Tuesday, February 17, 2009

Hati, perasaan dan ego...


Sebagai insan kita tidak akan terlepas daripada memperkatakan tentang hati. Hati merupakan organ yang penting bg setiap insan yang bergelar manusia. Secara biologinya ianya adalah untuk kegunaan sistem badan manusia. Hati berfungsi sebagai penapis yang menyaring dan mengambil zat-zat makanan yang paling bersih dan paling lembut. Kemudian ia mengalirkannya ke tiap organ, tulang, urat syaraf, daging, rambut, dan kuku melalui saluran-saluran tertentu. Dalam masa yang sama juga, apabila kita memperkatakan tentang hati ianya juga berkait rapat dengan perasaan suka, duka, marah, sedih, pilu, dilema dan bermacam-macam jenis perasaan juga pastinya ianya boleh dikatakan juga bersangkut paut dengan hati walaupun hakikat sebenar otak yang mengawal keseluruhannya. Merujuk dalam satu artikel dalam kosmo (13/02/09), cinta juga sebenarnya berpunca dari rangsangan otak bukan hati. Ini antara hasil kajian orang yang pakar berkaitan neurologi dan sebagainya. Wallauhu’alam.

Di sini penulis tak bermaksud nak memperbincangkan tentang hasil kajian otak ini kerana ianya bukan merupakan bidang penulis. Apa yang ingin penulis kongsi dan nyatakan adalah berkaitan dengan permasalahan hati dan perasaan. Setiap insan yang normal pastinya tak akan dapat lari daripada merasai ini semua. Ianya menimpa tak kira jantina lelaki mahupun wanita. Satu madah pernah mengatakan, ‘Setiap manusia dikurniakan sepasang tangan, sepasang, kaki, sepasang mata dan sepasang telinga. Tapi mengapa kita dikurniakan sekeping hati, tidak sepasang hati? Ini kerana yang lagi satu hati itu perlu kita cari diluar, bermaksud pasangan hidup.’ Betulkah madah ini? Mengapa ianya diperkatakan sedemikian rupa? Penting sangatkah untuk pencarian hati yang satu lagi? Persoalan yang sering diperkatakan apabila memperbincangkan tentang pasangan dalam menempuh kehidupan berkeluarga.

Lumrah manusia adakala kita berasa gembira dan adakala kita akan merasa duka. Tak kira dalam apa aspek sekalipun, inilah yang dinamakan lumrah kehidupan. Yang pastinya dalam perkara ini merujuk kepada individu-individu tertentu lebih penghayatannya pada insan yang dinamakan wanita. Aspek naluri kewanitaan itulah yang membezakan antara lelaki dan juga wanita. Dalam beberapa konteks andai kita nilai dalam keluarga sendiri pun kita akan dapati sebagai anak perasaan tu pada ibu dan bapa. Kesensitivitian pastinya berpihak pada ibu berbanding bapa dalam banyak aspek. Sebab itu dalam Islam sendiri syarak meletakkan kelebihan 3X kedudukan ibu di hadapan berbanding bapa. Ini adalah kerana pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan anak tersebut selama 9 bulan dan diusung ke sana ke sini. Dalam tempoh itu kemudiannya menyusu pula selama 2 tahun dan pastinya pengorbanan seorang ibu lebih daripada bapa dalam perkiraan pembesaran seorang anak.

Itu dalam konteks seorang ibu. Ianya sama sahaja kalau kita ingin memperbincangkan tentang naluri seorang wanita secara umum. Tetapi dalam masa yang sama, jangan kita lupakan bagi seorang lelaki juga perasaan ini adakalanya menjurus juga kepada kesensitivitian. Tapi kebiaasaan dan secara umumnya lelaki agak lebih kepada menyimpan sendiri daripada meluahkan semua itu. Adakalanya dalam perkara sebegini bagi lelaki tak diberatkan dan ada juga bagi sesetengahnya difokuskan juga. Kadangkala mereka akan mencari orang-orang yang dipercayai untuk menceritakan dan meluahkan isi hati.

Dalam ajaran Islam sendiri Nabi saw bersabda, bagi seorang suami yang baik adalah yang paling baik memperlakukan pada isterinya. Bermakna di sini dalam konteks kekeluargaan pastinya ianya amat-amat dititik beratkan terutama dalam hubungan suami isteri. Adakalanya dalam aspek hubungan kekeluargaan ianya akan diselangi dengan salah paham, keterasaan hati dan sebagainya. Ini adalah lumrah dalam sesuatu perhubungan yang mana pepatah sendiri ada mengatakan ‘Lidah lagikan tergigit, ini pula suami dan isteri.’


Kebiasaannya lelaki yang bergelar suami akan mempergunakan kuasa veto yang ada padanya untuk memperlakukan apa jua kemahuan yang dia mahukan. Sebagai lelaki, pastinya ego yang ada dalam diri membuatkan bertindak sedemikian rupa. Tapi sedarkah kita semua, adakah ini cara yang betul kita sebagai suami dalam menghala tujukan ego yang ada dalam diri pada si isteri. Tidakkah kita sedar apabila ijab sahaja dilafazkan maka dengan sahnya seluruh ketaatan si isteri beralih arah pada sang suami secara total yang mana sebelum ini hanya ketaatan kepada ibu dan bapanya setelah Allah dan Rasul diutamakan.

Isteri adalah anugerah daripada Allah dan tempatnya adalah di samping suami bukan di bawah suami untuk dijijak dan sebagainya. Adakalanya dengan sikap keegoan diri yang ada dalam diri ini membuatkan si isteri kerap memendam perasaan, terluka, terasa hati dan bermacam perasaan asbab ingin berlaku pada suami dalam segala hal. Itu pentingnya dalam konteks sesuatu perhubungan, komunikasi amat penting. Sebaiknya dalam apa-apa perkara walaupun ketetapan memang kebiasaannya si suami yang akan menetapkan, tetapi tak salah andai kira sebagai suami adakalanya meraikan juga si isteri dalam memberi pandangan dan buah fikiran dalam sesuatu hal. Mungkin juga adakalanya buah fikiran si isteri lebih bernas dan berasas dan tak salah untuk kita turuti. Andai ini dapat kita lakukan bermakna keegoan diri telah kita letakkan pada tempatnya yang betul. Keterbukaan fikiran kedua-dua belah pihak pasti akan lebih menjurus kepada penyelasaian banyak masalah dan konflik samada dalaman mahupun luaran. Itulah yang dikatakan kuasa komunikasi. Perbincangan dan pintu musyawarah dibuka dan diselesaikan sebaik mungkin.

Antara beberapa pengamalan yang disarankan oleh orang alim adalah untuk menjaga hati manusia ini adalah dengan menempatkan diri kita di tempat orang tersebut baru kita dapat menghayati apa yang orang itu merasai. Seperti juga nasihat bonda penulis, jangan sesekali kita memperlakukan orang lain apa yang kita tak ingin perkara itu turut diperlakukan kepada kita. Andai orang lain memperlakukan sesuatu pada kita apa yang boleh membuatkan kita terasa hati, yakinlah bahawa semua itu ujian dari Allah buat kita hamba yang hina dina ini. Penulis sendiri dalam aspek perhubungan bersama-sama teman cuba acapkali mempraktikkan beberapa perkara seperti yang penulis nyatakan di atas tak kira dengan sesiapa yang menjadi teman penulis. Ada yang boleh dalam menerima dan ada yang tidak kerana ada ketika juga penulis tersasar sehingga membuatkan teman penulis terasa hati dengan penulis. Yang ketara masih banyak yang penulis jauh dari apa yang penulis nyatakan di sini. Memang benar sesiapa sahaja mampu untuk beri padangan dan pendapat, tetapi yang masalahnya mampukah dalam erti pelaksanaannya yang sebenar. Semua ini penulis peroleh dalam perjalanan kehidupan yang sudah menjangkau suku abad lebih. 'Tepuk dada, tanya iman.' Ungkapan yang mungkin kena pada tempatnya apabila memperkatakan tentang ini.

Apapun sebagai insan penulis sedar yang diri ini masih banyak kelemahan diri dan kedhaifan dalam urusan sesama manusia ini. Walau bagaimanapun kita disarankan agar melakukan yang terbaik dalam kehidupan dan juga apabila membabitkan hubungan dengan manusia, agar kita tidak memperlakukan sesuatu yang boleh membuatkan orang lain terasa hati, dianiaya dan sebagainya terutama apabila membabitkan kaum keluarga, teman-teman dan masyrakat sekeliling. Ini kerana kedamaian hidup dan ketenangan jiwa adalah bermula dengan hati yang tenang. Apapun ketengan hati adalah milik Allah, dan Dia mampu beri pada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Semoga Allah bagi kekuatan buat diri penulis dalam mengaplikasikan apa yang penulis lampirkan seperti yang di atas. Andai konsep ini diambil dan diguna pakai oleh semua orang, status sebagai seorang teman, sahabat, suami, isteri, anak, ibu, bapa, guru, majikan dan sebagainya pasti memudahkan segala urusan kita seharian, InsyaAllah..

7 comments:

Anonymous said...

salam.

pandangan yang membuka minda insan-insan di luar sini dalam menempuh hidup ini. apapun wan, sepanjang aku kenai hg aku tahu hg tu mcm mana. kdg-kdg tak semestinya kita mampu utk penuhi hajat setiap org. tu kita kena akur.

_azlan_

Mardihah said...

semoga beroleh ketenangan dan ilham lagi...amin..

Anonymous said...

http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2009/02/cinta.html


kongsi...

hmm, hati perasaan tu dalam badan jugak ke macam hati dalam badan?

salaam...

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

salam..

-azlan-
yg pasti rasanya yg lbh mengenal diri ini adalah ummi aku je sendiri. teman wpun ada yg rapat, tp rasanya tak secara total mengenali aku. pernah jg satu ketika, niat aku disalah ertikan dan dikatakan penggangu rumah tangga org. nauzubillah, pastinya aku berlepas diri dr tuduhan sprti itu. apapun hnya Dia Yg Lbh Mengetahui. ada ketika, biarlah org berbahagia berbanding diri kt ni..;)


-mardihah-
syukran jazilan. wpun sememangnya penulis agak krg skit dlm bab penulisan ni, sekadr mana blh utk dikongsi akan diutarakan dalam bentuk penulisan. tapi, hakikatnya posting lbh kpd diri sendiri wpun pembahasaan menggunakan penulis.


-bazla'-
setelah baca artikel daripada link saudara, penulis rasa saudara lbh pakar pembicaraan ttg ini. apa yg penulis lampirkan di sini sekadar dalam skop penghayatan rasa.

sesungguhnya perasaan seseorg mampu untuk ditonjolkan dlm bentuk ekspresi wajah dan sbgainya. secara tak langsung ianya merujuk kepada keadaan diri individu tersebut. yg pasti keadaan persekitaran memainkan peranan di samping orang disekeliling. semuanya berhubung kait antara satu sama lain.

apapun faktanya, semua ini dikawal oleh otak secara keseluruhannya.

wallahualam..

Anonymous said...

Salam,
Saya mengikuti penulisan saudara terutama mengenai summary kuliah Ustaz Mohd Halim Hassan. Ada banyak juga siri kuliah ustaz Halim (mp3 atau youtube video) yang saya dapat download dari internet. Cuma untuk menambahkan pengetahuan saya boleh tak Saudara Wan e-mailkan kuliah-kuliah beliau (mp3 boleh tak) kepada saya. Semoga Allah memberkati saudara dunia dan akhirat. E-mail saya araifkasa@yahoo.com.sg

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

salam..

untuk pengetahuan saudara, mmg ada beberapa kuliah al-fadhil ustaz halim hassan dlm simpanan sy dlm laptop ni. tp semuanya kuliah yg dah agak lama dl masa sy masih lagi di penang. sejak berhijrah pindah ke selangor ni, dah tak ada lagi rakaman yg sy perolehi.

dengar perkhabaran juga, beberapa masjid yg menjadi tempat kuliah ustaz juga dah tiada diadakan. sy sendiri kurang pasti ttg hal itu. utk sy emailkan boleh sahaja, tp rasanya utk satu kuliah pun seperti tak dpt je, sebabnya file dlm bentuk mp3 pun agak besar. kalau saudara ada alternatif lain utk sy blh kongsi, insyaAllah boleh sahaja utk diusahakan..

Riss said...

Dugaan dan cubaan Allah di dalam setiap kehidupan. Kekadang kita terlepas pandang kepada seseorang yang baik.

Doa ku semoga dirimu di lindungi Allah selalu Ridz.. di samping kerjaya nanti. Insyaalah