Sunday, July 4, 2010

Antara belanja & pertaruhan..


Kini sudah hampir di penghujung sejak hampir sebulan bualan hangat ramai orang memperkatakan tentang bola sepak dunia (Worl Cup 2010). Banyak kejutan yg terjadi dengan kekalah Brazil kepada Belanda dan juga Argetina kepada Jerman. Sedih juga la kan pasukan pilihan hanya sampai ke peringkat suku akhir., huhuhu. Tapi bagi penulis tak adalah sefanatik mana pun walaupun bola sepak ni antara sukan yang amat diminati. Sepanjang hampir 60 lebih tayangan secara langsung, rasanya tidak ada satu perlawanan pun yang di awal pagi yakni pukul 0230 yang penulis berjaga untuk saksikan walaupun pada awal ketika dulu astro ada je kat sini sebelum dipotong. Walaupun keinginan nak juga tengok tetapi kadang-kadang sindiran tajam ustaz-ustaz terkena pada diri penulis yang mana kalau bab bola boleh je nak bangun atau berjaga malam tapi kalau nak bangun malam nak solat tahajud 2 rakaat pun malas ya amat. Antara kelemahan diri yang amat ketara dalam nak dekatkan diri pada Allah dan juga penjagaan amal.


Apa yang penulis nak kongsikan dalam artikel kali ini sememangnya ada perkaitan secara langsung mahupun tidak dengan topik bola ini. Dalam banyak perkara apabila bola pasti akan ada yang memperkatakan tentang pertaruhan. Sesetngah orang mengatakan yang diharamkan adalah sekiranya menggunakan wang. Jika selain daripada itu tidak mengapa. Mungkin ada di kalangan rakan kita yang banyak berfikiran begitu sekiranya ada yang jenis terdorong hati sebegitu. Nanti pasti akan timbul pernyataan, belanja makan pun jadilah. Kita buka main duit kan. Setakat belanja makan buka dikira judi. Benarkah pernyataan sebegitu?


Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (5:90)


Sebenarnya apa yang penulis faham tentang judi adalah apa jua yang berbentuk pertaruhan tak kiralah apa jua bentuk yang mana akan mendatangkan kerugian mahupun keberuntungan pada salah satu pihak yang lain. Tak kisah lah sama ada menggunakan duit ke, barangan ke makanan mahupun sebarang harta benda sebagai barang untuk pertaruhan. Kadang kala silap pemahaman boleh menjurus kita kepada sesuatu perkara yang semengnya diberi amaran oleh syarak dalam kita bermuamalah dengan kawan dan sebagainya.


Sebenarnya niat sesetengah orang tu sekadar nak memeriahkan keadaan tetapi dengan melakukan perkara sebegitu bukankah ianya boleh menjurus kita kepada sesuatu perkara yang menjadi larangan adalah ditegah. Walaupun andai nak diikutkan niat untuk belanja teman-teman adalah niat yang baik tetapi diselitkan niat belanja apabila kalah dalm pertaruhan. Bukankah konsep perjudian juga adalah sama yakni akan ada satu pihak yang menang dan ada yang kalah. Dalam konteks ini sekiranya kita nilai andai saja-saja adakah seseorang itu cuba dengan niat nak belanja kawannya itu makan sekiranya tidak kalah. Ini yang antara mengapa bagi penulis ianya boleh dikategorikan sebagai syubhat yang ketara ke arah perjudian. Walaupun ianya tidak secara terang-terang tetapi perkara sebegini adalah menjurus ke arah tersebut. Tengok betapa halusnya permainan syaitan dalam membuatkan kadang-kadang apa yang dilakukan kita tidak rasa ianya sebenarnya adalah larangan syarak. Status makanan tersebut penulis sendiri tak dapat nak komen lanjut kerana bukan bidang penulis mahupun kajian terpernci dilakukan untuk ini tetapi sekadar pandangan peribadi semata.


Teringat penulis di waktu zaman pembelajaran di universiti dahulu di mana pensyarah penulis pernah menceritakan bahawa dia pernah mengendalikan sebuah tempat di luar negara di mana tempat tersebut adalah merupakan sebuat pusat ala-ala perjudian di mana diminta oleh pihak pengurusan tempat tersebut mengendalikan mesin jackport. Penulis tak pasti samada dia yang melakukan tugasan itu ataupun sekadar informasi bersama sahaja. Dia mengatakan sememangnya setiap mesin telah di setkan bahawa akan menepati seperti apa yang dipertaruhkan dalam tempoh masa beberapa kali pertaruhan. Sebagai contoh apabila mesin itu disettkan 50 bermakna orang yang ke-50 yang melakukan pertaruhan akan dapat apa yang dipertaruhkan dan system akan kembali mengira semula apa yang dipertaruhkan. Jadi bermakna di sini adalah bagi siapa yang nasibnya baik orang yang ke-50 dengan apa jua pertaruhan mata pasti akan dapat duit yang dipertaruhkan. Bermakna di sini seramai 49 orang telah melakukan kerugian dengan pertaruhan dan sesorang sahaja yang menang dan kebiasaannya orang yang menang ini akan kembali papa kerana dia pasti ingin menang lagi dan lagi dengan mempertaruhkan wang yang dinenang itu kembali. Tengok, betapa mudharatnya orang yang terlibat dengan perjudian ini yang pastinya ada hikmah mengapa Islam melarang ianya dilakukan oleh umat Islam.


Apapun yang pasti penulis nasihatkan pada diri dan juga teman-teman agar sama-sama kita cuba melakukan sesuatu dengan sedikit ilmu yang kita ada berlandaskan apa yang syarak telah tetapkan. Cara tidak menghalalkan syariat. Sekiranya sesuatu perkara itu dalam kemusykilan ataupun was-was ada baiknya kita tinggalkan kerana ianya tergolong dalam syubhat. Sama-sama kita cuba beri yang terbaik buat diri, kaum keluarga, masyarakat serta agama khusuanya kerana tanpa agama sebagai landasan pasti hidup seseorang itu tiada gunanya.


Wallahualam..



1 comment:

Althafunnisa said...

Interesting article...in the mist of world cup fever :)