Sunday, November 30, 2008

Kecemburuan hati..

Alhamdulillah, baru lps mandi dan smbil bersantap dgn mknan yg bru aku beli semasa pulang dr msjd subang perdana td. Mcm mna la td ni blh terlelap smpai dah msuk mghrib pun aku tak sedar. Astaghfirullahal az’zim. Lps buat isyak kat bilik kelam kabut jg p sbb tau dah mlm ni ada kuliah. Mujuq jg la ustaz sobri lanjutkan smpai 2030. klu tak rugi la aku. Ni la sbb dok sorg2 kat cni, kwn2 mna p ntah. Smua dgn urusan masing-masing. Sekarang ni, aku dah ada aktiviti baru. Dah pandai sikit-sikit buat blog ni, boleh la nak luah apa yg terpendam dalam diri ni dengan penulisan. Walaupun mungkin tak setara mana, paling kurang utk aku sendiri tatapi bg muhasabah diri.

Berbalik pd sesi kuliah td, ustaz sobri arshad satu nama yg tak asing bg aku sejak di penang dl. Selalu jg ikut kuliah2 beliau dan Alhamdulillah, kali ini berkesempatan walaupun aku berada di luar. Subhanallah, sambutan masyarakat setemapt area subang perdana ini mmg aku respek. penuh ruang masjid dgn smua yg dahagakan ilmu agama. tak ketinggalan jg kaum2 ibu dan muslimat. mcm kuliah ustaz shamsuri ahmad la pl aku tgk. smpai aku nak buat solat tahiyatul masjid pun kna buat kat luar dari dewan solat. klu kat penang, kebiasaan kuliah ustaz sobri arshad ni xde la sepenuh ni jemaah yg dok ikut. ini smua dgn kehendak Allah dan jg tungkus lumus ajk masjid aku rasa bnyk main peranan.

Antara isi kandungan kuliah yg masih segar dlm kepala (sebab tak bawa pen dan buku) kena selalu dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi saw agar kt boleh mendapat syafaat Nabi saw di alam akhirat nanti. Perbanyakkan Istighfar krn dlm seharian berapa banyak kt telah melakukan kesalahan setiap anggota pancaindera kita. Walaupun perkara ini sering aku dengar dlm sesi2 kuliah, tp aku sndri kerap kali lalai utk trus istiqomah dlm melakukannya. Truknya drimu wahai insan yg kerdil…

Setiap jemaah disertakan dgn kertas rujukan apa yg diperbicangkan. tp sikit yg aku agak blh utk ditambah baikkan klu ustaz turut meletakkan sumber rujukan hadith2 yg diambil utk tatapan jemaah dlm kertas. itu lbh baik. sbb dr segi pengamalan ibadah ni sebaiknya kt tau sumber mna yg kt ambil utk diamalkan. sbb Islam ini berdiri atas nas dan dalil. apapun bab ni aku respek sbb xsmua org2 alim sanggup utk habiskan duit utk fotostat bg kat jemaah. Pasti bnyk saham yg dia akan peroleh nanti utk itu.

Aku terusik dgn satu kenyataan ustaz yg mengatakan esok dia akan memberi kuliah di sbuah msjid (aku tak ingat nama masjid) di kelana jaya yg mana setelah 10 tahun dia di GAM dr memberi kuliah. Dahulu dia berumur 35 tahun dan kini 45 tahun baru blh utk memberi ceramah kembali. Mgkn dr segi pentadbiran dahulu yg agak berlainan dgn sekarang. Ulasan utk itu aku tangguhkan dahulu. Mmg dilubuk hati ni timbul kecemburuan bila tgk org2 alim sebegini yg begitu gigih dlm memperjuangkan agama Allah. Dgn skrg dia msih dlm usaha utk bangunkan skolah agamanya (maahad tahfiznya). Hati mana yg tak cemburu. Sumbangan dia pd agama begitu bnyk. Sama jg bila aku buat perbandingan dgn org2 alim yg lain. Sbg contoh seorg alim sama baya dgn aku, ustaz Ramdhan Fitri yg skolah Al-Mashoor dl kini menjadi sebutan di kalangan masyarakat setemptku di penang. Bkn populaiti yg aku mksdkan, tp sumbangan mereka pd agama. Tetapi aku, apa yg aku buat utk agama? Kdg2 utk pengamalan sendiri pun selalu tersasar. Tu yg selalu bila aku muzakarahkan dgn shbat2 yg belajar agama, pasti gap ini aku terasa. Beruntung mereka krn Allah mudahkan kpd mereka utk dalami agamaNya dan dismpaikan pd org ramai. Kdg2 aku utk dakwah secara terus dgn kwn2 pun umpama tak berupaya. Skdar mampu utk aku tunjukkan akhlak dan hint secara tak langsung.
Lemahnya aku ini di samping manusia, lbh2 lg di sisiMu Ya Allah…

Bg diriku mgkn bnyk jg yg aku tak dpt utk dalami secara penuh bidang agama ini, tp InsyaAllah aku akan cuba pastikan secara tak langsung nanti zuriat aku akan cuba aku salurkan ke bidang itu. Smua ini utk kebahagiaan duniawi dan jg ukhrawi. So, mulai skrg ni aku kna mantapkan dl diri ini dan dlm msa yg sama bykkan berdoa agar apa yg aku impikan utk msa yg akan dtg ini jd kenyataan, InsyaAllah. Smuanya tak mustahil di sisi Allah…

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kpd kami isteri2 kami dan keturunan2 kami sbg penyejuk hati kami, dan jdkanlah kami imam bg org2 yg bertaqwa..."
(25:74)

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, semoga apa yg saudara hajatkan moga Allah mudahkan urusan saudara. ana sokong apa yg saudara perbuatkan. saama2 kt mantapkan segala kekurangan diri dgn apa yg termampu. selebihnya berserah pd Allah...

as-sa\'adati said...

kecemburuan hati yang kena pada tempatnya...
jangan mudah b'putus asa..teruskan perjuangan sebagai khalifah di bumi ALLAH...
ALLAH tidak memandang hasil yg kita akan perolehi tetapi ALLAH lebih melihat kepada usaha yg kita lakukan...Teruskan usaha...

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

Jazakallah atas tiupan semangat sahabat2. Smoga ianya lbh membwa manfaat utk dri yg serba kedhaifan ini...