Saturday, January 3, 2009

Kesensitivitian kita umat Islam..


Hari ini merupakan hari ke-6 di mana Palestin masih lagi berada dalam keadaan ambang peperanagan. Ketika umat Islam diseluruh dunia meraikan sambutan Maal Hijrah dan sebagainya, saudara-saudara kita yang berada di Palestin sudah beberapa hari jihad berperang dan dibedil oleh rejim zionis laknatullah. Kecaman demi kecaman dinyatakan oleh beberapa negara-negara besar yang simpati tapi siapa yang mampu untuk halang rejim zionis daripada terus meratah dan menghirup darah umat Islam Palestin. Yang terkorban bukan sahaja mujahidin Hamas tapi juga orang awam yang terdiri daripada orang tua, wanita dan juga kanak-kanak. Alasan yang diberikan oleh pihak rejim zionis bukan untuk menduduki Gaza, tapi untuk menghentikan serangan yang dibuat oleh pejuang Hamas ke atas pendudukan mereka di samping balasan kerana rakyat Palestin menyokong Hamas sebagai kerajaan Palestin masa kini. Sehingga saat ini 420 orang lebih rakyat Palestin yang telah terkorban dan ribuan dalam kecederaan.
'
Di saat negara kita semasa meraikan sambutan Tahun Baru Masihi penuh dengan percikan bunga api, berhimpun bersama-sama para pembesar negara dengan sorakan tahun baru penuh kegembiraan dan suka ria. Tapi keadaan sebaliknya di Palestin. Mereka juga diraikan oleh askar zionis dengan menghadiahkan peluru berpandu, peluru senjata api merobek diri dan juga memusnahkan rumah dan bangunan. Cuma keadaan yang membezakan mereka dengan kita di sini.
'
Bila mana terjadi perkara sebegini apa perasaan kita sebagai umat Islam. Paling tidak kita akan rasa perasaan geram dan marah akan tindakan yg diambil oleh rejim zionis ini pada saudara-saudara kita. Walaupun bukan sedarah sedaging, tapi saudara seagama. Itu lebih besar rangkumannya. “Kalau Aiman boleh jadi Superman, nak je Aiman p kat Palesntin tu bantu orang-orang Palestin dan musnahkan zionis tu.” Paling tidak bagi seorang kanak-kanak pun andai terpikir sebegini dah membuatkan kita rasa syukur kerana masih ada kesensitivitian di hatinya dengan keadaan umat Islam sejagat.

Apabila memperkatakan sebegini, apa yang kita mampu untuk lakukan dalam membantu mereka di sana. Bagi badan-badan NGO yang berkemampuan pasti ada usaha-usaha untuk mengumpulkan dana dari segi perubatan, makanan dan sebgainya bagi meringakan beban mereka. Bagi yang lain antara anjuran lain adalah dengan menitipkan doa kerana doa merupakan senjata orang mukmin. Di samping itu yang lebih menepati sunnah adalah melakukan Qunut Nazilah dalam setiap solat wajib. Sepatutnya seluruh masjid melakukan ini, dan tak hanya melakukan Qunut dalam waktu solat Subuh sahaja. Semua ini ada dasarnya bersumberkan hadith Nabi saw.

`
Berikut pula adalah kupasan berkaitan dalil Doa Qunut (Nazilah),Hadis daripada ibnu Abbas:
Ertinya: "Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dlm solat zohor, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dr rakaat akhir. ia mendoakan kehancuran atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya." (Riwayat Abu Daud & Imam Ahmad)

Selain itu antara perkara lain yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan pemboikotan total terhadap semua produk as dan israel. Di bawah merupakan antara apa yang dilontarkan pandangan oleh ulama Sheikh Yusof al-Qardawi berkaitan dengan permasalahan ini.

Fatwa Intifadah - Sheikh Yusof al-Qardawi :
'
"1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine.. "
'
Dr. Yusuf Qardhawi menyeru kaum muslimin untuk mendukung intifadhah (kebangkitan) di Palestin. Dr. Qardhawi, yang terkenal dengan karya-karyanya di bidang fiqh, ibadah, aqidah dan dakwah, menegaskan umat Islam perlu bersatu di dalam menangani masalah Palestin, sampai umat Islam berjaya mengembalikan tanah airnya. Ia juga menegaskan bahwa siapa yang berupaya menjalin perdamaian dengan Zionis Israel adalah orang yang tidak mahu mengambil pelajaran dari sejarah dalam Kitabullah yang secara jelas telah menyebutkan orang Yahudi sebagai kaum yang paling sering melanggar perjanjian. Ia juga menyerukan agar umat Islam berjihad untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis.
'
Dalam dialog selepas shalat Jum'at (28/10) di Masjid Umar bin Khattab, Qatar, pakar Islam itu meluahkan rasa terkejutnya dengan sebahagian umat Islam yang menyatakan tidak mampu hidup tanpa produk Amerika. "Saya terkejut ketika ada sebahagian umat Islam mengatakan tidak mungkin hidup tanpa Pepsi, Coca Cola, Pizza Hut, atau peralatan moden produk Amerika."

Hal pemboikotan itu menurut Qardhawi berpijak dari kenyataan bantuan kewangan yang luar biasa oleh AS kepada negara Zionis Israel. Apatahlagi, Kongres AS secara senyap-senyap memehak kepada Israel dalam masalah Palestin. Inilah fatwa mutakhir Yusuf Qardhawi tentang masalah Palestin. Dr Qardhawi kemudian mengatakan, setidak-tidaknya dukungan seorang muslim terhadap Palestin itu wujud dalam niat jihad dan mati syahid untuk membela Palestin. "Siapa yang tidak pernah terlintas di hatinya untuk berjihad, maka ia mati dalam keadaan munafiq," kata Yusuf Qardhawi sambil menyebut salah satu hadits Rasulullah saw tentang hal tersebut. Ia menambah bahawa jihad yang ditegaskan dalam al-Qur`anul karim adalah jihad dengan harta dan jiwa. Maka, kalau tidak mampu berjihad dengan jiwa, hendaknya seorang muslim berjihad dengan hartanya.
'
Salah satu bentuk jihad dengan harta, tambahnya, adalah dengan melakukan pemboikotan total terhadap semua produk AS dan Israel. "Wahai kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajiban bagi seluruh Muslim di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca cola, misalnya,akan menjadi sebuah peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan kemana wang itu dibelanjakan? "
'
Hanya masing-masing dapat menialai sejauh mana rasa sensitifnya dan keterasaan dalam diri kita umat Islam di Malaysia ni dengan nikmat yang melimpah ruah dan belum teruji sebegaimana sauadara-saudara kita di sana. Moga Allah kekalkan keharmonian dan kesejahteraan dan agar kita tak diuji dengan sesuatu yang kita tak mampu untuk kita hadapi.

“…Tepuk dada, tanya iman…”


No comments: