..~..MuhASabaH DiRi..~..


Rasulullah telah memberi nasihat kepada kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati dan membuat airmata bercucuran”. Kami bertanya ,"Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah selamanya (meninggal), maka berilah kami wasiat" Rasulullah bersabda, "Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia, tetap mendengar dan ta'at walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (budak). Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian masih hidup niscaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. karena itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu hal-hal baru kerana sesungguhnya semua bid'ah itu sesat." [Hadits ini dikeluarkan oleh Ahmad (4/126), Abu Dawud, no. 4607, At Tirmidziy, no. 2676 dan beliau mengatakan (hadits ini) hasan shahih, dan Ibnu Majah, no.44, Ad Darimiy, (1/44-45). Al Bazzaar berkata: Hadits ini Tsaabit Shahiih. Ibnu Abdil Barr berkata:(darjat) hadits ini seperti yang dikatakan oleh al Bazzaar, Jaami’u Bayaanil ‘Ilmi, hal. 549.]


Tuesday, June 7, 2011

Al-Quran Terjemahan Prakata Beserta Ringkasan Tafsir

Satu perkongsian untuk teman-teman yang berminat untuk mendapatkan Al-Quran beserta terjemahan prakata dan juga rumusan tafsir at tabari dan juga tafsir ibnu kathir untuk setiap halaman muka surat. Ianya turut mengandungi asbabul nuzul ayat dalam setiap halaman, hadith sahih, doa dan zikir, khazanah pengetahuan dan juga kosa kata bahasa arab. Walaupun hakikatnya tafsir yang diberikan mungkin agak ringkas paling tidak sedikit sebanyak pemahaman berkaitan dengan apa yang cuba disampaikan baik bagi permulaan. Bagi sesiapa yang pernah membaca Al-Quran tajwid yang hurufnya diwarnakan mengikut hukum tajwid, Al-Quran ini juga dicetak sedemikian untuk memudahkan pembaca lebih mudah untuk mentajwidkan pembacaan.


Yang menariknya dalam naskah ini disertakan juga satu disertakan satu VCD penerangan tentang pembacaan Al-Quran. Walaupun ianya disampaikan dalam bahasa indonesaia penulis rasa ianya tidak terlalu sukar untuk kita memahami apa yang cuba disampaikan. Ianya baik untuk pemula juga kerana diajar sebutan setiap huruf umpama bacaan iqra’. Disamping itu ianya juga disertakan ayat al-matsurat dan juga risalah berkaitan dengan sirah nabawiyah dalam bentuk peta ringkas. Secara tidak langsung kita boleh mengetahui keadaan melalui peta yang dilampirkan akan sirah perkembngan Islam di bumi para anbiya'.


Penulis perolehi senaskah dengan harga RM120.00 sahaja. Ditempat lain penulis tidak pasti harganya kerana dahulu harga untuk Al-Quran terjemahan prakata yang sama tanpa tafsir dan lain-lainnya berharga RM150.00. Bagi sesiapa yang ingin dapatkan mungkin boleh berhubung dengan penulis untuk dapatkan dengan harga yang sama (tanpa sebarang komisyen, insyaAllah). Tetapi tertakluk kepada teman-teman yang tinggal di kawasan lembah klang sahaja sebab mudah untuk penulis sampaikan.


Boleh layari laman sesawang berikut utk penjelasan yang lebih.

http://www.quransyamil.com/index.php?ref=masri87











0 comments: