Sunday, November 30, 2008

Tafakur..




Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janjiMu Tuhan
Bantuan diperjuangan

Ku titiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Ya Allah Ya Tuhanku
Kusujud pada kudratMu
Kuserahkan jiwa dan ragaku
Pada takdir irodatMu

Pimpinlah daku dalam redhaMu
Kasihi daku dalam rahmatMu
Hanya padaMu aku mengadu
Ya Allah Ya Tuhanku..

~Zikraa~



Ya Allah Ya Tuhanku
Pandanglah aku dgn rahmatMu
Pandanglah aku dgn belas ihsanMu
Pandanglah aku dengan kasih syangMu
Sesungghnya hanya Kau yg mengetahui isi hati ini
Yg tersurat mahupun tersirat
Kuserah segalanya padaMu dlm menentukan
Janganlah Kau beri diriku utk mengawal dri ini
Sekiranya tiada petunujuk dariMu pasti aku akan hanyut
Sehanyut-hanyutnya dgn godaan duniawi ini

Bantulah hambaMu ini dlm menjalani hidup yg makin mencabar ini
Dalam mencari keredhaanMu dlm penghidupan yg sementara ini
Cuba untuk aku amalkan sunnah NabiMu dalam penghidupan
Makin besar gelombang yg aku hadapi
Tempias dari dalam dan luar penghidupan
Yg pasti tak ada satu kuasa yg dpt bg mudharat mahupun manfaat selain dgn izinMu
Janganlah Kau putuskan hidayah yg telah Kau berikan ini
Dgn ujian yg tak mampu utkku hadapi
Sesungghnya segala yg baik dan buruk semuanya datang dr sisiMu.......

Kecemburuan hati..

Alhamdulillah, baru lps mandi dan smbil bersantap dgn mknan yg bru aku beli semasa pulang dr msjd subang perdana td. Mcm mna la td ni blh terlelap smpai dah msuk mghrib pun aku tak sedar. Astaghfirullahal az’zim. Lps buat isyak kat bilik kelam kabut jg p sbb tau dah mlm ni ada kuliah. Mujuq jg la ustaz sobri lanjutkan smpai 2030. klu tak rugi la aku. Ni la sbb dok sorg2 kat cni, kwn2 mna p ntah. Smua dgn urusan masing-masing. Sekarang ni, aku dah ada aktiviti baru. Dah pandai sikit-sikit buat blog ni, boleh la nak luah apa yg terpendam dalam diri ni dengan penulisan. Walaupun mungkin tak setara mana, paling kurang utk aku sendiri tatapi bg muhasabah diri.

Berbalik pd sesi kuliah td, ustaz sobri arshad satu nama yg tak asing bg aku sejak di penang dl. Selalu jg ikut kuliah2 beliau dan Alhamdulillah, kali ini berkesempatan walaupun aku berada di luar. Subhanallah, sambutan masyarakat setemapt area subang perdana ini mmg aku respek. penuh ruang masjid dgn smua yg dahagakan ilmu agama. tak ketinggalan jg kaum2 ibu dan muslimat. mcm kuliah ustaz shamsuri ahmad la pl aku tgk. smpai aku nak buat solat tahiyatul masjid pun kna buat kat luar dari dewan solat. klu kat penang, kebiasaan kuliah ustaz sobri arshad ni xde la sepenuh ni jemaah yg dok ikut. ini smua dgn kehendak Allah dan jg tungkus lumus ajk masjid aku rasa bnyk main peranan.

Antara isi kandungan kuliah yg masih segar dlm kepala (sebab tak bawa pen dan buku) kena selalu dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi saw agar kt boleh mendapat syafaat Nabi saw di alam akhirat nanti. Perbanyakkan Istighfar krn dlm seharian berapa banyak kt telah melakukan kesalahan setiap anggota pancaindera kita. Walaupun perkara ini sering aku dengar dlm sesi2 kuliah, tp aku sndri kerap kali lalai utk trus istiqomah dlm melakukannya. Truknya drimu wahai insan yg kerdil…

Setiap jemaah disertakan dgn kertas rujukan apa yg diperbicangkan. tp sikit yg aku agak blh utk ditambah baikkan klu ustaz turut meletakkan sumber rujukan hadith2 yg diambil utk tatapan jemaah dlm kertas. itu lbh baik. sbb dr segi pengamalan ibadah ni sebaiknya kt tau sumber mna yg kt ambil utk diamalkan. sbb Islam ini berdiri atas nas dan dalil. apapun bab ni aku respek sbb xsmua org2 alim sanggup utk habiskan duit utk fotostat bg kat jemaah. Pasti bnyk saham yg dia akan peroleh nanti utk itu.

Aku terusik dgn satu kenyataan ustaz yg mengatakan esok dia akan memberi kuliah di sbuah msjid (aku tak ingat nama masjid) di kelana jaya yg mana setelah 10 tahun dia di GAM dr memberi kuliah. Dahulu dia berumur 35 tahun dan kini 45 tahun baru blh utk memberi ceramah kembali. Mgkn dr segi pentadbiran dahulu yg agak berlainan dgn sekarang. Ulasan utk itu aku tangguhkan dahulu. Mmg dilubuk hati ni timbul kecemburuan bila tgk org2 alim sebegini yg begitu gigih dlm memperjuangkan agama Allah. Dgn skrg dia msih dlm usaha utk bangunkan skolah agamanya (maahad tahfiznya). Hati mana yg tak cemburu. Sumbangan dia pd agama begitu bnyk. Sama jg bila aku buat perbandingan dgn org2 alim yg lain. Sbg contoh seorg alim sama baya dgn aku, ustaz Ramdhan Fitri yg skolah Al-Mashoor dl kini menjadi sebutan di kalangan masyarakat setemptku di penang. Bkn populaiti yg aku mksdkan, tp sumbangan mereka pd agama. Tetapi aku, apa yg aku buat utk agama? Kdg2 utk pengamalan sendiri pun selalu tersasar. Tu yg selalu bila aku muzakarahkan dgn shbat2 yg belajar agama, pasti gap ini aku terasa. Beruntung mereka krn Allah mudahkan kpd mereka utk dalami agamaNya dan dismpaikan pd org ramai. Kdg2 aku utk dakwah secara terus dgn kwn2 pun umpama tak berupaya. Skdar mampu utk aku tunjukkan akhlak dan hint secara tak langsung.
Lemahnya aku ini di samping manusia, lbh2 lg di sisiMu Ya Allah…

Bg diriku mgkn bnyk jg yg aku tak dpt utk dalami secara penuh bidang agama ini, tp InsyaAllah aku akan cuba pastikan secara tak langsung nanti zuriat aku akan cuba aku salurkan ke bidang itu. Smua ini utk kebahagiaan duniawi dan jg ukhrawi. So, mulai skrg ni aku kna mantapkan dl diri ini dan dlm msa yg sama bykkan berdoa agar apa yg aku impikan utk msa yg akan dtg ini jd kenyataan, InsyaAllah. Smuanya tak mustahil di sisi Allah…

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kpd kami isteri2 kami dan keturunan2 kami sbg penyejuk hati kami, dan jdkanlah kami imam bg org2 yg bertaqwa..."
(25:74)

Panduan untuk rakan muslimat (bakal berwalimah)

Sifat-sifat Istri Solehah...

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” (An-Nisa: 34)

Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa‘di rahimahullah berkata: “Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, karena itulah Allah berfirman: “Wanita solehah adalah yang taat,” yakni taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, “Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada.” Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada (sedang bepergian, pen.), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.” (Tafsir Al-Karimir Rahman, hal.177)

Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menghadapi permasalahan dengan istri-istrinya sampaibeliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan kepada Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa sallam:
“Jika sampai Nabi menceraikan kalian,7 mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, ‘abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis.” (At-Tahrim: 5)


Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan beberapa sifat istri yang solehah yaitu :
  • Muslimat: wanita-wanita yang ikhlas (kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala), tunduk kepada perintah Allah ta‘ala dan perintah Rasul-Nya.
  • Mukminat: wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala
  • Qanitat: wanita-wanita yang taat
  • Taibat: wanita-wanita yang selalu bertaubat dari dosa-dosa mereka, selalu kembali kepada perintah(perkara yang ditetapkan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam walaupun harus meninggalkan apa yangdisenangi oleh hawa nafsu mereka.
  • 'Abidat: wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (dengan mentauhidkannya karena semua yang dimaksud dengan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur’an adalah tauhid, kata Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma).
  • Saihat: wanita-wanita yang berpuasa. (Al-Jami‘ li Ahkamil Qur’an, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir,8/132)

“Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai.” (HR. Ahmad 1/191, dishahihkan Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Dari dalil-dalil yang telah disebutkan di atas, dapatlah kita simpulkan bahwa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
  1. Mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan mempersembahkan ibadah hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
  2. Tunduk kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti shalat, puasa, bersedekah, dan selainnya. Membenarkan segala perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
  3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah.
  4. Selalu kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan bertaubat kepada-Nya sehingga lisannya senantiasa dipenuhi istighfar dan dzikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang laghwi, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta, ghibah, namimah, dan lainnya.
  5. Mentaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
  6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yanghendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar. Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat istri solehah lainnya boleh kita perinci sperti berikut ini berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan setelahnya:
  1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya.Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Maukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni syurga yaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau ridha.”(HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257. Silsilah Al-Ahadits Ash Shahihah, Asy-Syaikh Al Albanirahimahullah, no. 287)
  2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur,pakaian, dan yang semacamnya.
  3. Menjaga rahasia-rahasia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya. Asma’ bintu Yazid radhiallahu 'anha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya: “Barangkali ada seorang suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (saat berhubungan intim), dan barangkali ada seorang isteri yang mengkhabarkan apa yang diperbuatnya bersama suaminya?” Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: “Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami).” Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Jangan lagi kalian lakukan, karena yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya.” (HR. Ahmad 6/456, Asy-Syaikh Al Albanirahimahullah dalam Adabuz Zafaf (hal. 63) menyatakan ada syawahid (pendukung) yang menjadikan hadits ini shahih atau paling sedikit hasan)
  4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang. “Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, yaitu isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya dan bila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya”. (HR. Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57: “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)
  5. Ketika suaminya sedang berada di rumah (tidak bepergian/ safar), ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta‘ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa (sunnah) sementara suaminya ada (tidak sedang bepergian) kecuali dengan izinnya”. (HR. Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)
  6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya, karena Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda: “Diperlihatkan neraka kepadaku, ternyata aku dapati kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita yang kufur.” Ada yang bertanya kepada beliau: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab: “Mereka mengkufuri suami dan mengkufuri (tidak mensyukuri) kebaikannya. Seandainya salah seorang dari kalian berbuat baik kepada seorang di antara mereka (isteri) setahun penuh, kemudian dia melihat darimu sesuatu (yang tidak berkenan baginya) niscaya dia berkata: “Aku tidak pernah melihat darimu kebaikan sama sekali.” (HR. Al-Bukhari no. 29 dan Muslim no. 907). Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam juga pernah bersabda: “Allah tidak akan melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya padahal dia memerlukannya.” (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa. Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 289)
  7. Bersegera memenuhi ajakan suami untuk memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syar‘i, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, karena ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak (enggan) melainkan yang di langit murka terhadapnya hingga sang suami redha padanya.” (HR. Muslim no.1436) “Apabila seorang isteri bermalam dalam keadaan meninggalkan tempat tidur suaminya, niscaya para malaikat melaknatnya sampai ia kembali (ke suaminya).” (HR. Al-Bukhari no. 5194 dan Muslim no. 1436)

* suntingan Penulisan : Al-Ustadzah Ummu Ishaq Zulfa Husein Al-Atsariyyah (Istri Shalihah, Keutamaan dan Sifat-Sifatnya)

Panduan untuk rakan Muslimin (bakal berwalimah)

Seorang muslim yang soleh, ketika membangun mahligai rumah tangga maka yang menjadi dambaan dan cita-citanya adalah agar kehidupan rumah tangganya kelak berjalan dengan baik, dipenuhi mawaddah wa rahmah, sarat dengan kebahagiaan, adanya saling ta‘awun (tolong menolong), saling memahami dan saling mengerti. Dia juga mendamba memiliki isteri yang pandai memposisikan diri untuk menjadi naungan ketenangan bagi suami dan tempat beristirehat dari rutin kehidupan di luar. Ia berharap dari rumah tangga itu kelak akan lahir anak turunannya yang soleh yang menjadi qurratu a‘yun (penyejuk mata) baginya.

Demikian harapan demi harapan dipanjatkannya sambil meminta kepada Ar-Rabbul A‘la (Allah Yang Maha Tinggi) agar dimudahkan segala urusannya. Namun tentunya apa yang menjadi dambaan seorang muslim ini tidak akan terwujud dengan baik terkecuali bila wanita yang dipilihnya untuk menemani hidupnya adalah wanita solehah. Karena hanya wanita solehah yang dapat menjadi teman hidup yang sebenarnya dalam suka maupun lara, yang akan membantu dan mendorong suaminya untuk taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hanya dalam diri wanita solehah tertanamnya aqidah tauhid, akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur.

Berkata Al-Qadhi ‘Iyyadh rahimahullah: “Tatkala Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menerangkan kepada para sahabatnya bahwa tidak berdosa mereka mengumpulkan harta selama mereka menunaikan zakatnya, beliau memandang perlunya memberi khabar gembira kepada mereka dengan menganjurkan mereka kepada apa yang lebih baik dan lebih kekal yaitu isteri yang solehah yang cantik (lahir batinnya) karena ia akan selalu bersamamu menemanimu. Bila engkau pandang menyenangkanmu, ia tunaikan keperluanmu bila engkau memerlukannya. Engkau dapat bermusyawarah dengannya dalam perkara yang dapat membantumu dan ia akan menjaga rahasiamu. Engkau dapat meminta bantuannya dalam keperluan-keperluanmu, ia mentaati perintahmu dan bila engkau meninggalkannya ia akan menjaga hartamu dan memelihara/mengasuh anak-anakmu.” (‘Aunul Ma‘bud, 5/57)

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan2 dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah.” (HR. Muslim no. 1467)

“Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, yaitu istri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya.” (HR. Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57: “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)

“Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas lapang, tetangga yang soleh, dan tunggangan (kenderaan) yang nyaman. Dan empat perkara yang merupakan kesengsaraan yaitu tetangga yang jelek, isteri yang jelek (tidak solehah), kenderaan yang tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit.” (HR. Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, dishahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al- Jami’ush Shahih, 3/57)

Ketika Umar ibnul Khaththab radhiallahu 'anhu bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam: “Wahai Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki?” Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab: “Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa berdzikir dan isteri mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat.” (HR. Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah no. 1505)

“Wanita itu dinikahi karena empat perkara yaitu karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya, dan karena agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)
Empat hal tersebut merupakan faktor penyebabdipersuntingnya seorang wanita dan ini merupakan pengkhabaran berdasarkan kenyataan yang biasa terjadi di kalangan manusia, bukan suatu perintah untuk mengumpulkan perkara-perkara tersebut, demikian kata Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah. Namun dzahir hadits ini menunjukkan boleh menikahi wanita karena salah satu dari empat perkara tersebut, akan tetapi memilih wanita karena agamanya lebih utama. (Fathul Bari, 9/164)

* petikan penulisan : Al-Ustadzah Ummu Ishaq Zulfa Husein Al-Atsariyyah (Istri Solehah, Keutamaan dan Sifat-Sifatnya)

Aku dan kehidupan....

Hari ini satu lg jemputan walimah ku perolehi. maklum sahaja, cuti persekolahan la katakan. tak putus-putus jg jemputan dr sahabat2. ramai dah menginjak ke alam yg baru dlm fasa kehidupan. bermula dr kwn2 skolah rendah, menengah, poli dan juga kwn di Utem dl. teringat msa dl waktu bersama, tp kini smua dah berlalu. masing2 punyai kehidupan tersendri. begitu jg dgn driku ini.ttp aku tetap aku. mgkn jg aku dl seperti mereka punya impian dan matlamat hdup utk ke arah yg sama. tp kini smua tinggal nostalgia yg mana bgku smua itu dah tiada lg utk aku nikmati dlm jgka msa terdekat walaupun pd asalnya tercatat dlm kamus hidup. hnya pdNYA aku berserah segala ketentuan dri ini. buat msa ini utk driku sndri aku dah xletak apa2 pengharapan just dismping career aku, family aku utamakan. at least aku nak bg apa yg blh utk ayahanda, bonda dan sedara mara aku dl. utk diriku berserah smuanya dgn sgla kepasrahan hdup wpun sblm ini ada jg utk dri ni dan org lain. tp kini..................

bg teman2 yg sudi dan ingat akan diri ini dan tak lupa dlm kiriman kad jemputan diucapkan Jazakallahukhairan kathiran atas jemputan. mgkn jg tak smua dpt aku hadiri, cuma yg menjemput secara rasmi aku titipkan cenderahati kenangan sbg teman ukhwah atas ketidak hadiran dan jg doaku panjatkan agar kalian kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. tp bg yg tak menjemput jg wpun cuma perkhabaran yg aku tau tetap aku doakan yg sama, InsyaAllah. smuanya atas hak masing2 dlm jemputan yg dibuat. tp yg pasti kebanyakannya smua akan berubah setelah walimah. hakikat itu perlu aku telan. smoga kebhagiaan Allah kekalkan dlm penghidupan kalian smua...

kdg2 apb di fikirkan dri ini, adakalanya membuat keterasaan di lubuk hati. smua yg lps acap kali tersingkap bila msa diriku bersendirian di kala smua teman2 bersuka ria dgn alam masing2. kesepian menjadi teman karib saban malam dan ketika itu pasti bnyk yg akan tersingkap.aku tahu bhwa dri ini tidak bersendirian. aku ada yg lbh dkt sebenarnya jd pendamping umpama dekat dgn urat leherku. ttp asbab kelemahan dri yg membuatkan smua itu aku tak terasa. byk lg aku kna perbetulkan diri ini dan permantapkan. dah la ilmu agama krg, pengamalan dlm khdupan naik turun. tmbh pl keadaan skrg ni dgn suasana yg agak krg memberansangkan dlm konteks pergaulan kwn2. smua bergantung akan dri sndri.

aku rindukan suasana aku di tmpat kelahiranku. suasana mlm aku di sana tidak mati. ada shja kelas2 ilmu yg blh aku ikuti utk tmbh sket2 ilmu di dada. tp kini, di sini smuanya agak sukar. sbb tu dlm plan asalku nak je aku terus menetap di sana. tp Allah tentukan rezkiku di sini. aku terima dan aku kna lbh cekal utk itu. sblm ini dah temui sbuah madrasah di area shah alam, seksyen 17. pengajian sunnah yg aku peroleh dr seorg sahabat internet (nawie83). tp utk aku kerap ke sana agak bermasalah krn mghrib ketika ini awal sgt. waktu kerja hbis pkl 6 tp blk xsemestinya 6 tepat. sabtu ahad xde kuliah. subuh td di msjid subang perdana yg aku rasakan blh aku jdkan port utk itu sbb mlm ni kuliah ustaz dr png sobri arshad yg pernah aku ikuti dl akan diadakan. tp aku dah ketinggalan jumaat yg lalu dr badrul amin. mcm mna la aku xtergerak hati nak p lbh awal. alangkah ruginya aku ini. hrp2 ini titik mula yg blh aku kembali kpd rutin lama spt dahulu....

Saturday, November 29, 2008

SaBar

Dalil & Nas Al-Quranul Karim....

Allah Ta'ala berfirman:
"Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu." (ali-lmran: 200)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Nescayalah Kami akan memberikan cubaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 155)

Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya - kerana amat banyaknya." (az-Zumar: 10)

Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu nescayalah termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh." (as-Syura: 43)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 153)

Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar." (Muhammad: 31)


Dalil & Nas Hadith Nabi SAW....

26. Dari Abu Said iaitu Sa'ad bin Malik bin Sinan al-Khudri radhiallahu 'anhuma
bahawasanya ada beberapa orang dari kaum Anshar meminta - sedekah - kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau memberikan sesuatu pada mereka itu, kemudian mereka meminta lagi dan beliau pun memberinya pula sehingga habislah harta yang ada di sisinya, kemudian setelah habis membelanjakan segala sesuatu dengan tangannya itu beliau bersabda:
"Apa saja kebaikan - yakni harta - yang ada di sisiku, maka tidak sekali-kali akan ku simpan sehingga tidak ku berikan padamu semua, tetapi oleh sebab sudah habis, maka tidak ada yang dapat diberikan. Barangsiapa yang menjaga diri - dari meminta-minta pada orang lain, maka akan diberi rezeki kepuasan oleh Allah dan barangsiapa yang merasa dirinya cukup maka akan diberi kekayaan oleh Allah - kaya hati dan jiwa - dan barangsiapa yang berlaku sabar maka akan dikurnia kesabaran oleh Allah. Tiada seorangpun yang dikurniai suatu pemberian yang lebih baik serta lebih luas – kegunaannya - daripada kurnia kesabaran itu."
(Muttafaq 'alaih)


