Tuesday, December 9, 2008

Kurang adap atau kurang hikmahkah aku ini?..


Memang lumrah alam pasti ada ketika bagi setiap orang akan berlaku pro dan kontra dalam hidup. Adakala beberapa perkara yang kita lakukan yang bersangkutan dengan beberapa perkara yang kita rasakan ianya berasas bagi kita tetapi mungkin dari segi pengamalan masyarakat adalah sebaliknya dan akan timbul suara-suara dan pandangan-pandangan yang menghentam dan memprotes. Ada yang secara halus dan ada yang secara langsung. Tapi terus terang dikatakan dengan sikit pemahaman aku ni pun, aku dihentam kuat. Kadang-kadang terpikir juga, aku yang bukan secara langsung dalam dakwah ni pun dah sebegini, bagaimana pula dengan orang-orang alim dan orang-orang dakwah yang sememangnya cuba mengembalikan manusia kepada pemahaman yang sebenar manusia kepada Allah.

Baru-baru ini berlaku sesuatu yang aku sendiri tak jangka. Aku tak bermaksud nak berlaku kurang ajar dalam pertuturan dan jauh sekali berlaku biadap terutama di hadapan orang yg lebih tua. Tetapi mungkin asbab kelemahan aku dalam penyampaian aku dianggap sedemikian. Aku memohon maaf pada mereka dan memohon ampun pada Allah. Ini antara isi kandungan yang aku rasa boleh untuk aku kongsikan semasa berbicara dengan seorang orang yg lebih tua dari aku. Hasil dari apa yang diluahkan olehnya.

"Inilah orang muda. Hgpa apa-apa sikit cuma nak pakai Al-Quran dan Hadith sahaja. Habis tu selama ni apa yang orang-orang tua buat semua salah bagi pandangan mata hgpa. Hgpa ingat, hgpa ni lebih alim daripada semua orang. Padahal bukan belajaq mendalam pun sangat. Setakat p dengaq kuliah pastu balik dengaq cd apa lebih kurang hgpa rasa dah paham dah semua hukum hakam agama ni, Kami ni je yang jahil pasai agama. Kami ni je yang selalu buat perkara-perkara syirik yg tak tentu pasai. Benda tu tak kena pada hgpa lagi, memang la hgpa tak akan percaya. Nanti kalau dah kena, baru hgpa nak terngadah. Bagi hgpa, hgpa sahaja yang akan ke syurga, orang lain semua ke neraka. Kami orang-orang tua ni semua tak boleh pakai. La ni bila dah belajaq ilmu agama sikit, semua orang buat tak betui. Semua bid’ah, semua syirik, semua masuk neraka. Bagi hgpa la ni semua orang tua buat, semua tak betui. Kami ni umpama sampah bg hgpa. Kalau hgpa rasa hgpa betui sangat, mai la berhujah dengan aku. Luah apa yg hgpa rasa hgpa nak luah tu..."

Terdiam dan terkelu aku dibuatnya. Bertubi-tubi umpama peluru dilepaskannya pada aku. Tak berdaya aku menahan talaan das kata-kata yang agak tajam dan sinis umpama merobek hati ini. Sebetulnya terasa juga bahang suhu yang meningkat je dalam diri ni. Macam lahar gunung berapi nak meletus je. Nak je bangun buat onar kat depan tu juga. Kalau ikut naluri muda, memang la silap-silap dengan pakcik aku ni boleh berkelahi dibuatnya. Nak je aku buat stunner ala2 stone cold kat pakcik aku ini. (ni merapu masa menulis ni je). Hairan bin ajaib juga aku dibuatnya. Aku tak pernah pun sembang dengan dia apa-apa topik agama. Tak pernah juga aku dakwah secara langsung dengan dia. Tak pernah pula aku nasihati dia dalam bab-bab agama ni. Tapi dah sebegini rupa yang aku kena. Adakah asbab penangan golongan-golongan muda (yang sering orang ungkapkan) ni juga kena tempiasnya pada aku ni. Dia orang tua, paling tidak aku hormat cara dia bagi pandangan. Tapi macam tak kena la sikit. Mungkin selama ni dia pendam je, tapi kali ni dia luah apa apa yang terbuku dalam hati dia. Secara tak langsung mungkin dah kurang beban yang dia tanggung sebab dah diluahkan.
..
Tapi yang pasti dia belum bertemu buku dengan ruas sebabnya aku tak mampu nak berhujah balik untuk memahamkan dia situasi yg sebenarnya. Antara kelemahan aku yang ketara, Astaghfirullah ‘azim. Apapun aku patut berbaik sangka kat dia, yang mana mungkin apa yang dia faham tu sebetulnya kurang tepat. Kadang-kadang bila emosi meninggi dalam diri pasti akan keluar segala apa yang terbuku. Mujuq juga aku tak dibelasahnya kat situ. Kalau dah naik kaki tangan mampukah aku sekadar terima sahaja macam menadah apa yang dihamburkannya. Biarlah dia nak maki hamun aku sekali pun. Itu mulut dia. Dia yg mengawalnya. Siapa aku untuk menutup mulut orang. Bagaimanalah aku untuk cuba memahamkan dia dalam erti kata yang sebenar? Allahuakbar, lemahnya hambaMu ini Ya Allah..

Bagi aku mungkin juga beberapa perkara contohnya dalam cara penyampaianku ada yang kurang kena tempatnya waktu tu. Aku menolak usulnya yang sedikit condong kepada ilmu buatan orang. Mungkin asbab itu, aku dihamput dan dihambur dengan semua tu. Terus dia cop aku dengan apa yg dia maklum golongan muda-muda ni.
Terus terang aku katakan, aku tidak menolak adanya sihir, adanya ilmu-ilmu yg sememangnya berunsurkan semua ni. Tapi yang aku tolak terlampau percaya apa-apa sikit semuanya dikaitkan dengan semua ni. Anak tak dapat masuk universiti kata orang buat, anak kurang nak dengar pendapat mak ayah dikatakan hasil buatan orang dan banyak lagi boleh dijadikan contoh. Mungkin juga apa yang berlaku tu semua berpunca dari kelemahan tuan empunya diri. Kenapa perlu kita berperasangka buruk semua itu sehingga apa-apa perkara yang tak baik pasti ada kait dengan benda yang orang buat dan sebagainya. Habis tu apa-apa musibah yang berlaku kita tak terima ke semua tu datang dari Allah dan ujian hidup untuk kita?

Aku akui dari segi sihir ni memang ada kewujudannya. Nabi saw sendiri pernah disihir oleh seorang perempuan yahudi. Dalam Al-Quran sendiri menceritakan tentang cerita harut dan marut (dalam tafsir mengatakan malaikat dan ada yang mengatakan orang alim) mengajar ilmu sihir kepada sesiapa yang hendak mempelajari. Nak hurai panjang la, kena la rujuk sendiri. Semua tu memang wujud dan ada hingga kini. Tapi apapun orang nak buat ke, kuat mana sihir orang buat ke, kuat mana syaitan yang digunakan pun semuanya andai jadi sekalipun semuanya dengan izin Allah. Tidak ada manfaat dan tak ada mudharat yang datang tanpa izin daripada Allah. Andai kita ditakdirkan Allah nak kena semua tu sekalipun iktikad kita bahawa itu semua memang datang dengan izin dari Allah. Mati sekalipun asbab disihir, redha sebab ketentuan Allah mungkin sebegitu. Tapi tak bermaksud tak ada usaha untuk berubat. Bab berubat ni pun kena la rujuk dengan orang yang betul. Orang yang memang alim dalam bidang tu. Orang yang jaga solatnya, kita tahu keperibadian dia bagaimana, cara yang digunakan serba sedikit tau juga. Apa yang dibaca memang ayat-ayat Quran yang digunakan. Bukan macam sesetengah dan ramai yang agak lari menyimpang dari itu semua. Tu je yang aku pegang. Salah dan terpesongkah iktikad aku itu?

..
Macam tu pun aku dah kena hambur dengan semua tu. Tak mengapalah, aku telan je walaupun batinku memberontak untuk aku menentang apa yang diperkatakan. Asbab kelemahan diri dan kedhaifan diri juga untuk aku bangun berhujah semula dengan apa yg diperkatakan. Andai aku mampu sekalipun pastinya pandangan aku ditolak mentah-mentah, sebabnya aku ini bukan orang alim dan yang pasti akan keluar dari mulutnya yang aku ini budak mentah. Manakala mereka orang tua yang lebih makan garam awal lagi dari aku. Dalam dok cerita bab tu masuk pula bab-bab pengamalan dan sebagainya. Round island habis la juga satu pulau dibuatnya.

