu yang kau mampu berikan. Hakikat kehidupan, bilamana dirimu tak punya apa-apa orang tak akan pandang. Biarlah hina di mata manusia, tapi tidak pada pandangan Allah Azzawajalla.

Bila timbul macam ni adakalanya yang dapat nak kata kasih manusia ni berubah umpama cuaca. Beberapa faktor perlu diambil kira dalam penilaian sebegini. . Bak kata seorang kenalanku faktor persekitaran, keluarga, ekonomi, politik dan sebagianya menyebabkan kasih dia berubah. Mungkin dulu dia seorang yang mencari dan memerlukan seorang teman berbicara dan mungkin kini si dia sudah punya impian sendiri. Dia berubah adakalanya tanpa dia sedari. Dia cuba untuk tempuh dalam liku-liku hidup ini dan cabaran mendewasakan dia untuk dia berfikiran matang dan berpijak di bumi nyata. Dia mula belajar bahawa cinta bukanlah segalanya dalam hidup ini. Dia mula belajar mengutamakan tanggungjawab yang menjadi amanah untuk dia. Yang pasti juga Leha seorang muslimat yang baik. Mungkin ketika ini dapat aku katakan yang dia sudah berjumpa dengan orang yang lebih baik dari dirimu. Dirimu juga baik, dan muslimat baik yang lain pasti menanti dirimu untuk kau jadikan zaujah, InsyaAllah.

`
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)....."(24:26)

`
Yakinlah janji Allah itu benar. Orang yang baik pasti akan dikurniakan pasangan yang baik dan orang yang jahat akan dikurniakan pasangan yang jahat. Semua tu termaktub dalam Al-Quran yang sering kita baca dan untuk kita tadabbur isi sebenarnya dan kita aplikasikan dalam kehidupan kita, InsyaAllah.

Cinta sebenarnya mampu dicipta oleh sesiapa sahaja dan ianya tak memerlukan masa yang lama untuk itu. Cinta manusia ini datang dan pergi. Dia akan datang apabila ianya diperlukan dan ianya akan pergi apabila ianya sudah hilang kemanisan itu. Mungkin ada kebenarannya bila orang memperkatakan indahnya cinta apabila sudah termeterai dengan ikatan pernikahan. kau rasakan yang kau dah bagi yang terbaik dalam hubungan yang lepas. Itu mungkin hanya pada penilaian kita, hakikatnya orang yang menerima yang tahu menilai semua tu. Mungkin juga masih ada kekurangan yang kau masih belum sedari. Paling kurang kau dah usaha semampu mungkin untuk itu. Biarlah dia dengan keputusannya yang mana tiada gunanya kita mengemis cinta manusia ni berlebihan sangat.

`
Sahabatku,
`
Adakah benar kau mengasihinya seikhlas hatimu? Andai benar, mengapa perlu kau bersedih diri? Tidakkah pernah kau dengar madah yang mengatakan dengan CINTA dan KASIH SAYANG tak semestinya seseorang itu berakhir dengan ikatan perkahwinan yang sah. Jika benar kau mengasihinya kerana Allah, patutnya kau gembira melihat dia bahagia dengan orang yang menjadi pilihan hatinya. Mungkin juga ini antara pengorbanan yang kau buat untuk seseorang yang kau benar sayangi. Pernahkah kau terfikir, andai dia masih lagi menantimu atau bersamamu nanti adakah kau mampu bahagiakan dia sepertimana pasangannya kini mampu berikan? Mampukah kau berikan kesenangan, kemewahan, kedamaian dan ketenangan jiwa dalam erti kata sebenar padanya seperti pasangannya kini berikan? Bila kau nilai semua itu akan terserlah kedudukan dirimu di kacamata dia. Sekarang bukan lagi macam cerita filem hindustan. Cinta dan kasih sayang cukup untuk semuanya, tapi kini keadaan dah berubah. Walaupun agak pahit, itulah antara ubat yang perlu kau, aku dan teman-teman muslimin telan. Apapun yang pasti kita tetapkan hala tuju kita agar landasan kita mungkin sebelum ini sudah agak tergelincir sedikit kembali kepada jalan yang sebenar yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Yang pasti kebahagian, ketenangan semua datang daripada Allah. Itu kita kena benar-benar yakin. Biarlah walaupun kita miskin harta tetapi kaya di jiwa.
`
Carilah orang yang dapat menerima dirimu seadanya dan orang yang kasih akan dirimu melebihi kasihmu pada dirinya. Tiada gunanya kita melakukan paksaan dalam penerimaan seseorang itu pada diri kita. Andai dia sudah tiada kasih dan sayangnya padamu mengapa perlu lagi kau mengharapkan padanya yang mana perlu kau tahu perkahwinan bukan untuk jangka masa sehari dua, tapi untuk selamanya. Nanti pasti bermacam-macam yang akan diungkapkan bilamana dirimu sudah tidak mampu memenuhi apa yang dia hajatkan. Penerimaan seseorang dengan penuh keikhlasan itu yang sememangnya sukar untuk kita yang serba dhaif dan kekurangan ini orang lain menerimanya. Yakinlah pasti semuanya ada hikmah yang kita sendiri tak tahu. Andai di dunia kita tak perolehnya, yakinlah pasti ada habuan menanti kita di akhirat kelak.

Buat masa ini sama-sama kita mantapkan dulu diri kita ni dengan ilmu yang masih serba kekurangan sebab kita yang bakal mengepalai dan menjadi nakhoda bahtera keluarga nanti. Cuba letakkan Allah dan Rasul mendahului segalanya dan kita cuba amalkan dalam kehidupan cara sebenar yang ditunjukkan oleh Rasul dan juga salafus soleh yang terdahulu. Dalam pada itu kita banyakkan doa agar sesiapa sahaja yang datang dalam hidup kita ni sesuai dengan fikrah yang ada dalam diri agar hala tuju kita dalam pembinaan keluarga nanti dapat mencapai keredhaan Allah. Dengan doa dan pengaduan pada Allah sahaja yang dapat kita luahkan. Dia Maha Mengetahui Yang Tersurat mahupun Yang Tersirat. Mungkin buat masa ni kita sukar untuk lupakan semua kenangan yang lalu. Bagi sesetengah orang mungkin bisa walaupun tak memerlukana masa yang lama. Ada yang memerlukan masa seminggu, ada yang sebulan, ada yang setahun dan ada yang seumur hidup untuk itu. Apapun kita pasrahkan segala ketentuan ini padaNya.

`

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). " (3:14)

`
(Sekadar berseloroh untuk kembalikan keceriaan yang telah suram pada wajahnya itu)
Mana la nak tau macam hg ni dah la kategori orang alim, silap-silap nanti jadi macam cite ayat2 cinta tu. Muslimat yang masuk lamar hg nanti. Kena ingat, kita la ni kaum yang minority, kat luar yang majoritinya muslimat. Mana yang tak pilih hg pasti rugi. Kalu aku muslimat aku dah try dulu dengan hg ni. Mujuq je aku ni laki sama jenis dengan hg. Aku lain la, dah la ilmu di dada pun kureng habuk pun takdak.…;) Tapi takpa, kita yang single mingle ni tinggi valuenya, cuma belum masanya Allah zahirkan yang sesuai dengan fikrah untuk kita jadikan teman, sahabat dan orang yang mampu mendukung cita-cita kita dalam meraih kehidupan berkeluarga yang diredhai Allah..
`
Akhirnya terpancar sedikit keceriaan diwajahnya dan aku rasa walaupun aku tak dapat nak menenangkan sepenuh hatinya paling kurang aku berjaya tenteramkan dia. Kadang-kadang terpikir juga aku, hipokritkah aku ini dalam aku dengan sesama insan. Walaupun kadang-kadang tu aku tahu sesuatu perkara, tapi adakah aku juga mengamalkan apa yang aku tahu tu dalam erti kata yang sebenar. Tapi dalam konteks dakwah, adakalanya apa yang kita perkatakan walaupun belum kita lakasanakan cubalah untuk azam dan berusaha agar kita mampu untuk laksanakan apa yang kita perkatakan. Sesungguhnya besar kemurkaan Allah bagi sesiapa yang memperkatakan sesuatu padahal dia tidak perbuatkan sepertimana yang dia perkatakan..

"Ya Allah, betapa dhaif dan kerdilnya hambaMu ini. Berilah aku kekuatan untuk aku amalkan apa yang aku perkatakan ini agar aku tak tergolong dalam golongan yang mendapat kemurkaanMu di hari yang tiada sesiapa dapat memberi pertolongan selain dengan izin dariMu…."

Antara bait kata-kata madah pujangga daripada teman-temanku.

Setiap kali kenangan lalu tersingkap pasti diri akan kembali menggamit memori lalu. Ku sedar betapa kerdil dan dhaifnya diriku di sisi manusia dan mungkin juga tiada nilainya tetapi janganlah disebab itu maka aju juga jauh daripada pandangan rahmatMu Ya Allah. Ku pinta keampunan dan kemaafan dariMu Ya Allah atas apa yang berlaku. Bukan niat untuk mengungkit jauh sekali mempertikaikan qadarMu ini (naz’zubillahimin zalik). Tapi adakalanya terlintas di fikiran perkara yang bukan-bukan. Apapun Engkau Maha Mengetahui, Ya Rabb.. Astaghfirullahal adzim..

Kejujuran dan keikhlasan diri dalam sesuatu hubungan bukan terletak pada madah manis yang lahir dari bibir tapi ianya lahir dari hati dan diaplikasikan dengan pengorbanan dalam erti kata yang sebenar.

Jangan dikesal dengan sebuah pertemuan kerana tanpa pertemuan kita tak akan mengenali seseorang dan jangan dikesalkan dengan apa yang terjadi kerana sememangnya banyak kemungkinan yang seharusnya kita tempuh dalam hidup yang singkat ini.

Tiada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan temannya dan tiada kesedihan yang menyamai perpisahan dengannya. Semoga ukhwah yang terbina dimulai dengan Bismillah ini dan ianya juga disudahi dengan Innnalilahiwainnailai hiroji’un.

Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa musibah akan selalu mengingati Allah. Bertuahlah apabila iman diuji kerana dengan kesabaran itu pasti ganjaran yang besar menanti.

Hanya PERINDU yang tahu erti BERHJAUHAN dan nilai BERDEKATAN. Hanya yang TUA tahu erti REMAJA dan nilai USIA. Hanya yang TIADA baru tahu erti SAYANG dan nilai KENANGAN…

12 comments:

anis said...

nice post..
secara tak langsung, sy dapat melihat topik nie from different point of view..
yup, sy pown bersetuju dgn aper yg ditules..

teruskan menulis..

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

Syukran..
"....“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)

~mardihah~ said...

dihah senyum je baca entry ni..yg pasti ad related dengan sesiapa sahaja...kamu barangkali, dia dan saya juga...

nice entryyy

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

senyum itu sedekah yg tak perlukan bayaran..;)
apapun didoakan agar dihah dan pasangan agar terus kekal dan cepat2 bersatu atas ikatan yg sah. moga Allah kurniakan kebahagiaan buat kalian, InsyaAllah..

Anonymous said...

salam..untuk pertama kalinya nak letakan kata2..suka masuk blog ni..ada masa mesti baca..banyak isinya..banyak ilmiahnya..kenal tak lama..tapi cukup bermakna untuk dikenang..kdg2 tersenym simpul..sesungguhnya setiap kejadian itu ada yang tersirat..teringat pada opalotus..-nurintifada-

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

“"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung." (Surah At-Taubah ayat 129)

Anonymous said...

salam..
waaahhh, dah ada blog sendiri yek? mcm pernahku dengar je cerita mcm ni. siap buat posting lg yek cite ni. apapun syukran atas nasihat hg tu. aku hargai sgt. moga nanti yg masuk melamar kita nanti sama jiwa dan fikrah dgn kita, Amin... Cheewaaaah....;)
tolong doakan untuk aku sama ye wan..
_azlan_

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

salam ya akhi..
jgn marah no. xmksud nak publisitikan kisah tragis tu, tapi itulah hakikat kehidupan. mahu tak mahu kt kena tempuh jg sahabat. adakalanya ianya mmg pahit, tapi itulah ubat yg kita kena telan. kadang2 pedih, tapi yg pedih tu la penawarnya. apapun mcm kta sahabat yg lain, paling tidak bukan kita yg membuat keputusan tu. tu ana ckup respek pd enta.
ttg tu, ceq tak termasuk kot. sedaq keadaan diri ni setakat mana..;) takpe, apapun doaku mengirimu agar ada yg masuk melamarmu nanti sahabatku, InsyaAllah. tp kalu dah mampu tu, usahakanlah ye. usaha jg adalah perintah dan baru kita tawakal. prinsip asas dalam penyerahan diri pd Allah. cakap untuk diri juga. moga Allah bagi kekuatan untuk itu..
doakan sama utk diri yg dhaif ni ye sahabat..

Anonymous said...

salam.
ceq tak marah. ceq tima kasih bnyak kat hg bg nasihat tu. kata2 hg tu buat aku muhasabah diri pnjang. aku akur semua tu. mgkin itu antara pengorbanan akhir yang mampu kt buat utk org yg pernah kita letakkan di hati ni seikhlas hati kita. mgkin keikhlasan tu sukar utk org nilai sebenar2nya..:(
_azlan_

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

salam..
tersentuh hati aku baca kata2 hg tu. "Hanya jauhari yang mengenal manikam". paling tidak pujuk hati bukan hg yg buat sesuatu yg menyiksa batin muslimat tu. hak masing2 dalam memilih pasangan.

sedaq kemampuan diri. antara ayat pedih dan kenyataan yg kt kena telan walaupun mgkn tersangkut dikerongkong ni. bukan mudah org dan keluarga org nak terima kedhaifan diri ni. paling tidak sekarang si dia dah bahagia sgt. patut hg tumpang gembira walaupun tahu hakikat sebenar apa yg hg rasa. yg dapat nak kata sabaq je la. kata akhir ubat hati yg lara. bermadah pujangga la pl..;)

tak apa la sahabat. ujian untuk sesiapa sahaja terutama kt yg tak dak apa2 ni. hg dan aku sama je sebab serba kekurangan dan kekerdilan. mgkn ada hikmah yg belum tersingkap. pasrahkan dirimu pada ketentuan Ilahi. Hanya Dia Maha Mengetahui semuanya..

Anonymous said...

"SEDAR KEMAMPUAN DIRI"...bila hg kta lagu ni, mmg buat makin terasa di hati. btui jg kata hg kat aku hari tu, yg patut rasa semua ni pompuan je, tp ni laki pl yg lebih.

Allahuakbar, lemahnya diri aku ni. klu hg kena macam ni mesti xde la mcm aku rasakan. naluri setiap insan berbeza.
_Azlan_

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

Jangan kata mcm tu shabatku. belum tentu yg memberi nasihat pun mampu utk laksanakan seperti apa yg diperkatakan. kdg2 mungkin jg yg memberi nasihat lebih teruk keadaannya berbending orang yg menerima nasihat.

apapun buatmu dan jg buat pemberi nasihat, "Apabila dirimu tak punya apa2 orang tak akan pandang. Biar hina di mata manusia tapi jgn hina dr pandangan Allah"..truskan baki sisa hidup kita utk capai mardhatillah agar kita beroleh hasanah dunia, lebih2 lagi akhirat..