
Kami bertolak pada pagi hari jumaat jam 10 pagi. Destinasi pertama hari itu adalah Kangar, Perlis di mana terletaknya rumah kuarters bapa menakan (saudaraku) sebelah emakku. Walaupun ini bukan pertama kali aku ke sana, tapi kali pertama semenjak Dr. Asri Zainal Abidin ambil alih sebagai mufti. Aku ingin melihat apa perubahan yang cuba dilakukan oleh beliau dengan kuasa yang beliau ada sepanjang hampir 2 tahun memegang jawatan mufti perlis. Untuk makluman, pakcikku ini seorang anggota polis di daerah tersebut. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Apabila sampai sahaja di sana dah menunjukkan hampir pukul 1 tengah hari dan kami ambil keputusan untuk solat Jumaat di masjid yang berdekatan.
Kami dibawa oleh pakcikku ke sebuah masjid yang berkubah hijau tua. Masjid itu dikatakan adalah hasil sumbangan oleh Raja Perlis yang dahulu, apa nama pun aku dah tak pasti. Duit-duit elaun yang beliau peroleh semuanya disumbangkan untuk pembinaan masjid tersebut. Allahuakbar, sumbangan amal jariah yang cukup besar yang dapat nak kata di mana pasti beliau kini dah dapat saham-saham tu semua. Beruntung sungguh orang yang sebegini. Dah la dunia dia peroleh, untuk akhirat juga tak dilupakan. Moga Allah merahmati rohnya beserta dengan orang-orang yang soleh, InsyaAllah.
Ini kali pertama aku menunaikan solat jumaat di negeri Perlis dan aku nak tengok bagaimana corak ibadah yang dilakukan oleh jemaah di sini yang mana kita pun sedia maklum yang Perlis ni dikatakan darul sunnah yang cuba diaplikasi sunnah nabi dalam setiap ibadah yang dibuat. Apabila selesai wuduk diambil, aku terus cari saf yang antara hadapan dan terus solat sunnah tahiyatul masjid dibuat. Kemudian tak berapa lama, khatib naik ke mimbar dan salam diberi pada jemaah. Khatib kemudiannya duduk dan azan dilaungkan oleh muazin. Setelah itu, khatib bangun dan terus khutbah dibaca. Apabila selesai khutbah yang pertama, khatib duduk seketika dan suasana sunyi di mana tak ada muazin melaungkan selawat seperti selalu di antara dua khutbah sebaliknya masing-masing sibuk berdoa secara persendirian. Kemudian khatib menyambung khutbah yang kedua dan seterusnya menamatkan khutbah. Khatib kali ini aku lihat masih menggunakan teks yang aku rasa dibekalkan oleh pejabat mufti negeri perlis. Antara topik yang disentuh adalah teguran berkaitan dengan sambutan maal hijrah yang bakal dibuat oleh masjid-masjid dan surau-surau yakni dengan mengadakan amalan tertentu dari sebelum maghrib dan diakhiri hingga selepas maghrib. Bacaan surah Yassin dan bacaan doa awal dan akhir tahun. Huraian pemahaman sunnah yang mungkin akan ada pihak-pihak yang menentang.
Kemudian kami terus solat jumaat dipimpin oleh khatib yang sama. Setelah takbirratulihram, beberapa saat imam terus membaca al-fatihah tanpa dimulai dengan bismillah. Setelah itu disambung pula dengan surah. Pada rakaat yang kedua juga sama konsepnya. Apabila salam diberi, imam terus diamkan diri dengan masing-masing melakukan zikir secara bersendirian. Yang mana ada urusan aku tengok terus bangun keluar dari saf. Aku kemudiannya terus bangun dan melakukan pula solat asar untuk dijamakkan sekali sebabnya aku dalam musafir.
Di sini dah nampak cara seperti yang aku pelajari sikit-sikit. Azan tak dilaungkan 2 kali seperti kebiasaan dan tak dibuat solat sunnah qabliah jumaat. Ini pertama kali suasana sebegini aku alami dalam masjid jamek. Memang sebeginilah rasa aku seperti yang dilakukan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi walaupun aku belum diizinkan Allah menjejakkan kaki ke tempat yang amat-amat aku nanti-nantikan untukk jejakkan kaki di sana, InsyaAllah suatu hari nanti moga dimakbulkan hajatku ini. Amalan azan 2 kali ni adalah perbuatan dari saidina Uthman untuk perkhabaran kepada jemaah tentang waktu solat ketika zamannya. Panjang nak dihuraikan di sini. Tapi cukuplah aku katakan yang lebih afdhal mengikut sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasul tapi tak bermaksud kita menolak apa yang sahabat lakukan. Tu kena jelas, sebab nanti pasti ada pertikaian tentang itu. Lagipun ini cuma furu' dalam permasalahan fiqh, tak ada sebabnya untuk diperdebatkan. Lain pula jadinya nanti.
Lepas solat sementara menunggu pakcikku keluar masjid, ayahku memperkatakan sesuatu tentang amalan solat jumaat di sini. Sini lain sikit dari tempat kita ye. Azan sekali, tak ada solat sunat, al-fatihah tak baca bismillah, tak ada bacaan doa selepas solat, tak ada zikir dan sebagainya. Aku hanya senyum je dan adik aku menjawab, inilah cara yang Nabi saw buat. Cara ini lebih menepati sunnah Nabi saw. Kat Mekah pun macam ni juga kan. Kemudian dibalas oleh ayahku, sana lain sebab mazhab lain. Orang solat sunnat ni untuk tampung mana yang kurang. Bila dah sebegitu tambah pula sepupuku, sini lebih kurang macam wahabi sikit. Terus senyum kelat aku kuntumkan dan aku cepat-cepat cuba untuk halang adikku dari terus berhujah. Bukan apa, tak mahu perkara-perkara yang sebegini akan membuatkan jadi keadaan tegang. Bab ni kena belajar baru boleh untu kita dalami cara yang sebenar. Bukan bermaksud nak kata kita yang muda ni lebih pandai ke tak, tapi apapun senang kata kena belajar baru tahu semua tu.
Sebelah malamnya selepas solat isyak sementara menunggu makan malam dihidangkan, aku dan sepupuku duduk di ruang tamu di luar. Sambil-sambil bersembang biasa macam mana entah boleh masuk bab-bab agama ni. Yang dapat nak kata sepupuku ini juga ada mengikuti pengajian ilmu di tempatnya. Antara hujahnya padaku yang aku agak setuju adalah sejauh mana yang kita mengaji ni jangan sampai bila satu ketika kita akan mengatakan kita tak perlu lagi ikut syariat yakni solat, puasa dan sebagainya. Sebab ada yang belajaq ilmu ketuhanan ni sampai dah rasa tinggi makam tak perlu lagi semua tu sekadar niat dah memadai. Itu dah menunjukkan yang syaitan dah berjaya masuk untuk sesatkan sesiapa orang yang sedemikian. Apapun yang mampu kita buat, kita kena yakin bahawa semuanya adalah dengan izin daripada Allah.
Aku akui semua tu, tapi bila timbul bab dia menyatakan yang akan sampai satu ketika yang lebih mendalam orang akan mengatakan yang dalam dirinya ada Allah. Tapi yang tu bagi sesiapa yang tak mengaji pasti akan kata sesat sebab katanya Allah itu wujud tanpa bertempat. Yang ni aku tak setuju dan aku cuba hujahkan padanya. Aku katakan kalau begitu apa yang dia paham dah bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Al-Quran dan hadith yang sahih sebab berdasarkan dalil mengatakan yang Allah itu berada di langit. Bila aku katakan begitu, sepupu dah mula macam berang sedikit. Kalau begitu, dia mengatakan aku samakan Allah dengan makhluk sebabnya Allah wujud tanpa bertempat. Allah meliputi alam ini, Nauzubillahimin zalik. Kemudian aku hujahkan kat dia, abih tu kalau dah kata macam tu hatta dalam tanah, lubang xxxxx pun Allah ada ke? Dia kata ya, sebab Allah itu meliputi kesemuanya dan kita tak boleh nak khususkan Allah itu bertempat. Habis tu kalau apa yang kita buat dalam tandas ke, Allah tak tau ke. Nau’zubillahimin zalik, Astaghfirullahalazim. Sebelum ini aku juga faham sebegini dan kini mungkin sudah sebaliknya.
Keesokan harinya bila ada kesempatan bersembang dengan emakku, emakku bertanya padaku tentang pengamalan yang biasa orang buat yakni pembacaan doa awal tahun dan akhir tahun kat masjid-masjid ataupun surau-surau. Aku terangkan yang Maal Hijrah ni dibuat semasa zaman khalifah Umar diambil sempena hijrah Nabi saw ke Madinah untuk dijadikan kalendar rujukan umat Islam. Pada zaman Nabi saw, tak ada semua ni. Emakku membalas, habis tu dalam kitab-kitab lama semua ada. Ulama-ulama juga yang tulis semua tu. Aku jelaskan yang tu semua pandangan ulama untuk buat agar manusia ni dekat dengan Allah. Tapi dalam bab-bab ibadah ni tak boleh nak main ikut je kecuali ianya ada nas dan dalil yakni Al-Quran dan Hadith. Selain dari ibadah takpe kalu takdak sumber dari tu. Tak tahulah samaada emakku faham apa yang aku sampaikan ke tidak. Apapun aku cuba untuk berlaku hikmah dengan orang-orang yang lebih tua terutama mak ayah aku agar hati mereka aku jaga disamping aku sampaikan apa-apa sahaja mengikut kemampuanku. Doa ini tak aku lupakan setiap kali dalam solatku sebagai tanda aku sayang dan kasih pada kedua orang tuaku..