Sunday, June 28, 2009

Peranan institusi masjid kini..


Setelah beberapa lama tidak berpeluang untuk buat penambahan artikel dalam blog ni akhirnya baru punya masa yang boleh untuk kembali nukilkan sesuatu. Sememangnya alam kerja ni masa banyak dihabiskan dengan apa yang diamanahkan. Tambah pula bila kena ambil alih sesuatu tugasan luaran ni. Selalu kerja luar dan perlu mengawasi beberapa perkara yang melibatkan plan mengikut perancangan jadual, kewangan dan sebagainya. Apapun cuba beri yang terbaik dan semampu mungkin sebab fikir amanah dan nak cari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga.

Untuk artikel kali ini ada sesuatu yang penulis rasakan untuk kongsi bersama dengan program forum minggu lepas hari Ahad malam yang diadakan di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. Info berkaitan tentang ini pun setelah tengok banner dan iklan kat surau dan juga tepi jalan. Tambah pula diingatkan oleh Kak Norish, teman kepada kenalan baik penulis di sini yang pada sebelah petang harinya. Dia dan keluarga juga akan menghadiri majlis tersebut. Sememangnya andai berkesempatan penulis akan cuba hadiri apa jua majlis ilmu yang berkelapangan walaupun kini suasana sudah tak seperti di kampung halaman yang senantiasa hidup pada malam harinya. Kini malam cuma keluar untuk solat mahgrib dan isyak sahaja. Tambah pula kerap outstation ni lagi la kan. Apapun semoga apa jua bidang yang bakal penulis ceburi andai ianya baik utk agama, diri, keluarga dan masyarakat moga Allah mudahkan, InsyaAllah. Doa yang selalu penulis panjatkan dalam solat harian.


Penulis gerak keluar sebelum maghrib terus ke Masjid Subang Perdana. Setelah solat fardhu maghrib terus iktikaf sementara tunggu waktu isyak nanti untuk ke forum. Ada juga kuliah mingguan tentang pengajian tasawuf agaknya kerana antara topik yang diperbincangkan adalah berkaitan dengan permasalahan hati. Kuliah kali ini juga dihabiskan awal kerana al-fadhil ustaz beri peluang jemaah untuk hadiri forum katanya. Tak maksud nak ulas tentang kuliah ini dalam artikel kali ni. Setelah solat isyak, penulis terus capai kapcai buruk dan pergi menuju masjid yang penulis rasakan berlangsungnya forum tersebut.




Sememangnya penulis sendiri tak berapa pasti kat mana Masjid An -Nur yang dimaksudkan. Mulanya ingatkan masjid tepi jalan nak ke Shah Alam selepas shell dari kampung melayu subang tu tapi bila sampai sahaja masjid dah gelap. Pasti masjid yang lain agaknya, tapi dalam masa yang sama beberapa motor pengiring ada kat tepi masjid dan 2 buah kereta mewah kat situ. Pastinya orang kenamaan yang solat kat situ agaknya yang tiba-tiba terlintas barisan panel forum juga ahli exco negeri dan mantan pegawai istana tentu meraka sebenarnya yang datang ni.. Terus ambil kesempatan turut serta tapi dalam jarak yang jauh la. Maklumlah kita kapcai je yang iringi tu motor besar. Jauh panggang dari api la katakan. Tapi kelibat mereka hilang di celah-celah kesibukan jalan apabila masuk sahaja ke kampung melayu subang. Setelah berlegar-legar beberapa ketika, penulis nekad redah sahaja ikut lorong ke dalam yang nampak seperti ramai orang ke sana. Boleh je nak tanya orang, tapi tengokkan kebanyakannya tak nampak yang berpakaian nak ke masjid. Cumanya ramai orang di kedai makan dan kedai runcit sahaja. Akhirnya keredahan penulis membuahkan hasil dengan berjaya menemui Masjid An-Nur tersebut. Sememangnya kawasan di dalam ini penulis sendiri belum pernah memasukinya. Teruknya diri ni terasa kerana masjid yang tersergam indah kat dalam ni belum pernah diziarahi walaupun selalu je masuk ke kawasan ini tapi tidak kawasan dalamnya cuma luaran sahaja.


Setelah meletakkan motor penulis terus cuba untuk masuk ke dalam kawasan masjid tetapi tiba-tiba bekalan elektrik terputus setelah pengerusi majlis mengumumkan ketibaan ahli panel dan meminta sedikit masa ahli panel untuk menjamah sedikit makanan. Tapi sekejap sahaja dan masalah tersebut dapat diatasi dengan cepat. Di kesempatan blackout ini penulis ambil kesempatan melakukan solat tahiyatul masjid di kawasan tepi masjid dan kemudian masuk ke dalam ruang tempat solat yg telah penuh dipenuhi muslimin dan muslimat. Memang ramai yang menghadirkan diri sehingga penuh ruangan dalam dan luar masjid. Beberapa ketika kemudian pengerusi majlis menjemput ahli panel dan moderator majlis utk terus memulakan majlis.


Moderator adalah al-fadhil Ustaz Roslan dan ahli panelnya yang tak asing di Malaysia iaitu exco kerajaan negeri Selangor, YB Dato’ Dr. Hassan Mohd Ali dan mantan pegawai istana negara, Dato’ Hassan Din Al-Hafiz. Tajuk diskusi forum pada malam tersebut adalah berkaitan peranan masjid dalam perpaduan ummah sejagat. Majlis diskusi diselitkan dengan sedikit unsur humor yang dibuat oleh tuan moderator dan juga ahli panel sekadar untuk lebih menceriakan majlis pada malam tersebut.

Apa yang penulis nak kongsikan bersama adalah beberapa perkara yang disentuh pada malam tersebut yang boleh untuk sama-sama kita renungkan untuk pengiktibaran bagi diri kita. Ini pun apa yang masih berlegar dalam kepala penulis kerana penulis tidak membawa kertas dan pen untuk catatan. Ini antara kelemahan penulis kerana walaupun sudah berkali ditegur oleh guru yang mana zaman sekarang keadaan sudah terbalik guru datang bawa kitab manakala anak murid tadah dengan bawa telinga je. Maklumlah zaman ICT skrg ni, otak manusia dah macam komputer la katakan. Imam Syafie dahulupun yang sebegitu bijaksana pun menulis dengan menggunakan jari pada tapak tangan menggunakan jari sekadar mencukupkan syarat dalam menuntut ilmu, tapi kini murid-murid lebih hebat lagi. Tempelaknya memang kena atas batang hidung ni.



Ini antara ulasan topik yang diulas oleh Dato’ Hassan Din Al-Hafiz tentang topik yang dibincangkan. Kupasan awal yang diberikan adalah berkaitan dengan peranan masjid dan juga keadaan persekitaran dahulu dengan sirah Nabi saw dihuraikan. Antara lain adalah pengalaman beliau yang telah lama dalam bidang dakwah ini yang mana beliau juga pernah digam (tidak dibenarkan) daripada memberi ceramah di sebuah negeri dan juga beberapa masjid yang cuba mendapatkan khidmat ceramah beliau ajk masjid tersebut akan diberi amaran oleh pihak atasan. Sememangnya beliau yang tidak mewakili mana-mana parti sekalipun dikenakan tindakan yang sedemikian, lagilah yang sememangnya terang-terang dalam sesebuah parti lagilah sukar untuk mendapat permit kerana untuk mengadakan kuliah mahupun ceramah cumanya penceramah yang diberi tauliah oleh pihak penguasa agama negeri sahaja yang dibenarkan.

Lagi berkaitan dengan pemberian saguhati kepada penceramah yang mana rasanya pernah diungkapkan sewaktu penulis berada di kampung penulis di mana beliau dijemput untuk menyampaikan ceramahnya. Kini masyarakat kebanyakannya tidak lagi memandang tinggi kepada orang alim mahupun ulama tetapi melebihkan para artis. Ini beradasarkan sebuah cerita di mana sebuah organisasi telah mengadakan sebuah majlis di mana di siang hari dijemput Mawi menyampaikan 3 buah lagu dan sebelah malamnya dijemput seorang ustaz luar untuk menyampaikan ceramah agama. Bagi bayaran yang diberikan Mawi memperoleh lebih kurang RM18,000, manakala penceramah mendapat RM500. Saudara-saudara nilailah sendiri tahap pandangan masyarakat kini akan seorang tokoh agama dan juga orang seni. Sebab itu kini berbagai rancangan hiburan cuba mencungkil bakat seni bercambah kalau kita lihat dalam media-media elektronik. Ibu bapa lebih bangga jika anak mereka menjadi penyanyi berbanding ustaz mahupun ustazah kerana dunia kini sebegitu rupa.

Solat berjemaah ditekankan agar setiap umat Islam khususnya di selangor ini mampu untuk datang berjemaah bukan sahaja penuh sewaktu solat jumaat tetapi juga solat fardhu harian juga seramai yang hadir untuk solat jumaat. Apabila disebut dengan masjid antara 7 golongan yang bakal mendapat naungan arasy Allah di akhirat kelak adalah anak muda (lelaki) yang hatinya terpaut pada masjid. Moga penulis yang serba kedhaifan dan kekurangan ini Allah beri kekuatan hidayah dan taufiq untuk ini walaupun sememangnya sukar untuk istiqomah sebenarnya.


'


Seterusnya antara kupasan YB Dr. Hassan Mohd Ali adalah seperti berikut. 1 Jun 2009 yang lalu seluruh masjid dan surau yang terdapat dalam negeri Selangor telah diberi mandat melantik ajk dan nazir baru serta bancian penduduk musliam dibuat dalam mengenal pasti anak-anak qariah. Beliau selaku orang yang bertanggungjawab akan hal ehwal agama negeri telah memberi keizinan sesiapa sahaja para agamawan yang dahulunya sudah bertahun tidak memperoleh permit atau tauliah untuk mengajar akan dimudahkan untuk itu. Malah sesetengahnya dipanggil datang ke pejabat untuk memberi tauliah agar dapat mengajar di masjid-masjid. Ajk-ajk masjid diminta memainkan peranan dengan mengadakan sebanyak mana mungkin program untuk anak qariah agar masjid senantiasa menjadi kunjungan setiap lapisan masyarakat baik anak-anak kecil, muda mudi mahupun orang-orang veteran. Di masjid boleh diadakan tuisyen untuk anak-anak dan juga penganjuran sukan seperti futsal dan sebagainya untuk menarik minat anak-muda kini mengunjungi masjid.

