Hari ini merupakan hari kepulanganku ke kuala lumpur setelah 4 hari aku berada di kampung halaman. Walaupun hanya beberapa hari, tapi sempat juga beberapa perkara dapat aku penuhi. Ini antara beberapa perkara yg telah aku karang semasa di kampung lagi.
Hari ni aku sempat memenuhi 1 jemputan walimah secara langsung dan 1 lagi secara tak langsung. Tapi tak bermaksud tidak dijemput langsung sebab aku sedia maklum hukum haramnya menghadiri ke majlis walimah yang tak dijemput. Walimah yang pertama kawan lelaki dari masa politeknik lagi antara sahabat baik aku dan yang kedua ni kawan perempuan yang kenal secara tak langsung masa ikut program baksis dahulu. Kiranya jemputan atas jemputan juga sebab menurut kawan (dah tumpang sekali), pengantin pengantin jemput juga kawan-kawan lain mana yang kenal. Secara tak langsung merangkap jemputan juga bagiku. Manakala satu lagi jemputan khusus sahabatku dari alam sekolah rendah tidak dapatku penuhi sebabnya diadakan di luar kawasan. Boleh sahaja untuk aku hadiri kerana pasangannya juga merupakan sahabatku juga kelas yang sama, tetapi asbab beberapa faktor tidak dapat aku penuhi undangan tersebut. Apapun akan ku titipkan sesuatu buat kalian, InsyaAllah.
Majlis walimah yang diadakan agak meriah. Dengan orang ramai yang datang, tapi secara kasarnya tak seramai tempat-tempat yang lebih berpusus-pusu orang datang. Dipasang juga dengan sistem audio dengan lagu-lagu yang cuba untuk menceriakan lagi majlis (mungkin bagi pandangan la) beserta dengan dj-dj jemputan. Hebat juga majlis walimah orang sekarang. Ye la, kebanyakannya dah macam tu. Yang paling penting sekali bagi orang masa kini, rasanya adalah pelamin bagi pengantin. Yang seorang nampak agak sederhana, tapi yang seorang lagi agak nampak lebih menonjol dengan set pelamin yg disediakan. Untuk itu sahaja rasanya tentunya kos beribu dibelanjakan. Hak pengantin dan keluarga masing-masing dalam menentukan majlis yang hendak diadakan. Maklumlah dikatakan raja dan permaisuri sehari. Sekali seumur hiduplah katakan (bagi yg kekal, InsyaAllah). Bagi yg berkemampuan lebih, pasti diusahakan lebih dengan pakaian yang berpasang-pasang ala-ala melayu, barat, jawa, cina dan sebagainya. Bukan perkara ini hendak aku hujahkan. Cuma lontaran pandangan dengan keadaan masyarakat kini Terpikir juga aku nanti bagaimana ya? Begitu jugakah? Atau aku mampu membuat perubahan ke arah lain. Aku juga punyai hak untuk memilih macam mana yg aku nak untuk majlisku nanti. Tapi bilakah masa tu, Allah akan tentukan.
Teringat semasa zaman kecil-kecil suasana kenduri dan juga zaman sekarang ni memang jauh berbeza. Masa dulu, dari segi hidangan dibuat dengan masak secara gotong royong, naikkan khemah sehari sebelum hari kenduri dan sehari sebelum kenduri juga rumah pengantin pasti ramai terutama yg jiran-jiran muslimat datang bertandang membantu menyiang bawang, ayam dan sebagainya dari segi penyediaan makanan. Semuanya rasa indah sebab nampak semangat gotong royong dan sebagainya. Semasa kenduri pula, khemah dipisahkan dua antara muslimat dan muslimin. Adanya bentara oleh orang-orang muda kampung dalam menghidangkan makanan kepada tetamu yang datang dan sebagainya.

`
Tapi kini semuanya tinggal kenangan sahaja. Semuanya lebih kepada penyediaan dalam bentuk katering. Dari khemah dan seterusnya penyediaan makanan. Siapkan duit sahaja, semuanya mudah disediakan. Tuan rumah pun tak perlu bersusah payah, dan jiran-jiran tak perlu berkerah keringat adalam penyediaan penyediaan dan sebagainya. Lepas habis majlis, katering akan uruskan semuanya dan tuan rumah juga tak perlu nak bersusah payah. Zaman dah berubah, dan pasti juga semua itu juga akan berubah. Tapi aku rindukan suasana lama itu yang pasti semasa majlisku nanti mungkin sama juga dengan keadaan masa kini. Aku jg punya hak untuk memilih bukan? Yang mana mampu aku buat, InsyaAllah akan aku usahakan sedaya mungkin. Tetapi sungguh, di hujung-hujung zaman ni untuk kembali kepada pengamalan yang selari dengan syar’ie (walaupun tidak sepenuhnya asbab kelemahan diri), tapi menjurus ke arah itu pun sebenarnya agak sukar dengan keadaan masyarakat kini. Daripada pengamalan biasa dan adat kini dianggap normal bagi masyarakat. Biarlah orang memperkatakan not up to date dan sebagainya, yg penting aku tahu apa yg aku perbuatkan. Belajar ilmu memang mudah, tetapi untuk aplikasikan dalam kehidupan memang sukar.
Masuk bab ni pasti yang akan dipersoalkan, bila pula masa diri ini akan masuk alam tu. Pasti semua tu tak terlepas dari segi perbualan terutama dengan pengantin. Ye la, sambil nak cover diri tu jawab je belum sampai seru, belum bertemu dengan puteri impian, belum ada yg datang merisik, orang tak berkenan lagi, baru nak mulakan career dan macam-macam lagi ayat yg boleh untuk tutup tu. Hakikatnya memang beberapa faktor perlu aku ambil kira untuk ke arah itu. Dari segi fizikal dan mental InsyaAllah dah boleh, tapi asbab keadaan masa kini yg membuatkan diri ini berfikir beberapa kali. Yang pasti apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Memang zaman sekarang semua akan dijadikan kayu ukur. Sedar kedhaifan diri, tahap kemampuan keluarga dan sebagainya. Bukan mudah untuk seseorang itu menerima seseorang yg lain dengan berlapang dada segala kelemahan dan kekurangan diri kita. Tambahan pula segala itu memang berpihak pada diri ini yang serba kekurangan dari segala aspek. Apabila penilaian dibuat rasanya bagi sahabat-sahabat yang dah jumpa dengan pasangan masing-masing pastinya dapat mereka menerima keadaan diri masing-masing dengan seadaanya. Aku tumpang gembira untuk itu. Aku doakan moga mereka kekal bahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan dengan zuriat-zuriat yg soleh dan solehah kelak, InsyaAllah..
Teringat waktu sembang-sembang dengan seorang sahabat. Dia mengatakan, ye la kita ni orang tak setara mana. Mana la orang nak pandang. Cuba bayangkan apabila kita dah berumahtangga dalam penyediaan makan minum makanan ruji kita mampu sediakan just maggie. Selalu je maggie dan yg membezakan menunya adalah dengan tukar dari goreng ke berkuah. Walaupun cuma istilah atau berseloroh sahaja, tp dalam maknanya pada aku. Tempelaknya memang kena pada batang hidung ni. Tak apalah, apapun yg pasti setiap kehidupan anak adam itu sebenarnya dah Allah tentukan beberapa perkara sejak azali lagi. Tetapi kita disuruh berusaha dan terus berusaha. Biarlah kita cari orang yang boleh terima segala baik buruk dan kedhaifan diri kita seadanya dalam erti kata yg sebenar. Jika tak di masa depan pastinya kita akan bermasalah sebab kemapuan diri setakat mana, dan keinginan orang melebihi apa yg kita mampu sediakan. Tak guna juga dalam melakukan paksaan pada seseorang dalam penerimaan diri kita. Apapun semuanya kata-kata sahabat akan aku jadikan panduan. Moga yang hadir dalam hidup aku, boleh terima aku seadanya terutama sekali fikrah jiwa ini.
Umpama kata “Temanku” sebelum ini. Kasih sayang semua tu sebenarnya boleh sahaja dipupuk dengan siapa sahaja. Walaupun pada asalnya kita tidak mengenalinya, tapi andai niat kita dan dia itu sama-sama ikhlas adalah untuk cari keredhaan Allah, dapat restu kedua ibu bapa, InsyaAllah Allah akan mudahkan semuanya dan tak akan ada masalah untuk kecapi semua itu. Yang pasti, semua itu dalam erti keikhlasan yg sebenar hanya apabila kt mempunyai ikatan yg sah di sisi syarak. Cinta itu sebenarnya lebih indah dikecapi apabila sudah diijab kabulkan. Aku dambakan semua itu nanti dan aku harap orang yg terima aku lebihnya kasihnya pada diri ini melebihi diri ini mengasihinya.
.`

Merujuk juga kata seorg temanku, orang lelaki ni nak sahaja cari yang baik dan bagus. Diri tu baik dan bagus sangat ke? Nak baik-baik padahal diri tak setara mana. Tu memang aku akui antara kedhaifan ketara semua itu. Memang diri ni diumpamakan tak sedar diri dalam membicarakan perkara ini. Semua itu sudah terungkap. Aku terima keyataan diri ini seadanya. Andai yang hadir nanti kurang pun, mungkin itu dah Allah tentukan, sebabnya diri ini juga tak setara mana. Tapi sebolehnya dia juga nak kepada agama dan memahami serba sedikit agar aku mampu menghala tujukan arah keluargaku nanti mengikut acuan yang ditunjukkan Nabi saw, InsyaAllah. Apapun aku berserah sepenuhnya pada Allah dalam penentuan untuk itu semua. Dia lebih mengetahui isi hati ini dan orang yg sesuai untuk diri ini. Hanya padaNya ku berserah dan memohon. Disamping itu semua aku perlu mantapkan dulu diri ini dengan perkara-perkara asas agar aku punyai kekuatan untuk aku kemudikan dalam pembawaan bahtera lebih besar kelak dalam menongkah badai kehidupan kelak yg lebih mencabar. Orang yang baik hanya untuk orang yang baik dan orang yang kurang baik pastinya yang kurang baik juga. Itu aku kena terima yang pasti kadang-kadang semua itu ujian untuk diri ini.
Tapi hakikatnya terutama bagi kaum muslimin, di mana di nyatakan bahawa harta, anak dan isteri adalah ujian untuk diri. Apapun akan ku cuba letakkan Allah dan Rasul mendahului segalanya. Turutan keutamaan bagi kaum muslimin adalah Allah, Rasul, ibu bapa kandung, ibu bapa mentua dan terakhir adalah isteri. Sebaliknya bagi muslimat di mana keutamaan adalah Allah, Rasul, suami, ibu bapa suami dan ibu bapa kandung. Semuanya ku mengharapkan hidayah dan taufiq daripada untuk aku aplikasikan semuanya dalam kehidupan, InsyaAllah...

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan-keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa..." (25:74)
2 comments:
leh tak kupas isu kawin di usia muda?kebaikan dan keburukan..
salam..
ana bukan org yang ahli nak kupas mengupas ni.tapi secara amnya ada kebaikan dan keburukan.
apapun kna tgk kemampuan diri. mampu ke tidak nak tempuh alam tu. terutama bg yg lelaki, sebabnya lelaki ketua keluarga. dari segi nafkah atas bahu lelaki bukan perempuan. ini berkaitan dengan ekonomi sebabnya antra faktor perceraian di Malaysia ni adalah ekonomi pasangan. persediaan ilmu rumahtangga juga asas penting. smua tu perlu dijadikan kayu ukur. dengan berkahwin jg mmg akan dapat cegah maksiat dari berleluasa.
bg yg rasa masih belum berkemampuan tu, kenalah banyakkan berpuasa sebab itu anjuran dan saranan Nabi saw bagi yang belum mampu utk itu untuk tundukkan nafsu..
Post a Comment