Thursday, December 25, 2008

Aku dan blog..

Asalnya aku sendiri tidak menyangka yang aku akan terjebak dengan penulisan blog ini. Sebelum ini hanya lebih kepada membaca sahaja blog-blog orang sahaja. Bermacam –macam jenis ragam dan bentuk penyampaian yang diperhatikan. Ada yang jadikan blog sebagai wadah untuk dakwah, luahan perasaan, diari harian, pentas politik, sumber untuk promosikan barangan dan pelbagai lagi. Ada yang positif dan ada juga yang negatif bagi aku. Itu cuma pandangan aku dalam mengaandaikan apa yang pernah aku layari.

Setiap orang ada persepsi dan pandangan mereka yang tersendiri. Mungkin ada yang bersetuju dan ada juga yang kurang bersetuju dengan apa yang aku nyatakan. Ada kebenarannya juga di mana aku tak ingat sumbernya yang mengatakan “Mata pena lebih tajam daripada mata pedang.” Sebabnya dengan penulisan sahaja kita mampu untuk jatuhkan seseorang yang berada di atas dan menaikkan orang yang berada di bawah dengan melakukan dalam bentuk penulisan. Semua bergantung kepada cara penyampaian dan kekredibilitian diri sesorang penulis itu dalam menyampaikan apa yang ditulis.

Aku juga mungkin salah seorang daripada banyak-banyak ragam yang dinyatakan di atas. Untuk aku kategorikan secara khusus, bagi aku biarlah orang yang menilainya sendiri. Ini kerana sebenarnya aku menulis ni asalnya untuk diri aku sendiri. Mula-mula hanya try and error je. Bagaimana entah satu hari tergerak hati untuk aku nukilkan apa yang aku rasa ni dalam bentuk penulisan di mana sejak dua menjak ni kebiasaan malam ditemani kesepian malam yang acapkali jadi teman karibku. Aku rasa aku perlu untuk keluar dari alam tu dan kembali melakukan sesuatu untuk diri. Tambah pula sekarang ni suasana aku dah tak sama macam dulu. Persekitaran, kawan-kawan dan sebagianya. Yang pasti aku rindukan suasana malam aku di kampung halaman aku.

Bila dimuhasabah yang pasti diri ini banyak kelemahan dan kekurangan diri. Banyak yang aku nukilkan dalam blog ni lebih kepada diri dan beberapa posting ada juga just dalam menyatakan pandangan. Bila aku nukilkan dalam blog ini, sebenarnya aku akan lebih kenal diri aku. Sebabnya aku akan tengok berulangkali dan ada sesetengah tu aku akan edit semula hasil posting. Secara tak langsung aku baca semula berulangkali apa yang aku tuliskan dan cuba untuk faham dan untuk diaplikasikan dalam bentuk pengamalan, InsyaAllah. Dalam bab ni memang banyak dugaannya dari luar dan dalam dan lebih-lebih lagu untuk terus istiqomah. "AllahuAkbar, lemahnya hambaMu ni YA ALLAH."
Moga Allah beri aku kekuatan untuk itu.

Banyak lagi aku nak nukilkan tentang perkara ni. Tapi rasanya mungkin aku sambung pada posting yang akan datang pula. Ini pun sebab piker last posting sebelum aku pulang ke kampong pagi sok. Kurang-kurang makan masa 4 hari la juga dan dalam masa tu yang pasti tak ada apa-apa yang boleh nak posting terus. Kena tunggu aku balik ke subang nanti agar bercambag idea dan informasi untuk aku masukkan dalam blog yang tak ada apa-apa pun sangat ni. Yang pasti apa yang aku nukilkan, aku tidak melakukan fitnah pada orang terutama dalam melibatkan agama Allah dalam melakukan sebarang penulisan. Aku tau, apa yang aku nukilkan akan dipersoalkan semuanya nanti di alam yang mana tak ada sesiapa mampu beri pertolongan mahupun bantuan kecuali dengan izin Rabbul Jalil..

2 comments:

Wardah said...

Salam..sesgguhnya setiap amalan/perkara yg kita lakukan b'gntg pd niat..jika baik maka positif la jdnya..InsyaALLAH.teruskn menulis..dan smoga penulisanmu x skdr dpt m'gisi masa lpg malah m'beri manfaat kpd insan lain :) SLMT MENIKMATI KETENANGAN D KG HALAMAN..(",)

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

salam..
syukran jazilan. yang baik smuanya dtg drp Allah, yg kurang asbab kelemahan diri. semoga apa yg dinukilkan ada manfaatnya terutama buat diri penulis yg dhaif ini..