Saturday, June 6, 2009

Amanat buatmu adikku..


Minggu lalu beberapa jemputan walimah lagi aku perolehi daripada sahabat-sahabat untuk aku hadiri. Jemputan aku perolehi melalui sms daripada x-classmateku Siti Munirah Hashim (sahabiah SKSA) dan juga Mohd Helmi Suid (sahabat UTeM). Terus terang aku katakan yang aku amat-amat menghargai atas ingatan mereka padaku selaku sahabat. Walaupun aku tidak dapat hadiri kerana bebarapa asbab yang sememangnya aku sendiri tak dapat elakkan diri, InsyaAllah akan aku kirimkan cenderhati buat kalian kelak sebagai tanda ingatan buat kalian. Sedang kini masih tertunggu-tunggu alamat rumah untuk dikirimkan kerana kad agaknya kesibukan maka ianya tak dapat dikirimkan padaku. Apapun sekalung ucapan tahniah buat kalian suami isteri dan didoakan agar perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat, InsyaAllah.

Dalam masa yang sama adikku juga telah menurut jejak sahabat-sahabatku ini lebih awal daripadaku. Ini antara asbab mengapa majlis yang lain terpaksa aku batalkan hajat untuk aku hadiri kerana tarikhnya adalah sama. Untuk kali ini hanyalah majlis nikah dan kenduri di sebelah pihak perempuan yang diadakan di Senawang, Negeri Sembilan. Kami di sebelah pihak lelaki datang hanya dengan 2 buah van yang sarat dengan penumpang dan juga sebuah kereta. Penginapan pula di Teluk Kemang yang mana atas ehsan syarikat tempatku bekerja yang diberikan kepada staff untuk menginap.

Apabila si adik telah lepas yang pasti tak akan terlepas daripada perhatian adalah si abang termasuk la diriku. Sedara-sedara yang lain pastinya akan bertanyakan bila pula masanya untuk aku turut sama. Setakat mana yang boleh aku elak, akan aku elakkan untuk menjawab. Yang cuma mengetahui hanya ibuku sahaja rasanya apa yang berada di fikiranku ini. Sahabat-sahabat yang tahu juga tentang majlis adikku pasti tak terlepas daripada memperkatakan hal yang sama. Mungkin asbab inilah mengapa bagi orang-orang dahulu memperkatakan tentang pepatah pepatuh, “Langkah bendul.” Bagiku mungkin untuk jaga hati sedara yang tua yang pastinya tak akan terlepas daripada dilemparkan persoalan sedemikian. Mungkin bagi yang lelaki tidak ketara sangat berbanding yang perempuan. Yang pasti apabila seseorang itu sudah sampai masa dan kemampuan untuk bernikah mengapa perlu ditangguh-tangguh lagi. Bagiku tak kisah la nak langkah bendul ke, langkah atap ke, selagi mana ianya perkara yang baik malah dituntut dalam syarak sewajarnya ianya dipercepatkan. Manakala bagi diriku dan yang masih seangkatan mungkin kena ambil pendekatan memperbanyakkan puasa sunat kerana inilah yang dianjurkan oleh Nabi saw bagi yang masih belum berkahwin.

Apapun kini mak dan ayah dah peroleh seorang menantu sepertimana adik beradik yang lain dan bakal menimang cucu sendiri nanti, InsyaAllah.. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang mungkin tak terhingga. Sejak dahulu mak tak punya anak perempuan, tapi kini Allah izinkan mak dapat juga tetapi dalam konteks anak menantu. Walau bagaimanapun sama sahaja anak sendiri mahupun menantu kerana dengan berlakunya ijab dan kabul maka ikatan persaudaraan adalah mahram untuk selamanya bagi anak menantu kepada mentua masing-masing. Penyambungan zuriat yang bakal diteruskan oleh adikku dahulu, InsyaAllah.


Di bawah aku lampirkan sedikit nasihat dan kata-kata daripada seorang abang untukmu adikku..

Adikku,
Dengan izin Allah kini kau telah bergelar seorang suami. Status diri kau juga telah berubah daripada bujang kepada sudah berkahwin. Sebelum ini dalam era pertunanganmu bermacam onak dan ranjau yang telah kau hadapi. Ianya melibatkan banyak pihak sehingga kau sendiri adakalanya buntu untuk membuat keputusan. Baru kau tahu istilah yang sering orang perkatakan, ‘Nak ditelan takut mati emak, nak diluah takut mati bapa.’ Apapun sepertimana yang kita pelajari, apa yang berlaku semuanya dengan izin dripada Allah. Hanya padaNya kita menadah tangan memohon agar ianya dimudahkan urusan kita dan dalam masa yang sama tidak mebuatkan sesiapa sahaja dapat berlapang dada dalam menerima keputusannya nanti. Alhamdulillah, masamu telah tiba di mana dengan sekali lafaz si dia kini telah menjadi milikmu yang sah. Tahniah aku ucapkan padamu dik.

Adikku,
Perlu kau tahu bahawa walaupun kini kau dah punyai seorang isteri dan pendamping hati tetapi dalam masa yang sama keutamaan kewajipanmu tetap sama seperti sebelum ini. Keutaamaanya dalam hidupmu adalah tetap mak dan ayah mendahului yang lain selepas Allah dan Rasul. Kemudian mak dan bapa mertuamu dan seterusnya baru isterimu. Berbanding isteri yang mana keutamaan hidup pula adalah sebaliknya yakni suami didahulukan daripada yang lain-lain selepas Allah dan Rasul. Kemudian mak dan ayah mertua dan seterusnya mak dan ayah kandung. Jagalah hati mak dan ayah sebaik-baiknya dan janganlah kau melakukan sehingga boleh membuatkan mereka terasa hati dengan perlakuanmu kelak. Apapun yang kau ingin perlakukan, cubalah berlaku hikmah dengan mereka. Jangan terlampau kau nak menunjukkan terlalu syadid dalam sesuatu urusan yang furuq (cabang) walaupun kau punya hujah, tetapi perkara sebegini bagi orang-orang tua masih belum faham dan belum keterbukaan ke arah itu. Perkara yang sama juga berlaku semasa majlis walimahmu walaupun beberapa perkara yang dilakukan kau sendiri sememangnya tak redha dan kurang menyenanginya, tetapi asbab meraikan maka kau tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Tetapi di sebelah pihakmu nanti juga perlu kau berlaku hikmah dalam penyampaian dan pengaplikasian dalam menjaga hati terutama mak ayah nanti.

Adikku,
Kini kau telah melengkapkan separuh daripada urusan agamamu. Manakala separuh lagi adalah taqwa kepada Allah. Tetapi kau perlu sedar bahawa kini kau bakal menempuh satu alam yang lain. Di samping keluargamu sendiri, keluarga dua belah pihak kau perlu pandai dalam melakukan sebarang keputusan. Ingatlah adikku kata-katamu dahulu padaku. Kau akan tunjukkan pada yang lain anggapan mereka dan persepsi mereka yang kurang baik sebenarnya tidak 100% boleh untuk kita telan dan umumkan semuanya sebegitu rupa. Yang pasti apa jua yang bakal berlaku sesungguhnya dengan izin daripada Allah. Kini kau bakal menempuh ujian yang lebih berat yakni anak dan isterimu adalah ujian buatmu nanti dalam menempuh dalam alam berumahtangga kelak.

Adikku,
Tanggungjawabmu kini makin berat dan besar. Hala tujukanlah keluargamu sepertimana yang dituntut oleh Allah dan Rasul. Kau yang bakal mengemudi bahtera yang kau bawa kini. Contohilah kehidupan berumahtangga yang ditunjukkan oleh idola setiap umat Islam iaitu junjungan besar Nabi saw dalam berkeluarga. Secara totalnya keputusan adalah atas tanganmu, tetapi tidak bermakna kau menolak apa jua pandangan yang diberikan oleh isterimu. Adakalanya kita sebagai lelaki jangan sekali-kali apabila nak menjaga ego hinggakan taraf isteri kita letakkan di bawah telapak kaki kerana isteri adalah pendamping di sisi bagi seorang suami. Dalam masa yang sama, jangan pula apabila terlalu menyayangi si isteri hingga dia pula berada di atas kepala, mengawal segala pengurusan keluarga. Si isteri umpama tulang rusuk yang bengkok. Jangan kau terlalu keras untuk meluruskannya hingga boleh menyebabkan ianya patah dan jangan pula kau membiarkan ianya terus dengan kebengkokan yang sedia ada. Gunakanlah cara berhikmah agar kau dapat memberikan yang terbaik untuk penghidupan rumahtanggamu nanti. Yang pasti juga andai sebarang pertikaian atau perbalahan cubalah berbincang dan bermusyawarah sebaik mungkin dalam mencapai kata sepakat. Itu yang dianjurkan oleh Nabi saw dalam urusan kita sesama insan.

Adikku,
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan tahniah padamu dan juga isterimu, adik iparku dan aku mendoakan agar perkahwinan kalian akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat serta diberkahi Allah dan bakal dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, InsyaAllah..


4 comments:

Anonymous said...

salam akhi,

adik dah lepas, abang bila lagi?
besalah ayat yang tak akan terlepas nak tanya pada kawan2.

wan,
cubalah buka hati tu untuk itu. pasti ada yang sesuai utk hg. orang yg baik, pasti Allah beri teman yang baik, InsyaAllah.

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

salam,

terima kasih atas nasihat yang dberikan. ana hargai sahabat.

tak mengapalah. buat masa ini yg boleh untuk diungkapkan adalah bab ini bukan lagi keutamaan dlm hidup buat masa terdekat ni. dulu mgkin terpikir jg nak ke arah tu, tp......

apapun Allah lebih mengetahui yg terbaik untuk kita. bila diimbas perkara yg lalu akan ana katakan pada diri sedar dan cermin akan diri, bandingkan dgn org lain, mampukah utk tempuh alam tu dan seribu satu persoalan akan timbul. yg pasti bukan mudah nak cari seseorg dan keluaraga seseorg yg boleh terima diri kt seadanya dlm segala kedhaifan dan kekerdilan diri yg ada.

hikmah yg nampak kt tak menyeksa jiwa dan perasaan org lain yg mana mgkn kt tak mampu utk jd yg terbaik dan pelindung serta nakhoda yg baik bg bahtera yg diimpikan. kekurangan dan kedhaifan mmg berpihak pd diri.

cuba beri yg terbaik dalam hidup setakat mana yg mampu. pujuk hati, andai dunia ini tak kita peroleh moga ada habuan buat kt di akhirat kelak. apapun yakin, jika ada pasti Allah mudahkan apa yg terbaik buat diri. hanya padaNya tempat kt mengadu dan memohon.

wallahualam..

riss said...

Tu la pasal Anonymous....

Ridz ni kan....

Riss..doakan kebahagian buat adik mu.

Selamat Pengantin baru Mohd Rais.
Moga bahagia ke anak cucu..

Sesungguhnya kau bertuah kerana mempunyai seorang abang..yang cukup baik dan penyayang, dan mengambil berat terhadap ibu dan ayah serta adik2nya....

Riss jua doakan kebahagian buatmu Ridz...Insyaalah...

riss said...

Buat Pasangan pengantin berbaju ungu... Terimalah sebuah puitis yang x beberapa dari Riss

Berbaju indah,,ungu..
kau dan dia..
berjalan beriringan
terpatri..dalam sebuah ikatan suci..

Indah...
menitis air mata ku
memerhatikan sebuah pernikahan

Melihat kemesraan abang mu
bersusah payah....
menghadapi semuanya..

Ridz..
kau telah bergelar abang ipar..
sudah ada seorang adik perempuan
yang inu dan ayah mu idamkan

moga kehadirannya
memberi seribu erti dalam
sinar keluargamu

doaku,,untuk mu Ridz....
moga bersatu cinta tu
di bawah satu ikatan nan suci..
indah dan nyata...

Maaf..Riss x dapat teruskan puitis ini... Hati ini terasa sesuatu dan terharu..

Maafkan Riss..