Wednesday, December 31, 2008

Ceriteraku sepanjang percutian di kampung..

Apabila aku pulang dari ke kampung, aku dapat berita mengatakan yang rumah saudara jauhku kiranya sepupu ibuku mengadakan kenduri bagi anak perempuannya yang akan diadakan pada hari sabtu bersamaan 27hb Dis. Alang-alang aku dah balik, maka aku turut diajak menyertai bersama selaku co-pilot bagi adikku. Sebabnya cuma 2 kereta sahaja yang pergi iaitu sebelah keluargaku dan juga mak menakan (ibu saudara) yang dipandu oleh sepupuku. Rumah kenduri adalah di Tunjang, Kedah. Ini pun kali pertama ke sana sebab sebelum ni tak pernah ke sana lagi sepanjang 26 tahun ni hidup. Tapi bukan topik kenduri nak aku kupaskan di sini sebabnya artikel-artikel yang lepas dah beberapa topik yang sama telah dihuraikan.

Kami bertolak pada pagi hari jumaat jam 10 pagi. Destinasi pertama hari itu adalah Kangar, Perlis di mana terletaknya rumah kuarters bapa menakan (saudaraku) sebelah emakku. Walaupun ini bukan pertama kali aku ke sana, tapi kali pertama semenjak Dr. Asri Zainal Abidin ambil alih sebagai mufti. Aku ingin melihat apa perubahan yang cuba dilakukan oleh beliau dengan kuasa yang beliau ada sepanjang hampir 2 tahun memegang jawatan mufti perlis. Untuk makluman, pakcikku ini seorang anggota polis di daerah tersebut. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Apabila sampai sahaja di sana dah menunjukkan hampir pukul 1 tengah hari dan kami ambil keputusan untuk solat Jumaat di masjid yang berdekatan.

Kami dibawa oleh pakcikku ke sebuah masjid yang berkubah hijau tua. Masjid itu dikatakan adalah hasil sumbangan oleh Raja Perlis yang dahulu, apa nama pun aku dah tak pasti. Duit-duit elaun yang beliau peroleh semuanya disumbangkan untuk pembinaan masjid tersebut. Allahuakbar, sumbangan amal jariah yang cukup besar yang dapat nak kata di mana pasti beliau kini dah dapat saham-saham tu semua. Beruntung sungguh orang yang sebegini. Dah la dunia dia peroleh, untuk akhirat juga tak dilupakan. Moga Allah merahmati rohnya beserta dengan orang-orang yang soleh, InsyaAllah.

Ini kali pertama aku menunaikan solat jumaat di negeri Perlis dan aku nak tengok bagaimana corak ibadah yang dilakukan oleh jemaah di sini yang mana kita pun sedia maklum yang Perlis ni dikatakan darul sunnah yang cuba diaplikasi sunnah nabi dalam setiap ibadah yang dibuat. Apabila selesai wuduk diambil, aku terus cari saf yang antara hadapan dan terus solat sunnah tahiyatul masjid dibuat. Kemudian tak berapa lama, khatib naik ke mimbar dan salam diberi pada jemaah. Khatib kemudiannya duduk dan azan dilaungkan oleh muazin. Setelah itu, khatib bangun dan terus khutbah dibaca. Apabila selesai khutbah yang pertama, khatib duduk seketika dan suasana sunyi di mana tak ada muazin melaungkan selawat seperti selalu di antara dua khutbah sebaliknya masing-masing sibuk berdoa secara persendirian. Kemudian khatib menyambung khutbah yang kedua dan seterusnya menamatkan khutbah. Khatib kali ini aku lihat masih menggunakan teks yang aku rasa dibekalkan oleh pejabat mufti negeri perlis. Antara topik yang disentuh adalah teguran berkaitan dengan sambutan maal hijrah yang bakal dibuat oleh masjid-masjid dan surau-surau yakni dengan mengadakan amalan tertentu dari sebelum maghrib dan diakhiri hingga selepas maghrib. Bacaan surah Yassin dan bacaan doa awal dan akhir tahun. Huraian pemahaman sunnah yang mungkin akan ada pihak-pihak yang menentang.
`
Kemudian kami terus solat jumaat dipimpin oleh khatib yang sama. Setelah takbirratulihram, beberapa saat imam terus membaca al-fatihah tanpa dimulai dengan bismillah. Setelah itu disambung pula dengan surah. Pada rakaat yang kedua juga sama konsepnya. Apabila salam diberi, imam terus diamkan diri dengan masing-masing melakukan zikir secara bersendirian. Yang mana ada urusan aku tengok terus bangun keluar dari saf. Aku kemudiannya terus bangun dan melakukan pula solat asar untuk dijamakkan sekali sebabnya aku dalam musafir.

Di sini dah nampak cara seperti yang aku pelajari sikit-sikit. Azan tak dilaungkan 2 kali seperti kebiasaan dan tak dibuat solat sunnah qabliah jumaat. Ini pertama kali suasana sebegini aku alami dalam masjid jamek. Memang sebeginilah rasa aku seperti yang dilakukan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi walaupun aku belum diizinkan Allah menjejakkan kaki ke tempat yang amat-amat aku nanti-nantikan untukk jejakkan kaki di sana, InsyaAllah suatu hari nanti moga dimakbulkan hajatku ini. Amalan azan 2 kali ni adalah perbuatan dari saidina Uthman untuk perkhabaran kepada jemaah tentang waktu solat ketika zamannya. Panjang nak dihuraikan di sini. Tapi cukuplah aku katakan yang lebih afdhal mengikut sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasul tapi tak bermaksud kita menolak apa yang sahabat lakukan. Tu kena jelas, sebab nanti pasti ada pertikaian tentang itu. Lagipun ini cuma furu' dalam permasalahan fiqh, tak ada sebabnya untuk diperdebatkan. Lain pula jadinya nanti.

Lepas solat sementara menunggu pakcikku keluar masjid, ayahku memperkatakan sesuatu tentang amalan solat jumaat di sini. Sini lain sikit dari tempat kita ye. Azan sekali, tak ada solat sunat, al-fatihah tak baca bismillah, tak ada bacaan doa selepas solat, tak ada zikir dan sebagainya. Aku hanya senyum je dan adik aku menjawab, inilah cara yang Nabi saw buat. Cara ini lebih menepati sunnah Nabi saw. Kat Mekah pun macam ni juga kan. Kemudian dibalas oleh ayahku, sana lain sebab mazhab lain. Orang solat sunnat ni untuk tampung mana yang kurang. Bila dah sebegitu tambah pula sepupuku, sini lebih kurang macam wahabi sikit. Terus senyum kelat aku kuntumkan dan aku cepat-cepat cuba untuk halang adikku dari terus berhujah. Bukan apa, tak mahu perkara-perkara yang sebegini akan membuatkan jadi keadaan tegang. Bab ni kena belajar baru boleh untu kita dalami cara yang sebenar. Bukan bermaksud nak kata kita yang muda ni lebih pandai ke tak, tapi apapun senang kata kena belajar baru tahu semua tu.

Sebelah malamnya selepas solat isyak sementara menunggu makan malam dihidangkan, aku dan sepupuku duduk di ruang tamu di luar. Sambil-sambil bersembang biasa macam mana entah boleh masuk bab-bab agama ni. Yang dapat nak kata sepupuku ini juga ada mengikuti pengajian ilmu di tempatnya. Antara hujahnya padaku yang aku agak setuju adalah sejauh mana yang kita mengaji ni jangan sampai bila satu ketika kita akan mengatakan kita tak perlu lagi ikut syariat yakni solat, puasa dan sebagainya. Sebab ada yang belajaq ilmu ketuhanan ni sampai dah rasa tinggi makam tak perlu lagi semua tu sekadar niat dah memadai. Itu dah menunjukkan yang syaitan dah berjaya masuk untuk sesatkan sesiapa orang yang sedemikian. Apapun yang mampu kita buat, kita kena yakin bahawa semuanya adalah dengan izin daripada Allah.

Aku akui semua tu, tapi bila timbul bab dia menyatakan yang akan sampai satu ketika yang lebih mendalam orang akan mengatakan yang dalam dirinya ada Allah. Tapi yang tu bagi sesiapa yang tak mengaji pasti akan kata sesat sebab katanya Allah itu wujud tanpa bertempat. Yang ni aku tak setuju dan aku cuba hujahkan padanya. Aku katakan kalau begitu apa yang dia paham dah bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Al-Quran dan hadith yang sahih sebab berdasarkan dalil mengatakan yang Allah itu berada di langit. Bila aku katakan begitu, sepupu dah mula macam berang sedikit. Kalau begitu, dia mengatakan aku samakan Allah dengan makhluk sebabnya Allah wujud tanpa bertempat. Allah meliputi alam ini, Nauzubillahimin zalik. Kemudian aku hujahkan kat dia, abih tu kalau dah kata macam tu hatta dalam tanah, lubang xxxxx pun Allah ada ke? Dia kata ya, sebab Allah itu meliputi kesemuanya dan kita tak boleh nak khususkan Allah itu bertempat. Habis tu kalau apa yang kita buat dalam tandas ke, Allah tak tau ke. Nau’zubillahimin zalik, Astaghfirullahalazim. Sebelum ini aku juga faham sebegini dan kini mungkin sudah sebaliknya.
'
Bila aku dah tengok dia seperti tak boleh nak terima apa yang aku hujahkan cepat-cepat aku cuba kendurkan dengan cuba alih topik lain. Akhirnya aku katakan yang aku pun belajaq tak abih lagi. Dia pun akur yang dia pun masih belajaq dan tak mampu nak diperdalamkan. Aku dah jadi serba salah sebab bila mana topik tu muncul emakku datang dan pertikaikan apa yang aku hujahkan sampai keluar dari mulut emakku “Hg belajaq kat mana ni Wan sampai kata Allah tu kat langit. Belajaq agama tu biaq betui-betui sikit. Tengok juga apa isi yang hg belajaq tu. Jangan sampai terpesong pula.” Dan kemudian sambung sepupuku, "Hg kena p belajaq lagi ni Wan. Tanya lagi pada orang yang tahu betui-betui bab-bab ni." Aku hanya mampu ukirkan senyuman dan cepat-cepat aku cuba untuk ubah topik lain. Aku akur yang aku ini masih jahil bab agama dan masih menuntut dan akan terus belajar untuk itu. Aku sedar, aku dah tersalah turning point untuk itu sebab bab ni agak berat untuk aku pahamkan orang. Untuk ini memang kena hadiri majlis ilmu dan dihuraikan oleh orang yang ahli dan penerima perlu akan keterbukaan minda untuk terima semuanya dengan berlapang dada. Aku tak mahu andai aku terus nak pertahankan hujahku pasti akan berlaku pertelagahan urat sesama kaum keluarga. "Allahuakbar, lemahnya hambaMu ini Ya Allah dalam nak menyampaikan yang hak di sisiMu. Aku memohon keampunan padaMu Ya Allah dan juga keampunan untuk kaum keluargaku kesemuanya atas kelemahan dan kekerdilan kami dalam memahami agamaMu. Hanya Engkau yang mampu untuk berikan hidayah dan taufiq pada sesiapa yang Engkau kehendaki. Golongkanlah kami akan golongan-golongan orang-orang yang mendapat rahmatMu Ya Allah."