Sebolehnya hasrat beliau cuba untuk mengaplikasikan peranan masjid kembali seperti zaman Nabi saw di mana ianya menjadi nadi tempat pusat umat Islam dalam sebarang pengurusan tidak hanya fokus untuk ibadah solat semata-mata. Dengan cuba membuat perbandingan masjid di Singapura yang mana majoritinya sedikit tetapi peranan masjid sangat besar dengan dipenuhi aktiviti dari pagi hingga malam harinya terutama di hari cuti. Harapan beliau juga supaya setiap masjid mampu untuk membentuk pelapis bakal-bakal orang yang mampu untuk gerakkan Islam di muka bumi Allah ini.


Satu lagi yang menarik dikupas oleh Dr. adalah bagi para penceramah terutamanya jangan sekali-kali membangkitkan hal kepartian sesebuah pasti secara langsung dalam masjid, menghentam dan memburuk-burukkan individu-individu dengan menyebut nama secara langsung kerana ianya sememangnya dilarang sama sekali kerana bakal menimbulkan ketegangan dan permusuhan. Biarlah masjid dijadikan platform untuk penyampaian ilmu agama agar hati sanubari setiap muslimin dan muslimat hendak kembali kepada fitrah beragama seperti para sahabat dan salafussoleh yang telah ditunjukkan oleh Nabi saw. Keikhlasan beliau menyatakan ini menunjukkan beliau tidak menyeru masyarakat kepada kepartian tetapi sebaliknya kembali kepada Allah dan Rasul kerana sekiranya manusia hendak kembali kepada Allah dan Rasul pastinya mereka akan memilih kepada pemimpin yang baik agamanya untuk dijadikan sebagai pemimpin.

Akhir sekali nasihat diberikan agar ajk-ajk baru untuk tahun ini akan beri komitmen sebaik mungkin dengan amanah yang diberikan agar institusi masjid kembali utuh seperti di zaman kegemilangan Islam dan kesannya akan dirasai oleh penduduk persekitaran dan tidak hanya kepada orang Islam tetapi juga bukan Islam juga akan turut terkesan. Manfaatkan pemberian duit masjid yang digunakan dengan bijaksana bukan dengan hanya membiarkan di dalam bank untuk dibiarkan beranak pinak tetapi orang yang memberi sedekah itu mengharapkan agar ianya dimanfaat bersama untuk saham akhirat nanti, InsyaAllah. Itu adalah antara pengharapan beliau di akhir rumusan majlis diskusi walaupun banyak lagi sebenarnya isi kandungan yang penulis sendiri tidak ingat. Maklumlah otak komputer la katakan konon-kononnya.

Wednesday, June 17, 2009

Selami apa yang orang lain alami..


Baru-baru ini aku dapat berita daripada seorang sahabat menceritakan tentang pertunangannya yang baru berlangsung. Ucapan tahniah aku ucapkan padanya atas pertunangan itu. Maklumlah dah berkawan dengan seorang muslimat cara yang sewajarnya terus dengan ikatan. Itu yang dianjurkan dalam syarak. Lagipun sudah agak lama rasanya dia berkawan walaupun dalam jangka masa itu cuba jaga yang sepatutnya daripada terus hanyut ikut nafsu muda. Tetapi yang agak mengejutkan sedikit adalah dia mengatakan yang dia bertunang dan bakal nikah dengan orang yang baru dia kenali beberapa bulan yang lalu. Pada mulanya aku selaku sahabat tak terkata apa la juga. Tetapi cuba ku rungkai apa yang telah terjadi. Ini antara hasil perbualan kami.

“Wan, aku baru je kenal budak ni melalui seorang seorang sedara. Mula aku kenal biasa je. Tapi lama-lama bila tengok aku terus jatuh hati dan dalam masa yang sama aku tahu aku sedang berkawan dengan Milah (bukan nama sebenar). Entah la, aku pun tak tahu nak bagitau macam mana dekat kau bila aku dah jadi macam ni. Dalam masa yang sama orang tua aku dapat tau daripada sedara aku tu dan mereka suruh aku ikat dengan budak ni. Kiranya mereka pun dah kenal dengan budak ni sebelum aku lagi. Aku sebenarnya serba salah juga, tapi bila aku bagitau pada Milah aku dapat rasakan betapa hancurnya hati dia. Tapi apa daya aku Wan. Benda dah jadi. Takkan aku nak patah balik.”

Bila timbul topik-topik macam sebegini akan membuatkan pengimbasan nostalgia. Apapun sebagai sahabat mungkin ada ketika sahabat memerlukan kita untuk memberi pandangan. Apapun kita cuba rasionalkan keadaan agar dia dapat menerima dengan hati yang terbuka. Ini pula balasanku padanya yang aku tidak sampaikan secara langsung padanya pada masa itu kerana keterbatasan waktu. Aku luahkan ini sahabat sekadar dalam menyatakan pandangan apa yang mampu aku katakan. Itu sahaja walaupun bab ini pernah aku ulas dalam artikel yang sudah mungkin dalam konteks yang lain sedikit.



“Terlebih dahulu aku dahulukan ucapan tahniah atas pertunanganmu itu. Itulah yang sebaiknya kau lakukan untuk merealisasikan sesuatu perhubungan itu mengikut apa yang telah digariskan dalam syarak. Walaupun kini kau bakal berdepan dengan dugaan yang lebih kuat sebelum kau bersatu (nikah) dengan bakal zaujahmu itu. Apapun disarankan dalam masa ini mungkin boleh kau cuba kenali hati budinya tetapi mengikut lunas-lunas yang dibenarkan.

Sahabatku, apa yang boleh aku katakan aku bersimpati dengan apa yang berlaku. Memang macam kau kata, apa daya kau. Tapi kau kena ingat apapun kita sebagai manusia disuruh berusaha untuk sesuatu perkara. Kini secara tak langsung kau telah buatkan orang yang telah letak harapan pada kau yang telah kau janjikan untuk hidup bersama setelah beberapa lama berkawan walaupun dalam istilah rapat mungkin beberapa tahun ini sahaja.

Sebenarnya dalam membuat sesuatu keputusan adalah kita sendiri. Sememangnya perkara yang di hadapan kita tidak mampu untuk mengetahui sama sekali maka sebab itu dalam membuat sesuatu pilihan kita dianjurkan agar melakukan solat istikhoroh. Adakah kau melakukannya? Bagaimana pula dengan hubunganmu dahulu dengan Milah sebelum kau ambil keputusan untuk lebih akrab? Adakah kau tidak melakukannya sebelum berterus terang untuk rapat? Sebelum kau membuat keputusan tersebut adakah kau cuba meletakkan dirimu di tempat Milah terlebih dahulu? Adakah kau sedar kesan akan perbuatanmu ini pada Milah yang telah kau beri harapan?

Sebab itu pendapat orang alim mengatakan sesuatu hubungan itu yang dibenarkan hanya dengan ikatan. Bermakna sebelum ini kau telah cuba bermain dengan api sahabatku. Mungkin kesannya tak ketara bagi dirimu, tetapi hakikatnya yang boleh aku katakana besar pada diri Milah itu. Tambah pula dia seorang muslimat yang hatinya lebih kesensitivitiannya lebih berbanding muslimin. Yang muslimin pun ada yang bertahun juga untuk redakan keadaan seperti sahabat kita yang seorang tu. Yang pastinya ibadahnya dalam masa terdekat ini pasti akan terganggu secara tak langsung. Mungkin dia perlukan masa sedikit untuk meneutralkan keadaan. Mungkin makan masa berminggu, mungkin berbulan, mungkin bertahun dan mungkin juga untuk selamanya sahabatku.

Kau kini telah berjaya dalam kerjaya tapi pernahkah dahulu kau ingat orang dan sahabat yang berada di sisimu yang memberi semangat dan kekuatan dari belakang ketika alam belajar dahulu. Mungkin juga Milah salah seorangnya walaupun ketika itu dia hanya kawan biasa. Secara tak langsung dapat aku katakan berlaku sedikit walaupun mungkin bukan dalam istilah sebenar ketidak adilan di sini. Ini kerana andai tidak salah aku kau pernah mengatakan keluargamu juga mengenali si Milah ini dan sama juga dengan keluarganya. Mengapa tidak sahaja Milah yang menjadi tunanganmu untuk ini? Adakah kau membawa bincang usul ini dengan keluargamu dahulu tentang ini. Minta pandangan orang yang lebih tua dan sebagainya. Inilah yang dinamakan usaha sahabatku. Bukan sekadar terus membuat keputusan apabila diusulkan berbuat demikian. Itu yang bermain dan berlegar-legar di fikiranku. Adakah dia tidak mempunyai ciri muslimah yang kau idamkan? Tetapi dahulu kau katakan apa yang kau cari ada padanya. Wallahua’lam. Hanya kau sendiri yang mampu untuk jawab semua persoalan-persoalan yang aku lontarkan di atas.

Aku sendiri tak tahu apa janji dan kata-kata manis yang pernah kau ucapkan padanya. Yang pasti semua itu akan dia kenang sampai bila-bila. Tak mudah nak buang itu semua walaupun pasti kau bukan lagi milik dia. Patutnya kau sedari bahawa kita disarankan pegang dengan janji dan apa yang kita lafazkan dan andai kau tidak berjanji apa-apa mungkin ianya ada kebaikannya di situ. Apapun ini juga hanya kau sendiri yang mampu untuk menjawab. Yang nyata di sini dapat aku katakan di mana sebelum ini kau belum benar-benar kasih akan Milah dalam erti kata yang sebenar walaupun dalam kau cuba arahkan hubungan kepada ikatan yang sah. Ini hakikat yang boleh aku katakan.

Kemaafan ku pohon padamu sahabatku. Bukan bermaksud dengan lontaran pandangan ini semua cuba merentap hatimu mahupun untuk membuatkan kau berasa serba salah tetapi aku nyatakan semua ini apabila aku cuba letakkan diri di tempat Milah itu sendiri. Adakah kau melakukan ini sebelum kau membuat keputusan dahulu? Apapun kau punya jawapan yang tersendiri untuk menyatakan pendirian tentang ini yang mungkin tak sempat untuk kau tuturkan padaku temph hari.

Apapun kini kau telah bergelar tunangan orang. Maka sewajarnya kau arahkan fokusmu padanya. Andai sebelum ini kau tanyakan pandanganku mungkin ini yang boleh aku nyatakan padamu merangkap seorang sahabat. Tapi kini keadaan bagaimanapun kau kena readh juga. Lagi tidak wajar pula andai kau cuba putuskan. Pohonlah kemaafan daripada tuan empunya diri dan pohon ampunlah kepada Allah. Yang pasti dosa sesame manusia akan terhapus dengan kemaafan dari manusia. Apapun aku doakan kau akan terus kekal bahagia dengan pilihan hatimu dan keluargamu hingga saat tunangmu ini kau ijab kabulkan nanti dan bakal dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, InsyaAllah..."
'
.... Sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa. (Ali-Imran - 3)

Tuesday, June 16, 2009

Rintihan Hati Kecil..

Apabila dihayati bait-bait puisi di bawah membuatkan diri ini banyak bermuhasabah kembali. Setiap makhluk yang diberi nama insan pastinya tidak akan terlepas dari mengalami perasaan yang sedemikian rupa. Sememangnya itulah bisikan hati kecil dalam sanubari ini yang kerap timbul dari hari ke hari mengenangkan pelbagai perkara sepanjang diri ini masih diizinkan Allah bernafas menghirup udara segar di alam fana ini. Hakikat kedhaifan dan kelemahan diri dalam pelbagai aspek yang mesti ditelan kerana ianya merupakan anugerah yang telah dinokhtahkan sejak azali lagi. Cuba beri yang terbaik dalam hidup di mana aspek ibadah mengikut sunnah Nabi saw dan jalan yang ditunjukkan oleh para sahabat serta salafussoleh dalam kehidupan dijadikan batas perjalanan agar ianya tak tergelincir lagi.





HaDiRnYa KeSeDiHaN

Kesedihan..
Engkau sering datang tanpa diundang
Engkau menjelang tanpa ungkapan salam
Engkau menerpa masuk tanpa dijemput
Engkau hinggap lekat di berbagai sudut

Dengan wajah yang menyimbah resah
Dengan lidah yang menempah gundah
Dengan cara yang membawa lara
Dengan bahasa yang menjelma duka
Bagimu rupa yang bermacam warna
Hingga ku lupa membezakan nama

Kesedihan..
Pada awal mengenalimu, aku begitu terkedu
Wajahmu nan suram seakan hidup menjadi kelam
Aku terdiam dan terbungkam
Siang bagaikan malam
Cahaya bagaikan kelam
Kau cuba palutkan rasa takut dan kalut
Sehingga nafas menjadi semput dan susut
Lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup

Kesedihan..
Tika ini, telah lama ku mengenalimu
Apa tidak, sering kau lalu dan bertamu
Entah berapa kian kali kau datang ke sini
Entah berapa waktu ku kau tunggu
Entah berapa medan dah kau ku tentang
Entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang
Datang dan pulangmu sama sahaja
Hadir dan pergi tiada bedanya

Kesedihan..
Sejak dulu apa yang ku tahu
Setiap kali ku lihat rupa sayumu
Ku panggil syahdu nama tuhanku
Setiap kali dengar telapak kakimu bergerak
Ku seru Tuhanku dengan sebak
Setiap kali ku rasa kau mula melangkah
Jiwa ku pun pasrah, pada Allah ku berserah

Kesedihan..
Ku tahu
Kau kan terus datang
Sukar untuk dihalang
Kau kan terus bertemu
Sukar untuk dijemu

Namun..
Pabila kita berjumpa
Kau kan hambat dengan air mata munajat
Kau kan ku lontar dengan esakan istighfar
Kau kan ku siaga dengan tangisan doa
Kau kan ku gempur dengan rasa syukur

Kesedihan..
Hadirlah jika itu yang kau mahu
Moga jelmamu selalu membangunkan pilu di malam syahdu
Untuk ku basahi pipi dengan maratapi
“Ya Rabbi! Kasihi hambamu ini!.....”



Karya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin 130409


Sunday, June 14, 2009

Hakikat Tasawuf


Akhir zaman kini ramai orang mahu mencari suatu amalan untuk membersihkan dirinya dan amalan yang lebih cepat untuk mendekatkan dirinya kepada Tuhannya. Begitu juga ramai orang yang berlumba-lumba untuk melakukan ibadat tak kira ibadat tersebut benar-benar diambil daripada sumber islam yang tulen ataupun tidak. Oleh sebab itulah kita lihat ramai yang suka beribadat dengan banyaknya akan tetapi jahil ilmu agama. Ada juga yang akhlaknya sangat baik tetapi pegangan agamanya sangatlah karut. Mereka mempercayai wali-wali boleh membantu mereka disamping Allah. Doa mereka berbunyi: "Wahai Imam Syafi'i tolonglah kami".. sedangkan jelas pertolongan (isti'anah/ istighatsah) hanyalah kepada yang Maha Satu. Bukan kepada Imam Syafi'i tidak juga Nabi s.a.w. kerana ianya bercanggah dengan nas-nas yang akan saya paparkan selepas ini.

Saya ingin mengajak para pembaca agar melihat sejenak serta berfikir suatu golongan yang tidak asing lagi yang dinamakan "Sufi" atau lebih popular dengan nama "tasawwuf". Nama yang sangat tidak asing ini telah mendapat tempat di seantero dunia dari timur ke barat dari utara ke selatan. Akan tetapi benarkah golongan ini benar-benar isi ajarannya selari dengan tuntutan agama islam yang sebenar? Ataukah ia sebenarnya cuma ibarat bunga plastik yang hanya cantik luaran tetapi tidak dapat memberi manfaat melainkan hanya indah di mata, itupun mata yang yang telah didorongi dengan hawa nafsunya yang sebenarnya tidak dapat dibandingkan dengan bunga-bunga yang benarbenar hidup di bawah kekuasaan Allah Yang Maha Mencipta sekalian makhluknya.

Menurut kajian para agamawan dan ulama-ulama islam, perkataan sufi bukanlah berasal dari bahasa arab. Ada yang mengatakan ia berasal dari kata suf (baju dari kulit domba) yang menjadi pakaian bagi golongan zuhud di zaman Nabi, ada juga yang berpendapat ianya berasal dari kata sufiya yang merupakan bahasa yunani yang bermaksud hikmah. Ada juga pendapat yang mengatakan ianya berasal dari kata As-Safaa' yang bermaksud suci dan jernih. Akan tetapi pendapat ini telah disanggal kerana jika ditambah dengan ya' nisbah ia akan menjadi safaa'ie bukannya sufi.

Selalunya sufi ini dikaitkan dengan tarikat yang bermaksud jalan. Ada juga yang berpendapat sufi ini hanya kaitannya dengan zuhud, tawadhu' dan warak dan tidak ada kaitannya dengan tarikat-tarikat tertentu. Akan tetapi yang menjadi mejoritinya hari ini bila disebut sufi atau tasawwuf ia mesti dikaitkan dengan tarikat. Tarikat ini telah diterima umum oleh banyak ilmuan-ilmuan islam yang kebanyakan mereka ini dipelopori oleh pengikut asya'irah maturidiyah. Antara tarikat-tarikat yang popular seperti Tijaniyah, Naqsyabandiyah, Syaziliyah, Qadiriyah, Ahmadiah, dan sebagainya.

Nama sufi ini sebenarnya telah memecah-belahkan kaum muslimin disebabkan oleh kaum sufi itu sendiri. Apa tidaknya, masing-masing daripada kelompok sufi yang menamakan kelompok mereka dengan tarikat-tarikat tertentu mengakui merekalah yang paling benar. Malah menuduh sesama mereka sebagai tidak betul. Malah jika diperhati setiap peribadatan kaum sufi ini, ternyata amat berbeza antara satu tarikat dengan tarikat yang lain. Malah setiap tarikat-tarikat pasti tidak akan terlepas daripada rekaan-rekaan bentuk peribadatannya. Sedangkan islam menganjurkan untuk bersatu-padu dan jangan berpecah-belah serta beribadat sebagaimana yang telah disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah Ta'ala:

Dan berpegang-teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. (Surah Ali Imran : 103)

Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta Dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, Yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. (Surah Ar-Rum : 31-32)

Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. (Surah An-Nisaa' : 59)

"Siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada daripada ajaran kami, maka ia ditolok (tidak diterima).. " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengapa perlu berkelompok-kelompok? Tidak cukupkah ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah? Tidak cukupkah Al-Quran dan As-Sunnah menurut fahaman sahabat (salafus soleh) sebagai petunjuk dan pembimbing hidup? Inilah yang kurangnya pada kelompok sufi sebenarnya. Mereka mengamalkan zikir-zikir yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadis yang sahih. Mereka mengamalkan tawassul (perantaraan/ Wasilah) yang melampaui batas syariat. Dan mereka juga sering guluw (melampau) dalam segala perbuatan yang direkayasa oleh mereka.

Seperti yang saya sebut pada awal tulisan ini, mereka ini suka berdoa dengan cara yang salah kerana mereka beristighatsah dan beriti'anah selain Allah seperti: "Wahai Jailani, Wahai Rifa'I, Wahai Rasulullah tolonglah kami!" atau terkadang juga mereka berdoa "Wahai Rasulullah hanya kepadamu kami bersandar!" Padahal jelas daripada Al- Quran menyatakan tidak boleh berdoa meminta pertolongan melainkan hanya pada Allah semata.

