Monday, March 9, 2009

Untaian seharianku..

Setelah beberapa lama tanpa sempat bekesempatan aku untuk mendapatkan sebarang info dan menjengah walapun buat seketika dalam blog ini. Lebih kurang hampir 2 minggu juga dibuatnya. Asbab pemindahan ke bangunan dan tempat yg baru bagi pejabat dan juga tempat penginapan yang baru. Banyak urusan yang perlu dikendalikan dari segi pemindahan barang pejabat, barangan di stor dan kesemua harta benda yang berkaitan. Memang letih badan dibuatnya sebab barang-barang yang di stor dan workshop bukan ringan-ringan. Ada yang sesetengah tu lebih daripada 4, 5 tan juga dibuatnya. Perlu diangkat dengan menggunakan chain block dan juga kren. Dah jadi staff ni apa yg disuruh kita kena lakukan semampu mungkin. Cuti ini aku juga tak berkesempatan nak pulang ke kampung kerana beberapa perkara yg perlu diselesaikan.

Pagi kelmarin aku berkesempatan pergi ke rumah seorang sahabat, Fadhli Abdul Rahman. Teman seangkatan sejak sekolah menengah dulu dari tingkatan satu hingga 5. Jemputan kenduri sempena rumah yang baru di area Shah Alam, seksyen 13 rasanya berdekatan dengan tesco extra. Atas sebab jemputan, aku cuba hadiri walaupun pada sebelah paginya ada urusan berkaitan dengan rumah yang masih belum habis diselesaikan sepenuhnya. Kedatangan aku walaupun dah agak sikit kelewatan hampir pukul 3 petang di mana jemputan adalah untuk makan tengah hari yang mana kebiasaan pukul 1 petang tetap disambut dengan riang oleh tuan rumah. Aku hanya mengambil tempat di luar sahaja memandangkan masih ramai kaum kerabatnya terutama kaum muslimat berada di dalam.

Sambil makan dan minum pelbagai topik dibawa dalam persembangan. Maklumlah dah agak lama tak bersua. Sahabatku ini juga dah berubah. Makin berisi badannya yang mana dulunya kurus kering seperti aku juga. Maklumlah orang yang dah berkahwin ni lain sikit berbanding yang bujang. Makan minum ada orang tolong jagakan. Kalau bujang ni, main ikut mana sempat je. Setelah itu sahabat aku mengeluarkan gambar koleksi pengantinnya yang ditangkap sebagai kenangan untuk tatapan aku kerana sewaktu majlis walimahnya kau tidak dapat hadiri. Jurukameranya juga merupakan sahabat kami juga iaitu Ridhuan Abu Bakar. Pelbagai posing yang dibuat dan pelbagai gambar yang menarik. Apabila dah halal, dah tak kisah untuk semua itu. Tinggalkan dulu bab ini.

Kemudiannya persoalan yang pasti dan aku dah agak untuk itu pasti keluar, bila pula masanya untuk aku mengikut jejak mereka. Ni yang agak kureng untuk aku jawab dan olah lebih-lebih. Sama juga dengan lontaran yang pernah dikemukakan oleh seorang senior aku baru-baru ini. Antara yang dilontarkan adalah sebegini.
Bila lagi nak kenduri ni? Keje dah keje dah.Dah boleh dah kalau nak berwalimah. Jangan lama-lama sangat. Lagi cepat lagi baik. Nak tunggu sampai bila lagi ni.

1st thing akan keluar pasti senyuman. Tawar ke masin ke manis ke aku pun tak tahu dapat ke mereka sedari. Kenyataan berikut aku nyatakan untuk cover line orang kata. InsyaAllah, nanti ada la jodoh tu. Lagipun baru je keje, kemampuan untuk itu belum lagi. Perlukan sikit masa untuk itu. Tentang calon lagi dan sebagainya. Biasa la kan, nak cover ni ada je point untuk aku lontarkan. Belum ada yang masuk melamar dan sebagainya.Yang pasti jawapan hanya Yang Maha Esa dan juga diri sendiri yang tahu kedudukan sebenar. Dulu mungkin aku ada perancangan untuk itu semua, tapi kini bukan lagi keutamaan. Bohong kalau aku katakan yang aku tak pernah terfikir untuk itu semua. Ye la, kawan-kawan ramai yang dah settle down. Aku dan beberapa kerat yang lain je belum lagi Allah izinkan untu itu. Aku terima seadanya. Satu sahaja yang aku pegang untuk ini, kalau ada pasti tak ke mana dan kalau tak ada aku harap habuanku di akhirat kelak (kata-kata untuk pujuk hati). Adakalanya ianya seperti sudah ketemu, tetapi keperluan lain perlu aku dahulukan berbanding hajat di hati. Mungkin pengorbanan hajat di hati yang tak seberapa ini pasti ada hikmahnya yang aku tak sedari. Buat masa ini keutamaan duniawi aku hala tujukan pada keluarga, kaum keluarga dan juga career. Untuk diri aku ketepikan dulu buat seketika. Tu je yang aku mampu di samping mengikut arus alam persekitaran di sekeliling. Tapi andai aku terus alpa, pastinya aku juga akan terus hanyut sebabnya persekitaranku umpama air sungai yang baru dihujani hujan yang lebat. Walaupun hakikatnya aku sendiri umpama tenggelam timbul, namun atas nama kehidupan kena juga bangun sendiri.

Setelah agak lama aku kemudiannya meminta diri dan singgah sekejap di Masjid Shah Alam untuk buat solat fardhu asar. Ingat selepas itu nak singgah sebentar di Taman Tasik Titiwangsa, tapi tengok keadaan orang ramai penuh sesak, aku batalkan hasratku sebabnya kadang-kadang keadaan sebegini buatkan aku lemas sikit. Lagipun sorang-sorang ni rasa lain sikit. Terus ambil keputusan pulang ke Pinggiran Subang.

Sebelah malamnya agakan aku tepat di mana kuliah al fadhil ustaz Abdullah Iraqi di Masjid Subang Perdana. Perbincangan kitab bulughul maram, karangan Imam Ibnu Hajar Asqalani berkaitan akan topik jenazah. Banyak yang disentuh ustaz berkaitan dengan hadith dari semasa 15 hari Nabi saw berada dalam keadaan sakit hingga ke saat sakaratul maut. Dengan nada suara dan intonasi dari segi penyampaian sememangnya membuatkan jemaah terasa sebak hingga ke ulu hati tentang kisah penceritaan tersebut. Beberapa hadith dapat dihuraikan dengan penjelasan panjang lebar tentang pelbagai cerita dan kisah. Penggunaan air mandian yang ganjil, helaian kain kapan, penggunaan bahan-bahan semasa mandian mayat, kisah anak Nabi saw, Mariam semasa meninggal dunia, penceritaan tentang bapa munafik, Abdullah bin Ubai di saat kematiannya yang penuh dengan penghinaan dan banyak lagi. Nak hurai semua jenuh juga la kan.

Kemudian di samping tu diselitkan juga akan kisah Nabi saw bersama dengan isteri dan anak-anak perempuannya. Yang menariknya daripada kata-kata ustaz, bagi kita yang belajar hadith semua ada dinyatakan sifat dan akhlak Nabi saw tapi mampukah untuk kita lakukan semua itu dalam pengamalan kita seharian. Betapa romantisnya akhlak Nabi saw bersama isteri-isteri baginda dan sebagainya. Sebab tu bagi aku, dari kecil lagi setiap orang Islam patut tanamkan azam di hati untuk jadikan Nabi saw sebagai role model dalam semua perkara lebih-lebih lagi untuk anak-anak. Barulah kehidupan berkeluarga secara islamik tu terarah ke satu matlamat yang jelas.
'
Cakap memang mudah, semudah mengunyah kacang kuda sahaja. Persoalannya untuk pengamalan tu yang bagaimana. Mampukah aku arahkan kehidupan aku sebegitu? Bolehkah aku terus istiqamah atas jalan yang satu itu? Persoalan demi persoalan yang pastinya akan senantiasa berlegar-legar dalam fikiran ni bagi diriku yang serba kedhaifan dan kekurangan ini untuk dihala tujukan. Apapun hanya padaNya aku serahkan semuanya disamping usaha akan aku lakukan semampu mungkin untuk ini semua.
'
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.." (Al-Furqan : Ayat 74)

4 comments:

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Insyaallah, Allah akan makbulkan doa anta, cuma lambat atau cepat ajer.. Kalau lambat, Dia nak uji dan beri yang terbaik, kalau cepat, alhamdulillah.. Mula2 tensen juga, lama-lama biasa lah.Mudah-mudahan anta dapat isteri solehah dan menyenangkan :)

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

syukran ya ukhti salwa,

memang kebiasaan kt sebagai insan tak terlepas dari ujian. itu semua lumrah kehidupan. mau tak mau, kt kena untuk terus tempuh semua tu. andai dunia tak kt peroleh, semoga ada habuan yg menanti di akhirat kelak. apapun pengharapan kt letakkan pd Yang Maha Pencipta. Dia Maha Mengetahui yg terbaik buat hamba2Nya.

Riss said...

Ridz

Doaku dari sahabat mu ini, semoga dirimu akan di pertemukan dengan seorang gadis yang baik dan solehah, yang dapat membuat mu bahagia bersama ibu dan bapa mu mu. Insyaalah saat itu akan tiba jua.

Doa dari sahabatmu.

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

amin,

semoga doa sahabat2 ada keberkatannya untuk diri ana yg serba kedhaifan dan kekurangan ini..

syukran jazilan