27. Dari Abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Amat menghairankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorang pun melainkan hanya untuk orang mu'min itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, ia pun bersyukur-lah, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran - yakni yang merupakan bencana - ia pun bersabar dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)


31. Dari Anas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di atas sebuah kubur. Beliau bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!" Wanita itu berkata: "Ah, menjauhlah daripadaku, kerana Tuan tidak terkena mushibah sebagaimana yang mengenai diriku dan Tuan tidak mengetahui mushibah apa itu." Wanita tersebut diberitahu – oleh sahabat beliau s.a.w. - bahawa yang diajak bicara tadi adalah Nabi s.a.w. Ia lalu mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. tetapi di mukanya itu tidak didapatinya penjaga-penjaga pintu. Wanita itu lalu berkata: "Saya memang tidak mengenai Tuan - maka itu maafkan pembicaraanku tadi." Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Hanyasanya bersabar - yang sangat terpuji - itu ialah di kala mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama." (Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Muslim disebutkan: "Wanita itu menangisi anak kecilnya - yang mati."

Keterangan:
Maksud "
Mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama," bukan bererti ketika mendapatkan mushibah yang pertama kali dialami sejak hidupnya, tetapi di saat baru terkena mushibah itu ia bersabar, baik mushibah itu yang pertama kalinya atau keduanya, ketiganya dan selanjutnya.
Jadi kalau sesudah sehari atau dua hari baru ia mengatakan: "Aku sekarang sudah berhati sabar tertimpa mushibah yang kelmarin itu," maka ini bukannya sabar pada pertama kali, sebab sudah terlambat.



32. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah Ta'ala berfirman:
"Tidak ada balasan bagi seseorang hambaKu yang mu'min di sisiKu, di waktu Aku mengambil - mematikan - kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah, melainkan orang itu akan mendapatkan syurga."
(Riwayat Bukhari)


35. Dari 'Atha' bin Abu Rabah, katanya: "Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma mengatakan padaku: "Apakah engkau suka saya tunjukkan seorang wanita yang tergolong ahli syurga?" Saya berkata: "Baiklah." Ia berkata lagi: "Wanita hitam itu pernah datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Sesungguhnya saya ini terserang oleh penyakit ayan dan oleh sebab itu lalu saya membuka aurat tubuhku. Oleh kerananya haraplah Tuan mendoakan untuk saya kepada Allah - agar saya sembuh." Beliau s.a.w. bersabda: "Jikalau engkau suka hendaklah bersabar saja dan untukmu adalah syurga, tetapi jikalau engkau suka maka saya akan mendoakan untukmu kepada Allah Ta'ala agar penyakitmu itu disembuhkan olehNya." Wanita itu lalu berkata: "Saya bersabar," lalu katanya pula: "Sesungguhnya kerana penyakit itu, saya membuka aurat tubuh saya. Kalau begitu sudilah Tuan mendoakan saja untuk saya kepada Allah agar saya tidak sampai membuka aurat tubuh itu." Nabi s.a.w. lalu mendoakan untuknya - sebagaimana yang dikehendakinya itu." (Muttafaq 'alaih)


37. Dari Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Tidak suatu pun yang mengenai seseorang muslim - sebagai mushibah - baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang atau pun yang lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti - yakni sesuatu yang tidak menepatii kehendak hatinya, ataupun kesedihan - segala macam dan segala waktunya, sampai pun sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya-yakni sesuai dengan mushibah yang diperolehinya itu." (Muttafaq 'alaih)

Keterangan:
Kesakitan apapun yang diderita oleh seseorang mu'min, ataupun bencana dalam bentuk bagaimana yang ditemui olehnya itu dapat membersihkan dosa-dosanya dan berpahalalah ia dalam keadaan seperti itu, tetap bersabar dan tabah. Sebaliknya jikalau tidak sabar dan uring-uringan serta mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan, maka bukan pahala yang didapatkan, tetapi makin menambah besarnya dosa. Oleh sebab itu jikalau kita tertimpa oleh kesakitan atau malapetaka, jangan sampai malahan melenyapkan pahala yang semestinya kita peroleh.


39. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa oleh Allah dikehendaki akan memperolehi kebaikan, maka Allah akan memberikan mushibah padanya-baik yang mengenai tubuhnya, hartanya ataupun apa-apa yang menjadi kekasihnya." (Riwayat Bukhari)


40. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah seseorang dari engkau semua itu mengharap-harapkan tibanya kematian dengan sebab adanya sesuatu bahaya yang mengenainya. Tetapi jikalau ia terpaksa harus berbuat demikian maka hendaklah mengatakan: "Ya Allah, tetapkanlah aku hidup selama kehidupanku itu masih merupakan kebaikan untukku dan matikanlah aku apabila kematian itu merupakan kebaikan untukku." (Muttafaq 'alaih)


41. Dari Abu Abdullah, iaitu Khabbab bin Aratti r.a., katanya:
"Kita mengadu kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau ketika itu meletakkan pakaian burdahnya di bawah kepalanya sebagai bantal dan berada di naungan Ka'bah, kita berkata: Mengapa Tuan tidak memohonkan pertolongan - kepada Allah - untuk kita, sehingga kita menang? Mengapa Tuan tidak berdoa sedemikian itu untuk kita?" Beliau lalu bersabda:
"Pernah terjadi terhadap orang-orang sebelum mu - yakni zaman Nabi-nabi yang lalu, iaitu ada seorang yang diambil - oleh musuhnya, kerana ia beriman, kemudian digalikanlah tanah untuknya dan ia diletakkan di dalam tanah tadi, selanjutnya didatangkanlah sebuah gergaji dan ini diletakkan di atas kepalanya, seterusnya kepalanya itu dibelah menjadi dua. Selain itu ia pun disisir dengan sisir yang terbuat dari besi yang dikenakan di bawah daging dan tulangnya, semua siksaan itu tidak memalingkan ia dari agamanya -yakni ia tetap beriman kepada Allah. Demi Allah nescayalah Allah sungguh akan menyempurnakan perkara ini - yakni Agama Islam, sehingga seseorang yang berkendaraan yang berjalan dari Shan'a ke Hadhramaut tidak ada yang ditakuti melainkan Allah atau kerana takut pada serigala atas kambingnya - sebab takut sedemikian ini lumrah saja. Tetapi engkau semua itu hendak bercepat-cepat saja."
(Riwayat Bukhari)
Dalam riwayat lain diterangkan: "Beliau saat itu sedang berbantal burdahnya, padahal kita telah memperolehi kesukaran yang amat sangat dari kaum musyrikin."


43. Dari Anas r.a., berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jikalau Allah menghendaki kebaikan pada seseorang hambaNya, maka ia mempercepatkan suatu siksaan - penderitaan - sewaktu dunia, tetapi jikalau Allah menghendaki keburukan pada seseorang hambaNya, maka orang itu dibiarkan sajalah dengan dosanya, sehingga nanti akan dipenuhkan balasan - siksaannya - hari kiamat."
Dan Nabi s.a.w. bersabda - juga riwayat Anas r.a.: "Sesungguhnya besarnya balasan - pahala - itu menilik besarnya bala' yang menimpa dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka mereka itu diberi cubaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang rela - menerima bala' tadi, ia akan memperolehi keredhaan dari Allah dan barangsiapa yang marah-marah maka ia memperolehi kemurkaan Allah pula."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini Hadis hasan.


46. Dari Sulaiman bin Shurad r.a., katanya: "
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling bermaki-makian antara seorang dengan kawannya. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya saja nescayalah mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya -kemarahannya, iaitu andaikata ia mengucapkan: "A'udzu billahi minasy syaithanir rajim," tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu. Orang-orang lalu berkata padanya - orang yang merah padam mukanya tadi: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: "Mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam."
(Muttafaq 'alaih)


47. Dari Mu'az bin Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menahan marahnya padahal ia kuasa untuk meneruskannya - melaksanakannya - maka Allah Subhanahu wa Ta'ala mengundangnya di hadapan kepala - yakni disaksikan -sekalian makhluk pada hari kiamat, sehingga disuruhnya orang itu memilih bidadari-bidadari yang membelalak matanya dengan sesuka hatinya."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.


* petikan dari Riyadhus Solihin - karangan Imam Nawawi....

~...WaHaI InsAN Yg KerDIL...~

Wahai diri yang bergelar INSAN. Sedarilah bahawa kini kau telah menjejak usia lebih dari suku abad. Ingatkah engkau asal usul dirimu. Kau datang dari setitis air yang hina dina. Dari tempat saluran yg hina. Sedarlah sedarlah sedarlah…..

Ingatkah engkau janjimu sewaktu di alam roh dahulu. Apa kata-katamu di hadapan RABBmu dahulu. Apakah engkau perbuatkan seperti mana yang telah engkau lafazkan. Sedarkah engkau perlakuanmu kini tidak seperti yang telah engkau lafazkan dahulu. Kembalilah dirimu pada pangkal jalan Wahai insan yang kerdil....

Sejak engkau dilahirkan suku abad yang lalu. Sedarkah engkau nikmat yang telah RABBmu kurniakan. Dari sejak engkau bayi hingga kini. Nikmat anggota badan, kesihatan, pancaindera dan pelbagai lagi. Adakah engkau bersyukur dengan semua pemberian itu semua. Kalau engkau katakan YA, bagaimana cara engkau menunjukkan kesyukuranmu itu.

Apabila engkau diuji dengan sikit ujian. Diambil kembali sikit nikmat yang telah diberikan padamu. Apa yang engkau lakukan. Mudah benar dirimu cepat melatah dengan semua itu. Bermacam- macam yang engkau persoalkan. Pelbagai persoalan yang engkau lontarkan. Sedarkah engkau bahawa semua itu datang dari RABBmu. DIA berhak melakukan apa sahaja yg DIA kehendaki. Sebab dirimu dan semua yang ada di muka bumi ini adalah hak miliknya yg mutlak. Astaghfirullahal adzim......

Sedarlah dirimu..
Kekurangan dirimu..
Kedhaifan dirimu..
Tahap keupayaan dirimu..
Perbandingkan dengan orang lain..
Jauh ketinggalan dirimu..
Jauh sangat..
Sedarlah dan terimalah kenyataan hidupmu itu..
Bangunlah dan teruskan sisa-sisa kehidupan..
Sesungguhnya matlamat kehidupan di dunia yg sementara ini adalah satu sahaja..
Yakni untuk ibadah diri pada yg ESA dan untuk dptkan keredhaanNYA..
Pasrahkan dirimu pada segala ketentuan yang telah dimaktubkan atas dirimu....
'

Memang lumrah dunia, semua akan jadi kayu ukur. Tahap dirimu sesungghnya di bawah berbanding mereka yang Allah kurniakan nikmat melebihi engkau. Sebelum ini, memang semuanya indah tapi akan smpai satu ketika baru kau tau hakikat itulah sebenarnya kehidupan. Mengapa perlu kau bersedih hati dengan semua itu. Hakikat dirimu bukan golongan bangsawan mahupun orang berada. Tapi yakinlah semuanya ada hikmah yg tersembunyi.

Bayangkan andai dirimu dikurniakan dengan segalanya pasti kau akan terus alpa dan lalai dengan penghidupan. Sesungghnya kesenangan dan kemewahan hidup ini adakalanya ujian bagi setiap hamba-hamba yang diciptakan Allah. Bukan kau tak tahu yang Nabimu juga tidak bimbang andai umatnya dalam kemiskinan, tetapi bimbang andai umatnya terus dikurniakan dgn segala kemewahan dunia yg mana tak ramai yang mampu untuk kawal semua ini mengikut apa yang dikehendaki Allah dan Rasul. Andai dikurniakan satu lembah emas pasti anak adam itu mahukan lembah yang satu lagi utk dirinya. Bersyukurlah dengan apa yang kau ada sekarang dan carilah yang dpt menerima dirimu seadaanya dalam erti kata yg sebenar...


Yakinlah bahawa kata-kata dan janji-janji daripada TUHANmu dan juga NABImu adalah benar. Pastinya engkau tak akan kecewa untuk selamanya kalau engkau pegang dengan sungguh-sungguh umpama gigit dengan gigi gerahammu kerana ianya benar sekali. Andai dunia engkau tak perolehinya di dunia, yakinlah pasti ianya akan diberikan di akhirat kelak..

Apabila kita ditimpa musibah kita disarankan melihat orang yang di bawah agar kita berasa bertuah dengan keadaan diri berbanding orang lain yang serba kekurangan, tapi adakala perlu juga melihat orang yang berada di atas yang lebih dari kita agar kita sedar tahap kekerdilan dan kedhaifan diri...

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (29:2-3)