Keesokan harinya bila ada kesempatan bersembang dengan emakku, emakku bertanya padaku tentang pengamalan yang biasa orang buat yakni pembacaan doa awal tahun dan akhir tahun kat masjid-masjid ataupun surau-surau. Aku terangkan yang Maal Hijrah ni dibuat semasa zaman khalifah Umar diambil sempena hijrah Nabi saw ke Madinah untuk dijadikan kalendar rujukan umat Islam. Pada zaman Nabi saw, tak ada semua ni. Emakku membalas, habis tu dalam kitab-kitab lama semua ada. Ulama-ulama juga yang tulis semua tu. Aku jelaskan yang tu semua pandangan ulama untuk buat agar manusia ni dekat dengan Allah. Tapi dalam bab-bab ibadah ni tak boleh nak main ikut je kecuali ianya ada nas dan dalil yakni Al-Quran dan Hadith. Selain dari ibadah takpe kalu takdak sumber dari tu. Tak tahulah samaada emakku faham apa yang aku sampaikan ke tidak. Apapun aku cuba untuk berlaku hikmah dengan orang-orang yang lebih tua terutama mak ayah aku agar hati mereka aku jaga disamping aku sampaikan apa-apa sahaja mengikut kemampuanku. Doa ini tak aku lupakan setiap kali dalam solatku sebagai tanda aku sayang dan kasih pada kedua orang tuaku..
"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sepertimana mereka mengasihiku semenjak aku kecil.,,"

Thursday, December 25, 2008

Aku dan blog..

Asalnya aku sendiri tidak menyangka yang aku akan terjebak dengan penulisan blog ini. Sebelum ini hanya lebih kepada membaca sahaja blog-blog orang sahaja. Bermacam –macam jenis ragam dan bentuk penyampaian yang diperhatikan. Ada yang jadikan blog sebagai wadah untuk dakwah, luahan perasaan, diari harian, pentas politik, sumber untuk promosikan barangan dan pelbagai lagi. Ada yang positif dan ada juga yang negatif bagi aku. Itu cuma pandangan aku dalam mengaandaikan apa yang pernah aku layari.

Setiap orang ada persepsi dan pandangan mereka yang tersendiri. Mungkin ada yang bersetuju dan ada juga yang kurang bersetuju dengan apa yang aku nyatakan. Ada kebenarannya juga di mana aku tak ingat sumbernya yang mengatakan “Mata pena lebih tajam daripada mata pedang.” Sebabnya dengan penulisan sahaja kita mampu untuk jatuhkan seseorang yang berada di atas dan menaikkan orang yang berada di bawah dengan melakukan dalam bentuk penulisan. Semua bergantung kepada cara penyampaian dan kekredibilitian diri sesorang penulis itu dalam menyampaikan apa yang ditulis.

Aku juga mungkin salah seorang daripada banyak-banyak ragam yang dinyatakan di atas. Untuk aku kategorikan secara khusus, bagi aku biarlah orang yang menilainya sendiri. Ini kerana sebenarnya aku menulis ni asalnya untuk diri aku sendiri. Mula-mula hanya try and error je. Bagaimana entah satu hari tergerak hati untuk aku nukilkan apa yang aku rasa ni dalam bentuk penulisan di mana sejak dua menjak ni kebiasaan malam ditemani kesepian malam yang acapkali jadi teman karibku. Aku rasa aku perlu untuk keluar dari alam tu dan kembali melakukan sesuatu untuk diri. Tambah pula sekarang ni suasana aku dah tak sama macam dulu. Persekitaran, kawan-kawan dan sebagianya. Yang pasti aku rindukan suasana malam aku di kampung halaman aku.

Bila dimuhasabah yang pasti diri ini banyak kelemahan dan kekurangan diri. Banyak yang aku nukilkan dalam blog ni lebih kepada diri dan beberapa posting ada juga just dalam menyatakan pandangan. Bila aku nukilkan dalam blog ini, sebenarnya aku akan lebih kenal diri aku. Sebabnya aku akan tengok berulangkali dan ada sesetengah tu aku akan edit semula hasil posting. Secara tak langsung aku baca semula berulangkali apa yang aku tuliskan dan cuba untuk faham dan untuk diaplikasikan dalam bentuk pengamalan, InsyaAllah. Dalam bab ni memang banyak dugaannya dari luar dan dalam dan lebih-lebih lagu untuk terus istiqomah. "AllahuAkbar, lemahnya hambaMu ni YA ALLAH."
Moga Allah beri aku kekuatan untuk itu.

Banyak lagi aku nak nukilkan tentang perkara ni. Tapi rasanya mungkin aku sambung pada posting yang akan datang pula. Ini pun sebab piker last posting sebelum aku pulang ke kampong pagi sok. Kurang-kurang makan masa 4 hari la juga dan dalam masa tu yang pasti tak ada apa-apa yang boleh nak posting terus. Kena tunggu aku balik ke subang nanti agar bercambag idea dan informasi untuk aku masukkan dalam blog yang tak ada apa-apa pun sangat ni. Yang pasti apa yang aku nukilkan, aku tidak melakukan fitnah pada orang terutama dalam melibatkan agama Allah dalam melakukan sebarang penulisan. Aku tau, apa yang aku nukilkan akan dipersoalkan semuanya nanti di alam yang mana tak ada sesiapa mampu beri pertolongan mahupun bantuan kecuali dengan izin Rabbul Jalil..

Sunday, December 21, 2008

Pengertian Jamaah..

Baru-baru ana dikemukakan soalan oleh seorang teman berkaitan dengan pengertian jamaah yang dimaksudkan. Terus terang ana bukan ahlinya untuk ana lontarkan pandangan bagi soalan-soalan yang agak berat untuk ana kembangkan bagi konteks pemahaman ilmiah ini. Untuk itu setelah dirujuk beberapa tempat dan ini antara huraian orang yang ahli yang ana dapat daripada Al-Ahkam.net. Semoga ianya bermanfaat kepada yang bertanya dan yang membaca lebih-lebih lagi buat yang melakukan posting, InsyaAllah..
'
Soalan:
Assalamualaikum wrt wbt.
Saya ingin bertanya pihak moderators. Apakah hukum menganggotai jamaah? Adakah kita diseru untuk intima' kepada mana-mana jamaah dalam melaksanakan amal Islami? Bagaimana pula dengan penganggotaan non muslim dalam sesuatu jemaah Islami? Minta penjelasan moderator.

Terima kasih.

Hamba Allah


Jawapan:
Walaikumussalm wrt wbt..

Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Sekalipun ia membahaskan di sekitar masalah menerima keahlian non muslim dalam gerakan Islam, namun ada juga di dalamnya di sekitar masalah yg ditanyakan.

Secara sepintas lalu.. Beberapa persoalan:

Dari segi syarak, apa yang menghalang pengambilan non muslim sebagai ahli jamaah Islam? Apakah itu jamaah Islam?

Jamaah Islam bukan agama Islam. Jamaah Islam juga bukanlah sebuah negara Islam. Jamaah Islam di sini juga bukanlah sebagaimana yang dimaksudkan oleh sebuah hadith sahih yang menyebut "Jamaah Kaum Muslimin". Di mana jika keluar dari jamaah berkenaan maka dihukumkan sebagai terkeluar dari agama. Jamaah Islam di sini hanya sebagai wasilah dakwah sahaja. Gerakan berteraskan Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Nak masuk pun boleh, tak masuk pun boleh. Kalau mampu bertindak sendirian, bertindaklah sendirian. Kalau nak berdakwah secara ter-oraganisasi, sertailah.

Mengapa negara Islam? Negara Islam dengan diketuai oleh seorang pemimpin tertinggi wajib didirikan secara syarak. Tujuannya adalah untuk memastikan syariat Allah ditegakkan di bumi negara itu. Juga untuk menjaga 5 perkara dharuri. Menjaga segala maslahat umat Islam dan zhimmi. Matlamat dari semua itu adalah agar pengabdian kepada yang maha Esa dapat dilaksanakan dalam setiap sudut.

Dan antara tugas jamaah Islam adalah untuk membentuk satu usaha dan upaya ke arah mewujudkan dan memastikan negara Islam seperti cirri-ciri di atas dapat ditegakkan.

Kalau kita lihat, ahli zhimmi boleh diterima sebagai rakyat yang sah dalam sebuah negara Islam. Malah dari banyak sudut, mereka wajib diperlakukan samarata, sama adil sebagaimana yang telah diberikan kepada rakyat muslim. Malah, ulama-ulama Islam memperuntukkan satu bab yg khusus untuk masalah ahli zhimmi.

Jika itulah keadaannya, dan jika negara Islam yqng tertegak itu nanti juga membabitkan ahli zhimmi, mengapa usaha untuk menegakkan negara berkenaan perlu mengenepikan mereka. Itu dari segi hukum. Namun dari segi strategi, perlulah lihat keadaan. Samada gerakan Islam sudah bersedia ataupun belum. Manfaatnya lebih banyak atau sebaliknya. Apakah ia hanya akan menyebabkan dakwah Islam menjadi kuat atau semakin lemah? Para ulama Islam setempat dan semasa hendaklah berijtihad untuk menentukannya berdasarkan situasi yang ada.

Jadi, sekalipun kita tidak setuju dengan cadangan menerima masuk non muslim, janganlah kita sampai beranggapan ia salah dari sudut syarak. Habislah.. Musnahlah.. Ia hanya membabitkan strategi dan ijtihad. Jika salah perkiraan pimpinan kita nanti, malah ia tidak menjadi satu dosa pun. Dan mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada mereka pahala atas ijtihad mereka sekalipun salah.

Moga ia sebagai masukan yang bermanfaat...


Jamaah Islam dalam pengertian gerakan Islam/harakah Islam atau organisasi Islam bukanlah bermaksud al-Jamaah yang terdapat di dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Al-Jamaah sebagaimana yang terdapat di dalam nas-nas syarak membawa dua maksud:
'
1. Pertama mafhum I'tiqadi : Ia dihalakan kepada dakwah dan manhaj yang dibawa oleh al-jamaah ini.

Ia bermaksud, al-Jamaah yang berada dijalan kebenaran al-Quran dan al-Sunnah, serta mengikuti apa yang dilalui oleh para salafus soleh dalam berpegang kepada kebenaran dan mengikut al-Sunnah. Inilah dakwah yang dibawa dan manhaj yang dibawa. Keluar dari jamaah kebenaran ini boleh membawa kepada tahap murtad dan terkeluar dari agama.

Hadith-hadith berkaitan dengannya antaranya ialah:
م
ا رواه أبو داود وابن ماجه عن معاوية رضي الله عنه النبيِّ صلى الله عليه وسلم قال: "ألا إنَّ من قبلكم من أهل الكتاب افترقوا على ثنتين وسبعين ملَّة، وإنَّ هذه الأمَّة ستفترق على ثلاثٍ وسبعين: ثنتان وسبعون في النار، وواحدةٌ في الجنَّة، وهي الجماعة"وروى الترمذيُّ نحوه، وقال: حديثٌ حسنٌ غريب. ما رواه البخاريُّ ومسلمٌ عن ابن مسعود رضي الله عنه عن النبيِّ صلى الله عليه وسلم قال: "لا يحلُّ دم امرئٍ مسلمٍ يشهد أن لا إله إلا الله وأنِّي رسول الله إلا بإحدى ثلاث: الثيِّب الزاني، والنفس بالنفس، والتارك لدينه المفارق للجماعة".

2. Kedua mafhum Siasi/politik. : Ia dihalakan kepada negara/daulah dan sistem politik, di mana dengannya akan terpeliharalah manhaj al-jamaah di atas serta memastikan manhaj berkenaan boleh diterapkan dalam realiti kehidupan.

Ia bermaksud, wajib kepada kita semua untuk bergabung dengan al-Ummah, taat kepada imam/pemerintah serta tidak keluar dari jamaah dan peraturan umum negara. Keluar dari jamaah ini boleh dihukum sebagai pemberontak dan bughah.

Antara hadith-hadith yang berkaitan dengan mafhum kedua ini ialah:
ما رواه البخاريُّ ومسلمٌ عن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبيِّ صلى الله عليه وسلم أنَّه قال: "من رأى من أميره شيئاً يكرهه فليصبر، فإنَّه ليس أحدٌ يفارق الجماعة شبراً فيموت، إلا مات مِيتةً جاهليَّة" ما رواه مسلم عن أبي هريرة أنَّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم: "من خرج من الطاعة وفارق الجماعة فمات، مات مِيتةً جاهليَّة".

------------------
Dari dua pengertian di atas, dapatlah kita lihat betapa kedua-duanya saling berkaitan dan bahu membahu. Antara mafhum i'tiqadi dan mafhum siasi. Di mana apabila sudah wujudnya satu jamaah yang membawa serta mengibarkan dakwah dengan manhaj yang benar, maka keperluan untuk menegakkan daulah adalah satu kemestian. Kerana daulah inilah yang akan memastikan manhaj kebenaran itu terus terpelihara. Juga bagi memastikan manhaj berkenaan dapat direalisasikan dalam kehidupan.

Ciri-ciri anggota anggota al-jamaah , ialah orang-orang yang berada di atas kebenaran al-Quran dan al-Sunnah berdasarkan manhaj para salafus soleh. Kerana di sana ada juga yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah tetapi berdasarkan kepala otak sendiri. Bukan berdasarkan manhaj salafus soleh. Manhaj kebenaran adalah manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

------------------
Baiklah jika begitu maksud al-Jamaah menurut syarak, maka bagaimana dengan kedudukan jamaah-jamaah Islam seperti ABIM, PAS, Ikhwan, Jamaat Islami, tabligh atau apa sahaja?

Pengasasan jamaah-jamaah seperti di atas tidak ada sandarannya dari nash syarak yang khusus mengenainya. Ia hanya disandarkan kepada nash-nash yang umum sahaja. Oleh itu amatlah penting, kita membezakan pengertian antara al-Jamaah menurut syarak dengan jamaah-jamaah Islam yang ada pada hari ini seperti al-Ikhwan dan sebagainya. Dan, jamaah-jamaah Islam yang ada ini bukanlah jamaah kaum muslimin atau al-Ummah sepertimana yang dimaksudkanoleh syarak. Ia dapat diberi pengertian sebagai satu perhimpunan/tajammu' yang didirikan oleh kalangan orang-orang Islam atas dasar ta'awun alal birri Wat Taqwa (bantu membantu ke arah kebaikan dan taqwa). Ia dapat meliputi parti, gerakan Islam, badan-badan islam atau kebajikan dan sebagainya.

Oleh itu, berdasarkan kepada pengertian al-jamaah, maka menggariskan syarat-syarat keahlian atau cirri-cirinya bagi gerakan Islam seperti ini oleh sebahagian tokoh gerakan Islam, hanyalah untuk kebaikan dan kepentingan jamaah itu sendiri. Dan ia bukanlah asas perbincangan mengenai pengertian al-Jamaah yang sedang kita bincangkan.

Seperti perkumpulan, persatuan atau badan-badan kebajikan, mereka boleh sahaja meletakkan apa sahaja ciri-ciri yang mesti ada untuk menjadi ahli. Ini adalah demi menjaga kebaikan persatuan atau pertubuhan berkenaan agar dapat mencapai matlamat yangg disasarkan. Namun ia bukanlah sesuatu yang wajib secara syarak ke atas pertubuhan berkenaan.

Dan ummat Islam juga tidak diwajibkan menganggotai mana-mana pertubuhan atau persatuan atau parti Islam. Dan dalam satu-satu masa umat Islam juga boleh menganggotai lebih dari satu jamaah/parti/pertubuhan Islam. Malah mereka boleh keluar dan masuk bila- bila masa sahaja.

Ini berbeza dengan al-Jamaah dalam pengertian syarak. Mana-mana manusia wajib ikut serta dan bergabung dengan aliran yang berada dijalan kebenaran al-Quran dan al-Sunnah, serta mengikuti apa yang dilalui oleh para salafus soleh dalam berpegang kepada kebenaran dan mengikut al-Sunnah. Keluar darinya bermakna sesat, malah sampai ke tahap kufur.

Akhirnya, tentang menerima keahlian non muslim bagi pertubuhan Islam atau badan-badan Islam, itu persoalan yang bukan asas. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, boleh atau tidaknya bergantung kepada keperluan. Bukanlah boleh atau tidaknya itu sebab memang ada dasarnya dalam agama.

Kesimpulan: Menganggotai jamaah Islam yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah adalah jaiz/harus. Malah digalakkan jika banyak manfaat yang diperolehi dengan menganggotainya.
'
Moga bermanfaat untuk semua.
Wallahua'lam.

Saturday, December 20, 2008

Nasihat untukmu merangkap nasihat untukku jua.

Posting kali ni mungkin ada yang mengatakan agak jiwang kekaratan sikit. Tapi apabila dibaca dengan keterbukaan minda mana yang baik boleh untuk dimanfaatkan bersama dan yang kurang dicampakkan ke dinding.

Perasaan kasih, sayang dan cinta semuanya adalah anugerah yang Allah campakkan ke hati setiap makhluknya. Semuanya bergantung kepada jenis dan status makhluk berkenaan. Sebenarnya skop untuk ini luas meliputi juga antara makhluk dgn Pencipta, dan makhluk sesama makhluk. Kali ini aku cuma kecilkan skop kepada makhluk sesama makhluk dan lebih kecilkan skop lagi kepada insan yang bermatlamatkan ikatan yang suci yakni pernikahan. Adalah normal lumrah bagi seorang lelaki mahupun perempuan akan rasa tertarik pada kaum yang berlainan daripadanya. Sampaikan ada satu cerita yang aku dengar, bilamana seorang alim diberitahu yang anak lelakinya jatuh hati pada seorang wanita dan dia mengucapkan syukur kerana anak lelakinya itu berada dalam fitrah naluri yang betul. Andai anak lelakinya jatuh hati pada sesama jenis tu yang kurang normalnya. Dalam konteks ni cara yang bagaimana untuk kita hala tujukan semua tu merupakan benteng diri agar lumrah dan naluri tu sentiasa berada atas landasan yang syarie’.

Seorang sahabatku yang juga temanku di IPT meluahkan isi hatinya padaku. Sebagai sahabat aku cuba menjadi pendengar luahan darinya merangkap kaunselor tak bertauliah yang mana aku sendiri bukan ahli dalam menasihati, memotovasi dan merangsang semangat agar kembali kuat bersemangat untuk tempuh alam dunia yang semakin mencabar di akhir-akhir zaman ni.
'
Sepintas lalu, sahabatku ini berkawan dengan seorang muslimat yang 2 tahun lebih tua daripadanya. Umur bukan penghalang untuk seseorang mengasihi insan lain. Kini muslimat itu dah berkahwin dengan pilihan hatinya yang pasti bukan sahabatku ini. Manakala sahabatku ini juga sepertiku yang baru nak mulakan career hidup. Ini antara luahan isi hatinya padaku.

Wan, aku terkilan la dgn apa yang jadi. Hg pun tau, dah berapa lama aku kawan dengan Leha (bukan nama sebenar) tu. Kenai dari U lagi sampai waktu aku nak serius dengan dia siap buat istikhoroh lagi. Lepas tu minta keizinan dari mak ayah sebab bagi aku matlamat kami adalah pernikahan. Dalam pada tu kami cuba jaga sebaik mungkin hubungan agar ianya still atas landasan syarak. Tak buat perkara yang dilarang oleh agama. Dalam dok maintain macam tu aku ingat boleh la nak realisasikan apa yang kami janji bersama iaitu bersatu atas tali ikatan yang sah. Tiba-tiba jadi macam ni. Aku sedaq yang aku ni takdak apa. Last-last aku ditinggalkan macam tu je. Aku rasa aku dah buat yang terbaik dah , tapi……..(panjang lagi sebenarnya tapi ini antara isinya).

Bila sahaja sahabatku ini luahkan ini padaku, tersenyum simpul aku dibuatnya mengingatkan aku pada sesuatu (ceritera hidup seorang hamba Allah yang tak perlu aku cerita siapa). Jalan ceritanya hampir sejibik dan aku cuba memahami perasaan sahabatku ketika itu. Memang apabila membabitkan hati dan perasaan ni sesiapa pun tak kira lelaki mahupun perempuan kadang kala agak sukar untuk kawal. Tambah pula apabila dah terjebak dalam alam cintan-cintun ni. Sebab tu bila terjadi sebegini teringat aku masa di poli dulu kata Ustaz Amri yang amat melarang student masa tu bercinta. Katanya haram bercinta sebelum kahwin. Kalau nak mesti terus je kahwin. Memang masa tu walaupun aku tak terjebak tapi aku anggap tu cuma pandangan ustaz selaku orang alim. Maklum la, bila sembang dengan kawan-kawan ada macam-macam pandangan yang kata boleh je tapi kena jaga la dan sebagainya. Sekarang mungkin aku dah nampak semua tu sikit mengapa pandangan sedemikian dilontarkan oleh ustaz.

Apabila memperkatakan tentang semua ini walaupun bermatlamatkan ikatan pernikahan yang sah tapi selama mana ianya dapat untuk bertahan sebelum sampai ke matlamat. Bagi sesiapa yang masuk alam cintan-cintun ni, kesediaan dari segi mental dan fizikal kena betul-betul terarah dan bersedia. Sebabnya dua kemungkinan sahaja iaitu dapat bersama hingga ke ikatan pernikahan ataupun kandas dipertengahan jalan. Kalu sampai ke matlamat mungkin kegembiraan akan terpancar tapi kalu kandas pasti kedukaan melanda diri.
Itulah antara asbab mengapa semasa alam student ni agak keras dilarang, sebabnya untuk mencapai matlamat tu agak jauh. Lain la kalau memang jenis keluarga yang mampu dan benarkan untuk nikah masa alam itu, mungkin ada sikit kelonggaran. Sebabnya ada juga sahabat-sahabat yang berkahwin semasa dalam alam student. Alam pertunangan pun tak disyorkan lama, bertahun-tahun kerana dugaannya agak banyak, inikan pula belum ada apa-apa ikatan. Pasti peranan syaitan dalam menyesatkan anak adam ini akan lebih dilipat gandakan usahanya. Sebab tu banyak kes-kes dan maksiat yang berleluasa sekarang ni yang membabitkan kita umat Islam khususnya di Malaysia ini terutama muda mudi Islam.

Bila kedukaan melanda diri pasti yang terganggu adalah hati. Hati ni biasanya sukar untuk diubati andai diguris dalam erti kata duka lara ni. Tak ada ubat yang boleh untuk dimakan dan tak ada suntikan yang boleh untuk terus dibius agar dapat terus meredakan semua itu dalam sekelip mata. Cuma dengan kekuatan diri untuk bangun semula dan cuba terima semuanya dengan redha. Bila kata sebegini yang dapat nak kata adalah orang yang dengar dan bagi pandangan tak sama dengan orang yang menanggung.
'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul itu yang dapat nak kata.'

Di kala kedukaan sebegini yang pasti ibadah seharian akan terganggu, prestasi kerja atau pembelajaran akan menurun dan beberapa perkara lagi akan menujukkan kesan yang ketara. Ini terjadi andai seseorang itu terlalu meletakkan harapan yang agak tinggi dalam sesuatu hubungan yang dijalinkan. Mungkin bagi yang biasa-biasa sahaja takde kesan manapun sebabnya ada juga kawan-kawan yang jenis kejap berkasih dengan si A, pastu tak jadi berkasih pula dengan si B dan sebagainya. Ni masa alam student dulu la. Kawan-kawan ni pun macam-macam jenis juga. Tinggal dulu bab tu.
`
Bila terjadi sebegini teringat juga aku kata-kata Ustaz Bakti, ‘Apabila kita mengasihi sesorang, jangan kita letakkan 100% perasaan tu padanya. Paling kurang simpan sikit untuk diri sendiri agar apabila jadi sesuatu perkara yang tak diingini kita masih mampu bangun untuk teruskan kehidupan ini.’ Ini merujuk kepada suami isteri waktu perbincangan topik rumahtangga semasa dalam kuliah dulu. Kebenarannya aku nampak di sini walaupun cerita aku aku tak merujuk kepada institusi orang yang dah berwalimah.

Kutitipkan khas kata-kata ini untuk sahabatku dan juga teman-teman yang lain dan juga tak terkecuali untuk tuan empunya diri yang menulis.

Sahabatku,

Aku memahami apa yang kau rasakan apabila aku cuba letakkan diriku ditempatmu. Apa yang kau rasakan itu pastinya perkara yang sama akan turut dirasai oleh Leha andai kau juga melakukan perkara yang sama yakni tinggalkan dia. Tapi aku yakin kau lebih cekal daripada Leha (bukan nama sebenar) sebab kau lelaki berbanding Leha perempuan yang sifatnya agak lemah. Yang pasti keputusan Leha yang buat, bukan kau yang putuskan. Paling tidak kau tidak perlakukan begitu pada orang yang pernah bertahta di hati kau. Mungkin boleh aku katakan dalam situasi kau sekarang ni, kau akan terasa lebih sedikit berbanding dengan Leha yang mungkin juga dia tak terasa apa-apa (wallahua’lam). Hanya dia yang mampu untuk memperkatakannya.

Dalam konteks ni paling kurang bukan kau yang melakukan sesuatu yang lebih besar mudharat sebabnya bila seorang muslimat yang berada dalam situasi sebegini pasti kesannya lebih lagi. Tambahan pula andai si dia juga sepertimu meletakkan harapan yang tinggi menggunung dalam hubungan yang dijalinkan. Kau pun tahu bab ni bila pernah kita muzakarahkan dulu. Kesannya lebih tinggi sampaikan ada sesetengah tu yang mengalami perkara sebegini terus serik untuk kahwin dan sebagainya kerana apa? Kerana hati muslimat ni lebih kesensitivitiannya berbanding lelaki. Tapi tak bermaksud lelaki tak sensitif. Seperti yang pernah kita bicarakan dulu juga, apa-apa keputusan yang kau nak lakukan cuba letakkan dirimu di tempat orang yang nak kau perlakukan pasti akan kau fikir berulangkali sebelum kau memutuskan sesuatu perkara andainya keputusan yang sama itu juga dibuat kepadamu.

Kalau nak katakan bab terasa, aku tau kau juga merasai kepedihan tu tapi yakinlah yang Allah tak akan menurunkan sesuatu ujian tu dengan tiada sebabnya. Mungkin semua musibah yang menimpa dirimu ini sebagai kafarah terhadap dosa-dosa yang ada ataupun untuk Allah tinggikan darjatmu di sisiNya. Apapun jangan sekali2 bersangka buruk dengan apa yang jadi. Sebaik-baik sabar adalah sabar dikala saat awal kita diuji, itu adalah sebaik-baik kesabaran yang dinyatakan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw.
`

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)

`
Yang pasti walaupun hubungan yang dapat restu mak ayah sekalipun tak semestinya itu dah menjamin untuk capai hajatmu kerana ianya hanya hubungan yang tanpa sebarang ikatan. Dalam kesmu ini aku tahu kau akan tetap setia padanya tapi muslimat ni antara keraguan di hati bila lewat dalam perkara sebegini. Kau pun sekarang baru nak mulakan career dan sebagainya padahal lelaki pilihan Leha tu dah lengkap semuanya. Sememangnya kekurangan memang berpihak pada dirimu. Itu kau kena akur. Lain la, andai kau mampu pasti awal lagi kau dah teruskan dengan ikatan. Sekarang ni fokuskan dulu pada keluargamu terutama mak ayahmu yang masih dikampung. Bagi mereka rasa dulu apa yang patut mereka rasa semampu yang kau mampu berikan. Hakikat kehidupan, bilamana dirimu tak punya apa-apa orang tak akan pandang. Biarlah hina di mata manusia, tapi tidak pada pandangan Allah Azzawajalla.

Bila timbul macam ni adakalanya yang dapat nak kata kasih manusia ni berubah umpama cuaca. Beberapa faktor perlu diambil kira dalam penilaian sebegini. . Bak kata seorang kenalanku faktor persekitaran, keluarga, ekonomi, politik dan sebagianya menyebabkan kasih dia berubah. Mungkin dulu dia seorang yang mencari dan memerlukan seorang teman berbicara dan mungkin kini si dia sudah punya impian sendiri. Dia berubah adakalanya tanpa dia sedari. Dia cuba untuk tempuh dalam liku-liku hidup ini dan cabaran mendewasakan dia untuk dia berfikiran matang dan berpijak di bumi nyata. Dia mula belajar bahawa cinta bukanlah segalanya dalam hidup ini. Dia mula belajar mengutamakan tanggungjawab yang menjadi amanah untuk dia. Yang pasti juga Leha seorang muslimat yang baik. Mungkin ketika ini dapat aku katakan yang dia sudah berjumpa dengan orang yang lebih baik dari dirimu. Dirimu juga baik, dan muslimat baik yang lain pasti menanti dirimu untuk kau jadikan zaujah, InsyaAllah.

`
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)....."(24:26)

`
Yakinlah janji Allah itu benar. Orang yang baik pasti akan dikurniakan pasangan yang baik dan orang yang jahat akan dikurniakan pasangan yang jahat. Semua tu termaktub dalam Al-Quran yang sering kita baca dan untuk kita tadabbur isi sebenarnya dan kita aplikasikan dalam kehidupan kita, InsyaAllah.

Cinta sebenarnya mampu dicipta oleh sesiapa sahaja dan ianya tak memerlukan masa yang lama untuk itu. Cinta manusia ini datang dan pergi. Dia akan datang apabila ianya diperlukan dan ianya akan pergi apabila ianya sudah hilang kemanisan itu. Mungkin ada kebenarannya bila orang memperkatakan indahnya cinta apabila sudah termeterai dengan ikatan pernikahan. kau rasakan yang kau dah bagi yang terbaik dalam hubungan yang lepas. Itu mungkin hanya pada penilaian kita, hakikatnya orang yang menerima yang tahu menilai semua tu. Mungkin juga masih ada kekurangan yang kau masih belum sedari. Paling kurang kau dah usaha semampu mungkin untuk itu. Biarlah dia dengan keputusannya yang mana tiada gunanya kita mengemis cinta manusia ni berlebihan sangat.

`
Sahabatku,
`
Adakah benar kau mengasihinya seikhlas hatimu? Andai benar, mengapa perlu kau bersedih diri? Tidakkah pernah kau dengar madah yang mengatakan dengan CINTA dan KASIH SAYANG tak semestinya seseorang itu berakhir dengan ikatan perkahwinan yang sah. Jika benar kau mengasihinya kerana Allah, patutnya kau gembira melihat dia bahagia dengan orang yang menjadi pilihan hatinya. Mungkin juga ini antara pengorbanan yang kau buat untuk seseorang yang kau benar sayangi. Pernahkah kau terfikir, andai dia masih lagi menantimu atau bersamamu nanti adakah kau mampu bahagiakan dia sepertimana pasangannya kini mampu berikan? Mampukah kau berikan kesenangan, kemewahan, kedamaian dan ketenangan jiwa dalam erti kata sebenar padanya seperti pasangannya kini berikan? Bila kau nilai semua itu akan terserlah kedudukan dirimu di kacamata dia. Sekarang bukan lagi macam cerita filem hindustan. Cinta dan kasih sayang cukup untuk semuanya, tapi kini keadaan dah berubah. Walaupun agak pahit, itulah antara ubat yang perlu kau, aku dan teman-teman muslimin telan. Apapun yang pasti kita tetapkan hala tuju kita agar landasan kita mungkin sebelum ini sudah agak tergelincir sedikit kembali kepada jalan yang sebenar yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Yang pasti kebahagian, ketenangan semua datang daripada Allah. Itu kita kena benar-benar yakin. Biarlah walaupun kita miskin harta tetapi kaya di jiwa.
`
Carilah orang yang dapat menerima dirimu seadanya dan orang yang kasih akan dirimu melebihi kasihmu pada dirinya. Tiada gunanya kita melakukan paksaan dalam penerimaan seseorang itu pada diri kita. Andai dia sudah tiada kasih dan sayangnya padamu mengapa perlu lagi kau mengharapkan padanya yang mana perlu kau tahu perkahwinan bukan untuk jangka masa sehari dua, tapi untuk selamanya. Nanti pasti bermacam-macam yang akan diungkapkan bilamana dirimu sudah tidak mampu memenuhi apa yang dia hajatkan. Penerimaan seseorang dengan penuh keikhlasan itu yang sememangnya sukar untuk kita yang serba dhaif dan kekurangan ini orang lain menerimanya. Yakinlah pasti semuanya ada hikmah yang kita sendiri tak tahu. Andai di dunia kita tak perolehnya, yakinlah pasti ada habuan menanti kita di akhirat kelak.

Buat masa ini sama-sama kita mantapkan dulu diri kita ni dengan ilmu yang masih serba kekurangan sebab kita yang bakal mengepalai dan menjadi nakhoda bahtera keluarga nanti. Cuba letakkan Allah dan Rasul mendahului segalanya dan kita cuba amalkan dalam kehidupan cara sebenar yang ditunjukkan oleh Rasul dan juga salafus soleh yang terdahulu. Dalam pada itu kita banyakkan doa agar sesiapa sahaja yang datang dalam hidup kita ni sesuai dengan fikrah yang ada dalam diri agar hala tuju kita dalam pembinaan keluarga nanti dapat mencapai keredhaan Allah. Dengan doa dan pengaduan pada Allah sahaja yang dapat kita luahkan. Dia Maha Mengetahui Yang Tersurat mahupun Yang Tersirat. Mungkin buat masa ni kita sukar untuk lupakan semua kenangan yang lalu. Bagi sesetengah orang mungkin bisa walaupun tak memerlukana masa yang lama. Ada yang memerlukan masa seminggu, ada yang sebulan, ada yang setahun dan ada yang seumur hidup untuk itu. Apapun kita pasrahkan segala ketentuan ini padaNya.

`

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). " (3:14)

`
(Sekadar berseloroh untuk kembalikan keceriaan yang telah suram pada wajahnya itu)
Mana la nak tau macam hg ni dah la kategori orang alim, silap-silap nanti jadi macam cite ayat2 cinta tu. Muslimat yang masuk lamar hg nanti. Kena ingat, kita la ni kaum yang minority, kat luar yang majoritinya muslimat. Mana yang tak pilih hg pasti rugi. Kalu aku muslimat aku dah try dulu dengan hg ni. Mujuq je aku ni laki sama jenis dengan hg. Aku lain la, dah la ilmu di dada pun kureng habuk pun takdak.…;) Tapi takpa, kita yang single mingle ni tinggi valuenya, cuma belum masanya Allah zahirkan yang sesuai dengan fikrah untuk kita jadikan teman, sahabat dan orang yang mampu mendukung cita-cita kita dalam meraih kehidupan berkeluarga yang diredhai Allah..
`
Akhirnya terpancar sedikit keceriaan diwajahnya dan aku rasa walaupun aku tak dapat nak menenangkan sepenuh hatinya paling kurang aku berjaya tenteramkan dia. Kadang-kadang terpikir juga aku, hipokritkah aku ini dalam aku dengan sesama insan. Walaupun kadang-kadang tu aku tahu sesuatu perkara, tapi adakah aku juga mengamalkan apa yang aku tahu tu dalam erti kata yang sebenar. Tapi dalam konteks dakwah, adakalanya apa yang kita perkatakan walaupun belum kita lakasanakan cubalah untuk azam dan berusaha agar kita mampu untuk laksanakan apa yang kita perkatakan. Sesungguhnya besar kemurkaan Allah bagi sesiapa yang memperkatakan sesuatu padahal dia tidak perbuatkan sepertimana yang dia perkatakan..

"Ya Allah, betapa dhaif dan kerdilnya hambaMu ini. Berilah aku kekuatan untuk aku amalkan apa yang aku perkatakan ini agar aku tak tergolong dalam golongan yang mendapat kemurkaanMu di hari yang tiada sesiapa dapat memberi pertolongan selain dengan izin dariMu…."

Antara bait kata-kata madah pujangga daripada teman-temanku.

Setiap kali kenangan lalu tersingkap pasti diri akan kembali menggamit memori lalu. Ku sedar betapa kerdil dan dhaifnya diriku di sisi manusia dan mungkin juga tiada nilainya tetapi janganlah disebab itu maka aju juga jauh daripada pandangan rahmatMu Ya Allah. Ku pinta keampunan dan kemaafan dariMu Ya Allah atas apa yang berlaku. Bukan niat untuk mengungkit jauh sekali mempertikaikan qadarMu ini (naz’zubillahimin zalik). Tapi adakalanya terlintas di fikiran perkara yang bukan-bukan. Apapun Engkau Maha Mengetahui, Ya Rabb.. Astaghfirullahal adzim..

Kejujuran dan keikhlasan diri dalam sesuatu hubungan bukan terletak pada madah manis yang lahir dari bibir tapi ianya lahir dari hati dan diaplikasikan dengan pengorbanan dalam erti kata yang sebenar.

Jangan dikesal dengan sebuah pertemuan kerana tanpa pertemuan kita tak akan mengenali seseorang dan jangan dikesalkan dengan apa yang terjadi kerana sememangnya banyak kemungkinan yang seharusnya kita tempuh dalam hidup yang singkat ini.

Tiada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan temannya dan tiada kesedihan yang menyamai perpisahan dengannya. Semoga ukhwah yang terbina dimulai dengan Bismillah ini dan ianya juga disudahi dengan Innnalilahiwainnailai hiroji’un.

Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa musibah akan selalu mengingati Allah. Bertuahlah apabila iman diuji kerana dengan kesabaran itu pasti ganjaran yang besar menanti.

Hanya PERINDU yang tahu erti BERHJAUHAN dan nilai BERDEKATAN. Hanya yang TUA tahu erti REMAJA dan nilai USIA. Hanya yang TIADA baru tahu erti SAYANG dan nilai KENANGAN…

Friday, December 19, 2008

Kenduri Arwah Menurut Kaca Mata Sunnah

MENYEDIAKAN MAKANAN KETIKA ACARA KEMATIAN
oleh: Abu Al Jauzaa’

————————————————————————

Tanya : Di daerah saya – sudah menjadi tradisi – jika ada seseorang yang meninggal dunia, maka keluarga jenazah “diharuskan” membuat/menyajikan makanan bagi orang-orang yang ta’ziyah. Kadang-kadang hal ini memberatkan bagi keluarga jenazah kerana keadaan kewangan yang tidak memadai. Menurut anda, bagaimana syari’at Islam memandang tradisi/kebiasaan ini ?
`
Jawab : Sebaik-baik perkataan adalah Kalamullah (Al-Qur’an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam (As-Sunnah Ash-Shahiihah), dan sebaik-baik pemahaman atas dua hal tersebut adalah pemahaman para shahabat Rasulullah radliyallaahu ‘anhum ajm’ain (atsar as-salafush-shalih). Dan untuk menjawab pertanyaan Saudara, maka kami akan mengembalikannya kepada 3 (tiga) hal tersebut.
`
Allah ta’ala telah berfirman :
يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“Allah menghendaki kemudahan bagi kalian semua, dan tidak menghendaki kesulitan bagi kalian semua…..” (QS. Al-Baqarah : 185).
'
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :
إن الدين يسر ولن يشاد الدين أحد إلا غلبه فسددوا وقاربوا……..
'
“Sesungguhnya agama itu mudah. Orang yang bersikap berlebih-lebihan dalam beragama pasti akan kalah. Beramallah yang benar ! Beramallah yang paling dekat dengan pengamalan syari’at…” (HR. Bukhari nombor 39 – penomboran dari maktabah sahab : 39 dan 6098; dan Muslim nombor 2816).
`
Ayat dan hadith di atas memberikan kefahaman bagi kita semua bahawa agama Islam ini adalah agama yang mudah. Mudah untuk difahami dan mudah untuk diamalkan. Seorang muslim hanya dibebani untuk mengerjakan apa-apa yang dicontohkan dan meninggalkan apa-apa yang dilarang atau tidak ada contohnya (dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam). Itulah salah satu sisi kemudahan yang sangat besar bagi umat Islam. Mereka sekali-kali tidak dibebani untuk membuat-buat syari’at yang akhirnya justeru memberatkan mereka.

Kembali kepada inti pertanyaan saudara, maka ada beberapa riwayat shahih mengenai hal ini.

Dari Jarir bin ‘Abdillah Al-Bajaly radliyallaahu ‘anhu, dia berkata :
كنا نرى الاجتماع إلى أهل الميت وصنعة الطعام من النياحة
“Kami (para shahabat) menganggap berkumpul-kumpul di rumah keluarga mayat, serta penghidangan makanan oleh mereka (kepada para tetamu) merupakan sebahagian daripada niyahah (meratapi mayat)” (HR. Ahmad nombor 6905 dan Ibnu Majah nombor 1612).
`
Dari Thalhah radliyallaahu ‘anhu, dia berkata :
قدم جرير على عمر فقال : هل يناح قبلكم على الميت. قال : لا. قال : فهل تجتمع النسآء عنكم على الميت ويطعم. قال : نعم. فقال : تلك النياحة.
“Jarir mendatangi ‘Umar, kemudian ‘Umar berkata : “Apakah kamu sekalian suka meratapi mayat ?”. Jarir menjawab : “Tidak”. ‘Umar berkata : “Apakah diantara wanita-wanita kalian semua suka berkumpul di rumah keluarga mayat dan memakan hidangannya ?”. Jarir menjawab : “Ya”. ‘Umar berkata : “Hal itu sama dengan niyahah (meratapi mayat)”. (HR. Ibnu Abi Syaibah 2/487).
`
Dari Sa’id bin Jubair radliyallaahu ‘anhu, dia berkata :
من عمل الجاهلية : النياحة والطعام على الميت وبيتوتة المرأة ثم أهل الميت لبست منهم
“Merupakan perkara Jahiliyyah : An-Niyahah, hidangan keluarga mayat, dan menginapnya para wanita di rumah keluarga mayat” (HR. Abdurrazzaq 3/550 dan Ibnu Abi Syaibah dengan lafadh yang berbeza). Ketiga riwayat tersebut saling menguatkan.
`
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
اثنتان في الناس هما بهم كفر الطعن في النسب والنياحة على الميت
“Dua perkara yang dapat membuat manusia kufur : Mencela keturunan dan meratapi mayat (an-niyahah)”. (HR. Muslim nombor 67)
`
Para ulama mu’tabar telah sepakat membenci perbuatan ini (yaitu berkumpul-kumpul di tempat mayat dan makan makanan di dalamnya). Kami akan menyebutkan beberapa di antara banyak perkataan ulama mengenai hal ini.
`
1. Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i berkata :
وإما إصلاح أهل الميت طعاما ويجمع الناس عليه فلم ينقل فيه شيء غير مستحبة وهو بدعة.
“Adapun penghidangan makanan oleh keluarga mayat berikut berkumpulnya masyarakat dalam acara tersebut tidak ada dalil naqlinya, dan hal tersebut merupakan perbuatan yang tidak disukai. (Jelasnya) perbuatan tersebut termasuk bid’ah” (Al-Majmu’ Syarhul-Muhadzdzab 5/186 Daarul-Fikr, Beirut, 1417).
`
2. Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Asy-Syafi’i berkata :
وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه بدعة منكرة مكروهة لما صح عن جرير بن عبد الله
“Dan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dari penghidangan makanan oleh keluarga mayat dengan tujuan untuk mengundang masyarakat, hukumnya bid’ah munkarah (terlarang) lagi dibenci, berdasarkan keterangan shahih dari Jarir bin ‘Abdillah” (Tuhfatul-Muhtaj 1/577, Daarul-Fikr, tanpa tahun).
`
3. Imam Ibnu ‘Abidin Al-Hanafy berkata :
ويكره اتخاذ الضيافة من الطعام و من أهل الميت لأنه شرع في السرور لا في الشرور وهي بدعة مستقبحة.
“Dimakruhkan hukumnya menghidangkan makanan oleh keluarga mayet, kerana hidangan hanya pantas disajikan dalam waktu bahagia, bukan dalam waktu-waktu musibah. Dan hal itu merupakan bid’ah yang buruk bila dilaksanakan” (Hasyiyah Ibnu ‘Abidin 2/240, Daarul-Fikr, 1386).
`
4. Imam Ad-Dasuqi Al-Maliki berkata :
وأما جمع الناس على طعام ببيت الميت فبدعة مكروهة
“Adapun berkumpul di dalam keluarga mayat yang menghidangkan makanan, hukumnya bid’ah makruhah (dibenci)” (Hasyiyah Ad-Dasuqi ‘alasy-Syarhil-Kabiir 1/419, Darul-Fikr, Beirut, Tanpa Tahun).

5. Syaikh An-Nawawi Al-Bantani (tokoh Indonesia yang hidup dan meninggal di Makkah dimana kitab-kitabnya banyak ditelaah di NU di Indonesia) berkata :
أما الطعام الذي ويتجمع عليه الناس ليلة دفن الميت – المسمى بالوحشة – فهو مكروه ما لم يكن من مال الأيتام وإلا فيحرم.
“Adapun menghidangkan makanan yang ditujukan bagi orang-orang yang berkumpul di malam penguburan mayit – yang biasa disebut al-wahsyah – adalah dibenci, bahkan diharamkan (dengan sangat) apabila biayanya diambil daripada harta-harta anak yatim” (Nihayatuz-Zain fii Irsyadil-Mubtadi’in halaman 281, Daarul-Fikr, Beirut, Tanpa Tahun).
`
Dari hadits, atsar, dan penjelasan ulama di atas telah jelas bagi kita bahwa berkumpul dan makan makanan di tempat ahli mayit bukanlah perkara yang disunnah. Bahkan itu bid’ah yang sangat dibenci. Semua ulama mu’tabar yang dalam keilmuannya telah menyepakati hal ini, kecuali sedikit di antara orang-orang awam yang pendapat mereka diabaikan. Bahkan yang menjadi sunnah (sebagaimana yang dijelaskan oleh ikatan ulama NU Tasikmalaya di atas) adalah kita – para tetangga ahli mayat – yang membuatkan makanan serta mengirimkannya kepada ahli mayat yang sedang ditimpa kesusahan.
`
Dasarnya adalah perkataan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam kepada para shahabatnya ketika Ja’far bin Abi Thalib radliyallaahu ‘anhu gugur di medan jihad :
اصنعوا لآل جعفر طعاما فإنه قد أتاهم أمر شغلهم
“Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far. Sesungguhnya mereka tengah ditimpa musibah yang menyibukkan mereka” (HR. Abu Dawud nombor 3132, At-Tirmidzi nombor 998, Ibnu Majah nombor 1610, dan lain-lain; shahih lighairihi).
`
Inilah yang diamalkan oleh orang-orang shalih dari kaum salaf sebagaimana yang dikatakan Imam Asy-Syafi’i dalam Al-Umm (1/278) : “Tetangga mayat atau kaum kerabatnya wajib membuatkan makanan yang mengeyangkan untuk keluarga mayat pada hari si mayat wafat dan pada malamnya. Hal itu merupakan sunnah dan perbuatan yang mulia. Dan merupakan perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang shalih sebelum dan sesudah kami”. [selesai]
`
Kesimpulan : Berkumpul dan makan makanan di keluarga mayit adalah perbuatan yang tidak disyari’atkan. Dan bagi keluarga mayat, maka ia tidak perlu menyediakan makanan atau minuman yang sengaja diperuntukkan kepada para tamu yang sedang ta’ziyah atau membantu pengurusan jenazah. Jika dia melakukannya, maka ia sama saja mendorong orang untuk melakukan perbuatan yang dilarang. Allah ta’ala berfirman :
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرّ وَالتّقْوَىَ وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan saling tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan jangan kamu tolong-menolong dalam dosa dan maksiat” (QS. Al-Maidah : 2). Allaahu a’lam.

Wednesday, December 17, 2008

Perkuburan dan kenduri arwah.


Dah beberapa hari tak posting apa-apa artikel kat blog ni. Awal-awal dulu semangat sikit, tapi nak kata dah lama sangat pun tak juga, masih dalam lingkukngan budak baru belajar lagi. Lebih kepada urusan sendiri dan beberapa perkara yang perlu diuruskan buat masa ini.
`
Tengah hari kelmarin aku dapat berita mengatakan bapa kepada majikanku meninggal dunia. Terus terkeluar dar mulutku Innalillahiwainna ilaihiroj’un (Daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan). Bapanya meninggal di hospital manakala majikanku kini masih lagi berada di Mekah dalam menunaikan fardhu haji bersama isterinya. Sepatutnya penerbangan pulangnya pada hari khamis nanti terus dipercepatkan setelah mendapat berita sedih ini. Takziah aku ucapkan pada majikanku sekeluarga. Setelah selesai urusan di hospital dan aku dapat makluman akan dikebumikan petang itu juga aku dan beberapa orang kawan tempat sekerja turut serta pergi untuk ziarah. Kami datang agak lewat setelah asar dan jenazah terus dibawa ke kawasan pekurburan. Melangkah masuk sahaja salam diberi kepada seluruh warga kawasan perkuburan tersebut diucapkan, “Salam sejahtera ke atas kamu sekalian wahai penghuni kubur. Semoga Allah mengampuni kami juga kamu dan kamu telah mendahuli kami, pasti kami juga akan menyusuri kamu suatu hari nanti.” Sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga turut datang beramai-ramai untuk kali terakhirnya buat mengiringi jenazah allahyarham.
`
Jelas nampak kesugulan di wajah ahli keluarga arwah dan juga sahabat handai. Manakala kaum wanita yang datang juga tak kurang ramainya. Dianggarkan lebih daripada 40 orang beserta kanak-kanak. Kanak-kanak masing-masing dengan keletah tersendiri yang bagi aku masih belum boleh untuk ambil iktibar dengan semua ini. Apabila jenazah diturunkan ke liang lahad, terasa gentar di hati ini. Aku juga satu hari nanti pasti dalam keadaan yang sama. Apa yang aku ada sekarang ni dah cukup ke bekal untuk aku masuk alam tu. Sebabnya masa untuk ke sana tidak kira usia. Apabila tiba masanya pasti tidak akan dipercepatkan mahupun diperlambatkan barang sesaat. Allahuakbar.. Terasa sedikit keinsafan di lubuk hati ini.
'
Apabila tanah dikambus, seperti biasa talqin diadakan ditekongi oleh imam qariah agaknya. Masing-masing mengambil tempat dikeliling, dipenjuru dan kawasan-kawasan yang boleh untuk diduduki. Ada sesetengahnya aku lihat duduk dibenteng-bentang kubur yang berada disitu. Kebanyakan kubur-kubur kawasan ini aku lihat dibuat umpama binaan batu bata mengelilingi kubur beserta binaan kerusi disebelah kubur. Banyak yang sebegitu rupa. Ada sesetengahnya umpama kubur orang-orang bangsawan dengan binaan yang indah-indah. Allahuakbar. Kawasan orang kenamaan agaknya disini terlintas difikiran aku ketika itu. Setahu aku binaan-binaan seperti ini dilarang, dan andai sebegini dibuat umpama mereka yang empunya tanah kubur disitu. Padahal tanah kubur adalah tanah wakaf. Tak tahulah pula kalu lot disitu telah dibeli oleh orang. Kebiasaannya yang sebegini cuma orang-orang cina dan mat salleh je yang setahu aku. Astaghfirullahal a’zim. Bukan maksud aku samakan semua di sini sebegitu, cuma perlakuan membuat dan menghias kuburan yang dibuat diumpamakan.
`
“RasuluLlah saw melarang menembok kubur, duduk di atasnya dan membina bangunan di atasnya.” (Sahih Muslim, 970, al-Albani, sahih al-Jaami’ 6841). Komentar Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnahnya, maksud menembok ialah membina dengan adunan konkrit. Hikmah larangan ini ialah kubur itu bersifat sementara dan termasuk perhiasan dunia yang tidak selayaknya bagi mayat.

Bab-bab talqin ni pun panjang perbahasannya kalau nak dihuraikan. Yang pasti aku bukan ahlinya untuk aku hurai di sini. Tapi bagi aku nak buat pun untuk yang hidup ni ambil iktibar, sekadar nak meraikan juga apa yang sudah lama dibuat. Tapi yang pasti semasa imam baca talqin ni, aku lihat tak ramai yang memberi perhatian, manakala yang lain ada yang bersembang-sembang, cakap di telefon dan sebagainya. Macam mana untuk ambil iktibar dari apa yang disampaikan sekiranya tidak dihayati apa yang dibacakan imam. Tentang duduk dikawasan kubur juga sebenarnya dilarang dalam agama, tapi aku lihat macam ramai yang tidak mengetahui. Padahal memang ianya dilarang oleh Nabi sendiri tentang perkara ini.
`
“Lebih baik salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api hingga membakar pakaian dan kulitnya daripada duduk di atas kubur” (HR. Muslim no. 971 dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu).

“Janganlah duduk di atas kubur dan jangan pula solat menghadapnya” (HR. Muslim no. 972 dari Abu Martsad Al-Ghanawi radliyallaahu ‘anhu).
`
Apabila selesai je aku dan sahabat-sahabat terus pulang ke rumah. Sampai dah agak lewat dah masuk waktu maghrib. Lepas je solat, aku dapat panggilan menjemput aku datang untuk majlis kenduri di rumah arwah. Jarak tempat aku tinggal ke rumah arwah bukan dekat, sekurang-kurangnya 45 minit juga perjalanan. Aku menolaknya dengan baik dengan mengatakan amik masa jauh juga nak pergi sana tu padahal memang hati agak keberatan nak penuhi hajat mereka. Hari ini juga aku dapat jemputan untuk hadiri sekali lagi majlis yang sama di rumah arwah. Kali ini juga aku cuba menolak dengan baik dengan mengatakan aku ada sesi kuliah di luar dan aku kena hadiri sebab memang kebiasaan aku akan keluar waktu maghrib dan isyak. Kawan-kawan menerima alasan aku itu.
`
Sebenarnya berkaitan dengan kenduri arwah ni bersebab aku menolak untuk hadiri walaupun atas jemputan. Sebenarnya setelah aku hadiri satu kuliah berkaitan dengan hal kenduri arwah ini sebenarnya amalan yang kita sering buat ini agak kurang bertepatan dengan syariat agama. Kebiasaannya selepas je kenduri malam tu akan dibuat kenduri oleh keluarga si mati untuk sedekahkan pada arwah. Kadang-kadang tu 3 hari berturut-turut. kemudian hari ke-7 dan seterusnya hari ke-40 dan ke-90. Macam tu la kebiasaannya masyarakat kita. Sepatutnya andai keluarga seseorang itu meninggal dunia, orang lain yang patut menyediakan makan minum buat keluarga tersebut sebab keluarga tersebut dalam kedukaan seperti yang berlaku pada keluarga saidina Jaafar, Nabi saw menyuruh para sahabat menyediakan makanan untuk keluarga Jaafar sebab keluarga Jaafar ditimpa musibah.
`
"Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far ! Kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka apa yang menyibukkan mereka (yakni musibah kematian).” (Hadits Sahih, riwayat Imam Asy Syafi’i ( I/317), Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad (I/205))
`
Itu yang sepatutnya dibuat, bukan kita menyusahkan keluarga si mati dengan terpaksa membuat kenduri lagi dan sebagainya. Bukan perkara mudah sebenarnya untuk buat kenduri ni. Disamping belanja yang agak besar daripada biasa, banyak perkara lain yang nak diurus sepanjang majlis. Bagaimana pula bagi keluarga yang yang kurang berkemampuan. Yang meninggalnya si bapa, maka tinggallah si ibu dan anak yang ramai. Dah la si ibu surirumah sepenuh masa tidak bekerja, anak-anak pula semuanya masih bersekolah. Dari mana nak digagahkan juga untuk buat kenduri tu kalu tak menggunakan duit yang ditinggalkan si ayah. Sesungguhnya haram bagi sesiapa yang memakan harta anak yatim ni jelas hukumnya dalam syarak. Tapi bila babit dengan kenduri umpama tak berlaku sahaja. Tak pasti la pula apa hujah masyarakat kita tentang ini. Bila timbul perkara ni ada yang kata, buat kenduri tu bukan duit si mati, tetapi duit anak-anak yang bekerja dan sebagainya. Sampaikan ada disesetengah tempat apabila ada kematian tetapi tidak dibuat kenduri oleh keluarga si mati akan dipandang serong oleh masyarakat setempat. Tapi yang pasti ikut pemahaman aku yang serba dhaif dan dangkal ni andai masih melibatkan kaum keluarga yang terdekat seperti contoh anak ke, cucu ke dan sebagainya masih dikategorikan keluarga si mayat dan hukumnya masih sama. Hujah tentang itu aku dah lupa, tapi yang pasti ulama syafi'iyah sendiri dan imam syafie melarang tentang ini. Mungkin aku akan lampirkan pada keluaran yang lain tentang nas dan hujah tentang ini.
`
Berdasarkan hujah aku di atas, aku tak bermaksud menolak secara total kenduri arwah ni. Tapi apabila melibatkan perkara yang membuatkan kita jadi was-was dengan apa yang kita buat, baik kita tinggalkan. Bukan was-was yang sebagaimana, sebab tak mahu terlibat dengan apa yang dilarang dalam syarak walaupun ianya sudah bersemi dalam amalan masyarakat kini. Kadang-kadang sesetengah orang nak buat sebagai kenduri untuk memberi orang makan dan sebagainya. Itu baik sebab kenduri niat bersedekah dianjurkan dalam Islam. Tetapi apabila dibuat dalam tempoh masih bersedih (keadaan berkabung), maka ada ulama mengharamkannya. Ini yang aku takutkan kerana dianggap seperti meratapi mayat juga bagi sesetengah pendapat. Dalam bab ini pasti banyak percanggahan pendapat daripada banyak pihak.
'
Dari Jarir bin ‘Abdillah Al-Bajaly radliyallaahu ‘anhu, dia berkata : “Kami (para shahabat) menganggap berkumpul-kumpul di rumah keluarga mayat, serta penghidangan makanan oleh mereka (kepada para tetamu) merupakan sebahagian daripada niyahah (meratapi mayat)” (HR. Ahmad nombor 6905 dan Ibnu Majah nombor 1612).
`
Telah berkata Imamnya para Ulama, mujtahid mutlak, lautan ilmu, pembela Sunnah. Al-Imam Asy-Syafi’iy di kitabnya ‘Al-Um” (I/318), “Aku benci al ma’tam yaitu berkumpul-kumpul di rumah ahli mayat meskipun tidak ada tangisan, kerana sesungguhnya yang demikian itu akan memperbaharui kesedihan”.
'
Telah berkata Imam Ibnu Qudamah, di kitabnya Al Mughni (Juz 3 halaman 496-497 cetakan baru ditahqiq oleh Syaikh Abdullah bin Abdul Muhsin At Turki ) : “Adapun ahli mayat membuatkan makanan untuk orang ramai maka itu satu hal yang dibenci ( haram ). Kerana akan menambah kesusahan di atas musibah mereka dan menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka dan menyerupai perbuatan orang-orang jahiliyyah."
'
Tak mengapalah, aku pun bukan arif untuk hujahkan lebih lanjut. Aku juga orang awam dan kebanyakan dan mampu buat apa aku rasa lebih menepati apa yang syarak kehendaki. Aku juga tak mahu nak tekankan sangat bab ini untuk berdebat dengan orang dan sebagainya. Andai keluarga si mati nak aku doakan buat arwah, boleh je aku buat di rumah dalam solat dan sebagainya tetapi yang sebaiknya adalah doa daripada anak yang soleh. Apa-apa amalan anak yang soleh juga merupakan saham buat ibu bapa bagi yang berada di alam sana walaupun tidak diniatkan anak itu amalannya untuk ibu dan bapa. Untungnya bagi seseiapa yang meninggalkan anak yang soleh dan jika sebaliknya dia diumpamakan oleh Nabi saw orang yang mandul kerana punyai anak tetapi tidak dapat membantunya dan mendoakannya untuk kesenangan alam barzakh dan akhirat kelak.
`
Semoga Allah limpahkan aku dengan hidayah dan taufiq untuk aku amalkan sesuatu amalan yang lebih menepati kehendak agama sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi saw dan doa akan selalu aku titipkan buat kedua ibu bapaku senantiasa yang berada di kampung halamanku, InsyaAllah..


Friday, December 12, 2008

Perkataan Empat (4) Imam Madzhab Dalam Mengikuti Sunnah

Kiranya sangat bermanfaat untuk disajikan di sini sedikit atau sebagian perkataan imam-imam mazhab yang EMPAT, dengan harapan, semoga di dalamnya terdapat pelajaran dan peringatan bagi orang yang mengikuti mereka, bahkan bagi orang yang mengikuti selain mereka yang lebih rendah darjatnya dari taqlid buta, dan bagi orang yang berpegang teguh kepada madzab-madzab dan perkataan-perkataan mereka, sebagaimana kalau madzab-madzab dan perkataan-perkataan itu turun dari langit.
`
Allah Subhanahu Wa Taala, berfirman: "Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhan-mu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainnya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (dari padanya)". (QS. Al-Araf :3)

I. ABU HANIFAH
Yang pertama-tama di antara mereka adalah Imam Abu Hanifah An-Numan bin Tsabit. Para sahabatnya telah meriwayatkan banyak perkataan dan ungkapan darinya, yang semuanya melahirkan satu kesimpulan, iaitu kewajiban untuk berpegang teguh kepada hadith dan meninggalkan pendapat para imam yang bertentangan dengannya.

1. "Apabila hadits itu sahih, maka hadith itu adalah madzhabku." (Ibnu Abidin di dalam Al-Hasyiyah 1/63)

2. "Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya". (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Intiqau fi Fadha ilits Tsalatsatil Aimmatil FuqahaI, hal. 145)

3. Dalam sebuah riwayat dikatakan:
"Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku".

4. Di dalam sebuah riwayat ditambahkan:
"Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan meralatnya di esok hari".

5. "Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan khabar Rasulullah salallahu alaihi Wa Sallam, maka tinggalkanlah perkataanku". (Al-Fulani di dalam Al-Iqazh, hal. 50)


II. MALIK BIN ANAS
Imam Malik berkata:
1. "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan kitab dan sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan sunnah, tinggalkanlah". (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami, 2/32)

2. "Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Salallhu Alaihi Wasallam". (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)

3.
Ibnu Wahab berkata, "Aku mendengar bahwa Malik ditanya tentang menyelang-nyelangi jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, "Tidak ada hal itu pada manusia. Dia berkata. Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurang, kemudian aku berkata kepadanya. Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu, maka dia berkata: Apakah itu? Aku berkata: Al-Laits bin Saad dan Ibnu Lahiah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al-Maafiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadith kepada kami, ia berkata, "Aku melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam menunjukkan kepadaku dengan kelingkingnya apa yang ada diantara jari-jari kedua kakinya. Maka dia berkata, "Sesungguhnya hadith ini adalah Hasan, Aku mendengarnya hanya satu jam. Kemudian aku mendengarnya, setelah itu ditanya, lalu ia memerintahkan untuk menyelang-nyelangi jari-jari. (Mukaddimah Al-Jarhu wat Tadil, karya Ibnu Abi Hatim, hal. 32-33)


III. ASY-SYAFII
Adapun perkataan-perkataan yang diambil dari Imam Syafii di dalam hal ini lebih banyak dan lebih baik, dan para pengikutnya pun lebih banyak mengamalkannya. Di antaranya:
1. "Tidak ada seorangpun, kecuali dia harus bermadzab dengan Sunnah Rasulullah dan menyendiri dengannya. Walaupun aku mengucapkan satu ucapan dan mengasalkan kepada suatu asal di dalamnya dari Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam yang bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Inilah ucapanku." (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir, 15/1/3)

2. "Kaum muslimin telah sepakat bahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya kerana untuk mengikuti perkataan seseorang." (Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal. 68)

3. "Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah Salallahu alaihi Wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan." (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam, 3/47/1)

4. "Apabila Hadist itu Shahih, maka dia adalah madzhabku." (An-Nawawi di dalam Al-Majmu, Asy-Syarani, 10/57)

5. "Kamu (Imam Ahmad) lebih tahu dari padaku tentang hadisth dan orang-orangnya (Rijalu l-Hadits). Apabila hadith itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku apapun ia adanya, baik ia dari kufah, Bashrah maupun dari Syam, sehingga apabila ia shahih, akan bermadzhab dengannya." ( Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy- SyafiI, 8/1)

6. "Setiap masalah yang didalamnya kabar dari Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam adalah shahih bagi ahli naqli dan bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku meralatnya di dalam hidupku dan setelah aku mati." (Al-Harawi, 47/1)

7. "Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadith Nabi yang bertentangan dengannya shahih, maka ketahuilah, sesungguhnya akalku telah bermadzhab dengannya." (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Muaddab)

8. "Setiap apa yang aku katakan, sedangkan dari nabi salallahu alaihi wa sallam terdapat hadith sahih yang bertentangan dengan perkataanku, maka hadith nabi adalah lebih utama. Oleh kerana itu, janganlah kamu mengikutiku." (Aibnu Asakir, 15/9/2)


IV. AHMAD BIN HAMBAL
Imam Ahmad adalah salah seorang imam yang paling banyak mengumpulkan sunnah dan paling berpegang teguh kepadanya. Sehingga ia membenci penulisan buku-buku yang memuat cabang-cabang (furu') dan pendapat. Oleh karena itu ia berkata:

1. "Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafii, Auzai dan Tsauri, tapi ambillah dari mana mereka mengambil." (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-Ilam, 2/302)

2. "Pendapat AuzaI, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar." (Ibnul Abdl Barr di dalam Al-Jami, 2/149)

3. "Barang siapa yang menolak hadith Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam, maka sesungguhnya ia telah berada di tepi kehancuran." (Ibnul Jauzi, 182).

Allah berfirman: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya" (An- Nisa:65),

dan firman-Nya: "Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih." (An-Nur:63).

Al-Hafizh Ibnu Rajab berkata:
"Adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang yang telah sampai kepadanya perintah Rasulullah Salallahu Alaihi Wa Sallam dan mengetahuinya untuk menerangkannya kepada umat, menasihati mereka dan memerintahkan kepada mereka untuk mengikuti perintahnya. Dan apabila hal itu bertentangan dengan pendapat orang besar di antara umat, maka sesungguhnya perintah Rasulullah salallahu alaihi wa Sallam itu lebih berhak untuk disebarkan dan diikuti dibanding pendapat orang besar manapun yang telah bertentangan dengan perintahnya di dalam sebagian perkara secara salah. Dan dari sini, para sahabat dan orang-orang setelah mereka telah menolak setiap orang yang menentang sunnah yang sahih, dan barangkali mereka telah berlaku keras dalam penolakan ini. Namun demikian, mereka tidak membencinya, bahkan dia dicintai dan diagungkan di dalam hati mereka. Akan tetapi, Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam adalah lebih dicintai oleh mereka dan perintahnya melebihi setiap makhluk lainnya.

Oleh karena itu, apabila perintah rasul itu bertentangan dengan perintah selainnya, maka perintah rasul adalah lebih utama untuk didahulukan dan diikuti. Hal ini tidak dihalang-halangi oleh pengagungan terhadap orang yang bertentangan dengan perintahnya, walaupun orang itu mendapat ampunan. Orang yang bertentangan itu tidak membenci apabila perintahnya itu diingkari apabila memang ternyata perintah Rasulullah itu bertentangan dengannya. Bagaimana mungkin mereka akan membenci hal itu, sedangkan mereka telah memerintahkan kepada para pengikutnya, dan mereka telah mewajibkan mereka untuk meninggalkan perkataan-perkataan yang bertentangan dengan sunnah."


* (Saduran daripada Mukaddimah Kitab Shifatu Shalatiin Nabii SAW, karya Al-Imam Al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin Al-Albani -rahimahullah)
`
Semoga ada manfaatnya buat diri penulis terutamanya, InsyaAllah...

Thursday, December 11, 2008

Ei'dul Adha di kampung halaman..

Ni cerita masa balik raya tempoh hari. Aku tunaikan solat sunat Ei’dul Adha kat dalam qariah je walaupun pada asalnya adik aku ajak ke masjid jelutong sebab khutbah disampaikan Ustaz Jailani. Dah lama aku tak ikut sesi pengajian Ustaz Jailani ni. Beliau lebih kepada hukum qanun syariah, nama pun peguam. Bila tiba dimasjid orang dah memenuhi masjid. Tapi agakan aku tak seramai masa solat sunat Aidilfitri. Kali ni tengok yang muslimat cuma kat bahagian atas je. Kalau tak dulu, bahagian belakang dibuka untuk muslimat juga. Kadang-kadang yang ramai tu minah-minah indon yang datang dengan bas2 kilang. Waktu kerja agaknya diberi pelepasan untuk solat. Bab dressing ni jangan kata la. Meragam habis sesetengah tu. Tak mau komen lebih2 sebab bukan nak buka topik ni.

Khutbah disampaikan oleh salah seorang ajk masjid yang mana jika ikut kebiasaan Ustaz Basyaruddin je. Tu yang agak kurang kat masjid qariah aku ni. Kurang jemputan kepada ustaz-ustaz luar baik untuk kuliah mahupun khatib berkhutbah. Paling tidak dibuka pada ustaz luar agar perubahan dalam penyampaian ilmu kepada para jemaah. Tak tau la kalau ada lagi yang masih mengawal aktiviti-aktiviti masjid ni walaupun PR dah ambil tampok pemerintahan. Bukan ini juga yang aku nak bahaskan.

Selepas habis solat sunat, aku pulang ke rumah dan bersarapan sikit dengan juadah yang ada. Lepas itu bersiap untuk ke masjid sungai ara sebab dapat tahu akan dikorbankan sebanyak 15 ekor lembu. Pakai ala kadar je sebab ingat nak juga membantu. Bila tiba dah penuh orang kat masjid. Dari kanak-kanak sampai ke orang tua. Yang muslimat pun ada juga segelintir kat sana. Mungkin ada juga yg masuk panggu (bahagian).

Masa aku sampai dah korban yang ke-3 kalu tak salah. Biasalah tempat yang jadi perhatian orang dekat tempat lembu nak disembelihkan. Inilah peranannya anak2 muda qariah membantu. Riuh rendah juga dibuatnya terutama semasa nak tarik lembu ke tempat penyembelihan. Ada juga yang melawan. Standard la kan, tak semua yang ikut senang-senang je ke tempat penyembelihan.

Di sini aku jumpa ramai sahabat2 lama. Terutama semasa aku di alam sekolah rendah. Sekolah pun kat situ kan. Member2 lama masa aktif main bola dan sebagainya. Sebelum ni walaupun balik kampung payah nak jumpa depa ni. Lepas bersalam je, pasti yang kuar dari mulut, “Eh, hg dah kenduri ka? Tak jemput pun..” Senyum kelat je la dapat nak sedekahkan. Dalam banyak2 topik, topi ni juga yang depa nak mula sembang. Kadang2 tu saja aku katakan, "Aaaah, dah. dah anak dua pun." Tau la ramai yang dah lepas, aku dan beberapa kerat je belum lagi. Bab ni pun dah diperpanjangkan dalam artikel2 yang lepas.

Tak banyak sangat perubahan yang aku tengok kawan2 aku ni seperti Onn, Anuar, Herman, Abg Mie, Abg Mokhtar, Jasmie, Firdaus, Awang, Hazril dan beberapa kawan yang lain. Kalau sembang dengan yang dah kawen tanya la dah dapat orang baru belum, family macam mana, keje mana sekarang, aktif lagi ka main bola dan sebagainya. Di samping sembang dengan depa, akan tanya juga perkembangan kawan2 yang lain yang aku dah lama tak dengar berita. Dok perantauan dan jarang2 balik, mana la nak tau pasai orang2 kat sini sangat.

Dengan yang aku rasa boleh sembang tanya juga apa perkembangan masjid al-huda dan sebagainya. Info kebanyakannya kata lebih kurang macam dulu juga. Kat sungai ara ni pun satu hal, sebab ada 2 masjid bersebelahan. Satu masjid lama dan satu masjid yang baru. Ada beberapa orang2 muda tak berapa nak ngam (sefahaman) dengan orang2 tua masjid cuba untuk hidupkan juga masjid lama ni dengan solat jemaah dan sebagainya. Dalam bab ni aku kurang menyebelahi orang muda sini kerana bagi aku, andai dah tetapkan ada solat jemaah tiap-tiap waktu di masjid yang baru, mengapa perlu lagi buat jemaah di masjid lama. Bukankah ini akan menimbulkan perpecahan. Perkara ni dulu pernah ditegur oleh Dr. Danial merangkap anak qariah kepada golongan muda. Tapi aku sendiri tak pasti sangat apa isi kandungan sebenar sebab disampaikan melalui orang. Bagi aku, niat nak hidupkan masjid lama baik, tapi mestilah kena dengan caranya. Panjang nak diusulkan lagi bab ni. Perkara ni aku cuma lontarkan pandangan pada sahabat aku yang kerap juga bersama mereka ini walaupun aku tak dapat nak sampaikan secara langsung dengan mereka. Tinggalkan dulu bab ini.

Dalam kemeriahan suasana di masjid, aku juga dapat kupon yang diedarkan. Sementara masih menunggu siap kesemuanya untuk dibahagikan, pihak masjid buat hidangan nasi dan gulai daging untuk hadirin. Dah orang buat kenduri, kita makan je. Lepas makan ingat nak amik la daging gunakan kupon, tapi masa itu ditempat pengagihan daging dah kehabisan stock yang ada. Kena tunggu kejap menurut orang yeng bertugas. Dalam dok menunggu, azan berkumandang dan aku ambil keputusan solat dulu nanti ambil kemudian. Lepas je solat, bila ke tempat pengagihan dah kurang orang. Aku lihat tiada lagi pengagihan daging dibuat dan aku lihat dalam satu besen dah penuh dengan kupon. Bermakna aku dah terlambat. Heran juga aku, takkan la masa solat tu masa tu juga semua dibuat. Walaupun aku tengok ada lagi dalam satu besen dan dah ditutup, tapi disebabkan tiada pengagihan dibuat aku jadi segan untuk dapatkan bahagian aku. Aku ambil keputusan balik sahaja. Aku anggap dah tiada rezeki aku hari tu.

`
Sampai je di rumah, beberapa minit sepupu aku datang dan bagi daging korban. Katanya tu korban yang dibuat di surau dekat qariahnya di bayan lepas. Sempat juga la merasa daging korban hari tu. Andai tak dapat sekalipun, InsyaAllah tak kempunan mana pun. Bagi aku lebih baik diagihkan kepada yang lebih berkeperluan. Aku dan keluarga kalu nak, boleh je nak beli kat kedai dan sebagainya. Itu antara tujuan dibuat korban untuk diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan faqir agar mereka rasa mereka juga tidak disisihkan oleh golongan yang berkemampuan.
`

Larangan Mendatangi Ahli Tenung dan Ahli Nujum

`
1665. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Orang-orang sama bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal ahli tenung - atau tukang meramal.* Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Tidak ada sesuatupun yang hak atau benar daripadanya." Orang-orang berkata lagi: "Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka itu memberitahukan kepada kita akan sesuatu hal yang kadang-kadang lalu menjadi kenyataan -yakni seolah-olah benar." Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda: "Itulah sesuatu kalimat hak - yakni merupakan kebenaran - yang disambar oleh seorang jin, kemudian disampaikan - dibisikkan -dalam telinga kekasihnya, kemudian dengan sebuah kalimat yang benar itu oleh ahli tenung tadi dicampurkannya dengan seratus macam kedustaan." (Muttafaq 'alaih)
`
Dalam riwayat Imam Bukhari dari Aisyah radhiallahu 'anha disebutkan bahawasanya Aisyah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya malaikat itu turun ke mega - yakni awan, kemudian menyebutkan sesuatu perkara yang sudah diputuskan di langit, lalu syaitan itu memasangkan pendengarannya untuk mencuri isi keputusan tadi, selanjutnya setelah didengarkan baik-baik, ia pun lalu menyampaikannya kepada ahli tenung. Seterusnya ahli tenung tadi membuat kedustaan seratus macam banyaknya yang keluar dari hatinya sendiri, di samping satu yang dari syaitan tersebut - yang dianggap sebagai kebenaran. Sabdanya: fa-yaqurruha dengan fathahnya ya' dan dhammahnya qaf serta ra', ertinya ialah menyampaikannya. Al'anan dengan fathahnya 'ain.
`
*Kahin yang dapat diertikan tukang tenung, ahli ramal, ahli nujum dan yang semacamnya itu pekerjaannya ialah memberikan khabar perihal keadaan yang akan terjadi di masa yang akan datang. la mengaku bahawa ia dapat mengetahui segala macam rahsia. Di kalangan bangsa Arab ada kahin-kahin itu, di antaranya ada yang mengaku bahawa dirinya adalah pengikut jin yang daripadanya ini dapatlah menerima berita-berita, di antaranya lagi ada yang mengaku dapat mengetahui segala macam persoalan dengan mengemukakan beberapa macam persoalan dan mengemukakan beberapa macam sebab-musabab yang menunjukkan akan kejadian-kejadian yang akan datang itu, yakni dengan mendengar pembicaraan orang yang akan datang itu, yakni dengan mendengar pembicaraan orang yang menanyakannya, kelakuannya atau hal-ehwa! keadaannya.
`
Golongan ini mereka khususkan sebutannya dengan gelar 'Arraf - ahli terka yang dapat mengetahui berbagai persoalan, misalnya ialah yang mengaku dapat mengetahui barang-barang yang tercuri, tempat barang yang hilang dan sebagainya. Hadis yang menyebutkan: "Barangsiapa yang mendatangi kahin - yakni tukang tenung dan sebagainya itu," sudah mengandung pengertian untuk tidak bolehnya mendatangi segala macam ahli kekahinan, penujuman, ramalan, penerkaan dan sebagainya. Intaha.
`
`
1666. Dari Shafiyah binti Ubaid dari salah seorang isteri Nabi s.a.w. - radhiallahu 'anha dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Barangsiapa yang mendatangi tukang tilik, lalu menanyakan sesuatu hal kepadanya, kemudian membenarkannya - yakni mempercayainya, maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Riwayat Muslim)
`
`
1667. Dari Qabishah bin al-Mukhariq r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Peramalan dengan garis-garis, penengokan peruntungan -atau nasib - serta pembentakan burung-untuk melihat untung rugi, semuanya adalah dari perbuatan sihir - atau pertenungan." Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan.
`
la berkata: Aththarqu artinya membentak, maksudnya ialah memjentak burung dengan pengertian bahawa ia akan memperolehi keuntungan atau kecelakaan dengan melihat ke arah mana terbangnya burung itu. Jikalau terbang ke kanan, maka merasa dirinya akan memperoleh keuntungan, sedang jikalau ke kiri, maka dirinya akan mendapatkan celaka."
`
Abu Dawud berkata lagi: Al'iyafah ialah tulisan yakni peramalan dengan menggunakan - atau melihat - garis-garis.
`
Al-Jauhari berkata dalam kitab Ashshahab: Aljibtu adalah kalimat yang dimutlakkan pada berhala, tukang tenung, ahli sihir dan sebagainya.
`
`
1668. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mencari satu macam ilmu pengetahuan dari golongan ilmu penujuman, maka berertilah ia telah mencari suatu cabang dari ilmu sihir. Bertambah ilmu sihirnya itu sebanyak tambahnya dalam ilmu penujuman tadi." Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan shahih.
`
`
1669. Dari Mu'awiyah bin al-Hakam r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya ini baru saja meninggalkan kejahiliyahan dan Allah telah mendatangkan Agama Islam. Di antara kita banyak orang yang mendatangi ahli tenung itu, bagaimanakah itu kedudukannya?" Beliau s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau mendatangi ahli tenung itu." Saya berkata lagi: "Di antara kita ada pula orang yang merasa akan mendapat nasib buruk." Beliau s.a.w. bersabda: "Hal itu adalah sesuatu yang mereka dapatkan dalam hati mereka sendiri, maka tentulah tidak dapat menghalang-halangi mereka - yakni hal itu tidak akan memberikan bekas apa pun kepada mereka, baik kemanfaatan atau kemudharatan." Saya berkata pula: "Di antara kita ada pula orang-orang yang meramalkan nasibnya dengan menggunakan garis-garis." Beliau s.a.w. bersabda: "Dahulu ada seorang Nabi dari golongan para Nabi, ia membuat ramalan dengan garis, maka barangsiapa yang sesuai dengan garis itu, ialah yang memperoleh nasibnya." (Riwayat Muslim)
`
`
1670. Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang dari harga anjing - yakni menggunakan wang dari hasil penjualan anjing, juga dari upah hasil perzinaan serta dari pembayaran yang diperoleh tukang tenung - dukun juru terka kerana penenungannya." (Muttafaq 'alaih)
`
* Diambil daripada Kitab Riyadhus Solihin (karangan Imam Nawawi)