Terus terang aku katakan apa yang diperkatakan itu sememang tak pernah pun aku beranggapan sedemikian. Memang aku letakkan Al-Quran dan hadith di atas dalam pengamalan dan iktikad aku. Dalam masa yg sama, aku juga ambil pandangan ulama-ulama lain sebabnya dalam iktikad ahli sunnah wal jamaah rujukan adalah Al-Quran, hadith Nabi, qias dan ijtihad ulama. Aku tak pernah menolak semua pandangan orang-orang tua. Aku tak pernah pun nak katakan mereka ini pelaku bid’ah dalam semua perkara. Mereka ini akan masuk neraka dan aku sahaja akan masuk syurga. Siapa aku untuk menghukum manusia sedemikian rupa, Na’uzubillahimin zalik. Memang aku akui, aku belajaq tak tinggi mana pun bidang agama. Sememangnya aku masih jahil dalam bab agama ni. Diri ini sedar yang diri ini memang bukan ahli dan bidangnya dalam agama. Tidak mengaji secara langsung dengan guru-guru yang mursyid sehingga khatam kitab-kitab tertentu.Tapi sikit sebanyak mana yang aku belajar, cuba untuk aku aplikasikan dalam hidup. Walaupun tak banyak, tapi setakat mana yang mampu akan aku buat andai apa yang aku tau sikit-sikit tu ada sumber dan aku boleh jadikan sandaran dalam pengamalan. Sebetulnya aku lebih kepada amalan sendiri. Aku juga tak pernah nak kata selama ni orang-orang tua dah melakukan syirik. Tapi yang pasti andai letak sesuatu perkara lebih dari kuasa Allah memang dah menjurus ke arah tu. Aku akui yang aku sendiri banyak kelemahan dan kekurangan diri. Apa yang aku lakukan pun banyak yang tersimpang dan ada juga yang tidak betulnya. Semua tu asbab kelemahan diri ini.

Dalam perkara sebegini aku cuba ikut pandangan seorang alim dalam mengatakan cuba berhikmah dalam perkara-perkara sebegini. Asbabnya mungkin bagi mereka (golongan-golongan yg masih dengan pemahaman sebegini) dah berakar umbi dalam pemikiran dan mereka masih belum terbuka untuk menerima semua itu. Payah untuk kita sangkal dan buang sekaligus. Kalau kita terlampau keras, pasti tohmahan akan berlaku dan mereka akan tolak terus semua pandangan yang akan kita perkatakan walaupun hakikatnya kita di pihak yang benar. Kita pun sebelum ini pun macam mereka juga. Sebelum Allah campakkan sedikit kefahaman untuk ini, kita pun macam mereka dalam bentuk pemahaman dan pengamalan. Tapi Alhamdulillah, kini dah ada sikit kefahaman untuk itu dan semua ini adalah hidayah dan taufiq. Dengan orang-orang tua ni kita tak boleh terlalu keras. Kena pandai juga ambil hati mereka. Apa yang kita buat kena berhikmah.

Aku cuba praktikkan apa yang aku ambil dari kata-kata orang alim tersebut. Tak pastilah hikmahkah atau tidakkah aku ini. Memang ada beberapa perkara yang kita kurang bersetuju dengan mereka. Tapi aku tak pernah cuba bertegang urat dalam permasalahan seperti itu. Sebagai contoh selepas solat dengan berzikir dan berdoa beramai-ramai. Yang lebih menepati sunnah Nabi adalah zikir bersendirian dan doa juga bersendirian. Yang biasa aku buat, lepas memberi salam akan aku zikir sendirian tanpa ikut imam dihadapan dan selepas zikir akan aku bangun. Tapi adakalanya sewaktu zikir dan imam terus membaca doa akan aku aminkan juga doa yang dibaca sebab aku ambil pandangan Imam Ahmad tentang perkara ini. Tetapi aku tak jadikan ianya amalan rutin. Cuma pengamalan aku seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini, buat apa yang tsabit dari Nabi itu lebih dituntut. Andai perkara ibadah itu tidak tsabit daripada Nabi dan Nabi tidak melakukan atau meninggalkan tanpa ada sebab musabab walaupun hakikatnya Nabi berupaya melakukan perkara tersebut itu lebih menepati sunnah. Itu yang aku pegang. Aku tak pernah nak jadikan semua ini sebagai isu besar. Beberapa lagi perkara yang bagi aku kurang bertepatan akan aku tinggalkan untuk pengamalan aku sendiri, tapi aku tak pernah nak memperkatakan apa yang dilakukan orang lain semuanya bid’ah dan masuk neraka. Bukan aku orang ahli untuk berhujah dalam perkara ini. Biarkan pada orang yang ahli. Tapi kepada yang mampu aku sampaikan, InsyaAllah akan aku sampaikan sekadar kemampuanku. Dan sebolehnya bagi aku, bagi mereka yang melakukan sesuatu perkara tu yang melibatkan amalan ibadah tapi tidak tsabit dari Nabi jangan memperkatakan ianya datang dari Nabi.

Dalam aku cuba untuk berlaku hikmah sebegini pun aku kena sebegini rupa, apatah lagi bagi mereka yang betul-betul cuba mengembalikan manusia kepada jalan yg haq. Salah atau terpesongkah aku atau aku ini masih kurang berhikmah dalam berurusan sesama manusia? Aku ni yang tak setara mana ni pun bukan diuji, tapi tak ada apapun sebenarnya. Jauh sangat nak banding dengan orang-orang terdahulu. Jauh teramat sangat. Semoga Allah terus bagi kekuatan pada aku untuk terus atas talinya dan mati aku dalam agama Islam dan dalam iktikad yg Allah redhai…

*hgpa (hangpa – bahasa utara) = korang

No comments: