Sunday, March 28, 2010

Janji Allah Bagi Orang Yang Mahu Berkahwin..



Hari Sabtu yang lepas seorang lagi sahabat sekolah menengah penulis Mohd Azhar Subhi (Bob) telah melangkah ke alam perkahwinan. Jemputannya cuba penulis penuhi walaupun pada awalnya seperti ada sedikit kekangan tetapi di penghujungnya dimudahkan jua utk aku pergi. Syukur Alhamdulillah. Apapun doa Sepertimana yang kita tahu jempuatan kahwin ni antra kewajipan bg sesiapa yang beriman pada Allah & Rasul untuk cuba dipenuhi semampu mungkin melainkan mempunyai uzur syarie yang tidak membolehkan untuk diusahakan.

Walaupun pada asalnya berjanji 3 orang tetapi keputusan akhir penulis dan seorang teman Ting King Hook, sarawakian yang semakin sihat sahaja pulang dr ibu kota. Bertolak di tengah malam dan sampai di kampung penulis lebih kurang 4 pagi. Pagi itu kami makan pagi di Transfer Road, tempat port lama sejak zaman sekolah menengah lagi. Di sana berjumpa pula Ridhuan Abu Bakar yang juga merangkap jurukamera untuk pengantin. Perjumpaan yang seketika dan kemudiannya rancang agar bertemu di majlis walimah nanti.

Percaturan dibuat dan berjaya menghubungi beberapa teman seangkatan yang juga dalam perancangan untuk ke sana. Akhirnya di sana terkumpullah beberapa orang teman yang antaranya sudah tidak bertemu sejak habis sekolah menengah lagi. Antaranya Ikhabaruszaman (bersama isteri), Syed Fairus, Ahmad Syafik, Yusfizal, Che Ani (bersama keluarga), Fauzan dan juga tidak ketinggalan Guru Besar, Cikgu Ismail Ibramsa. Bermacam-macam perkara yang keluar tambah-tambah perkara yang menjadi kenangan bersama sepanjang alam persekolahan yang rasanya tak akan habis point untuk diceritakan.

Sebenarnya dalam ramai-ramai tu cuma 3 orang yang baru melangkah ke alam perkahwinan dan yang lainnya belum lagi. Itu belum termasuk lagi teman-teman yang lain yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis walimah ini. Kiranya kalau nak dikatakan hanya 40% teman-teman seasrama yg melangkah alam tu. Pasti masing-masing akan menanyakan bila masa tu akan tiba dan jawapan kebanyakan lebih kurang sama. Belum sampai masa lagi, belum ada calon, orang tak masuk melamar lagi (jawapan penulis..;0) ), belum mantap ekonomi dan macam-macam lagi. Padahal kalau nak ikutkan masing-masing dah 28tahun masihi untuk tahun ini. Dah menunjukkan alam dewasa tahap anak 4 patutnya seperti kata seorang pakcik pada kami.

Apabila disingkap terutama bagi kami yang kebanyakannya paling tidak sudah bekerja walaupun ada yang masih rasakan diri ini belum selamat untuk jangka masa panjang dan sebagainya. Padahal bukan masing-masing tak tahu dengan berkahwin pastinya Allah akan buka pintu-pintu rezeki untuk anak adam itu bagi penyaluran untuk rezeki keluarga serta anak-anak nanti. Kadang-kadang dengan pengalaman serta juga keadaan masa kini yang adakalanya menyebabkan golongan seperti kami ini banyk berfikir terutama dari segi ekonomi.

Ini kerana dalam syarak juga telah menetapkan bahawa dalam mencari nafkah ni terletak atas bahu suami. Jadi kiranya nanti para isteri ambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa setelah berkahwin sepatutnya tiada masalah baginya dan suami tidak boleh memaksa supaya isteri bekerja. Tetapi andai isteri ingin bekerja serta mendapat keizinan suami maka secara tidak langsung ekonomi keluarga dapat dibantu. Dalam konteks ini suami perlu juga membantu dan lebih bertoleransi dalam semua hal rumahtangga kerana kudrat wanita ini adalah lemah walaupun sememangnya kadangkala mereka ini lebih cekal berbanding lelaki.

Tapi bila perkara ini diusulkan perbincangan dengan seorang teman akhirnya penulis rasakan mungkin pendekatan yang diambil kini perlu dinilai semula. Penulis merasakan tempelak terkena pada diri yang selama ini masih memikirkan akan perkara ini faktor utama. Mungkin juga pengalaman tu yang membuatkan terdirong jadi seperti ini. Di bawah merupakan info artikel yang diberikan oleh teman penulis untuk sama-sama kita muhasabah diri terutama buat diri penulis dan juga sahabat-sahabat yang seangkatan status masa kini. Info ini hanya diperolehinya daripada email teman-teman yang tidak dapat penulis nyatakan sumbernya.



1-"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (An Nuur : 26)


Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.



2-"Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nur: 32)


Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, "adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?".


Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah - dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya - maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?



3-" Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fisabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)


Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.



4-"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar Rum : 21)



5-"Dan Tuhanmu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina' ". (Al Mu'min : 60)


Ini juga janji Allah 'Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sbgnya. Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll. Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.


Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll. Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.


Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam: "Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam". (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad) Telah bersabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam, "Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu." (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).


Telah bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik." (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).



6-"Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat". (Al Baqarah : 153) Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu 'alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid'ah-bid'ah.



7-"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Alam Nasyrah : 5 - 6) Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.



8-"Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".(Muhammad : 7) Supaya Allah Tabaraka wa Ta'ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.



9-"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (Al Hajj : 40)



10-"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".(Al Baqarah : 214) Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak/belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.


Jadi, kenapa ragu dengan janji Allah?



Adakah selama ini aku masih ragu-ragu akan janji Allah kepada hambaNya? Adakah aku rasakan dengan aku fokus career semata-mata maka aku akan dapat memenuhi seperti apa yang diinginkan oleh setiap muslimah bg penyediaan rumah, kenderaan serta kemewahan duniawi secara amnya?

Astaghfirullahal a’zim.. nauzubillahi min zalik…

Betapa lemah, kerdilnya, zalim dan jahilnya aku sebagai hamba yang mengatakan mengutamakan Allah dan rasul tetapi dalam masa yang sama aku sendiri masih belum betul-betul seratus peratus menyerahkan diriku sepenuhnya pada Allah dalam menentukan yang terbaik buat diri ini. Dalam masa yang sama wajar kiranya hati ini dibuka untuk ini sekiranya sudah sampai waktunya untuk diri melangkah ke alam itu.
'
Dalam masa yang sama biarlah pendamping diri itu serta keluarga dapat menerima kekerdilan diri, kelemahan diri, kedhaifan diri, manhaj pembawaan agama yang dibawa yang pastinya penulis terang-terang mengatakan yang diri ini tak mampu untuk beri kemewahan seperti yang diharapkan oleh setiap insan tetapi akan cuba berusaha semampu mungkin untuk menyara keluarga serta mengemudi bahtera rumahtangga seperti yang dianjurkan oleh idola setiap umat Islam dalam menjadikan rumah tangga yang mawaddah warahmah dalam mencari keredhaan Allah untuk penghidupan dunia yang sementara bahkan akhirat yang kekal abadi kelak, InsyaAllah..
'
Hanya padaMU YA ALLAH ku serahkan diri ini dan hanya padaMU ku sembah serta memohon apa jua bentuk pertolongan. Permudagkan urusan duniawi lebih-lebih lagi urusan ukhrowiku kelak YA ALLAH...


Tuesday, March 23, 2010

Yang lalu, kini dan yang akan datang..



Yang Lalu Biar Berlalu

Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan didalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama artinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.


Bagi orang yang berfikir, perkara yang lalu akan dilipat dan tak pernah dilihat kembali. Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan dalam 'ruang' penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam 'penjara' pengacuhan selamanya. Atau, diletakkan di dalam ruang gelap yang tak tertembus cahaya. Yang demikian, karena masa lalu telah berlalu dan habis. Kesedihan tak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tidak akan mampu merubahnya menjadi terang, dan kehilangan tidak akan dapat menghidupkannya kembali, karena ia memang sudah tidak ada.


Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah payung gelap masa silam. Selamatkan diri Anda dari bayangan masa lalu! Apakah Anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu, matahari ke tempatnya terbit, masukkan bayi kembali ke perut ibunya, masukkan air susu ke payudara sang ibu, dan masukkan air mata kembali ke dalam kelopak mata? Ingatlah, keterikatan Anda dengan masa lalu, keresahan Anda atas apa yang telah terjadi padanya, keterbakaran emosi jiwa Anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa Anda pada pintunya, adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan, dan sekaligus menakutkan.


Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga. Dalam al-Qur'an, setiap kali usai menerangkan kondisi suatu kaum dan apa saja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan, "Itu adalah umat yang lalu." Begitulah, ketika suatu perkara habis, maka selesai pula urusannya. Dan tak ada gunanya mengurai kembali bangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah.


Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tak ubahnya orang yang menumbuk tepung, atau orang yang menggergaji serbuk kayu. Syahdan, nenek moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang meratapi masa lalunya demikian: "Janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya." Dan konon, kata orang yang mengerti bahasa binatang, sekawanan binatang sering bertanya kepada seekor keldai begini, "Mengapa engkau tidak menarik gerobak?" "Aku benci khayalan," jawab keldai.


Adalah bencana besar, manakala kita rela mengabaikan masa depan dan justru hanya disibukkan oleh masa lalu. Itu, sama halnya dengan kita mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi perkara-perkara yang telah lapuk. Padahal, betapapun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, niscaya mereka tidak akan pernah mampu. Sebab, yang demikian itu sudah mustahil pada asalnya. Orang yang berpikiran jernih tidak akan pernah melibat dan sedikitpun menoleh ke belakang. Pasalnya, angin akan selalu berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke depan. Maka itu, janganlah pernah melawan sunah kehidupan!




Hari Ini Milik Anda

Jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu sore tiba. Hari inilah yang akan Anda jalani, bukan hari kemarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan esok hari yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari Anda, dan siangnya menyapa Anda inilah hari Anda. Umur Anda, mungkin tinggal hari ini. Maka, anggaplah masa hidup Anda hanya hari ini, atau seakan-akan Anda dllahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup Anda tak akan tercabik-cabik diantara gumpalan keresahan, kesedihan dan duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.


Pada hari ini pula, sebaiknya Anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja keras. Dan pada hari inilah, Anda harus bertekad mempersembahkan kualitas shalat yang paling khusyu', bacaan al-Qur'an yang sarat tadabbur, dzikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesehatan jiwa dan raga, serta perbuatan baik terhadap sesama. Pada hari dimana Anda hidup saat inilah sebaiknya Anda membagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap menitnya laksana ribuan tahun dan setiap detiknya laksana ratusan bulan. Tanamlah kebaikan sebanyakbanyaknya pada hari itu. Dan, persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuk hari itu. Ber-istighfar-lah atas semua dosa, ingatlah selalu kepada-Nya, bersiap-siaplah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian, dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan! Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu, dan jabatan Anda hari dengan penuh keridhaan.


{Maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang yang bersyukur.} (QS. Al-A'raf: 144)


Hiduplah hari ini tanpa kesedihan, kegalauan, kemarahan, kedengkian dan kebencian. Jangan lupa, hendaklah Anda goreskan pada dinding hati Anda satu kalimat (bila perlu Anda tulis pula di atas meja kerja Anda): Harimu adalah hari ini. Yakni, bila hari ini Anda dapat memakan nasi hangat yang harum baunya, maka apakah nasi basi yang telah Anda makan kelmarin atau nasi hangat esok hari (yang belum tentu ada) itu akan merugikan Anda? Jika Anda dapat minum air jernih dan segar hari ini, maka mengapa Anda harus bersedih atas air asin yang Anda minum kelmarin, atau mengkhawatirkan air hambar dan panas esok hari yang belum tentu terjadi? Jika Anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan tekad yang kuat Anda, maka akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip: aku hanya akan hidup hari ini. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri Anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi, dan mensucikan setiap amalan.


Dan itu, akan membuat Anda berkata dalam hati, "Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja. Tak berucap kotor dan jelik yang menjijikkan, tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan kejelekan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan menertibkan rumah dan pejabat agar tidak berserabut dan berantakan. Dan karena hanya ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak tandukku."


Karena hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Rabb, mengerjakan shalat sesempurna mungkin, membekali diri dengan shalat-shalat sunah nafilah, berpegang teguh pada al-Qur'an, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat. Aku hanya akan hidup hari ini, karenanya aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan berikut ranting-rantingnya yang berduri, baik sifat takabur, ujub, riya', dan buruk sangka.


Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan, maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan mengulurkan tangan kepada siapapun. Aku akan menjenguk mereka yang sakit, mengantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang sedang kesulitan, membantu yang orang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi anak kecil, dan berbakti kepada orang tua.


Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan, "Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak pernah kembali lagi."


"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka, aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, karena esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."


"Hari ini milik Anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan". Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.




Biarkan Masa Depan Datang Sendiri

{Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya.} (QS. An-Nahl: 1)


Jangan pernah mendahului sesuatu yang belum terjadi! Apakah Anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba, belum berwujud, dan tidak memiliki rasa dan warna. Jika demikian, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, dan meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya? Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya atau tidak, dan apakah hari esok kita itu akan berwujud kesenangan atau kesedihan?


Yang jelas, hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka, tidak sepantasnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atasnya. Sebab, siapa yang tahu bahwa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu. Bisa jadi kita akan terhenti jalan kita sebelum sampai ke jambatan itu, atau mungkin pula jambatan itu hanyut terbawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di atasnya. Dan bisa jadi pula, kita akan sampai pada jambatan itu dan kemudian menyeberanginya.


Dalam syariat, memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka-buka alam ghaib, dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru di duga darinya, adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Pasalnya, hal itu termasuk thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh). Secara nalar, tindakan itu pun tak masuk akal, karena sama halnya dengan berusaha perang melawan bayang-bayang. Namun ironis, kebanyakan manusia di dunia ini justru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan, wabak penyakit dan kemerosotan ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka. Padahal, semua itu hanyalah bahagian dari kurikulum yang diajarkan di "sekolah-sekolah setan".


{Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia.} (QS. Al-Baqarah: 268)


Mereka yang menangis sedih menatap masa depan adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi. Padahal, orang yang sedar bahwa usia hidupnya berada di 'genggaman yang lain' tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada.


Dan orang yang tidak tahu bila akan mati, tentu salah besar bila justru menyibukkan diri dengan sesuatu yang belum ada dan tak berwujud. Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya. Jangan pernah menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula pernah menanti serangan petakanya. Sebab, hari ini Anda sudah sangat sibuk. Jika Anda hairan, maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini. Oleh karena itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan.



Disunting daripada artikel La Tahzan karya DR. Aidh al-Qarni




Monday, March 8, 2010

Komentar Kitab I'tikad Ahlu Sunnah Waljamaah..



Sudah agak lama penulis tidak melampirkan artikel daripada karangan idea penulisan penulis sendiri berbanding sebelum ini banyak mengambil artikel luar untuk dimasukkan ke dalam ruangan blog. Asbab kesibukan adalah alasan yang kadangkala tidak boleh untuk dijadikan alasan. Setiap insan sememangnya dikurniakan 24 jam sehari. Sama sahaja bagi sesiapa sahaja yang hidup di muka bumi ini. Sememangnya kelemahan dan kedhaifan diri berpihak pada diri dalam pengurusan diri.


Kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca berkaitan dengan sebuah buku ataupun boleh kita katakan kitab tauhid yang dijadikan silibus bagi pengajian Tauhid di kebanyakan surau, madrasah mahupun masjid di negara kita. Penulis tidaklah merupakan penuntut ilmu akan kitab tersebut yang kebanyakannya ustaz yang mengajar adalah guru yang diberi tauliah oleh jabatan agama.


Sebenarnya yang menyebabkan penulis tertarik untuk menelaah sekali imbas akan buku ini setelah diberi komentar oleh al-Fadhil Ustaz Halim Hassan yang penulis dengar dalam kelas pengajian dhuha beberapa bulan yang lalu di surau paya terubong. Apa yg diberitakan adalah pada ketika beliau menghadiri di sebuah masjid di mana ada pengajian kelas agama yg diajari oleh seorang ustaz berkaitan dengan bidang Tauhid. Di akhir kelas si ustaz mengatakan kepada para jemaah yang mana beliau dengan ini telah mengijazahkan kepada para jemaah yang setia menghadiri kelas pengajiannya yang telah berlangsung selama tiga tahun lebih akan iktikad akidah ahli sunnah waljamaah. Pengajian kitab sememangnya akan memakan masa bertahun untuk khatam penuh sesebuah kitab kerana huraian yang diperlukan adalah panjang. Bukan kata-kata ustaz itu yang ingin penulis komentar, tetapi kitab yang dikuliahkan sepanjang pengajian tersebut. Apabila diteliti isi kandungnya banyak yang boleh untuk dipersoalkan.


Sedikit ulasan yang diberi oleh al-fadhil ustaz tetapi penulis tidak bercadang memperkatakan tentang itu sebaliknya diusahakan mencari buku tersebut untuk lebih kepastian isi kandungan kitab yang dimaksudkan. Semasa pulang cuti raya cina yang lepas penulis berkesempatan berjumpa dengan pakcik Ramli yang sering mengikuti kelas pengajian dan kami bersama-sama berpakat ke majlis ceramah yang diadakan di seberang. Dalam pembicaraan penulis cuba berkongsi dengan beliau dan secara kebetulan beliau mengatakan yang beliau mempunyai buku tersebut. Maka penulis mengambil kesempatan untuk meminjam buku yang dimaksudkan untuk melihat isi kandungan.










Isi Kandungan Kitab Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah

Buku ataupun kitab yang dimaksudkan adalah bertajuk Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah yang dikarang oleh Kiyai Sirajuddin Abbas, ulama daripada Indonesia. Terbitan Pustaka Aman Press Sdn Bhd. Kitab yang berkisarkan pemahaman apa yang dimaksudkan akan pemahaman ahli sunnah waljamaah yang sebenar sepertimana yang dimaksudkan oleh Nabi saw akan golongan yang satu yang berada di atas landasan yang lurus (sirotulmustaqim).


Antara isi kandungnya kitab adalah menghuraikan akan definisi dan apa yang dimaksudkan dengan ahli sunnah waljamaah tersebut. Kemudian dinyatakan juga akan firqah-firqah yang sesat yang telah dikumpulkan dan dihuraikan penyimpangan metodoligi dan pemahaman firqah tersebut. Semuanya didatangkan dalam bentuk isi kandung yang kebanyakannya tidak disertakan rujukan khusus untuk pengkaji ilmu dalam menilai isi kandung yang dilampirkan.


Definisi awal yang dinyatakan merujuk kepada ahlu sunnah yakni penganut / pengamal sunnah Nabi saw dan waljamaah pula merujuk kepada iktikad jamaah para sahabat radiallahu’anhum. Dalam memperkatakan perkara tersebut ianya meujuk kepada iktikad Nabi & para sahabat yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah secara rawak & ianya belum disusun rapi dan teratur sehingga kemudiannya dirangkum semula akan semua itu oleh Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan juga Imam Abu Mansur Matrudi. Bermakna di sini apabila memperkatakan Ahli Sunnah Waljamaah semestinya ianya merujuk kepada pemahaman iktikad dua imam besar ahli sunnah ini. Jika selainnya bermakna menyimpang dan menyeleweng daripada golongan yang satu itu.


Antara lain kupasan akan pengajian sifat 20 yang dihuraikan secara khusus akan sifat-sifat wajib bagi Allah yang wajib diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan lanjut pastinya perlukan pendetailan dan penerangan lebih mendalam oleh guru yang alim dalam penyampaian kerana ianya lebih kepada pemahaman dalam konteks falsafah atau bahasa kalam. Penulis tidak bercadang lanjut untuk mengupas akan topik sifat 20 ini.


Di dalam kitab juga dinyatakan secara khusus antara kajian dan pembahagian 72 golongan yang menyimpang daripada akidah ahli sunnah waljamaah ini. Di bawah penulis ringkaskan isi pembahagian golongan yang sesat dan menyimpang itu.

1. Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Sayidina Ali kwh. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman r.a. Kaum Syiah berpecah kepada 22 aliran.

2. Kaum Khawarij iaitu kaum yang berlebih-lebihan membenci Syidina Ali kwh, bahkan ada di antaranya yang mengkafirkan Sayidina Ali kwh. Firqah ini berfatwa bahawa orang yang membuat dosa besar menjadi kafir. Kaum Khawarij ini kemudiaian berpecah menjadi 20 aliran.

3. Kaum Muktazilah iaitu kaum yang berfaham bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata dalam Syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara 2 tempat, dam mikraj nabi Muhammad SAW hanya dengan roh sahaja dan lain-lain. Kaum ini berpecah menjadi 20 aliran.

4. Kaum Murjiah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat tidak memberi mudharat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau sudah kafir.

5. Kaum Najariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yakni dijadikan Tuhan, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada. Kaum ini berpecah menjadi 3 aliran.

6. Kaum Jabariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa manusia ini "majbur" ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya 1 aliran.

7. Kaum Musyabbihah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa ada keserupaan Tuhan dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk atas Kursi, naik tangga, turun tangga dan lain-lainnya. Kaum ini hanya 1 aliran sahaja.


Aliran

Pembahagian

1.

Syiah

22 golongan

2.

Khawarij

20 golongan

3.

Muktazilah

20 golongan

4.

Murjiah

5 golongan

5.

Najariah

3 golongan

6.

Jabariah

1 golongan

7.

Musyabihah

1 golongan


Jumlah

72 golongan


Kalau ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham Ahlussunnah wal Jamaah maka cukluplah 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh nabi Muhammad SAW dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.

Adapun kaum Qadariah termasuk golongan Muktazilah, Kaum Bahaiah dan Ahmadiah Qadiani masuk gomongan kaum Syiah, kaum Ibnu Taimiyah termasuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari kaum Ibnu Taimiyah.


Ibnu Taimiyah

Antara kesesatan yang dinyatakan dalam kitab ini adalah seperti berikut:

- Tuhan duduk di atas arasy seperti duduknya

- Tuhan turun daripada langit tiap malam seperti serupa dengan turunnya Ibnu Taimiyah daripada mimbar

- Bepergian ziarah ke makam Nabi saw adalah HARAM

- Berdoa dengan bertawasul

- Terlalu cepat menghukum kafir kepada individu

- Tarikat-tarikat sufi adalah HARAM

- Fatwa fiqh Ibnu Taimiyah yang mengelirukan

- Solat yang ditinggalkan dengan sengaja tidak perlu diqadakan

- Talak 3 jatuh 1

- Tuhan bertubuh, bertempat dan berpindah

- Tuhan sama besar dengan arasy

- Nabi Saw tak maksum

- Menyeleweng 3 jurusan iktikad Tauhid , tasawuf dan fiqh


Wahabi

- Berdoa dengan bertawasul adalah syirik

- Istighsah adalah syirik – memohon pada yang telah mati

- Bepergian ziarah kubur adalah haram

- Hisap rokok adalah haram dan syirik

- Kesan mauled diruntuhkan

- Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wassifat


Dalam penyataan kiyai juga mengatakan antara pembaharuan yang dibawa oleh oleh pengasas wahabi ini yakni Syaikh Muhammad Abdul Wahab adalah di mana telah menyatukan semua jemaah yang solat di masjidil Haram kepada satu imam yang mana sebelum ini setiap imam mazhab yang empat akan solat berasingan mengikut imam mazhab masing-masing.


Ini adalah antara kupasan dan rumusan kitab tersebut yang penulis sempat ambil catatan sebelum dipulangkan semula kitab tersebut kepada tuan empunya kitab.



Komentar umum akan Kitab Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah

Dengan apa yang telah penulis nukilkan akan isi kandungan kitab tersebut yang sering dijadikan silibus dalam pengajian Tauhid atau Akidah di masjid dan surau yang disampaikan oleh para ustaz yang pastinya diberi tauliah oleh pihak agama terutama bagi kita di Malaysia. Sebenarnya penulis bukan ahli untuk mengomentar secara teperinci akan butiran isi kandungan kitab tersebut. Mungkin penulis sekadar boleh menjelaskan dari segi pemahaman dan juga persoalan untuk sama-sama kita fikirkan dalam keterbukaan minda terutama dalam penerimaan ilmiah. Pastinya ianya tidak disertakan dalil terperinci tetapi sekadar sedikit informasi yang boleh sama-sama kita bandingkan.


Dalam masa yang sama di sini penulis tidak bermaksud sama sekali nak menjatuhkan mahupun mengaibkan penulis buku yang mana ilmunya umpama langit dan bumi dengan penulis yang tak ada apa-apa sekelumit ilmu agama. Lebih-lebih lagi dalam memperkatakan tentang imam ahli sunnah waljamaah yakni Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan Imam Mansur Matrudi. Tidak bermaksud apabila kita komentar pembawaan hujah mereka bermakna kita merendah atau menjatuhkan kedudukan dan taraf mereka sebagai imam kaum muslimin yang mana jauh telah berada tinggi di atas, Nau’zubillahiminzalik. Apapun sesiapa sahaja selain Nabi saw tidak maksum dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan terutama dalam masalah ijtihad dan sebagainya.


Sebuah hadith Nabi saw berkaitan dengan golongan satu tersebut seperti matan berikut:

Maknanya: ..dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72. Di antaranya di neraka dan hanya satu yang di surga yaitu al-Jama.ah.. (H.R. Abu Dawud)


Hadith yang lain:

Maknanya: .Aku berwasiat kepada kalian untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka.. Dan termasuk rangkaian hadits ini: .Tetaplah bersama al-Jamaah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di surga hendaklah ia berpegang teguh pada (keyakinan) al-Jamaah.. (H.R. at-Turmudzi, ia berkata hadits ini Hasan Shahih juga hadits ini dishahihkan oleh al-Hakim).


Berkaitan dengan definisi ahli sunnah waljamaah adalah menepati maksud yang dikehendaki yakni


Definisi awal yang dinyatakan merujuk kepada ahlusunnah yakni penganut / pengamal sunnah Nabi saw dan waljamaah pula merujuk kepada iktikad jamaah para sahabat radiallahu’anhum.



Fahaman Asyaa’riah dan Matrudiah

Maka apabila pembahasan tentang ahli sunnah waljamaah hanya tertumpu kepada fahaman akidah Asyariah dan Matrudiah adalah kurang menepati maksud sebenar kerana jika selain daripada dua fahaman ini adakah ianya menyimpang dari ahlu sunnah waljamaah seperti yang dimaksudkan Nabi saw? Bagaimana pula dengan pemahaman orang sebelum kelahiran dua tokoh besar ini?


Apabila diteliti sejarah tarikh kelahiran Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan Imam Abu Mansur Matrudi adalah selepas kelahiran Imam Mazhab yang empat yakni Imam Abu Malik (wafat 179H), Imam Abu Hanifah (wafat 150H), Imam Syafie (wafat 204H) dan Imam Ahmad Hanbal (wafat 241H). Manakala Imam Abu Hassan Asyaari lahir 260H dan wafat 324H dan Imam Abu Mansur Matrudi wafat 333H.


Ini menunjukkan dua tokoh ini lahir selepas imam mazhab yang empat. Bagaimana mungkin hanya mereka ini pelopor akan maksud pembawaan makna ahlu sunnah waljamaah tersebut. Bagaimana pula akan manusia selepas kewafatan Nabi saw sehingga kelahiran dua tokoh besar ini dan bagaimana pula dengan kaum muslimin yang lain di seluruh dunia kini yang tidak mengikut pemahaman akidah seperti pembawaan akidah seperti asyariah yang dikenali hingga kini? Adakah mereka sebelum ini tidak berada dilandasan yang benar dan terpesong daripada jalan yang satu? Jadi bagaimana pula dengan penduduk arab Saudi yang terletaknya Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang seluruh penduduk Islam di dunia akan mengerjakan haji setiap tahun dalam melaksanakan rukun islam yang ke-5 kerana yang pasti mereka ini bukan menganut fahaman asyariah?



Pandangan Ulama

Apabila diteliti pandangan ulama-ulama Islam yang unggul dalam membicarakan pengertian maksud ahlu sunnah waljammah ianya lebih umum dan khusus seperti dinyatakan di bawah dan tidak hanya menjurus kepada satu sudut fahaman sahaja.


Ibn Hazm (m. 548H)51 pula mentakrifkan Ahl al-Sunnah sebagai mereka yang disebut sebagai Ahl al-Haqq dan golongan selain daripada mereka dikenali sebagai Ahl al-Bid‘ah. Mereka terdiri daripada para sahabat r.a. dan semua orang yang mengikut manhaj mereka iaitu para tabi‘in, ahli hadith dan pengikut mereka dari kalangan ulama’ fiqh generasi demi generasi hingga ke hari ini dan pengikut mereka yang terdiri daripada orang awam di timur dan barat.


Ibn al-Jawzi (m. 597H)53 mentakrifkan Ahl al-Sunnah sebagai Ahl al-Naql dan al-Athar yang mengikuti hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan athar sahabat-sahabatnya kerana mereka berada di atas jalan yang tidak berlaku perkara-perkara baru (bid‘ah). Perkara-perkara bid‘ah hanya berlaku selepas Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.


Ibn Taymiyyah (m. 728H) pula berpendapat bahawa Ahl al-Sunnah ialah golongan yang berpegang pada kitab Allah, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan apa yang disepakati oleh al-Sabiqun al-Awwalun yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.


Al-Saffarini (m. 1188H)56 pula berpendapat bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah Ahl al-Islam dan Ahl al-Tawhid yang berpegang pada sunnah yang sabit daripada Rasulullah s.a.w. di dalam bidang akidah dan nihal . Ibadah batin dan zahir mereka tidak pula dicemari oleh bid‘ah Ahl al-Ahwa’ dan Ahl al-Kalam dalam bidang ilmu akidah.


Muhammad Siddiq Khan pula berkata: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ialah Ahl al-Hadith yang mengikut Rasulullah s.a.w., bertauhid dan berpegang dengan kitab Allah dan Sunnah RasulNya yang suci.


Prof. Dr. Hamka pula berpendapat bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah itu ialah orang yang mengikuti Sunnah Nabi s.a.w. dan para ulama’ mujtahid yang mengeluarkan pendapat yang bebas sebagai hasil ijtihadnya. Orang-orang yang menganut mazhab Syafi‘i, Hanafi, Maliki dan Hambali di dalam soal furu‘ ialah golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Sedangkan Shi`ah, Khawarij dan Mu‘tazilah tidak termasuk di dalamnya. Demikian juga pendukung-pendukung bid‘ah yang menambah, apatah lagi mengurangi ajaran Nabi Muhammad s.a.w. tidak termasuk dalam golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Di dalam ilmu Kalam, mazhab al-Ash‘ari dan al-Maturidi ialah mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.


Dalam konteks ini, al-Syeikh ‘Abd al-‘Aziz b. Baz telah memberikan pandangan terbaik bagi menyelesaikan polemik dan kontroversi sama ada al-‘Asha‘irah termasuk dalam aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ataupun tidak. Menurut beliau, golongan yang mentakwilkan sifat-sifat Allah SWT. seperti al-Asha‘irah sebenarnya tidak terkeluar daripada aliran Ahl al-Sunnah kerana mereka juga bersependapat dengan Ahl al-Sunnah dalam kebanyakan persoalan akidah yang lain selain persoalan sifat-sifat Allah SWT. Justeru, al-Asha‘irah merupakan pendukung aliran Ahl al-Sunnah dalam bab-bab berkenaan, tetapi dalam ketika yang lain mereka bukannya pendukung aliran Ahl al-Sunnah apabila membicarakan bab sifat-sifat Allah SWT. (Al-Shaykh ‘Abd al-‘Aziz b. Baz (1984), Tanbihat Hammah ‘ala Ma Katabahu Muhammad b. ‘Ali al-Sabuni . Kuwait: al-Dar al-Salafiyyah, h. 37 – 38)


Jadi permasalahan ini perlu didetailkan lagi akan pemahaman pembaca akan penjelasan lanjut akan pembahagian ulama salaf dan ulama khalaf dalam memahami agama yang dibawa oleh Nabi saw dan seterusnya nanti di keluaran yang lain, InsyaAllah.



Sifat 20 & Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wassifat

Kemudian apabila dibahaskan berkaitan dengan kewajipan pemahaman sifat 20 adalah dasar utama akidah. Pembahasan ini pernah diungkitkan oleh orang alim jabatan agama kerana kini pemahaman Tauhid lebih kepada pembahagian 3 yakni Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wassifat. Pendebatan yang cukup panas sejak dua menjak ini kerana ada yang menganggap pembawaan wahabi, ciptaan ibnu taimiyah sebagainya. Penjelasan lanjut boleh dirujuk di sini.



Tetapi secara umumnya ingin penulis katakan bahawa kini di sekolah, pengajian tinggi dan mana-mana tempat umum tiada lagi akan pengajian sifat 20 tetapi lebih kepada pembahagian 3 seperti di atas. Penulis sendiri yang sudah hampir suku abad ini pun hanya megetahui secara umum apabila menghadiri kelas pengajian di masjid tetapi tidaklah secara khusus mengikutinya dan bagaimana dengan kaum muslimin yang lain yang tidak langsung pernah belajar mahupun menghadiri kelas di masjid pastinya tidak akan terdedah akan pengajian sifat 20 ini. Adakah ini menandakan keislaman mereka masih belum lengkap terutama daripada aspek akidah ataupun Tauhid kepada Yang Maha Esa? Sama juga dengan anak-anak kita kini pun hanya mempelajari secara umum akan tauhid rububiyah, uluhiyah dan asma’ wassifat sahaja.



Fitnah terhadap Ibnu Taimiyah dan Muhammad Abdul Wahhab

Seterusnya berkaitan akan pembahagian kelompok-kelompok atau fikrah yang sememangnya menyimpang jauh daripada apa yang dibawa oleh junjungan besar Nabi saw, para sahabat, tabi’ tabiin dan salafussoleh seperti syiah, khawarij, muktazilah, murjiah dan sebagainya yang telah disepakati oleh ijmak ulama sesat dan tergolong dalam kelompok 72 golongan yang dimaksudkan Nabi saw kecuali 1 yakni ahlu sunnah waljamaah. Penjelasan kiyai terhadap kelompok ini tidak dinafikan tetapi yang penulis TIDAK bersetuju akan penambahan terhadap keyataan:


….. kaum Ibnu Taimiyah termasuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari kaum Ibnu Taimiyah.


Di sini yang bagi penulis perlu dinilai semula oleh kiyai mahupun pengkaji ilmu. Adakah benar syaikh ibnu taimiyah dan pembawaannya menyimpang dari iktikad manhaj yang satu yakni ahlu sunnah waljamaah? Benarkah beliau sama dikategorikan dalam menyerupakan Allah sama akan makhluk? Benarkah kenyataan kiyai akan butir-butir kesesatan Syaikh Ibnu Taimiyah seperti yang diperkatakan? Ini termasuk juga akan golongan yang dikatakan wahabi di mana pengasasnya di katakana Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab ini pelaksana akan fahaman Syaikh Ibnu Taimiyah? Benarkah kenyataan tersebut yang dinyatakan oleh kiyai seperti apa yang dipegang oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahab?


Penulis tidak bercadang nak menjelaskan secara teperinci apa yang manhaj yang dipegang oleh dua tokoh besar ini yang mana penulis sudah rungkaikan dalam artikel yang lalu. Pembaca boleh merujuk di sini. yang mana dua tokoh ini telah dibersihkan nama mereka oleh tokoh-tokoh ulama mutakhirin dalam menjelaskan kepada kaum muslimin akan manhaj dan kedudukan sebenar mereka ini berbanding hanya mendengar daripada pihak yang kurang menyenangi mereka dalam memfitnah nama baik dua tokoh besar islam ini sehingga ke hari ini sehingga seperti mengkafirkan akan mereka dan pengikut fahaman ini padahal jika diteliti manhaj dan pembawaan dua tokoh ini merujuk kepada fahaman para sahabat dan salafussoleh.


Syaikhul-Islaam rahimahullah berkata :

“Dan banyak di antara orang-orang yang membawakan perkataan tanpa bermaksud untuk berdusta; akan tetapi pengetahuannya tentang hakekat perkataan manusia membuatnya membawakan perkataan tersebut tidak sesuai dengan lafaz dan maksud yang mereka kehendaki, sehingga menyulitkan sebagian orang dan menjadi penghalang (untuk menerima perkataannya itu)” [Minhaajus-Sunnah 6/303].



Pandangan peribadi penulis

Bagi penulis di sini penjelasan tentang iktikad ahlu sunnah waljamaah yang dimaksudkan oleh kiyai belum menepati seperti apa yang di maksudkan sebenar oleh Nabi saw untuk pemahaman umat Islam zaman ini dan kadang kala boleh menimbulkan persepsi dan pandangan yang berbeza. Maka tidak hairan di Malaysia mahupun Indonesia yang telah sebati akan pemahaman seperti apa yang dinyatakan dalam kitab akan menolak secara keras sekiranya hujah yang diberikan merujuk kepada dua tokoh ini yakni Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mahupun Syaikh Muhammad Abdul Wahab kerana telah dimomokkan akan kesesatan mereka ini hatta apabila dinyatakan hujah mereka ini menyamai Al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan salafussoleh yang lain. Hatta jika kita tengok kebanyakan sekolah pondok mahupun persanterian di nusanatara ini akan mengharamkan kitab atau karya dua tokoh ini termasuk juga Ibnu Qaiyum dan beberapa tokoh salaf yang lain. Tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima pandangan dan karya Ibnu Kathir dan tokoh-tokoh sarjana Islam yang lain yang turut mengiktiraf akan kedudukan dua tokoh ini.


Pernah juga penulis bermuzakarah dengan seorang dua sahabat yang belajar di Al-Azhar, Mesir akan pengajian Islam. Apabila diusulkan perbincangan akan perkara ini kenyataan yang dikeluarkan adalah sedikit kurang sedap didengar bukan kerana hujah yang disampaikan tetapi berkaitan dengan keadaan para pelajar di sana. Dari awal-awal lagi para pelajar Malaysia terutamanya akan diingatkan oleh senior ataupun pihak pengurusan yang penulis sendiri kurang pasti akan berhati-hati dalam penerimaan ilmu agama yang dipelajari supaya tidak terpengaruh dengan fahaman guru yang berfahaman wahabi. Tertanya juga penulis pada sahabat tersebut, apa yang sesatnya fahaman wahabi ini sehingga peringatan awal diberi kepada para pelajar-pelajar kita hatta yang diberikan ilmu itu hanya menjurus kepada empat sumber utama ilmu yakni tidak lari dari Quran dan Sunnah serta ijmak ulama dan qias. Tetapi penulis tidak mendapat jawapan yang menyeluruh akan persoalan yang ditanya. Bagaimana konsep keterbukaan ilmu dan minda sebegini andai sekatan daripada awal lagi sudah diberi tanpa memberi peluang kepada para penuntut mengkaji ilmu dalam erti kata yang sebenar tanpa prejudias kepada guru. Bermakna bagi sesiapa yang menuntut ilmu agama di Arab Saudi mahupun universiti Madinah sering dikatakan berfahaman wahabi adakah semuanya sesat belaka, Nauzubillah…


Tujuan utama komentar ini adalah merujuk kepada penyampaian ilmu akidah atau Tauhid yang disampaikan oleh orang alim kepada masyarakat umum setelah mengkhatam akan iktikad ahlu sunnah waljamaah dan dalam masa yang sama perpandangan akan kesesatan Syaikh Ibnu Taiymiyah dan juga Syaikh Muhammad Abdul Wahab sehingga kalau diteliti pastinya meletakkkan dalam kelompok kafir atau sesat sedangkan dua tokoh besar agama ini diakui kini akan manhaj mereka atas landasan para sahabat, tabii'n dan salafussoleh.


Sebetulnya ingin penulis jelaskan yang penulis bukanlah orang yang layak dalam memperkatakan isu ini secara terperici sekadar ingin berkongsi apa yg terlintas dan bermain di fikiran dan sebolehnya ingin mengajak berfikir bersama-sama apa yang telah penulis nukilkan. Andai yang tidak bersetuju pastinya bangkangan secara menyeluruh dan pastinya jika diajak berdebat, penulis bukanlah orangnya. Ilmu yang ada lebih halus daripada atom zarah yang berterbangan di udara berbanding pembaca-pambaca sekalian.


Wallahualam…



“Dan bahwasanya inilah jalan-Ku yang lurus, Maka ikutilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalanjalan itu akan mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian ini diper intahkan Allah agar kamu bertakwa.” (QS al-An’am : 153)


Allah ta’ala berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [QS. Al-Hujuraat : 6].