Hanya pada-Mu kami menyembah dan hanya pada-Mu kami meminta pertolongan. (Surah Al-Fatihah : 5)

Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak dapat memberi manfaat dan tidak dapat memberi mudharat kepadamu selain Allah; kerana jika kamu berbuat demikian itu, sesungguhnya kalau begitu kamu termasuk golongan orang-orang yang zalim. (Surah Yunus : 106)

Maksud zalim dalam ayat di atas adalah syirik (mempersekutukan Allah) sebagaimana Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13 yang berbunyi: Janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

Satu lagi cara ibadat yang telah disepakati oleh kaum-kaum sufi adalah berzikir secara kuat serta berjemaah. Sebagaimana pada hari ini, bukan sahaja para sufi yang berzikir secara kuat, malah ramai yang telah tertipu dengan cara ini yang disangka ianya sunnah padahal ia bertentangan dengan sunnah Nabi yang jelas tertera di dalam Al-Quran maupun Hadis Nabawiyah.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai. (Surah al-A’raaf :205)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. (Surah al-A’raaf : 55)

Suatu hadis yang tidak asing lagi dalam menolak hujah mereka yang mengatakan zikir berjemaah adalah sunnah adalah hadis yang diriwayatkan oleh ad-Darimi dalam musnadnya menunjukkan bahawa zikir secara berjemaah adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah sahabat r.a.

Daripada ‘Amr bin Salamah (seorang tabi’i) katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman (gelaran kepada ‘Abd Allah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka (ini merupakan salah satu sifat khawarij seperti diterangkan dalam hadis-hadis). Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi. Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”
(
Hadis riwayat ad-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadis as-Sahihah jilid 5, ms 11)

Bukan setakat itu penyelewengan kaum sufi, malah banyak lagi penyelewengan mereka sehinggakan ada yang sampai ketahap pemujaan para wali dan keramat serta menyembah kubur wali dan meminta tolong darinya, dan ada yang menerima konsep wahdatul wujud (bersatunya makluk dengan Tuhannya) yang dipelopori oleh Ibn 'Arabi sebagaimana termaktub fahamannya ini dalam kitab Futuhat Al-Makiyyah. Sehingga Ibn 'Arabi pernah berkata: "Sesungguhnya seorang lelaki yang meniduri isterinya, sebenarnya sedang meniduri Allah Al-Haq." Sungguh kufur perkataan ini wal 'iyazubillah.

Jika sesiapa yang pernah ke Mesir boleh melihat sendiri kebatilan cara para sufi ini berzikir secara kuat (jahar) sambil menari dan bertepuk-tepuk tangan serta meraung-raung nama Allah sehinggalah mereka hanya menyebut seringkas-ringkasnya sebutan Al-Haq seperti: "Hu-Hu, Hu-Hu, atau Ah-Ah-Ah seperti orang yang mabuk kerana meminum arak. Kononnya inilah zikir tahap yang tertinggi sekali. Sedangkan sabda Rasulullah:

"Sebaik-baik zikir adalah kalimah Laa Ilaaha Illallah." (Hadis riwayat Tirmizi)

Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Anfal ayat 35 berbunyi: Sembahyang mereka (orang-orang musyrikin) di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.

Dengan sedikit infomasi tentang sufi ini, semoga para pembaca lebih terbuka minda untuk mencari kebenaran. Jangan hanya melihat luaran tanpa mengkaji dalamannya. Seperti juga ramai pengikut tarikat yang mempunyai akhlak yang baik akan tetapi aqidahnya sangatlah batil. Ibadatnya sangatlah banyak rekaan-rekaan yang tidak dijumpai daripada sunnah nabi serta amalan salafus soleh. Sebab itu Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada sahabatnya yang umat islam akan berpecah kepada 73 puak semuanya menuju ke neraka kecuali satu. Apabila sahabat bertanya siapakah yang satu tersebut maka Rasulullah menjawap: "Al-Jamaah". Dalam riwayat lain Nabi s.a.w. bersabda: “Dan akan terpecah umatku manjadi 73 aliran (puak), semua mereka masuk neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku." (Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dan lainlain; disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Tirmidzi, no: 2641)

Hanya satu jalan (tarikat) yang selamat iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ibn Mas'ud r.a. berkata: "suatu hari rasulullah s.a.w. membuat satu garisan lurus dengan tangannya lalu bersabda: "Inilah jalan Allah yang lurus, kemudian baginda menggariskan beberapa garis disebelah kiri dan kanan garis yang lurus itu, sambil bersabda: "Inilah jalanjalan (kesesatan). Tidak ada satu jalan pun dari jalan ini melainkan ada syaitan yang mengajak manusia untuk mengikuti jalan tersebut. Kemudian baginda membacakan surah Al-An'am ayat 153 : "Dan bahawa yang (kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalanjalan (yang lain)". (Hadis riwayat Ahmad; berkata Al-Arnauth: Hadis hasan, rujuk Musnad Ahmad takhrij al-Arnauth, no: 4437)


Dipetik daripada hasil karya Mohd Safwan bin Rusydi

Friday, June 12, 2009

Khawarij Moden dan ciri-cirinya. ~ Siri Akhir


Pendapat Khawarij Yang Bercanggah

Selain daripada ciri-ciri di atas, puak-puak khawarij juga berpegang dengan pelbagai pendapat yang menyalahi pendapat Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah dan saling bercanggah hatta di kalangan mereka sendiri. Antara pendapat mereka yang dilihat sebagai salah dan bercanggah itu ialah45:

1. Segala perbuatan hamba mengikut kehendak Allah semata-mata.
2. Menolak ijtihad dan berpegang dengan zahir al-Quran.
3. Menolak taklif sebelum diutus Rasul.
4. Menolak adanya azab kubur.
5. Harus tiada khalifah bagi umat Islam kerana mereka tidak perlu kepadanya.
6. Harus membunuh kanak-kanak dan wanita pihak yang menyalahi mereka.
7. Pelaku dosa besar adalah kafir dan kekal dalam neraka.
8. Tidak sah berkahwin dengan orang yang tidak mengkafirkan Uthman dan Ali r.a.
9. Semua orang yang menyalahi mereka adalah kafir atau musyrik.
10. Orang yang tidak berhijrah kepada mereka adalah musyrik.
11. Wajib menguji kesetiaan orang yang berhijrah kepada mereka dengan cara menyuruh orang itu membunuh tawanan. Jika tidak sanggup bermakna munafiq dan mereka akan membunuhnya.
12. Anak-anak orang yang menyalahi mereka adalah kekal dalam Neraka.
13. Menganggap negeri orang yang menyalahi mereka sebagai negeri kafir.
14. Menggugurkan hukum rejam ke atas penzina yang sudah beristeri.
15. Mengharuskan kekufuran para Nabi a.s. sebelum dan selepas mereka dilantik menjadi nabi.
16. Memotong tangan pencuri sampai ke bahu.
17. Wajib solat dan puasa ke atas perempuan haid.
18. Wajib qada solat ke atas perempuan haid sebagaimana qada puasa.
19. Mendakwa ayat 204 surah al-Baqarah khusus untuk Ali r.a.
20. Mendakwa ayat 207 surah al-Baqarah sebagai khusus untuk Abd ar-Rahman Ibn Muljim (pembunuh Ali r.a.).
21. Penyokong mereka tidak akan masuk neraka Jahannam, jika berdosa mereka akan diazab dengan azab selain neraka Jahannam.
22. Sebahagian mereka menggugurkan hukum hudud bagi peminum arak, manakala sebahagian yang lain pula mengenakan hukuman yang sangat berat.
23. Melakukan dosa kecil secara berterusan adalah suatu kesyirikan bagi yang tidak menyokong mereka, tetapi bagi para penyokong mereka ia tidak pula dianggap syirik meskipun melakukan dosa besar.
24. Mengharuskan at-taqiyyah.
25. Harus melantik wanita sebagai Khalifah Agung.
26. Harus berkahwin dengan anak perempuan cucu lelaki (cicik) dan anak perempuan anak saudara lelaki.
27. Sifat munafik itu hanya khusus bagi golongan yang disebutkan dalam al-Quran.


Antara Ahbash Dan Khawarij

Puak Ahbash46 pimpinan Abdullah al-Harari al-Habsyi yang muncul dan berpusat di Lubnan dilihat antara kelompok semasa yang paling banyak mempunyai persamaan dengan ciri-ciri puak Khawarij. Persamaan itu dilihat dari beberapa aspek, antaranya:

1. Kemunculan puak Ahbash di Lubnan ketika negara itu berada dalam konflik perang saudara sama seperti puak Khawarij dahulu yang muncul ketika umat Islam berpecah belah. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Mereka keluar (menentang khalifah) ketika orang ramai dalam keadaan berpecah belah”. Sebagaimana puak Khawarij mengambil kesempatan untuk menyebarkan kesesatan mereka ketika keadaan umat Islam di zaman khalifah Ali r.a. berpecah belah, maka demikianlah juga puak Ahbash mengambil peluang untuk menyebarkan kesesatan mereka ketika Negara Lubnan berada dalam keadaan huru-hara akibat perang saudara.

2. Mengaburi masyarakat dengan slogan dan gelaran indah, seperti gelaran ahli sunnah wa al-jamaah bagi puak mereka, gelaran al-allamah al-muhaddith (ulama hadith) bagi guru mereka al-Harari dan gelaran samahah asy-shiekh (gelaran mufti) bagi tokoh mereka yang bernama Nizar al-Halabi. Mereka juga mengaburi para pelajar Islam yang belajar di luar Negara seperti di Switzerland dengan dakwaan kononnya mereka adalah wakil Universiti al-Azhar Mesir.

3. Mengeluarkan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan nas dan pendapat ulama muktabar, seperti boleh melihat, bercampur dan bersalam dengan wanita bukan mahram, boleh bertabarruj dan memakai wangi-wangian bagi wanita yang keluar rumah tanpa izin suami, boleh makan riba dan boleh bersolat dengan pakaian bernajis.

4. Mengatakan al-Quran itu adalah lafaz Jibril bukan Kalam Allah S.W.T.

5. Menafi atau mentakwil nas-nas Sifat Allah S.W.T.

6. Beriktiqad bahawa segala perbuatan hamba adalah mengikut kehendak Allah semata-mata.

7. Mengamal dan menggalakkan bidah seperti memohon hajat pertolongan di kubur, amalan tasauf sesat dan sambutan maulid.

8. Mencela para Sahabat r.a. terutamanya Muawiyah, Khalid Ibn al-Walid dan Aisyah r.a.

9. Mengkafir dan memerangi para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka seperti Sheikh Islam Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Imam az-Zahabi, Muhammad Abdul Wahab, Nasiruddin Albani, Sayyid Sabiq, Sayyid Qutb, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi, Muhammad Said Ramadan al-Buti dan lain-lain. Mereka juga telah mengkafir dan memerangi para ulama Lubnan seperti Sheikh Subhi Saleh dan Faisal Maulawi sehingga ramai yang terpaksa melarikan diri ke Mesir dan Arab Saudi. Bahkan mereka telah mengkafir dan membunuh Mufti Lubnan yang bernama Hassan Khalid.


Kesimpulan
'
Berdasarkan fakta-fakta di atas, maka dapat disimpulkan bahawa sesiapa sahaja hari ini yang mempunyai ciri dan sifat seperti khawarij, maka dialah yang layak untuk digelar khawarij moden. Demikian juga sebarang perkumpulan yang memiliki dasar dan pegangan yang sama dengan dasar dan pegangan khawarij, maka merekalah yang layak untuk digelar puak khawarij moden. Semakin banyak aspek persamaan, maka semakin dekatlah mereka dengan golongan tersebut. Meskipun mereka juga menyatakan kebencian terhadap Ibn al-Kawwa’, Ibn Muljim atau tokoh-tokoh khawarij lain dan meskipun mereka tidak pernah mengaku mereka khawarij, namun jika ideologi dan cirinya sama, maka mereka tetap khawarij. Ya, mereka adalah khawarij dari segi amalan dan pegangan, meskipun mereka bukan khawarij dari segi nama. Nama khawarij tentu tidak wujud pada mana-mana jamaah pada hari ini, kerana tiada sesiapa pun yang begitu bodoh untuk memakai nama kumpulan yang telah disepakati sebagai sesat. Tetapi amalan dan pegangan khawarij mungkin wujud sama ada dalam konteks individu atau kumpulan. Justeru, kertas ini mengajak sekelian kita supaya bermuhasabah agar kita dapat menjauhkan diri, keluarga dan masyarakat daripada terpalit dengan sebarang ciri dan ideologi khawarij yang sesat dan menyesatkan itu.



45. Al-Ashcariyy, Ma8_3_t al-Islamiyyin Wa al-Ikhtilaf al-Musallin, 1: 167-212 dan cAbd Al-Qadir Syaibah Al-Hamd, Al-Adyan Wa al-Firaq Wa Al-Mazahib Al-Mucasarah, hal: 108, 112, 118, 126, 133, 137 dan 144.
46. Fakta-fakta berkenaan puak Ahbash ini dirujuk dalam Bank Ahbash, atas talian:
http://bankahbash.blogspot.com/




suntingan daripada kertas kerja oleh:
Dr Azwira Abdul Aziz
Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
UKM, Bangi

Sunday, June 7, 2009

Khawarij Moden dan ciri-cirinya. ~ Siri 2


Ideologi Dan Ciri Khawarij

Hadith di atas mengandungi banyak penjelasan tentang tanda dan sifat puak khawarij. Maka itu Imam Muslim meletakkannya di bawah beberapa judul bab, antaranya bab berjudul: “Bab pada menyatakan (ciri-ciri) Khawarij dan sifat-sifat mereka”16. Namun, sebahagian daripada ciri-ciri itu adalah tanda-tanda fizikal khusus bagi puak khawarij yang muncul di zaman para Sahabat r.a. Tanda-tanda seperti berkepala botak, berkulit hitam, bertangan pendek, berjanggut lebat, bertulang pipi tinggi, bermata dalam, berdahi nonjol dan berkain singkat tidak boleh dijadikan ukuran dan tidak boleh dipantulkan ke atas mana-mana individu atau golongan pada hari ini. Justeru, kertas ini akan focus kepada beberapa ciri umum yang menunjukkan persamaan dan perkaitan antara golongan khawarij lama dan khawarij moden. Ciri-ciri tersebut ialah:

1. Suka Bertakalluf.
Takalluf bermaksud menimbulkan persoalan yang tidak perlu atau buat perkara yang susah atau memikul beban yang tidak biasa dipikul17. Allah S.W.T berfirman (maksudnya): "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak meminta daripada mu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari golongan yang bertakalluf"18. Seorang lelaki bertanya Umar Ibn Al-Khattab r.a. maksud perkataan abba yang terkandung dalam ayat 31 surah Abasa, tetapi Umar tidak melayan persoalan lelaki itu, sebaliknya beliau menjawab: “Kami dilarang daripada bertakalluf ”19.

Para Sahabat r.a. sedia memahami maksud perkataan abba itu sebagai sejenis tumbuhan yang terdapat dalam Syurga. Meskipun mereka tidak tahu jenis dan bentuknya secara terperinci, namun kefahaman itu sudah memadai untuk memberi keyakinan terhadap Hari Akhirat dan nicmat Syurga. Justeru, mereka menahan diri daripada menyoal Nabi s.a.w. mengenai perinciannya kerana pertanyaan seumpama itu termasuk dalam ertikata takalluf yang dilarang syara'. Imam Al-Bukhari (M 256 H) ketika meriwayatkan hadith ini, meletakkannya di bawah bab berjudul: "Bab: (Pada menyatakan) perkara yang makruh (dibenci), seperti banyak bersoal dan takalluf dengan persoalan yang tidak berfaedah serta (pada menyatakan) firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Jangan kamu bertanya tentang sesuatu yang jika diberitahu ia akan menyusahkan kamu"20.

Berdasarkan judul bab Bukhari ini, dapat disimpulkan bahawa persoalan berlebihan tanpa faedah yang bersifat memaksa dan menyiksa adalah sebahagian daripada ciri-ciri takalluf yang dilarang oleh syarac. Dalam hadith lain, Al-Mughirah Ibn Syu'bah r.a, berkata: "Sesungguhnya baginda s.a.w. melarang daripada bercakap begitu begini, juga daripada banyak bersoal (perkara tidak perlu)"21. Menjelaskan maksud hadith ini, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (M 852 H) berkata: “Oleh itu, sekumpulan ulama salaf tidak suka mempersoalkan perkara yang tidak berlaku kerana ia mengandungi maksud takalluf dan melampau serta melontar andaian tanpa keperluan dalam perkara agama”22.

Islam jelas melarang umatnya daripada mempersoal dan mengandaikan perkara agama sehingga melebihi dan bercanggah dengan kehendak nas. Apatah lagi jika persoalan dan andaian itu hanya akan menambahkan beban kesusahan. Malangnya, perkara seperti inilah yang sangat digemari oleh golongan Khawarij sehingga ia menjadi faktor utama yang menyesatkan mereka. Lihatlah bagaimana mereka mempersoalkan pembahagian harta yang dibuat oleh Nabi s.a.w., meskipun baginda telah memberikan alasan yang begitu lojik dan islamik, namun mereka tetap mempertikaikannya. Kemudian mereka pertikaikan pula segala pendapat dan ijtihad para Khalifah Islam sehingga akhirnya mereka sanggup mengkafir, memerangi dan membunuh para Sahabat r.a. Semua itu adalah kerana sikap mereka yang suka bertakalluf dalam perkara agama. Dalam sebuah hadith, seorang perempuan bernama Ma’azah berkata: “Aku bertanya Aishah r.a. kenapa wanita haid wajib qada (ganti) puasa tetapi tak perlu ganti solat”? Lalu beliau bertanyaku: “Adakah kamu seorang haruriyyah”? Aku menjawab: “Aku bukan dari golongan haruriyyah cuma saja aku nak tanya”. Lalu beliau menjawab: “Kami datang haid (pada zaman Nabi s.a.w.) lalu kami disuruh supaya qada puasa dan kami tidak disuruh supaya qada solat”23. Aishah r.a. bertanya Ma’azah tentang kecenderungan mazhabnya kerana persoalannya itu mengandungi unsur takalluf yang telah menyesatkan puak khawarij. Para Sahabat di zaman Nabi s.a.w. menerima syariat seumpama itu dengan mudah tanpa mempersoalkannya, sehingga muncullah puak khawarij yang mempersoalkannya. Lalu mereka mewajibkan perempuan haid qada solat sebagaimana qada puasa, bahkan ada yang mewajibkan kedua-dua solat dan puasa ke atas perempuan haid.

2. Menolak Konsep Taysir.
Islam adalah agama yang menekankan prinsip at-taysir (memudah dan meringankan) sebagai salah satu dasar utamanya. Nabi s.a.w bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, tiada sesiapa yang menjadikan agama ini susah melainkan dia akan tewas. Maka hendaklah kamu perbetulkan, dekatkan, gembirakan dan mohonlah pertolongan (gunalah kesempatan) daripada perjalanan pada waktu pagi dan petang serta sedikit daripada perjalanan pada waktu awal malam”24.

Dalam sebuah hadith lain, ketika Nabi s.a.w. mengutuskan Mu'az Ibn Jabal r.a. dan Abu Musa Al-Asy'ari r.a. ke Yaman, baginda berpesan kepada kedua-duanya: “Hendaklah kamu berdua permudahkan jangan menyusahkan, gembirakan jangan menakutkan, hendaklah saling bekerjasama dan jangan berbeza pendapat”25 . Imam Al-Bukhari meriwayatkan hadith ini di bawah beberapa judul bab yang berbeza dalam kitab Sahihnya, antaranya di bawah bab berjudul: “Bab: (Pada menyatakan) sabda Nabi s.a.w: “Hendaklah kamu permudahkan jangan menyusahkan”, kerana sesungguhnya Baginda sukakan peringanan dan kemudahan untuk manusia”26. Disebabkan kejahilan mereka tentang sunnah, maka mereka pesimis terhadap sunnah-sunnah yang bersifat taysir, lalu mereka pertikai dan menolaknya. Dalam hal ini, Al-Azraq Ibn Qais meriwayatkan: Maksudnya: “Kami sedang berada di tebing sungai Ahwaz (di Iraq) untuk memerangi puak Haruriyyah, tiba-tiba Abu Barzah Al-Aslamiyy datang menunggang kuda lalu bersolat sambil melepaskan (tali) kudanya. Tiba-tiba kuda itu meninggalkannya lantas beliau menghentikan solat dan mengejarnya sehingga dapat. Kemudian, beliau datang semula untuk menunaikan solatnya. Seorang lelaki khawarij berkata: “Ya Allah! binasakanlah orang ini, dia telah meninggalkan solatnya kerana seekor kuda”. Abu Barzah tampil seraya berkata: Sesungguhnya aku dengar kata-kata kamu, semenjak Rasulullah s.a.w. wafat tiada seorang pun yang bercakap kasar denganku, sesungguhnya aku pernah menyertai enam hingga lapan peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan aku telah menyaksikan (pendekatan) taysir baginda (dalam ibadat), sesungguhnya aku lebih suka pulang bersama binatang tungganganku daripada membiarkannya kembali ke tempatnya sehingga menyusahkanku, sesungguhnya jarak rumahku jauh, jika aku solat dan biarkan nescaya aku tak dapat kembali kepada keluargaku sampai ke malam”27.

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa golongan khawarij tidak menerima kemudahan bergerak dalam solat untuk tujuan yang mustahak, meskipun ia menepati sunnah Nabi s.a.w. dan menepati konsep taysir yang menjadi dasar penting dalam ajaran Islam.

3. Berpegang Dengan Falsafah ‘Bidah Hasanah’.
Dalam sebuah athar28 sahih riwayat ad-Darimi, Abu Musa Al-Asy'ari r.a. memberitahu Ibn Mas'ud r.a. bahawa beliau melihat di masjid sekumpulan lelaki sedang duduk dalam halaqah-halaqah (bulatan) zikir untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih denganmenggunakan biji-biji batu mengikut cara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan juga para Sahabat r.a.. Mendengar yang demikian itu, Ibn Mas'ud menuju ke masjid itu lantas menegur mereka dengan katanya: “Hitunglah amalan buruk kamu itu kerana aku jamin bahawa amalan baik kamu tidak akan hilang sedikitpun. Celakalah kamu wahai umat (Nabi) Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kamu, para Sahabat Nabi s.a.w. masih ramai, baju baginda inipun masih belum hancur dan bekas makanannya pun belum pecah. Demi yang nyawaku di TanganNya! Adakah sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad atau kamu sebenarnya pembuka pintu kesesatan?” Mendengar kata-kata Ibn Mas'ud itu, mereka menjawab: “Demi Allah! wahai Abu Abd Ar-Rahman29! Tujuan kami hanya untuk kebaikan”. Mendengar jawapan mereka itu, lalu Ibn Mas'ud berkata: “Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak kena (caranya). Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu kami: “Bahawa ada satu kaum yang membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka”30. Demi Allah! Aku tak tahu boleh jadi kebanyakan mereka itu adalah dari kalangan kamu”. Menjelaskan kata-kata Ibn Mas'ud ini, Amr Ibn Salamah31 berkata (maksudnya): “Kami melihat semua lelaki yang berada dalam halaqah itu menyertai puak Khawarij lalu menyerang kami pada hari peperangan An-_ahrawan” 32. Athar ini menunjukkan bahawa amalan berzikir dalam halaqah beramai-ramai adalah amalan bidcah puak Khawarij yang memerangi para Sahabat r.a. dalam peperangan an_ahrawan. Manakala jawapan yang mereka berikan kepada Ibn Mas’ud r.a. itu pula menunjukkan bahawa mereka membela amalan bidah mereka dengan falsafah ‘bidah hasanah’.


4. Membalut Kebatilan Dengan Kebenaran.
Telah disebutkan sebelum ini bahawa puak khawarij dikenali dengan beberapa gelaran seperti al-Muhakkimah dan asy-Syurah yang menggambarkan seolah-olah mereka berada di atas landasan kebenaran. Gelaran al-Muhakkimah misalnya diberi kerana slogan yang sering mereka laungkan ialah ‘tiada hukum melainkan bagi Allah’, kononnya mereka hanya berhukum dengan hukum Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud; “Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum, Dia menerangkan kebenaran, dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan"33. Begitu juga dengan gelaran asy-Syurah kerana mereka mendakwa kononnya mereka menjual diri mereka kepada Allah, sanggup berkorban nyawa keranaNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah membeli nyawa dan harta orang beriman dengan balasan syurga (kerana) mereka berperang pada jalan Allah…”34. Tidak dinafikan bahawa gelaran yang mereka pakai itu mengandungi maksud yang baik dari segi bahasanya, manakala slogan yang mereka laung-langkan itu juga adalah slogan yang benar pada asalnya. Namun, hakikatnya semua itu hanyalah gimik yang bertujuan untuk mengaburi kebatilan yang mereka lakukan terhadap khalifah dan umat Islam. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): “…Mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya)…”. Menjelaskan hal ini Ali Ibn Abi Talib r.a. berkata: “Perkataan benar yang bertujuan batil (jahat)”35.


5. Membaca Quran Tanpa Penghayatan Dan Keikhlasan.
Sabda Nabi s.aw (maksudnya): “…Mereka membaca al-Quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka…”. Menjelaskan maksud sabda ini, Imam an-Nawawi memetik kata-kata al-Qadi 'Iyad bahawa ia membawa dua pengertian, pertama: hati mereka tidak memahaminya dan mereka tidak mendapat manfaat daripada bacaan mereka dan kedua: segala amalan dan bacaan mereka tidak diangkat dan tidak diterima36. Imam al-Bukhari meriwayatkan hadith-hadith berkenaan Khawarij ini di bawah beberapa judul bab, antaranya: “Bab (pada menyatakan): dosa orang yang membaca al-Quran untuk riya’, mencari makan dengannya atau berbangga dengannya”37 dan “Bab (pada menyatakan): bacaan orang jahat dan munafiq serta suara mereka dan bacaan mereka tidak melepasi halqum mereka”38.


6. Mengkafir Dan Memerangi Umat Islam.
Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): “…Mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala”. Ibn Umar r.a. mengangap mereka sebagai sejahat-jahat makhluk dan beliau (Ibn Umar) berkata: “Mereka mencari ayat-ayat al-Quran yang ditujukan kepada orang kafir tetapi mereka tujukannya kepada orang beriman”39. Al-Qadi Abu Bakr Ibn al-Arabi membahagikan puak khawarij kepada dua kumpulan: Pertama, kumpulan yang mengkafirkan semua para Sahabat r.a. yang terlibat dalam perang Jamal, Siffin dan yang reda dengan Majlis Tahkim. Kedua, kumpulan yang mengkafirkan sesiapa saja yang melakukan dosa besar40. Manakala al-Hafiz Ibn Hajar menegaskan bahawa puak an-_ajdah menambah pegangan takfir khawarij kepada sesiapa saja yang tidak keluar memerangi orang Islam, meskipun orang itu berpegang dengan aqidah mereka”41.


7. Penyelewengan Aqidah
Imam Abu Hasan al-Ash'ariyy (M 330 H) menegaskan bahawa pegangan tauhid Khawarij sama dengan pegangan Muktazilah dan mereka sepakat menganggap al-Quran sebagai makhluk (bukan Kalam Allah)42 . Kemudian al-Ashcariyy huraikan pegangan tauhid Muktazilah yang berkisar pada konsep tac03 dan takwil, seperti mentakwilkan sifat istiwa’(meninggi) dengan maksud istaula (memerintah) dan mengatakan Allah berada di mana-mana tempat43. Puak Khawarij mempunyai titik kesepakatan dari segi mengkafirkan Khalifah Uthman Ibn Affan dan Ali Ibn Abi Talib r.a. serta semua yang terlibat dalam Perang Jamal, Siffin dan Majlis Tahkim. Sebagaimana mereka juga sepakat berpegang kepada hukum wajib melucut, memerangi dan membunuh pemimpin yang jahat meskipun kejahatan itu hanya pada kacamata mereka sahaja
44.


1
6 Muslim, 2:740, No: 1064.
17 Dr. Ibrahim Anis dan rakan-rakan, Al-Mucjam Al-Wasit, Mujamma Al-Lughah Al Arabiyyah, Kaherah, Mesir, t.th, hal: 795.
18 Al-Quran, Sad, 38: 86.
19 Al-Bukhari, Muhd. Ibn Ismail, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, 6: 2658, No:6863.
20 Al-Quran, Al-Maidah, 5: 101.
21 Al-Bukhari, Muhd. Ibn Ismail, Sahih Al-Bukhari (bersama Fath Al-Bari), Dar Al-Macrifah, Beirut, t.th, 11: 306, No: 6473.
22 Al-Asqalaniyy, Ahmad Ibn cAli Ibn Hajar, Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al- Macrifah, Beirut, t.th, 11: 307.
23 Al-Bukhari, No: 315 dan Muslim, No: 335.
24 Al-Bukhari, Muhd. Ibn Ismail, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, 1: 23, No: 39.
25 Ibid, 3: 1104, No: 2873.
26 Ibid, 5: 2269, No: 5773.
27 Al-Bukhari, No: 1153 dan 5776.
28 Riwayat berkenaan amalan para Sahabat RA.
29 Abu cAbd Ar-Rahman ialah kuniyah bagi Ibn Mascud RA.
30 Al-Bukhari, Muhd. Ibn Ismail, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, No:3166, 3415, 4094, 4770, 4771, 6531, 6532, 6995 dan 7123. Muslim Ibn Al-Hajjaj, Sahih Muslim, Dar Ihya’ At-Turath Al-cArabiyy, Beirut, 1991, No: 1063, 1064 dan 1066.
31 Seorang tabien thiqah dan juga murid kepada Ibn Mas'ud yang meriwayatkan athar tersebut.
32 Ad-Darimi, cAbd Allah Ibn cAbd Ar-Rahman, Sunan Ad-Darimi, Dar Al-Kitab Al-cArabi, Beirut, Lubnan, 1407, 1: 79, No: 204. Sanadnya sahih. Lihat: Ad-Durar As-Saniyyah, atas talian: http://www.dorar.net./mhadith.asp.
33 Al-Quran, Al-Ancam,
35 Muslim, Dar Ihya’ at-Turath al-Arabiyy, Beirut, 1991, 2:749, No: 1066.
36 An-Nawawi, Yahya Ibn Sharaf, al-Minhaj Fi Sharh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, al-Matba'ah al-Misriyyah, Kaherah, Mesir, 1929, 7:159.
37 Al-Bukhari, Dar al-Macrifah, 9:99.
38 Al-Bukhari, Dar al-Macrifah, 13:535.
39 Al-Bukhari (secara ta’liq dengan lafaz jazam), Dar al-Macrifah, Beirut, t.th, 12:282.
40 Al-cAsqalaniyy, Ahmad Ibn cAli Ibn Hajar, Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al- Macrifah, Beirut, t.th, 12:285.
41 Ibid, 12:285.
42 Al-Ashcariyy, Abu al-Hasan cAli Ibn Ismacil (M 330 H), Ma8_3_t al-Islamiyyin Wa al- Ikhtilaf al-Musallin, 1: 203.
43 Ibid, 1: 235-237.
44 cAbd Al-Qadir Syaibah Al-Hamd, Al-Adyan Wa al-Firaq Wa Al-Mazahib Al-Mucasarah, hal: 103.

suntingan daripada kertas kerja:
Dr Azwira Abdul Aziz
Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
UKM, Bangi


Khawarij Moden dan ciri-cirinya. ~ Siri 1

Pendahuluan

Berdasarkan nas-nas syara 1 dan fakta-fakta sejarah, Khawarij dianggap sebagai kumpulan sesat yang terkeluar daripada kelompok Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah disebabkan ideology dan tindakan mereka yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Meskipun pada zahirnya mereka nampak sangat beriltizam dengan ajaran agama, namun hakikatnya mereka telah terkeluar dari Islam melalui lidah Nabi s.a.w. sendiri. Bahkan baginda menyatakan kesungguhan untuk memerangi dan menghapuskan mereka seluruhnya serta menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T bagi sesiapa yang memerangi mereka. Ulama firaq telah menggunakan beberapa istilah tertentu seperti al- Muhakkimah2 , ash-Shurah3 , al-Haruriyyah4 , al-Harariyyah5 , an-_awasib6 dan al-Mariqah7 sebagai gelaran bagi puak khawarij yang memang ada signifikasinya tersendiri8.

Gelaran khawarij moden bukan dilihat dari segi persamaan nama dan gelaran, kerana dalam konteks semasa tiada sesiapa lagi yang memakai gelaran-gelaran khawarij lampau. Tetapi apa yang dilihat sebenarnya ialah persamaan ideologi dan ciri antara kelompok kelompok umat Islam semasa dengan puak khawarij terdahulu. Justeru, untuk mengetahui kelompok manakah yang menyamai puak khawarij serta layak untuk ‘ditabalkan’ sebagai khawarij moden, maka perlu difahami terlebih dahulu apakah definisi, ideologi dan ciri golongan khawarij itu.


Definisi

Perkataan khawarij dari segi bahasa adalah kata jamak bagi kharij, bermaksud ‘yang keluar’, manakala dari segi istilah ia ditakrifkan sebagai: golongan yang melucutkan ketaatan dan mengisytiharkan penentangan terhadap khalifah yang sah9. Dari segi sejarah, nama khawarij dikhususkan kepada kumpulan terawal yang melucutkan ketaatan terhadap Khalifah Ali Ibn Abi Talib r.a10. Para fuqaha Islam menamakan golongan penentang khalifah yang ada kekuatan pengikut sebagai bughah11. Abd Al-Qahir al- Baghdadi (M 429 H) membahagikan mereka kepada 20 puak 12, namun, secara umumnya hanya enam puak sahaja yang dilihat sebagai puak utama, iaitu: al-Muhakkimah al-_la, al-Azariqah, an-_ajdat, as-Sufriyyah, al-Ajaridah, al-Iba_iyyah dan ath Tha_libah, daripada enam puak inilah terpecahnya pelbagai cabang puak khawarij yang lain13.


Hadith Berkenaan Khawarij

Golongan khawarij diberi perhatian serius dalam pengajian aqidah Islam kerana banyak hadith Nabi s.a.w. yang berstatus mutawatir telah mengisyaratkan tentang ancaman dan bahaya kesesatan mereka. Boleh dikatakan semua pembuku hadith ada meriwayatkan hadith tentang mereka, cuma yang berbeza hanyalah pada panjang pendeknya. Kata Abu Said al-Khudriyy r.a.:

Maksudnya: “Ali r.a. telah menghantar ketulan emas yang belum dibersihkan dari tanah, hasil kemenanganya dari Yaman kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda membahagikannya kepada al-Aqrac Tlabis, Uyainah Ibn Badr al-Faz_riyy, cAlqamah Ibn Ulathah al-c_miriyy dan Zaid a-__iyy. Tetapi pembahagian itu telah membangkitkan kemarahan Quraisy kerana mereka menganggap baginda s.a.w. lebih mengutamakan pembesar-pembesar Najd daripada mereka. Mengetahui hal itu, Baginda s.a.w. menegur mereka: “Kenapa kamu tidak mempercayai kejujuranku, sedangkan aku adalah pemegang amanah (agama) bagi pihak langit, wahyu datang kepadaku pagi dan petang, sesungguhnya hanya sanya aku lakukan itu untuk menjinakkan (hati) mereka.

Tiba-tiba bangun seorang lelaki dari Bani Tamim yang dikenali sebagai Zu al-Khuwaisirah, berjanggut lebat, bertulang pipi tinggi, bermata dalam, berdahi nonjol, berkepala botak, berkain singkat, seraya berkata: “Bertaqwalah kamu kepada Allah wahai Muhammad!’. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Celakalah kamu! Bukankah aku orang yang paling berhak untuk bertaqwa? Siapakah lagi yang taat kepada Allah jika aku menderhakaiNya? Kenapa Dia boleh mempercayaiku atas sekelian penduduk bumi sedangkan kamu tidak percaya kepadaku, siapakah lagi yang adil jika aku tidak adil, sesungguhnya rugilah aku jika aku tidak berlaku adil? Kemudian lelaki itupun beredar dan Umar (atau Khalid Ibn al-Walid) r.a. berkata: “Izinkan aku memenggal lehernya”. Baginda s.a.w. menjawab: “Jangan, boleh jadi dia bersolat, minta dilindungi Allah daripada orang bercakap-cakap bahawa aku telah membunuh sahabatku, biarkan dia kerana dia ada pengikut”. Umar (atau Khalid Ibn al-Walid) r.a. berkata: “Berapa ramai orang bersolat tetapi dia bercakap apa yang tidak dicakap oleh hatinya? Baginda s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk membelah perut manusia dan menebuk hati mereka. Kemudian baginda s.a.w. memandang kepada lelaki yang sedang beredar itu seraya bersabda;

“Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), bacaan quran, solat dan puasa kamu tidak standing bacaan, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka, mereka sangka quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya, sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum cAd, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. pada Hari Kiamat. Petanda hal itu ialah di kalangan mereka ada seorang lelaki hitam bertangan pendek tanpa lengan, di hujung labu lengannya terdapat lebihan daging seperti payu dara perempuan yang ada beberapa helai bulu putih dan bergerak-gerak. Tanda pengenalan mereka ialah at-tahliq (bercukur kepala)14 , mereka adalah sejahat-jahat makhluk, mereka akan diperangi oleh salah satu daripada dua kumpulan yang lebih dekat kepada kebenaran. Mereka keluar (menentang khalifah) ketika orang ramai dalam keadaan berpecah belah”. Kata cAli r.a: “Jika tidak kerana bimbangkan kamu mengurangkan amalan, nescaya aku akan beritahu apa (ganjaran) yang Allah telah janjikan untuk orang yang memerangi mereka melalui lidah Nabi Muhammad s.a.w.”. Kata Abu Sa’id r.a: “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku mendengar (hadith) ini daripada Rasulullah s.a.w. dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku bersama (Khalifah) cAli Ibn Abi Talib r.a. telah membunuh mereka, lalu beliau perintahkan agar dicari (mayat) lelaki tersebut sehingga ia djumpai dan dibawa kepadanya, sesungguhnya aku telah melihat tanda-tandanya betul sebagaimana yang telah disifatkan oleh Rasulullah saw”15.


1 Kertas dibentangkan dalam Daurah Ta’lim Sunnah Siri II, anjuran INTIS Consultant & Training di Surau al-Muhajirin, Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur pada 20 September 2008.
2 Bermaksud: Orang yang berhukum, kerana mereka mendakwa berhukum kepada Allah S.W.T.
3 Bermaksud: Orang yang menjual, kerana mereka mendakwa menjual nyawa kepada Allah S.W.T.
4 Nisbah kepada perkampungan al-Harura’ di Iraq yang menjadi tempat perkumpulan mereka.
5 Nama ini tersebut dalam kitab Ma8_3_t al-Islamiyyin Wa al-Ikhtilaf al-Musallin.
6 Kata jama’ bagi an-_asib yang bermaksud: Orang yang sangat kuat penentangannya.
7 Bermaksud: Orang yang keluar.
8 Al-Ashcariyy, Abu al-Hasan cAli Ibn Ismacil (M 330 H), Ma8_3_t al-Islamiyyin Wa al- Ikhtilaf al-Musallin, Maktabah an-Nahdah al-Misriyyah, Kaherah, Mesir, 1969, 1: 206. cAbd Al-Qadir Syaibah Al-Hamd, Al-Adyan Wa al-Firaq Wa Al-Mazahib Al-Mucasarah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, t.th, hal: 103.
9 Muhammad Muhyiddin Abd al-Hamid, Hasyiah Ma8_3_t al-Islamiyyin Wa al-Ikhtilaf al-Musallin, Maktabah an-Nahdah al-Misriyyah, Kaherah, Mesir, 1969, 1: 167. cAbd Al-Qadir Syaibah Al-Hamd, Al-Adyan Wa al-Firaq Wa Al-Mazahib Al-Mucasarah, hal: 103.
10 cAbd Al-Qadir Syaibah Al-Hamd, Al-Adyan Wa al-Firaq Wa Al-Mazahib Al-Mucasarah, hal: 103.
11 Muhammad Muhyiddin Abd al-Hamid, Hasyiah Ma8_3_t al-Islamiyyin Wa al-Ikhtilaf al-Musallin, 1: 167.
12 cAbd Al-Qahir Ibn _ahir al-Baghdadi, Al-Farq Baina Al-Firaq, Al-Maktabah Al-cAsriyyah, Beirut, Lubnan, 1995, hal: 72.
13 cAbd Al-Qadir Syaibah Al-Hamd, Al-Adyan Wa al-Firaq Wa Al-Mazahib Al-Mucasarah, hal: 103.
14 Kata al-Kirmani: “Golongan salaf tidak mencukur rambut mereka kecuali untuk ibadat haji dan umrah atau kerana keperluan, sedangkan puak khawarij menjadikannya suatu tabiat sehingga ia menjadi syiar dan identiti bagi mereka”. Lihat: Al-cAsqalaniyy, Ahmad Ibn cAli Ibn Hajar, Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Macrifah, Beirut, t.th, 13:537.
15 Al-Bukhari, No: 3166, 3414, 3415, 4094, 4770, 6531, 6532, 6533, 6995, 7121, 7122, 7123 dan Muslim, No: 1064-1066.
Suntingan kertas kerja daripada:

Dr Azwira Abdul Aziz
Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
UKM, Bangi

Saturday, June 6, 2009

Amanat buatmu adikku..


Minggu lalu beberapa jemputan walimah lagi aku perolehi daripada sahabat-sahabat untuk aku hadiri. Jemputan aku perolehi melalui sms daripada x-classmateku Siti Munirah Hashim (sahabiah SKSA) dan juga Mohd Helmi Suid (sahabat UTeM). Terus terang aku katakan yang aku amat-amat menghargai atas ingatan mereka padaku selaku sahabat. Walaupun aku tidak dapat hadiri kerana bebarapa asbab yang sememangnya aku sendiri tak dapat elakkan diri, InsyaAllah akan aku kirimkan cenderhati buat kalian kelak sebagai tanda ingatan buat kalian. Sedang kini masih tertunggu-tunggu alamat rumah untuk dikirimkan kerana kad agaknya kesibukan maka ianya tak dapat dikirimkan padaku. Apapun sekalung ucapan tahniah buat kalian suami isteri dan didoakan agar perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat, InsyaAllah.

Dalam masa yang sama adikku juga telah menurut jejak sahabat-sahabatku ini lebih awal daripadaku. Ini antara asbab mengapa majlis yang lain terpaksa aku batalkan hajat untuk aku hadiri kerana tarikhnya adalah sama. Untuk kali ini hanyalah majlis nikah dan kenduri di sebelah pihak perempuan yang diadakan di Senawang, Negeri Sembilan. Kami di sebelah pihak lelaki datang hanya dengan 2 buah van yang sarat dengan penumpang dan juga sebuah kereta. Penginapan pula di Teluk Kemang yang mana atas ehsan syarikat tempatku bekerja yang diberikan kepada staff untuk menginap.

Apabila si adik telah lepas yang pasti tak akan terlepas daripada perhatian adalah si abang termasuk la diriku. Sedara-sedara yang lain pastinya akan bertanyakan bila pula masanya untuk aku turut sama. Setakat mana yang boleh aku elak, akan aku elakkan untuk menjawab. Yang cuma mengetahui hanya ibuku sahaja rasanya apa yang berada di fikiranku ini. Sahabat-sahabat yang tahu juga tentang majlis adikku pasti tak terlepas daripada memperkatakan hal yang sama. Mungkin asbab inilah mengapa bagi orang-orang dahulu memperkatakan tentang pepatah pepatuh, “Langkah bendul.” Bagiku mungkin untuk jaga hati sedara yang tua yang pastinya tak akan terlepas daripada dilemparkan persoalan sedemikian. Mungkin bagi yang lelaki tidak ketara sangat berbanding yang perempuan. Yang pasti apabila seseorang itu sudah sampai masa dan kemampuan untuk bernikah mengapa perlu ditangguh-tangguh lagi. Bagiku tak kisah la nak langkah bendul ke, langkah atap ke, selagi mana ianya perkara yang baik malah dituntut dalam syarak sewajarnya ianya dipercepatkan. Manakala bagi diriku dan yang masih seangkatan mungkin kena ambil pendekatan memperbanyakkan puasa sunat kerana inilah yang dianjurkan oleh Nabi saw bagi yang masih belum berkahwin.

Apapun kini mak dan ayah dah peroleh seorang menantu sepertimana adik beradik yang lain dan bakal menimang cucu sendiri nanti, InsyaAllah.. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang mungkin tak terhingga. Sejak dahulu mak tak punya anak perempuan, tapi kini Allah izinkan mak dapat juga tetapi dalam konteks anak menantu. Walau bagaimanapun sama sahaja anak sendiri mahupun menantu kerana dengan berlakunya ijab dan kabul maka ikatan persaudaraan adalah mahram untuk selamanya bagi anak menantu kepada mentua masing-masing. Penyambungan zuriat yang bakal diteruskan oleh adikku dahulu, InsyaAllah.


Di bawah aku lampirkan sedikit nasihat dan kata-kata daripada seorang abang untukmu adikku..

Adikku,
Dengan izin Allah kini kau telah bergelar seorang suami. Status diri kau juga telah berubah daripada bujang kepada sudah berkahwin. Sebelum ini dalam era pertunanganmu bermacam onak dan ranjau yang telah kau hadapi. Ianya melibatkan banyak pihak sehingga kau sendiri adakalanya buntu untuk membuat keputusan. Baru kau tahu istilah yang sering orang perkatakan, ‘Nak ditelan takut mati emak, nak diluah takut mati bapa.’ Apapun sepertimana yang kita pelajari, apa yang berlaku semuanya dengan izin dripada Allah. Hanya padaNya kita menadah tangan memohon agar ianya dimudahkan urusan kita dan dalam masa yang sama tidak mebuatkan sesiapa sahaja dapat berlapang dada dalam menerima keputusannya nanti. Alhamdulillah, masamu telah tiba di mana dengan sekali lafaz si dia kini telah menjadi milikmu yang sah. Tahniah aku ucapkan padamu dik.

Adikku,
Perlu kau tahu bahawa walaupun kini kau dah punyai seorang isteri dan pendamping hati tetapi dalam masa yang sama keutamaan kewajipanmu tetap sama seperti sebelum ini. Keutaamaanya dalam hidupmu adalah tetap mak dan ayah mendahului yang lain selepas Allah dan Rasul. Kemudian mak dan bapa mertuamu dan seterusnya baru isterimu. Berbanding isteri yang mana keutamaan hidup pula adalah sebaliknya yakni suami didahulukan daripada yang lain-lain selepas Allah dan Rasul. Kemudian mak dan ayah mertua dan seterusnya mak dan ayah kandung. Jagalah hati mak dan ayah sebaik-baiknya dan janganlah kau melakukan sehingga boleh membuatkan mereka terasa hati dengan perlakuanmu kelak. Apapun yang kau ingin perlakukan, cubalah berlaku hikmah dengan mereka. Jangan terlampau kau nak menunjukkan terlalu syadid dalam sesuatu urusan yang furuq (cabang) walaupun kau punya hujah, tetapi perkara sebegini bagi orang-orang tua masih belum faham dan belum keterbukaan ke arah itu. Perkara yang sama juga berlaku semasa majlis walimahmu walaupun beberapa perkara yang dilakukan kau sendiri sememangnya tak redha dan kurang menyenanginya, tetapi asbab meraikan maka kau tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Tetapi di sebelah pihakmu nanti juga perlu kau berlaku hikmah dalam penyampaian dan pengaplikasian dalam menjaga hati terutama mak ayah nanti.

Adikku,
Kini kau telah melengkapkan separuh daripada urusan agamamu. Manakala separuh lagi adalah taqwa kepada Allah. Tetapi kau perlu sedar bahawa kini kau bakal menempuh satu alam yang lain. Di samping keluargamu sendiri, keluarga dua belah pihak kau perlu pandai dalam melakukan sebarang keputusan. Ingatlah adikku kata-katamu dahulu padaku. Kau akan tunjukkan pada yang lain anggapan mereka dan persepsi mereka yang kurang baik sebenarnya tidak 100% boleh untuk kita telan dan umumkan semuanya sebegitu rupa. Yang pasti apa jua yang bakal berlaku sesungguhnya dengan izin daripada Allah. Kini kau bakal menempuh ujian yang lebih berat yakni anak dan isterimu adalah ujian buatmu nanti dalam menempuh dalam alam berumahtangga kelak.

Adikku,
Tanggungjawabmu kini makin berat dan besar. Hala tujukanlah keluargamu sepertimana yang dituntut oleh Allah dan Rasul. Kau yang bakal mengemudi bahtera yang kau bawa kini. Contohilah kehidupan berumahtangga yang ditunjukkan oleh idola setiap umat Islam iaitu junjungan besar Nabi saw dalam berkeluarga. Secara totalnya keputusan adalah atas tanganmu, tetapi tidak bermakna kau menolak apa jua pandangan yang diberikan oleh isterimu. Adakalanya kita sebagai lelaki jangan sekali-kali apabila nak menjaga ego hinggakan taraf isteri kita letakkan di bawah telapak kaki kerana isteri adalah pendamping di sisi bagi seorang suami. Dalam masa yang sama, jangan pula apabila terlalu menyayangi si isteri hingga dia pula berada di atas kepala, mengawal segala pengurusan keluarga. Si isteri umpama tulang rusuk yang bengkok. Jangan kau terlalu keras untuk meluruskannya hingga boleh menyebabkan ianya patah dan jangan pula kau membiarkan ianya terus dengan kebengkokan yang sedia ada. Gunakanlah cara berhikmah agar kau dapat memberikan yang terbaik untuk penghidupan rumahtanggamu nanti. Yang pasti juga andai sebarang pertikaian atau perbalahan cubalah berbincang dan bermusyawarah sebaik mungkin dalam mencapai kata sepakat. Itu yang dianjurkan oleh Nabi saw dalam urusan kita sesama insan.

Adikku,
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan tahniah padamu dan juga isterimu, adik iparku dan aku mendoakan agar perkahwinan kalian akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat serta diberkahi Allah dan bakal dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, InsyaAllah..