Aku masih lagi tetap dan selalu menerima email dan juga email berkaitan dengan kisah saudara-saudara Islam di Palestin. Dalam banyak-banyak orang kita masih punya rasa kasih dan cinta pada saudara yang walaupun bukan sedarah sedaging, tapi dalam kontek agama. Itulah yang dituntut Kini masih lagi tegang keadaan di sempadan Gaza. Melihat berita, laporan dan gambar keperitan, penderitaan dan kesengsaraan orang-orang Palestin sedih, simpati, geram, marah dan pelbagai perasaan membuak dalam diri.
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidaklah sempurna keimanan seseorang dari engkau semua itu, sehingga ia mencintai untuk diterapkan kepada saudaranya sebagaimana ia mencintai kalau itu diterapkan untuk dirinya sendiri." (Muttafaq 'alaih)
Aku tak tahulah andai sesiapa yang melihat semua itu tanpa sebarang rasa belas dalam hati. Gambar-gambar yang menyayatkan hati ini melihat semua itu. Anak-anak kecil, kaum wanita, orang-orang tua antara kebanyakan yang menjadi mangsa kekejaman rejim yahudi laknatulllah ini. Memang zalim dan berperikebinatangan sungguh yahudi laknatullah ini. Hatta zaman dahulu pun nenek moyang mereka ini sanggup membunuh Nabi-nabi utusan Allah. Ini apatah lagi hanya orang awam biasa sahaja. Seluruh dunia hanya mampu menyaksikan tanpa dapat berbuat apa-apa. Yang dapat buat hanya menyatakan kecaman sahaja tanpa tindakan lanjut. US sekutu kuat menyatakan rasa sokongan dengan apa yang dibuat oleh mereka ini dengan alasan zionis yahudi melakukan serangan sekadar untuk melumpuhkan pejuang-pejuang Hamas sahaja. Sekatan demi sekatan untuk bantuan perubatan disekat oleh zionis daripada membenarkan rakyat Palestin dibantu dan dibela.
Laporan terkini Palestinainfo mengatakan tentera Israel, memusatkan seranganya ke rumah-rumah warga dan sekolah milik PBB. Akibatnya ratusan anak sekolah yang berlindung di sana tewas seketika. Sebanyak 135 anak bergelimpangan di antara puing dan reruntuhan bangunan. Mereka juga menggempur masjid-masjid yang berada di Gaza. Sebanyak 15 masjid runtuh terkena serangan Israel. Menginjak mangsa ke Gaza sudah lebih dari 780 korban meninggal dan 3250 lainya luka-luka. Zionis melampiaskan dendam mereka kepada rakyat awam Palestina.
'
Kadang-kadang terlintas di hati ini, bagaimana andainya aku berada di sana? Adakah aku mampu hadapi semua ujian dan dugaan sepertimana mereka di sana? Bagaimana andai Malaysia, tanah air aku di serang dan cuba dijajah dalam keadaan sedemikian rupa?, Nau’zubillahi minzalik. Adakah aku mampu untuk turut sama berjuang, berjihad untuk agama Islam dan mempertahankan tanah air sperti Mujahidin di sana? Macam-macam persoalan yang acapkali timbul di fikiran bila memikirkan semua itu. Walaubagaimana pun bagi setiap umat Islam wajib ada dan tanam dalam hati untuk mati syahid kerana Allah kerana ianya merupakan tuntutan bagi setiap umat Islam.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mati dan belum pernah melakukan peperangan, juga tidak pernah tergerak hatinya untuk melakukannya itu - yakni tidak ada keinginannya samasekali untuk berjihad fi-sabilillah, maka ia mati dengan menetapi satu cabang dari ke-munafikan." (Riwayat Muslim)
Terus terang bagitau, bila aku mendengar kuliah tentang jihad Islam di medan perang rasa pada masa itu terlalu bersemangat kerana bagi sesiapa yang mati syahid fisabilillah mereka itu sebenarnya bukan mati tapi hidup di sisi Allah. Bagi para syuhada sebolehnya mereka ingin dihidupkan semula ke dunia untuk berjuang lagi dan mati syahid lagi di medan perang. Inilah antara kelebihan yang ada dalam diri umat Islam yang beragama Islam kerana matlamat kita bukan dunia, tapi kehidupan akhirat yang akan datang. Ini yang tak ada dalam diri askar-askar kafir. Mereka amat takutkan kematian berbanding dengan kita umat Islam matlamat adalah kemenangan atau syahid di medan perang.
Patut benarlah rejim zionis amat takutkan Syeikh Ahmad Yassin sekalipun dia dah tak berdaya untuk bergerak sehingga menggunakan kerusi roda untuk bergerak, tetapi kata-katanya mampu membakar semangat anak-anak muda Islam Palestin untuk bangun berjihad dalam memepertahankan tanah air dan yang lebih utama atas nama Islam. Kewajaran bagi Hamas dalam menyediakan para Mujahidin-mujahidin Islam agar bersedia untuk bertempur dengan puak-puak kuffar. Bila semua ini terjadi akan kembali aku teringat sirah tentang peperangan di zaman Nabi saw dan juga peperangan selepas kewafatan Nabi saw yang diteruskan oleh para sahabat dalam memerangi puak-puak kuffar. Sejarah membuktikan bahawa andai pertolongan Allah beserta dengan orang Islam pasti tiada kemungkinan hatta betapa canggih manggih sekalipun senjata yang digunakan. Teringat kau dahulu di zaman Saidina Umar atau Salahuddin Al-Ayubi di mana tentera-tentera yang di letakkan di bahagian hadapan saf tentera adalah mereka yang bangun malam dalam melakukan solat tahajudnya. Allahuakbar, mampukah aku sediakan diri untuk itu.
Hatta di Malaysia ini para mudi mudanya masih hanyut dengan alam fantasi, keseronokan, hiburan tanpa sempadan dan pelbagai lagi keadaan yang menunjukkan pemuda pemudi kita masih jauh kalau nak dibandingkan dengan muda-mudi orang Palestin. Semuanya terus hanyut dengan dunia masing-masing tanpa ada sikit cebisan kesedaran apa yang berlaku di Asia Barat kini. Cuma segelintir yang cuba bangun menunjukkan rasa memprotes smua ini dengan perarakan secara aman dan pemboikotan terhadap produk-produk US dan Israel ini. Bagaimana la sebelum ini bagi siapa yang kata Obama ini mungkin lebih baik sikit daripada Bush, tengoklah apa yang dibuatnya. Ada kebenarannya apa yang diperkatakan ulama US tempoh hari, siapa sahaja presiden US ini tak akan ada manfaatnya buat umat Islam seluruh dunia.
Andai kita juga punya kesensitivitian apa yang terjadi pada saudara-saudara Islam kita ini sewajarnya sama-sama kita menyahut seruan ini. Semoga apa yang termampu kita buat ini Allah pandang walaupun sikit sangat. Sama-sama kita titipkan doa dan juga Qunut Nazilah ini pada mereka di sana dalam solat fardhu mahupun solat sunnah.
No comments:
Post a Comment