Wednesday, April 7, 2010

Merokok – Antara Tabiat, Ketagihan, Pembaziran atau Hukum Syar’ie ..

“Aku orang miskin sebab tu aku tak merokok. Orang yang merokok ni hanya orang-orang yang berkemampuan je. Gaji yang dapat ni pun kadang-kadang rasa tak cukup je. Nak bagi famili kat kampung, bayar hutang pinjaman dan sebagainya. Lagipun gaji bulanan pun ciput je untuk diri sendiri. Ni pun dah rasa macam ni, blum ada anak isteri lagi, bulanan kereta dan sebagainya.”


Selalunya inilah antara kenyataan yang akan keluar dari bibir ini dalam menuturkan dengan rakan-rakan yang majoritinya merokok. Walaupun sejak dahulu lagi dah bercampur maur dengan mereka ini yang hakikatnya diri ini sememangnya kurang selesa apabila bersama dengan mereka ketika mereka merokok. Kadang-kadang risau pun ada juga di hati ni asbab diri boleh dianggap perokok sekunder (walaupun bukan diri perokok) tetapi kesannya adalah dua kali ganda lebih berbahaya daripada diri orang yang merokok. Moga-moga dijauhkanlah daripada mengidap apa-apa penyakit lebih-lebih lagi yang melibatkan rokok mokok ni.


Kebiasaannya apabila kita nyatakan keburukan rokok ni pada perokok ni kemajoritiannya tak langsung ambil kisah. Bermacam-macam kempen “Tak Nak Merokok” langsung tidak menjanjikan kekurangan tabiat merokok ni terutama di kalangan lelaki khususnya merangkap juga yang muda mudi ni. Walaupun kini hampir kesemua kotak rokok diletakkan gambar kesan merokok seperti janin yang rosak, barah paru-paru dan mulut dan bermacam gambar hakikat yang perokok akan peroleh tetapi tidak langsung meninggalkan kesan pada insan yang bergelar perokok.


Fatwa di beberapa buah negeri seperti Selangor dan Pahang sendiri telah mengeluarkan fatwa merokok itu adalah HARAM. Tentang fatwa ni pun satu kenusykilan juga kerana adakah fatwa sekadar fatwa tetapi apa tindakan yang diambil bagi sesiapa yang masih merokok? Apa tindakan penguatkuasa terhadap mereka yang merokok? Rasa-rasanya semua penguatkuasa agama pasti bukan terdiri daripada perokok walaupun mungkin sesetengahnya mungkin dahulunya adalah perokok. Husnuzan (berprasangka baik) pada orang lain lebih dituntut dalam Islam lebih-lebih pada saudara seagama. Persoalan yang masih tiada jawapan untuk diri ini menjawab.



Tabiat

Kebiasaan yang paling tak terlepas bagi sesiapa yang merokok ni adalah dengan tandas. Sama sahaja di rumah, tempat awam, mahupun di sekolah dahulunya. Mengikut pemerhatian penulis terdapat beberapa ketika yang pastinya para perokok akan cuba untuk merokok. Kebiasaan di awal pagi semasa hendak mandi. Tetapi tabiat ini dilakukan semasa membuang air besar bersama. Mungkin juga aroma bau yang sedia maklum semasa membuang air besar akan menambahkan lagi perisa sedutan asap, penulis sendiri kurang pasti. Jika nak diikutkan sama sahaja andai mereka membawa masuk sepinggan nasi, makan sambil buang air besar kerana dengan menyedut asap sama sahaja memasukkan sesuatu melalui ruang mulut masuk ke dalam badan.


Yang menjadi kewajipan adalah merokok selepas habis makan. Ini pasti para perokok kadangkala tak dapat nak mengawal. Mungkin bagi mereka ini dengan merokok diumpamakan seperti dessert atau pemanis mulut walaupun hakikatnya pembusuk mulut dan memeningkan kepala sebenarnya. Sama juga adakalanya kalau naik kereta dengan perokok pastinya ada ketika mereka akan cuba untuk merokok juga dengan alasan boleh kurangkan rasa mengantuk apabila memandu. Itu mungkin juga ada benarnya walaupun penulis takde la pula nak cuba untuk hilangkan mengantuk dengan merokok. Pada ketika bersama mereka ini penulis kadangkala terpaksa menahan nafas la juga ketika asap dihembuskan keluar. Cuba bayangkan andai situasi ini berlaku di tempat kerja dalam pejabat yang berhawa dingin dengan tiada arahan boleh menghalang mereka merokok secara bebas hatta bos pun melakukan perkara yang sama. Lebih-lebih lagi kalau dilakukan di dalam bilik mesyuarat yang ruangannya lebih terhad. Allahuakbar, selamatkan aku daripada bencana penyakit yang bukan aku cuba mendapatkannya secara langsung. ;(


Kadang-kadang dengan kawan-kawan ni apabila kita beritahu keburukan merokok ni dan sebagainya sama juga. Sebagai kawan adakalanya sindiran tajam atau camdek pedas diberi tetapi seperti mencuraj air di daun keladi. Walaupun ada yang merokok itu sendiri punya penyakit lelah, penat dan sebagainya. Ada juga ketika yang penulis katakan pada yang sesetengah tu sampai sanggup berjimat cermat untuk tahan diri daripada makan pegi je tadah mulut kat ekzos bas atau lori yang kuar asap tebal tu. FOC (free of charge) lagi tanpa sebarang bayaran. Sedih-sedih la juga, tapi apa daya kita sebagai teman hanya mampu nasihat dan terus nasihat.


Pernah penulis bertanya pada rakan-rakan perokok ni. Ketagih ke korang hisap rokok ni atau saja-saja dah jadi tabiat atau saja nak tunjuk macho yang lelaki kalau nak kelihatan macho kena merokok. Semua tu ada dalam jawapan dengan kawan-kawan ni. Hatta yang cuba nak berhenti dari membeli tetapi masih tak mampu nak berhenti dari meminta. Dulu sewaktu sekolah terpikir yang kawan-kawan baru setahun dua merokok sampai kata kalau tak dapat rokok ni tak boleh nak duduk. Pasti akan diusahakan untuk mendapatkan juga. Bayangkan bagi yang telah bertahun-tahun merokok, bagaimana tahap ketagihan yang ada pada diri mereka.



Pengalaman penulis

Kebanyakan rakan penulis yang menjebakkan diri dalam pengkhususan rokok ni apabila menginjak usia remaja trang tang tang orang kata. Lebih kurang usia di awal persekolahan menengah dalm 13 tahun ke atas. Walaupun ada yang bermula lebih awal. Bagi diri penulis sendiri penulis mengaku yang diri ini pernah terjebak dalam lembah ini seawal usia sebelum tadika lagi. Tetapi Alhamdulillah, ianya tidak menjadi tabiat hingga kini.


Pengalaman bermula kerana dahulunya ayah penulis juga merupakan perokok yang mana kebanyakan perokok ini kebanyakan akan bermula di kalangan kaum keluarga yang merokok juga. Terpengaruh apabila lihat ayah menghisap rokok menyebabkan penulis mencuba-cuba merokok rokok yang diambil (dicuri) daripada kotak rokok ayah walaupun ketika itu belum lagi menjangkau usia tadika. Walaupun kadang-kadang sahaja penulis curi-curi merokok tetapi akhirnya kantoi juga seperti pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya letih juga berenti makan..;) ianya terjadi ketika sahabat ayah datang berjumpa dan kemudia dia terus merokok. Rasa keinginan menyebabkan penulis naik ke atas rumah lalu mengambil rokok ayah dan curi merokok di celah almari. Padahal bukanlah tahap ketagih pun, maklumlah masik budak-budak tapi rasa nak tu timbul bila tengok orang merokok. Abu rokok dibuang melalui celahan lantai papan yang mana di bawahnya beradanya mak dan kengkawan. Habis berbirat badan la juga masa tu sebabnya ayah memang seorang yang garang dahulunya. Kini je dah kurang sebabnya mungkin anak-anak dan besar panjang. Pengajaran berharga pada diri penulis ketika itu. Semenjak itu juga, Alhamdulillah ayah mula tinggalkan rokok hingga kini.


Terus bertaubat sementara je. Kemudian terjebak semula semasa bersama-sama kawan-kawan yang bermain bola sepak semasa sekolah rendah. Tabiatnya pun bukanlah dalam jangka masa panjang kerana mula pun pada pengakhiran tahun darjah 6. Ini pun asbab menunggu sebelum bermulanya latihan bola di hujung padang bola sekolah dekat dengan pokok ketapang. Ianya Cuma beberapa kali kerana yang menjadi tokannya adalah kawan. Penulis sendiri tak berani nak membeli kerana di bawah umur dan takut dimarahi oleh tuan kedai. Nak buat jahat, tapi penakut kan, huhuhu. Tetapi itu hanya semasa luar sekolah dan syukur apabila bermula cuti panjang penulis tidak lagi bertemu dengan kawan-kawan tersebut dan secara automatiknya tidak lagi merokok.



Alam Asrama

Apabila masuk alam persekolahan menengah termasuk pula sekolah berasrama maka lebih terikat akan peraturan. Tambah pula junior ni kan apabila ditangkap merokok oleh senior makan tak sudah la jawbnya. Kawan penulis sendiri depan mata dibelasah dalam dorm atau kami istilah milahkan ‘koboi’ oleh senior terutama form 5 yang otai motai. Mujur tak masuk wad je malam tu kalau tak memang rekod la kan sebab kes-kes ranging semasa alam penulis student tak seperti masa kini. Walaupun penangannya lebih hebat dahulu berbanding kini tapi itulah kenangan yang penulis dan kawan-kawan dapat. Tapi kami tidak pernah pula nak report pada warden atau guru dengan apa yang senior lakukan. Sebabnya tahu kerana kesalahanlah kami di kenakan hukuman sedemikian. Walaupun ketika itu sememangnya hati selalu memberontak.Yang kurengnya apabila kami dah dapat title otai (form 5) maka terus ‘strictly no more ragging to the junior.’ Frust abih kawan-kawan yang dahulunya kena tak boleh nak balas pada junior, huhuhu.


Penulis masih ingat yang penulis pernah buat tahana (kejam) pada seorang junior asbab rokok. Kena juga la penampar padu maut la juga. Bengong sekejap la juga budak tu kena masa tu. Tapi mujur tak report pada warden sebabnya penulis menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas je walaupun hakikat hukuman yang diberi tidak sepatutnya sedemikian. Orang kata sebab sayanglah maka anak-anak ini ditangan-tangankan. Padahal masa tu tak terpikir pun sangat macam tu. Lebih kepada amarah la juga. Bagaimanapun kemaafan dipohon pada budak tu dan juga merangkap di akhir majlis perpisahan dalam mewakili rakan-rakan se’badge’ pada semua junior dan juga warden-warden seluruhnya.


Dah lari topik la pula kan daripada rokok kepada alam hostel. Mungkin boleh dihuraikan di artikel yang lain khusus ceritera tentang alam asrama penulis dahulu..;0)



Pandangan peribadi

Apapun bagi diri penulis sendiri penulis menetapkan merokok ini hukumnya adalah HARAM walaupun ianya bukan hukum qat’ie tetapi andai kita menggunakan qias dalam pengambilan hukum merujuk kepada Al-Quran & As-Sunnah maka inilah jawapan yang tepat bagi hukum merokok. Artikel-artikel seterusnya adalah merujuk kepada info ilmiah berkaitan isu ini.


Walaubagaimanapun persepsi penulis bagi golongan orang alim sekalipun sekiranya dia masih dengan pengamalan merokok hingga kini sememangnya penulis kurang ‘salute’ pada diri individu terbabit kerana tabiatnya. Tetapi tidak bermaksud penulis memandang rendah pada dirinya yang mana perbandingan dibuat penulis hanyalah umpama debuan pepasir sahaja berbanding dirinya yang lebih menggunung megah mempasak bumi. Yang pasti bagi sesiapa yang Allah beri hidayah sahaja mampu untuk tinggalkan amalan merokok ni kerana memang mujahadah tinggi andai seseorang berazam nak berhenti tambah pula sekeliling masih lagi berada di kalangan orang yang merokok. Tetapi yakinlah bukan satu yang mustahil untuk seseorang berhenti merokok andai niatnya betul kerana Allah, pasti Allah akan Bantu, insyaAllah.


Akhir sekali, “Tepuk dada, tanya Iman anda setakat mana anda cuba mengaplikasikan apa yang Allah perintahkan untuk hambaNya mengikut cara pengamalan yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw, para sahabat serta jalan para salafussoleh.”


Walalhualam....




2 comments:

dipetik dari http://syukran.wordpress.com said...

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

Syukran ya akhi atas petikan fatwa-fatwa ulama kini.

Tetapi adakalanya masih tertanya sampai tahap mana keberkesanan fatwa yang dikeluarkan kerana sampai tahap ini di Malaysia bukan kata makin meurun tetapi makin meningkat. lebih-lebih lagi di kalangan anak2 muda kini. kdg2 terus terang ana katakan kalau tgk bdk2 yang masih bersekolah hisap rokok secara terang2 atau masih berpakaian sekolah terasa macam nak je anak sepak on the spot.mujuq bkn bdk asrama dl, kalu tak bkn saja penyepak tentu lebih dari tu lagi smpai takde rsa bersalah hisap kat public mcm tu.

apapun bg yg ada kesedaran cuba hindari lebih2 lagi melibatkan dlam family sendiri nanti, InsyaAllah..