Wednesday, December 3, 2008

~SIRI 2~ Penjelasan WAHABI yg kita salah faham....

*..sambungan...

Masuk bab yang akan ana kupas lebih lanjut. Mengikut sejarah kota Mekah dahulunya di mana terdapat 4 penjuru di Masjidil Haram yakni rukun Yamani, Iraqi, Shaami dan Hajarul Aswad. 4 penjuru ini pada suatu masa dahulu terdapat 4 imam mewakili 4 mazhab. Masing-masing jemaah akan solat di belakang Imam Mazhab masing-masing. Apa yang akan anda katakan bagi seseorang yang melakukan pembaharuan dengan mengubah ini semua kepada satu imam sahaja, satu kiblat dan jutaan makmum mengikut sehingga kini seperti yang kita sedia maklum. Kali terakhir Daulah Islamiah tertegak di muka bumi adalah kerajaan Uthmaniah dan ianya jatuh di Turki dan setelah itu tiada lagi kerajaan Islam yang tertegak kecuali kerajaan Islamiah Saudiah setelah berkurun lama.

Semua ini adalah hasil seorang yang telah berjaya menaikkan semula kerajaan Islam yang telah tumbang itu di mana sebelum tertegaknya kerajaan Islam, Saudi merupakan antara negara yang terkenal dengan ramai pengganas padang pasir. Seorang hamba Allah telah bercampur gaul dengan pembesar-pembesar Saudi dan dalam masa yang sama dia menerangkan Islam dan akhirnya apabila sudah mendapat kepercayaan mereka dia telah dilantik sebagai pembesar dalam pentadbiran. Jawatannya semasa itu sama seperti kita sekarang iaitu menteri penerangan selama 46 tahun.

Seringklali bagi sesiapa yang baru pulang dari umrah mahupun haji pasti akan memperkatakan tentang keharmonian dan kedamaian yang terdapat di Mekah dan juga Madinah. Semua ini adalah kerana Daulah Islamiah yang tertegak di sana menjamin keselamatan harta benda dan segalanya. Hamba Allah yang dimaksudkan ini adalah Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Kalau kita merujuk kepada tokoh ini, pasti ramai akan mengatakan inilah pengasas fahaman wahabi. Di Malaysia, wahabi ini dikategorikan sebagai sesat dan pemecah belah masyarakat. Bagi sesetengah golongan yang bersemangat berkobar-kobar mengatakan memperjuangkan Islam di Malaysia dalam menegakkan hukum hudud, salah satu acuan yang akan diambil adalah dari acuan tokoh inilah dalam membangunkan kerajaan Islam. Sebabnya selain daripada beliau, ulama manakah lagi yang cuba untuk menegakkan hukum Islam.
Dua org sahaja ulama Islam sepanjang perjuangan hidup mereka, mereka cuba menegakkan hukum Islam iaitu Imam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab.

Syeikh Muhammad Abdul Wahab semasa berumur 10 tahun merupakan hafiz Quran dan semasa berumur 15 tahun telah menguasai ilmu yang dinamakan masodir tasyriq al islami (ilmu perkakas untuk menjadi ulama mujtahid). Dia juga berguru dalam penguasaan bahasa arab dengan datuk beliau mufti besar waktu itu dan juga berguru dengan bapanya qadi (hakim) dan alim besar waktu itu. Tetapi dalam dirinya, beliau lebih cenderung dalam bidang Tauhid yakni aqidah berbanding bidang feqah.

Dua musuhnya yang paling memusuhi beliau sewaktu itu iaitu orang sufi yakni orang yang menyandarkan diri dengan sufi dan tarekat dan juga orang politik. Beliau menggunakan kaedah cuba menguasai pentadbiran dan cuba membaiki dari dalam bukan secara terbuka. Apa yang diusahakan beliau berhasil sehingga kini. Setelah menguasai pentadbiran, beliau mengeluarkan fatwa yang menggegarkan dunia. Boleh diperolehi di dalam kitab majmu’ at-tawhid yg menghimpunkan dengan fatwa-fatwa ilmu tauhid oleh Imam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Bagi Syeikh Muhammad Abdul Wahab cara untuk memahamkan manusia ini akan agama Allah adalah melalui pintu aqidah.
Bagi seorang mujtahid seperti beliau, beliau masih merupakan pengikut Imam Ahmad Ibnu Hambal. Tetapi dalam sesetengah perkara yang mana bila didapati terdapat hadith yang lebih sahih maka beliau akan mengikut hadith dan walau bagaimanapun beliau masih merupakan pengikut Imam Ahmad.

Antara fatwanya ialah apabila kt menyembah Allah, tidak dibolehkan sekali-sekali melakukan thoghut. Thoghut yakni menyerahkan sepenuhnya pengharapan segalanya selain Allah dan ianya terbahagi kpd 5 yakni mengikut jejak langkah syaitan, hakim yang jahat yang mengubah hukum Allah, semua hukum hakam yang tidak diturunkan Allah andai diikiuti (dengan niat menolak hukum Allah), orang yang mengakui mengetahui benda ghaib dan menyembah sesuatu benda lain dengan iktikad ianya jg mempuyai mempunyai kuasa. 5 fatwa ini bangkit ditentang oleh orang-orang sufi tarekat yang mana sewaktu itu mereka mendewakan guru dgn mengatakan guru-guru mereka menguasai kasyaf (mengetahui perkara ghaib). Beliau mengatakan bahawa fatwanya adalah bersumberkan Quran dan Hadith dan juga hasil pembacaan dari karangan kitab Imam Ibnu Taimiyah. Dua golongan yg paling memusuhi Imam Ibnu Taimiyah ketika itu adalah Syiah dan Muktazilah kerana kitab Imam Ibnu Taimiyah iaitu Manhaj Sirah Nabawiyah serta Aqidah Syiah dan Qadariah telah membongkar segala kesesatan mereka selama ini.

Manakala bagi orang politik semasa itu ramai yang dipecat dan disingkirkan oleh beliau kerana tidak sefahaman dgn beliau. Maka mereka ini menjadi bahan fitnah kepadanya dengan membuka kelas-kelas pengajian dan membukukan kisah pertempuran darah yang dibuat oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Berbalik kepada ayat Quran dalam surah Al-Hujurat ayat 6 di mana sepatutnya apabila datangnya sesuatu berita perlulah disiasat kesahihannya sebelum kita terus mempercayai.

Dalam konteks dahulu dan juga kini, antara sumber mudah dalam melakukan fitnah adalah melalui penulisan. Andai yang menulis itu musuh, pastinya segala apa yg diceritakan adalah aib musuhnya. Begitu juga andai yang menulis itu sahabat dan juga seorang yang ikhlas pastinya hasil penulisannya adalah benar tentang apa yang diperkatakannya. Antara ramai-ramai ulama, dua ulama inilah antara yang paling banyak difitnah oleh musuh-musuh mereka. Banyak yang berkarya dalam penulisan kitab menghentam dan mencerca mereka. Ramai di kalangan ulama-ulama dahulu difitnah melalui penulisan dan sebagainya sehingga ada yang menyebabkan hasil penulisan-penulisan itu ulama-ulama ini dibuang negeri dan sebagainya.

Dalam masa yang sama bangkit ulama-ulama silam dan muhaddithin yang membela dua tokoh ini seperti Syeikh Abu Hassan Ali An-Nadwi, Imam Ibnu Kathir, Imam Ibnu Qaiyyim, Imam Zahabi, Ibnu Hajar As-Qalani, Imam Syaukani dan ramai lagi. Imam Syaukani dalam membela Syeikh Muhammad Abdul Wahab mengatakan syeikh tidak pernah memperbincangkan dalam soal furu’ (cabang). Fatwanya hanya melibatkan aqidah sahaja. Kitab yang dihasilkannya adalah lebih kepada penghasilan kitab-kitab tauhid.

Dua tokoh ini juga tidak pernah mengatakan membaca qunut itu bid’ah kerana dalam fatwa Imam Ibnu Taimiyah yang mana mengatakan sekiranya kamu solat dengan seorang imam yang membaca doa qunut angkatlah tanganmu kerana aku tidak melihat qunut itu bid’ah. Tetapi dalam masyarakat kita mengatakan Imam Ibnu Taimiyah membid’ahkan qunut. Antara jasa Imam Ibnu Taimiyah adalah berjaya mengislamkan kaum Tar-tar (Mongol) yang mana mereka ini di dalam tafsir Qurtubi, Imam Qurtubi mengatakan berkaitan dengan ayat yakjuj dan makjuj, aku berpendapat mereka inilah yang dimaksudkan oleh Nabi saw kerana kekejaman dan keganasan yang terlampau. Tetapi mereka ini telah berjaya diislamkan oleh Ibnu Taimiyah. Betapa besarnya pengorbanan beliau dalam menegakkan agama Allah. Dua org tokoh ini juga iaitu Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab adalah merupakan tokoh yang menegakkan hukum Islam dan sanggup turun ke medan perang.

Antara isi kandungan surat yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab mengatakan dalam risalahnya yakni bahawa
"Mazhab kami di dalam usul (Tauhid) adalah mazhab ahli sunnah waljamaah dan cara kami memahami ilmu feqah dengan kami mengikut ulama salaf sedang di dalam masalah furu’ kami cenderung mengikut Imam Ahmad Bin Hambal. Kami tidak pernah melarang seseorang bermazhab dengan satu mazhab dari mazhab yang empat dan kami tidak bersetuju dengan seseorang yang bermazhab lain dari yang empat seperti zaidiyah, rafidhah, imamiyah dan lain-lain. Kami tidak membenarkan mereka mengikut mazhab-mazhab yang bathil malah kami memaksa mereka mengikut mazhab empat yang ada.

Kami tidak pernah mengaku yang kami telah sampai ke peringkat mujtahid dan tidak seorang pun dari kami yang berani mendakwa mereka itu mujtahid. Hanya ada beberapa masalah yang mana kalau kami melihat ada nas yang jelas dari segi Quran mahupun Sunnah dan setelah kami periksa dgn teliti tiada yg membatalkan nas itu atau yang mengkhususkannya atau yang menentangnya, lebih kuat daripadanya dan ianya dipegang oleh salah seorang imam yang empat maka kami mengambilnya dan kami meninggalkan mazhab yang kami anuti. Tetapi kami tetap di atas usul mazhab kami seperti di dalam masalah harta pusaka dan yang menyangkut masalah berkaitan datuk dan saudara laki-laki. Dalam hal ini kami tidak bersetuju dengan Imam Ahmad tetapi kami melihat kepada nas yang sangat jelas.

Adapun mereka yang fitnah kami adalah dengan maksud untuk mengutuk-mengutuk dan menghalang yang hak dan mereka membohongi orang ramai dengan mengatakan kami suka menafsir Quran dengan mengikut selera kami tanpa mengindahkan kitab2 tafsir. Kami juga dituduh tidak pandai berbahasa arab. Habis, bahasa apakah yang kami gunakan? Dan kami dituduh tidak percaya kepada ulama. Kami dituduh menghina Nabi Muhammad saw dengan perkataan bahawa jasad Nabi itu buruk di dalam kuburnya dan tongkat kami lebih bermanfaat dari jasad Nabi. Dan sesungguhnya semua itu adalah tuduhan yang bathil.

Mereka menuduh kami melarang menziarahi kubur Nabi. Mereka menuduh kami dengan mengatakan kami mengatakan Nabi tidak memahami maksud kalimah Lailahaillallah. Mereka menuduh dengan mengatakan kami membakar kitab imam-imam mazhab. Malah kami dianggap golongan yang menduakan Allah dan kami dituduh dengan gelaran kafir yakni terkeluar daripada Quran dan Sunnah yakni Islam. Mereka menyatakan kami melarang orang berselawat ke atas Nabi. Mereka mengatakan kami melarang orang membaca qunut di waktu pagi. Mereka mengatakan kepada kami dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Sesungguhnya semua tuduhan-tuduhan ini akan dibentangkan di hadapan mahkamah Allah swt.

Kami pernah melihat seseorang membaca Al-Quran di waktu mlama dengan qasadnya yang kami tidak ketahui tetapi tidak kami nyatakan dengan membaca Quran itu perbuatan yang bathil di mana sebaik2 bacaan adalah Quran tetapi kami menyatakan janganlah diperdagangkan ayat Quran. Tetapi kami dituduh melarang orang membaca Al-Quran di malam-malam tertentu. Sesungguhnya kami menyatakan hadith yg diriwayatkan oleh Imam Muslim, janganlah kamu khususkan pd suatu-suatu malam itu dgn kamu mewajibkan ibadat-ibadat tertentu. Yang melarang perbuatan itu bukanlah kami, tetapi Nabi saw. Tetapi dengan hadith yang kami beritakan ini kami disandarkan dengan qaul tidak membenarkan orang membaca Quran sedangkan Quran itu diturunkan agar untuk ditadabbur, dibaca dan difahami maknanya.

Kami beriktikad bahawa seseorang yang melakukan dosa besar seperti melakukan pembunuhan atas muslim yang lain tanpa alasan yang benar, zina, minum arak, riba dan sebagainya berulang-ulang kali sekalipun dia tetap Islam tidak keluar dari Islam dan sekiranya dia mati dalam keadaan mengucap dua kalimah syahadah matinya itu masih dalam Islam.

Inilah iktikad kami, tetapi kami dihukum kami mengkafirkan orang yang tidak mengikut kami sehinggakan surat yang kami hantarkan kepada syeikh-syeikh yang menyandarkan diri mereka kepada sufi dan tarekat menyatakan bahawa sesungguhnya Islam ini adalah agama yang besar dan masuklah melalui jalan aqidah. Janganlah mereka-reka cipta jalan yang lain yang tidak ada jalan dan sandarannya daripada Nabi saw. Tiba-tiba kami dihukum oleh syeikh-syeikh tarekat dan sufi ini kononnya kami telah mengkafirkan orang yang tidak mengikut kami hinggakan kami juga dituduh mengkafirkan ulama-ulama dalam mazhab syafie. "
~..
Inilah antara luahan apa yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab semasa hayatnya berkaitan dengan fitnah yang diterimanya. Kenyataan di atas adalah antara isi kandungan yang diceduk dari apa yg diterangkan untuk menyangkalkan apa yang sedang berlaku di zamannya. Semasa hidup lagi semua ini telah berlaku dan apabila meninggalnya syeikh perkara berkaitan ini terus berleluasa dalam penyebaran kepada umum yang tidak tahu punca pangkal sirah yang sebenar tetapi terus menelan bulat-bulat apa yang disebarkan. Wahabi dengan kekerasan dan menghukum kafir orang lain dengan sewenang-wenangnya dan sebagainya turut terpalit kepada beliau dan ternyata semua itu telah dijawab oleh syeikh semasa hayat beliau lagi. Kini sumber fitnah itulah masih berlegar bermain-main di antara kita bila memperbincangkan tentang perkara ini terutama bagi golongan agamawan yang juga menentang fahaman yang cuba untuk mengembalikan manusia kepada aqidah dan manhaj salafus soleh.
Kenapa kita tidak berbalik pd Al-Quran surah An-Nur ayat 12?
~..
Imam Ahmad Bin Sinan Al-Qatani, seorang muhaditthin mengatakan, "Ketahuilah dalam dunia ini tidak ada orang yang benci kepada hadith kecuali dia adalah orang yang suka mengamalkan bid’ah. Antara mereka yang melakukan ini adalah di kalangan ahli-ahli tarekat dan sufi dan ketika mereka melakukan ini pastinya Allah akan merentap kemanisan hadith dari hati-hati mereka." Mereka ini merujuk kepada yang terlampau taksub sangat dengan tarekat dan zuhud serta dikalangan ahli2 politik.

Semua ini hujah yang dapat ana utarakan sepanjang sesi yang ana dalam kuliah tersebut yang mana dapat ana katakan apa yang kita faham tentang wahabi merujuk kepada Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan Imam Ibnu Taimiyah adalah tohmahan fitnah yg tidak berasas semata-mata dan mereka ini adalah tokoh besar Islam yg telah memberi sumbangan yang cukup besar kepada dunia Islam. Cukuplah dengan selama ini yang kita dengar. Wahai saudara-saudaraku yang lebih ilmuan dari diriku ini. Antum semua lebih faqeh, maka buatlah rujukan untuk itu. Janganlah ada di antara kalian yang merupakan orang-orang alim juga dikategorikan sebagai penyambung dikalangan orang-orang yang menyebarkan fitnah ke atas tokoh yang sudah tiada ini padahal mereka telah lama meninggalkan kita dengan sumbangan yang cukup besar untuk dunia Islam.

Sekadar perkongsian ilmiah untuk sama-sama kita tatapi. Bukalah minda dan dada dalam perbincangan yang ana nyatakan ini. Buangkan segala pemahaman yg sedia ada sementara dan nilailah isi kandungan sebenar tuan empunya badan dalam menyatakan pendirian mereka. Benarkah manhaj yang mereka bawa itu sesat, menyeleweng dari petunjuk Quran dan Hadith dan sebagainya. Selidik dan buatlah perbandingan dengan apa yang kita faham selama ni. Andai apa yang ana sampaikan ini tidak ada kebenaranya sampaikan semula pada ana dan boleh ana sampaikan semula pada al-ustaz. Sebabnya ana ambil secara penuh isi kandungan ceramah ustaz yang telah melakukan rujukan tentang perkara ini. Keupayaan untuk ana sendiri melakukan kajian dan rujukan mungkin agak kurang berbanding sahabat-sahabat yang memahamai dengan baik bahasa arab dan mudah untuk mendapatkan rujukan. Itu serba sedikit dari 4 helai risalah sebenar yang diedarkan oleh syeikh pada umum yang ustaz halim sampaikan pada jemaah malam itu. Semoga apa yang ana utarakan ini ada manfaatnya untuk diri yang serba kedhaifan dan kelemahan ini agar lebih untuk ana ambil iktibar dan dikongsikan pada yang lain, InsyaAllah....
`
Allah Ta'ala berfirman: "Hai sekalian orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian banyak dari prasangka itu sebab sesungguhnya sebahagian dan prasangka itu adalah dosa." (al-Hujurat: 12)
'
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Takutlah olehmu semua akan prasangka, sebab sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dustanya pembicaraan." (Muttafaq 'alaih)

13 comments:

Anonymous said...

Ya akhi,
satu lontaran pandangan yg baik utk sama-sama difikirkan. tp, dr kitab manakah risalah yg diperkatakan syeikh tu blh utk ana buat rujukan?

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

maaf, ana pun tak pasti dr kitab mana risalah tu. tp yg ana tgk semasa kuliah, just kertas fotokopi kalau tak salah ana. lgpun kuliah ni dah lama enta. tahun lps kalau tak salah ana dkt surau bukit jambul waktu tgh hot sampai heboh jakim dan semuanya. masuk jg dl utusan. ada lg cd ttg tu khas, tp ada kat umah. lg pnjg pendetailan ttg apa yg jakim nyatakan ttg istilah wahabi ni.

riyadh said...

assalamualaikum..satu artikel yang baik..ana baru nak tanya dari mana anta ambil keteranganluahan hati imam muhammad abdul wahab tu,,tapi anta pun tak tahu juga yer...takperlah...artikel yang insyaAllah akan membuka minda bagi mereka yang sukar insaf ketika berpersepsi...wassalam....

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

waalaikumussalam,

maaf, ana pun sampaikan apa yg ana dapat semasa kuliah sahaja. ini pun dah lama akhi. bab berkaitan dengan hal sebegini boleh akhi semak dan lanjutkan kajian dalam al-ahkam.net mahupun al-fikrah.net. banyak manfaat yg boleh dpt di sana, InsyaAllah..

Khyrul Hycal said...

salam akh..

