'
Apa yang terlintas di fikiran kita semua bila melihat gambar-gambar di atas? Biasa sahaja? Lagipun sekarang ni di luar masalah perang tak habis-habis lagi. Macam tu la keadaannya. Andai ini yang terlintas di fikiran seseorang yang bergelar Muslim, pasti ada yang tidak kena dengan imannya. Mungkin mereka yang di atas ini bukan sedarah sedaging, tapi yang penting atas tiket saudara seagama. Bayangkan kalau yang ini semua kaum kerabat kita, apa yang kita rasa?
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidaklah sempurna keimanan seseorang dari engkau semua itu, sehingga ia mencintai untuk diterapkan kepada saudaranya sebagaimana ia mencintai kalau itu diterapkan untuk dirinya sendiri." (Muttafaq 'alaih)
Cuma yang tak rasa sebarang belas ehsan melihat semua ini hanyalah puak-puak kuffar laknatullah sahaja kerana bagi mereka satu kebanggaan sekiranya darah orang Islam dapat ditumpahkan dimuka bumi ini.
'
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. "(Al-Maidah:82)
'
Benar kata Al-Fadhil Ustaz Abdullah Al-Iraqi dalam sesi kuliah yang penulis hadiri malam tadi. Kita di Malaysia ni patut rasa kesian kat diri kita ni berbanding kesian kat penduduk Palestin. Paling tidak pemuda pemudi Palestin ini Allah beri peluang untuk mereka mati syahid di jalan Allah. Tapi kita di Malaysia ni masih lagi dengan hidup penuh hiburan dan keseronokan. Pengalaman beliau semasa di Iraq sewaktu tentera Amerika datang untuk tawan Iraq dulu diceritakan pada hadirin. Bagaimana sampai ada di kalangan sahabat-sahabat beliau yang tak tahan dengan ujian sampai menyalahkan mengapa mereka diuji sebegini apabila musyaf Al-Quran di henyak ke kepala mereka semasa mereka di tawan sehingga koyak rabak dibuatnya. Bila dengar semua itu, rasa sedih, marah dan beberapa perasaan lain bercampur baur dalam diri penulis. Bagaimana andai penulis di tempat itu? Mampukah penulis hadapi semua itu? Allahuakbar kabiraa..
'
"Sesungguhnya Allah telah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman dengan memberikan syurga untuk mereka, mereka berperang fi-sabilillah, sebab itu mereka dapat membunuh dan dibunuh, menurutjanji yang sebenarnya dari Allah yang disebutkan dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Siapakah yang lebih dapat me-menuhi janjinya daripada Allah? Oleh sebab itu, bergembiralah engkau semua dengan perjanjian yang telah engkau semua perbuat dan yang sedemikian itu adalah suatu keuntungan yang besar." (at-Taubah: 111)
'
Bila ditiupkan cerita tentang JIHAD, rasa berkobar-kobar dalam diri untuk turut sama berjuang. Sebagai umat Islam, kita kena jelas matlamat hidup dalam memperjuangkan sesuatu dalam kehidupan. Kita berjuang bukan atas nama bangsa, keturunan tapi berjuang atas nama agama ISLAM. Berapa sangatlah sumbangan kita kini kalau nak dibandingkan dengan orang-orang terdahulu. Hatta sebesar habuk pun rasanya tak mampu nak timbal balik. Sememangnya patut orang-orang terdahulu kita jadikan teladan dalam mencontohi mereka dalam usaha bersungguh-sungguh untuk agama. Bagi penulis sendiri, penulis akan cuba semampu mungkin dan selebihnya jika diizinkan Allah di kemudian hari akan penulis sediakan zuriat ini untuk jadi mujahid dan mujahidah agama Allah di masa yang akan datang. Moga Allah makbulkan impian penulis dan juga doa semua umat Islam dalam memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini,, InsyaAllah.
'
Di akhir sesi kuliah, doa yang agak panjang dibaca oleh Al-Fadhil Ustaz yang mana walaupun penulis tidak paham makna doa yang diungkapkan tapi penulis tahu bahawa doa tersebut dikhususkan juga untuk saudara-saudara kita di Palestin. Mendayu-dayu dengan terasa sebak juga di hati bila mengaminkan doa yang di baca. Moga Allah makbulkan doa kita semua dan syiar agama Islam dapat ditegakkan kembali di muka bumi ini, InsyaAllah.
'
Sebagai saudara yang kejauhan, boleh kita titipkan doa buat mereka di sana. Bacalah Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu mahupun sunnah kerana ini tsabit dari Nabi saw apabila kaum muslimin ditimpa musibah diperangi puak kuffar, Nabi saw membaca Qunut Nazilah bagi kebinasaan puak kuffar selama lebih kurang sebulan meurut riwayat. Sambil itu, antara paling lekeh yang boleh kita lakukan adalah memboikot barangan US dan juga produk yang berkaitan dengan Israel. Bagi sesetengah orang alim, sehingga mereka mengHARAMkan diri dan kaum keluarga mereka dari memakan makanan yang boleh dikaitkan dengan US seperti MC'D, Pizza dan sebagainya. Manakala bagi yang berkemampuan sumbangkanlah sikit sebanyak harta yang ada untuk badan-badan amal yang mampu untuk salurkan bagi keperluan orang Palestin kini.
'
Dari Abu Hurairah ra katanya "Demi Allah! Akan kuajarkan kepadamu cara solat Rasulullah saw. Maka Abu Hurairah qunut ketika solat zohor, isyak dan subuh. Mendoakan kebaikan bagi orang-orang mukmin dan mengutuk orang-orang kafir." (Hadis riwayat Muslim)
'
..QUNUT NAZILAH..
“Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami menuju, dan kami menyegerakan langkah, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu sangat pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agama (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghout dan orang-orang yang zalim, Wahai tuhan sekelian alam.
'
Ya Allah kami serahkan leher-leher musuh kami (kepadaMu) dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan himpunan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai tuhan yang maha gagah, wahai tuhan yang maha keras, wahai tuhan yang maha membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Ya Allah, wahai tuhan, yang menurunkan al-Kitab, wahai tuhan yang menjalankan awan, wahai tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkanlah mereka (orang-orang kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Palestin, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah hancurkan Amerika dan sekutu-sekutunya, Ya Allah hancurkan Yahudi dan sekutu-sekutunya.Ya Allah bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalanMu, yang ditindas kerana agama yang mereka anuti di semua tempat.
'
Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Ya Allah bantulah mereka, Ya Allah bantulah mereka berdepan dengan musuhMu dan musuh mereka, Ya Allah satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai tuhan sekelian alam, Wahai tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani kami, sudah pasti kami akan tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi.”
No comments:
Post a Comment