Sunday, April 11, 2010

Rokok serta nas pengharamannya



Secara kasarnya apabila seorang penjual makanan mempromosikan makanan yang dijual dengan mengatakan, “Tuan-tuan, silalah merasai makanan yang saya jual ini. Walaupun harganya agak mahal sedikit tapi dengan merasainya tuan-tuan akan memperoleh kanser, penyakit jantung, paru-paru, gangguan kehamilan dan janin serta seribu satu penyakit yang bakal tua-tuan hidapi di masa hadapan.” Andainya promosi seperti ini yang di laung-laungkan oleh penjual akan adakah sesiapa yang mahu mencubanya..

Kandungan dalam rokok

Ø Nikotin – sejeis unsur kimia beracun, mirip kepada alkaline di mana secara praktikalnya empat cc nikotin mampu membunuh seekor kelinci besar

Ø Distilasi – proses yang mencipta unsur hidro karbon yg amat dikenal pasti penyebab penyakit kanser

Ø Arsenic – unsur bahan kimia yang biasa digunakan untuk membunuh serangga

Ø Gas karbon monoksida yang terbentuk saat pembakaran tembakau dan kertas pembungkus rokok dalam waktu yang lama. Unsur ini memiliki kemampuan yg cepat untuk bergabung dengan darah merah (hemoglobin) dengan cepat dan menyebabkan tubuh terpaksa menyerap unsure timah berat yang beracun

Ø Nitrogen oksida yang boleh mengganggu saluran pernafasan serta merangsang kerosakan pada perubahan kulit

Ø Ammonium karbonat – unsur yang membentuk plak kuning pada permukaan lidah yang boleh mengganggu kelenjar makanan serta perasa ynag terdapat di permukaan lidah di mana ianya merangsang produksi air liur dan menimbulkan batuk serta boleh sehingga mengakibatkan radang mulut dan tenggorokan serta lain-lain penyakit lagi.



Bahaya rokok

Rokok menimbulkan bahaya secara lansung bagi tubuh badan dan dapat mendatangkan penyakit seperti: kanser, berbagai jenis penyakit mulut, bibir, lidah dan kerongkong, penyakit pencernaan, pernafasan penyakit saraf dan juga sistem pembenihan diri. Di samping itu juga rokok dapat mengganggu jantung dan saluran darah dan boleh mendatangkan penyakit jantung dan menjadi penyebab peyumbatakan pembuluh darah untuk ke saluran darah ke otak. Ia juga mempengaruhi zuriat keturunan dan merosakkan produksi kesuburan serta ianya terutama azap rokok yang tersebar memenuhi ruangan yang dihidu oleh orang lain yang lebih bahaya berbanding prokok itu sendiri.



Dalil pengharaman rokok berdasarkan Al-Quran

1. (Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A'raf - 157)


2. .....janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi,....(Al-An'aam - 151)


3. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Al-Isra' -27)


4. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.(An-Nisa' - 29)


5. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab - 33)


Dalil pengharaman rokok berdasarkan As-Sunnah

1. “Barangsiapa yang memakan racun sehingga mati, maka di akhirat kelak nanti ia akan terus memakannya dalam neraka jahanam selama-lamanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Merokok beerti membinasakan diri bahkan diumpamakan seperti membunuh diri secara perlahan. Orang yang meninggal dunia kemudian berdasarkan hasil perubatan terbukti asbab kematian adalah rokok maka ianya dianggap bunuh diri, wal iyadzubillah. Membunuh diri hukumnya haram baik yang dilakukan secara langsung mahupun tidak langsung dengan cara cepat mahupun perlahan-lahan kerna penghujungnya tetap satu yakni bunuh diri.


2. Daripada ummu salamah diriwayatkan, “ Sesuatu yang memebaukkan dalam jumlah besar, maka haram hukumnya meskipun dalam jumlah yang kecil.” (hadith sahih, diriwayatkan oleh Ahmad)


3. “Segala sesuatu yang berbahaya untuk diri sendiri atau membahayakan orang lain hukumnya dilarang.” (shahihul jamie’ : 17393)


4. “Perumpamaan yeman yang baik dan teman yang jahat seperti perumpamaan antara penjual minyak wangi dengan pembuat besi. Pembuat minyak wangi akan memberikan minyak wangi kepada kita atau menjualnya kepada kita atau paling tidak kita boleh menghidu atau mencium wanginya itu. Sementara pembuat besi boleh menyebabkan baju terbakar atau paling tidak kita mencium bau busuknya.” (HR Bukhari dan Muslim)


5. “Seorang muslim adalah yang menyebabkan muslim lainnya selamat daripada bahaya lisan dan tangannya.” (HR Bukari)


6. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia tidak mengganggu tentangganya.” (HR Bukhari)


7. “…… setiap umatku akan mendapatkan keampunan kecuali orang-orang yang melakukan maksiat secra ternag-terangan.” (HR Bukhari dan Muslim)


8. “Kedua kaki seorang hamba tidak akan bergerak pada hari kiamat nanti sebelum ia ditanya tentang empat perkara. Tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan dan ke mana dihabiskan serta tentang ilmu untuk apa dia gunakan.” (hadith sahih diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)


9. “Yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Di antara yang halal dan haram itu ada beberapa perkara syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa menjaga diri daripada perkara syubhat beerti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus ke dalam syubhat beerti dia terjerumus ke dalam perkara haram.” (HR Bukhari dan Muslim)


Dipertik daripada ebook Rokok (Sang Pembunuh Berdarah Dingin) karya Syeikh Masyhur Hassan Salman & Syaikh Abdullah Abdul Hamied Al-Atsari dan diterjemah oleh Abu Umar Basyir Al-Maodani



Fakta sepintas lalu

* Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.

* Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.

* 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.

* Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.

* Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.

* Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).

* Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php


3 comments:

Anonymous said...

there's a broken link in the entry.

sop said...

sampaikanlah pesanan,mereka dapat hidayah atau tidak, itu kerja Allah.

Althafunnisa said...

Kebanyakan perempuan tidak suka lelaki merokok