Ana minta izin copy artikel ni..

mudah2an dapat mghilangkan kekeliruan ramai tentang perkara ini..

Mohon izin untuk copy..^_^

salam perjuangan

bukan senang nak senang said...

Mungkin apa yg tuan tulis itu ada kebenaran nya tentang permulaan fahaman Wahabi ini. Tapi ada juga amalan Wahabi yg bertentangan dengan ahlus sunnah wal jamaah. Kita tahu yg ustad Hussein Yee juga berfahaman Wahabi, kerana saya pernah mengikuti satu kuliah beliau di surau KLSE antara tahun 2000 - 2002 saya dah tak ingat dgn tepat tapi isinya yg masih saya ingat dia berkata Rasululullah pernah mengucup dahi isteri baginda, Siti Aisyah selepas berwudhuk dan baginda terus solat, bererti wudhuk itu tidak batal. Hadith ini juga ada dalam kitab Fiqh Sunnah jilid 1. Lalu Hussein Yee berkata apakah kulit wanita itu begitu kotor hingga membatalkan wudhuk? Sedangkan Rasulullah sendiri mengucup dahi Aisyah dan wudhuk baginda tidak batal? Mengapa pula ahlus sunnah mengatakan batal? Mungkin dari isu ini dia tertarik pada ajaran Wahabi? Mengapa wudhuk Rasulullah tidak batal? Sebenarnya jika mengaji ugama Islam setakat zahir sahaja memang ini lah yg akan terjadi. Kita cuba mengikut ikut apa yg Nabi buat secara zahir tetapi kita tidak tahu apakah yg ada dalam batin Nabi ketika baginda mengucup Siti Aisyah? Dimanakah jiwa Nabi ketika itu? Ada kah dia mengucup dengan nafsu atau sebagai seorang Nabi yg kasih kepada seorang Islam yg lain? Adakah jiwa Nabi berserta Allah atau berserta Aisyah pada masa itu? Apakah maksud 'berserta Allah' itu? Ada kah ia bermaksud bersama Allah? Mustahil makhluk dapat bersama dengan Allah! Tapi berserta dapat diertikan juga dengan berhadapan, atau hadhir jiwa kepada Allah, atau pun dalam bahasa Arab "Hudhur Qalbu Ma Allah" Jadinya jika kita yg jahil kepada Allah ini cuba2 nak meniru apa yg Rasululla buat, mencium isteri kita selepas wudhuk dan berfikir kita sama taraf dengan Nabi... maka alangkah bodohnya orang yg berbuat demikian, kerana jiwa kita sudah tentunya tidak hadhir ke Hadhirat Allah, tidak ada zug, atau rasa yg kuat kepada Allah sehingga rasa itu mengalahkan segala rasa yg lain, seperti rasa hawa dan nafsu. Nabi pernah berkata bahawa Islam itu asalnya dagang dan akan kembali dagang. Dagang apakah maksud Nabi itu? Sekarang lah masanya dagang itu, orang Islam hanya mengenal Allah dengan ilmu yakin, tapi tidak dengan ainul yakin, atau haqqul yakin, atau pun lebih dari itu, iaitu dengan kamilul yakin

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

- Khyrul Hycal Attawawi
salam..
tafhadol akhi. semoga ianya ada manfaat yang boleh untuk kt kongsikan bersama, InsyaAllah..


- Nordin
terima kasih atas lontaran pandangan yg saudara lontarkan di sini. tapi ada beberapa kemusykilan terlintas berdasarkan apa yg saudara lontarkan ini.

antaranya siapakah sebenarnya bg saudara ahlisunnah waljamaah? apakah yg saudara maksudkan mengaji agama secara zahir sahaja? yg dimaksudkan dagang adakah mengenal dengan ilmu yakin tanpa ainul yakin?

berkaitan dgn topik batal atau tidak wuduk apabila bersentuhan dengan isteri ataupun bukan mahram. secara umumnya 4 mazhab yg utama tidak sepakat dlm hal ini. mazhab syafie mengatakan batal wuduk manakala hanafi tidak batal. ini berdasarkan nas Quran yakni, “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6). ini berkaitan dengan pamahaman imam2 mazhab tentang perkataan menyentuh. bg imam syafie sentuh walaupun sekadar kulit dengan kulit manakalan hanafi pula mengistilahkan dengan jimak. manakala maliki pl adalah batal sekiranya menyentuh dengan perasaan syahwat. hadith ttg Nabi saw menyentuh menyentuh isteri dengan mengucup dahi isteri dan terus solat serta solat di waktu mlm di mana baginda menyentuh kaki aisyah menguatkan bg yg tidak membatalkan. di mana dalam ayat yg lain perkataan yg sama merujuk kepada maryam yg mengatakan bagaimana dia boleh mengandung sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh lelaki merujuk jg kpd jimak.

dalam hal ini kurang kewajaran sekiranya kt memperkatakan ttg jiwa baginda sewaktu mengucup dan sbgnya. ini kerana baginda diutuskan oleh Allah adalah sbg petunjuk dan ikutan. cuma yg ana ingat beberapa perkara sahaja yg kita dilarang utk ikut yakni kahwin dan puasa nabi saw. yg lainnya boleh kt jadikan sandaran utk ikutan. agama boleh dihujah dengan quran dan hadith, ijmak dan qias. ini antara 4 sumber hukum dipegang oleh ahlisunnah waljamaah.

jadi sekiranya dengan penjelasan di atas adakah mazhab yg mengatakan tidak batal wuduk itu bukan ahli sunnah waljamaah bg saudara?

ini cuma sabahagian kecil topik yg saudara timbulkan yg boleh ana ulas mengikut apa yg ana paham. pastinya bnyk kelemahan hujah utk ini. apapun yg boleh ana katakan adalah tak kisahlah dia wahabi (spt yg org katakan) ke syafie ke hanafi ke selagi mana apa yg dilakukan bertepatan dgn Quran dan Hadith tidak ada salahnya krn andai sesama kt bertelagah kpd dua sumber inilah kt perlu kembali. buangkan perasaan taksub dan sama2 kt cuba berlapang dada ttg perkara dlm agama. jgn jdkan perkara khilaf (ranting) punca utk kt berbalah krn ini akan diambil peluang oleh musuh islam utk hancurkan islam dr dalam..

wallahualam..

abuyon said...

Salam. Cuba rakan-rakan baca pula artikel-artikel di sini http://protajdid.blogspot.com untuk mendapat pencerahan.

Laman Coklat said...

Cium di dahi mungkin berlapik, pegang di kaki juga tidak tahu mungkin berlapik kain. Antara sebab imam Assyafie berijtihad sedemikian. Yg menjadi masalahnya bila elok2 kita mengamalkan Assyafie, tiba2 menempel hukum mazhab2 lain kpd org awam. Yg imam syafie sahaja pun sudah cukup luas utk dikhatamkan, lagi nk tambah mazhab2 lain. Masyarakat India Muslim di Malaysia pun sudah lama mengamalkan mazhab Hanafi di Malaysia, takda masalah kita tak bertengkar. Ini BUKTI masyarakat Nusantara berlapang dada dengan mazhab. Tp bila wahabbisme salafis muwahiddun mula mdpat jawatan dan autoriti bersuara, kita jd kucar kacir dalam hal2 mazhab dan khilafiah. Ini bukan berlapang dada tapi menerjah uruf. Bayangkan ulama assyafie dari Nusantara pergi ke Mekah utk menonjolkan kaedah Assyafie di sana, dan apabila diberi kuasa, dia merombak adat supaya masyarakat di sana mengamalkan Qunut. Pasti tidak disukai dan menimbulkan kucar kacir.

Atas demikianlah kita dianjurkan Nabi supaya mengikut majoriti (as sawadhol adzom) muslimin jika berlaku perselisihan. Nabi jamin umatnya tidak akan berhimpun (bermajoriti) dalam kesesatan.

Asalnya di Nusantara ini Assyafie-asyairoh/maturidi-imam Junaid/al-Ghazali sememangnya majoriti di kalangan umat Islam. Kita sudah berada di jalan yg terJAMIN tidak sesat (bukan jamin syurga ye). Merangkumi 90% drpd umat Islam.

Kemudian berlaku perselisihan dgn golongan minoriti sehingga membawa kpd debat antara alim ulama dan audiennya pula seperti menonton rancangan realiti dewasa ini dan memecahkan umat Islam kpd 2 golongan yg keduanya mengaku ASWJ, cuma satu lagi ada nama timangan nisbah kpd asal usulnya. Nyata sekarang umat Islam berpecah, bertengkar di FB, alam nyata, whatsapp, suratkhabar dan pentas debat.

Maka, jika kita membawa slogan kembali kpd Quran dan sunnah, antara suruhan Nabi adalah untuk menyertai golongan majoriti.

Cuba baca diskusi Syeikh Ramadan al Bouti dgn Syeikh Albani utk memahami apa yg saya nk smpaikan.

Laman Coklat said...

Cium di dahi mungkin berlapik, pegang di kaki juga tidak tahu mungkin berlapik kain. Antara sebab imam Assyafie berijtihad sedemikian. Yg menjadi masalahnya bila elok2 kita mengamalkan Assyafie, tiba2 menempel hukum mazhab2 lain kpd org awam. Yg imam syafie sahaja pun sudah cukup luas utk dikhatamkan, lagi nk tambah mazhab2 lain. Masyarakat India Muslim di Malaysia pun sudah lama mengamalkan mazhab Hanafi di Malaysia, takda masalah kita tak bertengkar. Ini BUKTI masyarakat Nusantara berlapang dada dengan mazhab. Tp bila wahabbisme salafis muwahiddun mula mdpat jawatan dan autoriti bersuara, kita jd kucar kacir dalam hal2 mazhab dan khilafiah. Ini bukan berlapang dada tapi menerjah uruf. Bayangkan ulama assyafie dari Nusantara pergi ke Mekah utk menonjolkan kaedah Assyafie di sana, dan apabila diberi kuasa, dia merombak adat supaya masyarakat di sana mengamalkan Qunut. Pasti tidak disukai dan menimbulkan kucar kacir.

Atas demikianlah kita dianjurkan Nabi supaya mengikut majoriti (as sawadhol adzom) muslimin jika berlaku perselisihan. Nabi jamin umatnya tidak akan berhimpun (bermajoriti) dalam kesesatan.

Asalnya di Nusantara ini Assyafie-asyairoh/maturidi-imam Junaid/al-Ghazali sememangnya majoriti di kalangan umat Islam. Kita sudah berada di jalan yg terJAMIN tidak sesat (bukan jamin syurga ye). Merangkumi 90% drpd umat Islam.

Kemudian berlaku perselisihan dgn golongan minoriti sehingga membawa kpd debat antara alim ulama dan audiennya pula seperti menonton rancangan realiti dewasa ini dan memecahkan umat Islam kpd 2 golongan yg keduanya mengaku ASWJ, cuma satu lagi ada nama timangan nisbah kpd asal usulnya. Nyata sekarang umat Islam berpecah, bertengkar di FB, alam nyata, whatsapp, suratkhabar dan pentas debat.

Maka, jika kita membawa slogan kembali kpd Quran dan sunnah, antara suruhan Nabi adalah untuk menyertai golongan majoriti.

Cuba baca diskusi Syeikh Ramadan al Bouti dgn Syeikh Albani utk memahami apa yg saya nk smpaikan.

Anonymous said...

https://m.facebook.com/notes/kifli-abdul/wahhabi-dengan-iktiqad-kesesatan-aqidah/1296967027004187/?ref=bookmarks

Anonymous said...

https://m.facebook.com/notes/kifli-abdul/wahhabi-dengan-iktiqad-kesesatan-aqidah/1296967027004187/?ref=bookmarks

Anonymous said...

https://m.facebook.com/notes/kifli-abdul/maksud-sebenar-ahlus-sunnah-wal-jamaah/1161626327204925/?ref=bookmarks