Sunday, February 12, 2012

Permata Hati Ummi dan Abi...


Setelah beberapa bulan tidak mengemas kini langsung laman blog yang boleh diistilahkan sudah bersawang hamper dibuatnya. Cuma dalam ketika itu penulis lebih banyak membaca blog2 sahabat2 dan juga blog2 yang memaparkan isu2 semasa Negara sahaja. Dari isu kecil sehingga isu2 yang besar. Penulis tidak bermaksud untuk merungkai apa2 isu yang telah berlaku tetapi sebagai anak muda masa kini apa2 jua sumber berita boleh diperolehi dalam internet untuk mengetahui akan isu yang sebenar kerana kadang kala isu sebenar tidak akan dipaparkan dalam media masa umum.


Kembali kepada kehidupan diri penulis kini. Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan mengendalikan sebuah projek besar yang menyebabkan diri penulis dikehendaki pulang lewat keran bekerja lebih masa sedikit daripada biasa kerana bebiasaan akan pulang setelah solat isyak ke atas. Sehinggakan ibu penulis kadang-kadang mengomel akan kerja yang dilakukan kerana kerap pulang lewat dan bukannya boleh di claim untuk OT dan sebagainya. Jenuh juga nak jelaskan dan syukur zaujah memahami akan kerjaya zaujannya.


Sememangnya daripada awal kehamilan penulis dan zaujah sudah bersetuju untuk memilih Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah kerana syarikat tempat penulis bekerja memperuntukkan juga untuk kemudahan pekerja bagi kelahiran setiap orang anak dengan peruntukan tertentu. Walaupun ketika itu sebagai staf kerajaan zaujah penulis juga memperolehi kemudahan bersalin secara percuma di hospital kerajaan tetapi asbab kemudahan yang diperuntukkan oleh syarikat penulis keputusan diambil untuk perkhidmatan swasta.


Pada 26hb Disember 2011 yang lepas Alhamdulillah zaujah penulis telah melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 0329 di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi. Bayi lelaki yang seberat 3.28kg telah selamat dilahirkan melalui pembedahan Caesar kerana walaupun telah diberi tempoh pemerhatian doctor mendapati degupan jaunting bayi semakin perlahan berbanding biasa dan di syaki ada kaitan dengan tali pusat bayi yang mungkin terbelit di leher atau dada bayi. Jadi untuk keselamatan bayi doctor mencadangkan agar diberi kebenaran untuk dilakukan pembedahan. Tidak sampai 15 minit zaujah penulis di bawa masuk ke bilik pembedahan penulis yang ketika itu berada di surau diberitahu oleh bapa mertua yang sudah kedengaran bunyi tangisan bayi.


Dengan lafaz kesyukuran Alhamdulillah penulis diberitahu bahawa zaujah penulis telah selamat. Keadaan zaujah dan bayi diberitahu dalam keadaan baik. Kini penulis telah bergelar bapa. Sekejap sahaja masa berlalu daripada status suami dan seterusnya bapa. Apabila jururawat yang bertugas keluar dan meminta penulis merangkap bapa bayi masuk untuk melakukan azan dan iqamat di telinga bayi. Walaupun mengikut sedikit kajian berkaitan dengan isu azan dan iqamat bayi ini sememangnya tiada sebarang hadith sahih berkaitan perkara ini tetapi ianya lebih kepada hadith2 yang berkedudukan yang dhaif mengikut pada muhadiithin. Tetapi untuk pengamalan mungkin dibenarkan walaupun kedudukan sesuatu hadith itu dhaif. Panjang sekiranya nak diperbahaskan isu ini. Mungkin di kesempatan yang lain penulis akan sisipkan juga artikel berkaitan isu ini, insyaAllah.


Berita gembira ini dikongsi bersama teman2 dan juga sedara mara yang penulis maklumkan melalui sms. Ucapan tahniah daripada semua disampaikan juga untuk penulis sekeluarga. Ada yang berada di kawasan ini dating menziarahi zaujah di hospital. Setelah 3 hari akhirnya bayi dan juga zaujah penulis dibenarkan untuk pulang ke rumah. Kemudian apabila jururawat klinik daerah dating untuk melakukan check up mendapati bayi mengidap penyakit kuning dan dikehendaki melakukan rawatan susulan di hospital kerajaan. Apabila dilakukan didapati bacaan kuning agak tinggi hamper 290 indeks bacaan. Tetapi masih belum ditahan di wad kerana bacaan minimum perlu 315 baru akan ditahan di wad hospital kerajaan. Manakala tok serta tokwan juga merangkap menerima cucu yang pertama menjadi lebih kerisauan apabila dimaklumkan sekiranya di Hospital Az-Zahrah bayi akan disarankan ditahan di wad. Jadi terpaksa penulis putuskan akan dibawa juga bayi dan zaujah kembali ke hospital untuk rawatan.


Setelah hampir 4 malam barulah bayi dan si ibu dibenarkan pulang tetapi perlu untuk rawatan seterusnya kelak. Berbagai cara dan petua juga dibuat untuk kurangkan kekuningan bayi yang penulis peroleh daripada teman2 dan sedara mara seperti mandikan dengan daun inai dan daun kucai, jemur akan bayi di waktu pagi, beri minum akan susu kambing dan tukar kepada susu formula. Apapun antara asbab utama yang melambatkan proses penurunan kuning bayi apa yg diberitakan oleh doctor adalah disebabkan bayi sepenuhnya diberikan susu ibu tanpa dicampur dengan susu formula. Mungkin juga di awal penyusuan kekurangan susu ibu yang dibekalkan oleh si ibu berbanding sekiranya si bayi diberi sepenuhnya susu formula. Inilah antara cabaran buat ibu2 muda untuk terus memberikan susu badan untuk bayi dan sememangnya psikologi si ibu perlu tinggi kerana ada ketika seperti kekurangan susu dilekuarkan oleh badan. Dalam konteks ini pada awal lagi penulis dan zaujah bercadang untuk memeberi sepenuhnya susu badan tanpa dicampur dengan susu formula sehingga bayi berusia 2 tahun nanti sepertimana yang disarankan, InsyaAllah. Hari ke tujuh kelahiran, bayi yang dilahirkan akhirnya dinamakan Ahmad Huzaifah secara formal dan dilakukan pencukuran rambut sepenuhnya oleh tok wan. Cumanya urusan aqiqah belum dibuat memandangkan beberapa aspek lain yang membolehkan agar dibuat kelak InsyaAllah. Penulis bersyukur dengan anugerah Allah kerana dengan kehadiran mentua banyak membantu urusan zaujah dan juga cucu mereka di sini sepanjang ketiadaan penulis di rumah kerana bekerja.


Kini si ibu dan bayi berada di kampung penulis untuk zaujah penulis menghabiskan tempoh berpantang setelah dihantar pulang pada cuti hari raya cina yang lepas. Dalam masa yang sama kaum keluarga di kampung halaman pula dapat jumpa akan ahli keluarga mereka yang baru. Penulis sempat hanya 3 hari di kampung halaman sebelum bertolak pulang ke ibu kota untuk urusan kerja. Almaklum lah bekerja dengan orang selaku makan gaji kan. Kerinduan di hati apada awalnya akan terasa apabila pulang dari kerja tanpa sambutan daripada zaujah mahupun dapat melihat buah hati pengiran jantung yang sorang tu kan. Apapun doa tetap selelu dititipkan buat semua lebih2 lagi untuk kaum keluarga di kampung, insyaAllah.


"Alhamdulillah, syukur dengan nikmat kurniaan Allah buat diriku sekeluarga.. Semoga dengan kelahiran cahaya mata merangkap penyeri dalam setiap rumahtangga bakal membekalkan saham buat diriku sekeluarga untk bekalan di akhirat kelak dan yang lebih penting menjadi anak yg soleh serta dapat memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini nanti, insyaAllah.. Ya Allah, faqefkan dan fahamkan dirinya dengan agamamu sepertimana pemahaman yg dibawa oleh kekasihMu Nabi Muhammad saw serta para salafussoleh yg telah mendahului kami..amin....."


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.( Surah Ali’ Imran: 38 )

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)


No comments: