Sebagai insan kita senantiasa akan menghadapi suka duka sebenar kehidupan. Ianya umpama dan diibaratkan seperti roda. Adakala kita akan berada di atas dan adakalanya kita akan berada di bawah. Yang pasti kita tak akan berada terus pada satu tahap setiap masa. Lumrah alam ada ketika asam garam kehidupan pasti kita akan rasa selama mana ianya dinamakan kehidupan. Tetapi yang pasti semua persoalan itu andai dikemukakan pasti ada jawapannya. Sebab itu panduan utama kita umat Islam adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Semua dah termaktub di dalamnya dan hanya kita sahaja yang tidak mengekplorasi secara mendalam isi kandungan tersebut. Yang mengenali sesuatu produk adalah penciptanya. Perkara yang sama yakni yang lebih mengetahui hikmah sebenar apa yang berlaku pada manusia hanyalah Yang Maha Pencipta, Rabbul Jalil. Setiap persoalan kehidupan ada dinyatakan yang berkait rapat dengan kehidupan.
Lumrah kehidupan:
Bagi seorang pelajar di kebiasaannya kehidupan lebih difokuskan pada pelajaran yang menjadi keutamaan. Masa itu kalau yang aktif pastinya dalam masa yang sama persatuan, kelab dan sukan diselaraskan dalam aktiviti seharian. Sehinggakan ada sesetengahnya tersilap meletak keutamaan dalam bidang tersebut sehingga mengabaikan pelajaran. Apabila nak ambil exam baru masing-masing akan menjadi kelam kabut dan sebagainya. Bagi yang telah membuat persediaan mungkin akan berasa lebih tenang berbanding dengan yang belum bersedia. Sesetengah tu esok nak exam, baru malam ni pulun hingga tak tidur malam. Pelajar IPT biasanya adakalanya mengharapkan tips sedikit ehsan daripada pensyarah. Seterusnya apabila hasil keputusan yang diperolehi ada yang jatuh pointer dan ada yang naik. Di sini masing-masing akan menilai diri selama mana ada kesedaran untuk terus beri yang terbaik dalam konteks seorang penuntut ilmu. Ini kerana menurut pensyarah, tahap pointer juga memainkan peranan yang penting dalam menetukan kerjaya seseorang. Tapi kini apabila still keep in touch dengan sahabat-sahabat ada yang dulunya pointer agak rendah tetapi kini pekerjaan dah lebih daripada stabil dan ada pula yang dahulunya pointer agak tinggi dan baik, yang masih mencari pekerjaan pun ada. Tambah pula keadaan kini ekonomi agak kurang stabil.
Pujuk hati:
Alam pelajarlah kalau dinilai adalah alam yang paling menyeronokkan. Kalau diimbas kembali kini seperti nak je kembali ke zaman-zaman tersebut. Suka duka alam tu pastinya membuatkan kita tak akan lupa sampai bila-bila untuk dikenang. Bertemu sua dengan rakan-rakan pastinya akan disingkap kenangan-kenangan yang lalu. Yang pasti semuanya kini hanya tinggal kenangan dan ianya tak akan dapat kita kecapi lagi seperti dahulu. Andai ada sekalipun mungkin dengan perjumpaan reunion bersama batch atau sesi tahun kita di sana. Apabila melangkah ke alam pekerjaan apa yang dapat nak diperkatakan semuanya bergantung akan rezeki yang telah Allah tetapkan dan sijil, tahap pendidikan dan pointer sebenarnya boleh dikatakan juga sebagai platform untuk kita capai apa yang kita hajatkan. Yakinlah, rezeki setiap anak adam itu sudah ditentukan. Apapun kita disuruh untuk terus berusaha kerana usaha adalah perintah Allah dam Rasul. Dengan apa yang dikurniakan sekarang walaupun memang kurang berbanding dengan yang lain, tetapi jika kita ikhlaskan untuk cari keredhaan Allah pasti ianya diberkati. Apapun bersyukur dengan apa yang ada kini walaupun mungkin tidak setara mana nak bandingkan dengan kawan-kawan yang lain, paling tidak kita masih lagi diberi peluang atas apa yang telah Allah takdirkan buat kita.
Lumrah kehidupan:
Dalam konteks ilmu juga apabila dinilai sememangnya diri ini jauh bezanya daripada teman-teman yang lain. Tahap keilmuan diri amat ketara umpama langit dan bumi. Adakala kita cuba untuk mengetahui lebih lanjut apa yang bermain di fikiran dan beberapa isu-isu yang agak panas dan pelik. Apapun andai sesuatu perkara kita tidak ketahui, kita disarankan untuk merujuk kepada yang ahli. Mungkin juga bagi sesetengah teman yang diberi oleh Allah kelebihan untuk mendalami bidang-bidang tersebut itulah yang menjadi tempat untuk kita rujuk. Alhamdulillah, ramai juga yang cuba membantu dan dalam masa yang sama juga ada di kalangan ilmuan muda ini sebaliknya. Bukan niat untuk timbulkan topik yang pelik dan jauh sekali untuk cuba mengelirukan orang tetapi ada juga yang mengatakan adakah soalan yang dilontarkan cuba untuk menguji keilmuan mereka. Malah ada ketikanya apabila pandangan dilontarkan kepada yang lebih tua antara maklum balas yang diterima adalah orang muda memang nak tunjuk pandai dan sebagainya. Orang tua lebih dahulu makan garam berbanding orang muda kini yang baru setahun jagung dah mula nak mengajar pula.
Pujuk hati:
Kadang-kadang terpikir mengapa perlu segelintir golongan ilmuan muda seperti ini berfikiran sedemikan rupa? Memang diri ini sedar akan kekurangan ilmu ini di dada tetapi bukankah dengan apa yang kita paham dan kita sampaikan akan membuatkan kita lebih arif dan mengimbas kembali apa yang selama ini ada dalam cabang ilmu pemikiran yang dipelajari. Kadang-kadang apa yang diinginkan adalah pandangan mereka bukan untuk menguji apa yang mereka paham dan kita cuba memperlekehkan mereka. Siapalah kita untuk cuba buat sedemikian kerana sememangnya kita akui yang mereka lebih alim daripada kita dan kita ini hanyalah orang awam dan kebanyakan sahaja. Apapun setiap diri individu dapat menilai apa yang boleh da mampu untuk itu. Pastinya orang awam seperti kita akan cuba untuk berkongsi dengan orang alim yang lebih bersifat keterbukaan untuk penerimaan sesuatu pendapat berkaitan akan sesuatu isu yang dilontarkan. Kepada golongan yang lebih tua, kami orang muda ni kurang sangat ilmu di dada dan pastinya apa yang cuba dilontarkan bukan bermaksud nak mengajar cuma menyampaikan apa yang pada kami itu yang sepatutnya kita jadikan panduan dan asas dalam keyakinan. Kalau dengan penyampaian kami itu buatkan keterasaan di hati, kemaafan yang dipohon untuk itu.
Lumrah Kehidupan:
Apabila membabitkan hubungan bersama teman-teman dan umumnya sesama manusia apa yang akan cuba digariskan sejauh mana kita mampu untuk jaga ukhwah yang terjalin. Lumrahnya dalam perhubungan juga akan ada pro dan kontranya sesuatu hubungan. Tetapi bagi yang tahu erti sebenar akan cuba untuk jaga sebaik mungkin kerana hubungan ikhlas kerana Allah pastinya adalah untuk selamanya. Yang pasti sebagai teman, adakalanya kita tak dapat nak penuhi semua hajat. Mungkin dengan asbab itu membuatkan orang akan terasa hati dan sebagainya. Itulah antara kelemahan diri bagi sesorang yang bergelar insan. Dahulunya susah senang dihadapi bersama tetapi kini apabila kebahagiaan dan kesenangan dikecapi maka dilupakan yang dahulunya. Mungkin juga dahulunya kita tak mampu untuk beri penghargaan yang lebih berbanding orang lain yang sememangnya lebih mampu untuk itu. Penilaian bukan kita yang buat tetapi diri teman yang menerima itu sebenarnya. Walaupun ada ketika kita berasakan yang kita telah memberi yang terbaik, hakikatnya masih belum memenuhi apa yang diharapkan oleh teman.
Pujuk hati:
Apapun kita disarankan agar menjaga baik hubungan silaturrahim dengan sesiapa sahaja kenalan yang kita kenal. Apapun bergantung kepada diri individu itu sendiri. Bagi kita yang cuba menghargai adakalanya mungkin disalah ertikan dan sekiranya kehadiran kita atas tiket ukhwah itu boleh mengganggu hidup orang, mengapa perlu kita bersedih diri walaupun keikhlasan kita disalah ertikan. Ada benarnya kata bak kata orang teman ini datang dan pergi. Mungkin juga dalam proses tersebut teman lain yang lebih tahu menghargai dirinya datang, maka proses kepergian bagi teman yang kurang menghargai akan berlaku. Apapun sebagai teman dan sahabat hanya doa yang dapat kita kirimkan pada teman agar kehidupannya senantiasa bahagia dan dipermudahkan Allah dalam semua urusan. Walaupun kini kita dilupakan hatta dibuang dari kamus hidup mereka tetapi yang pasti sebagai orang yang pernah kita bersahabat, doa kita senantiasa diiringi buat mereka untuk selamanya. Itu yang disarankan oleh Nabi saw agar mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat dan juga umat Islam yang lainnya. Kepentingannya hubungan sesama manusia ditekankan kerana dosa kita dengan sesama manusia ni hanya tuan yang empunya badan mampu untuk memberi kemaafan barulah ianya diterima Allah. Penganiayaan dan sebagainya perlu dielakkan agar kita tak berhutang apa-apa dengan manusia setelah akhir hayat kita menemui Allah.
Lumrah kehidupan:
Sesungguhnya penilaian orang terhadap diri sebenarnya berbeza. Lumrah kehidupan kini sememangnya keadaan diri seseorang dijadikan ukuran penilaian. Kalau dibahaskan memang akan mengatakan orang tak pandang harta dan sebagainya tapi realiti kini bukan lagi seperti itu. Sememangnya dalam pelafazan sesiapa sahaja mampu untuk melafazkan, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Bukan mudah seseorang itu untuk menerima diri insan lain yang sememangnya penuh kedhaifan dan kekerdilan diri. Dalam menyatakan di bibir, siapa sahaja mampu untuk itu tetapi dalam konteks pelaksanaan dan aplikasi bukan mudah seperti yang disangka. Perumpamaannya seperti bagi seorang pelombong sekiranya lombong emas sudah terhidang di depan mata mengapa perlu lagi dia terus dengan lombong gangsa yang sudah lama dia lombongi yang mana ianya sendiri tak tahu sejauh mana lombong gangsa ni mampu menampung kehidupannya berbanding lombong emas yang baru seperti yang sudah terhidang di depan mata. Andai kita letak diri pada tempat dan kedudukan seseorang pun pastinya itulah jua yang kita inginkan. Semua itu merupakan fitrah manusia dalam mencari kesempurnaan dan kesenangan dalam kehidupan.
Pujuk hati:
Apabila dinilai semula mengapa perlu kita bersedih hati akan apa yang berlaku pada diri dan apa pandangan orang dan masayarakat pada diri kita. Biar hina di mata manusia, tetapi jangan hina pada pandangan Allah. Biar seluruh orang di dunia ini membencimu tetapi jika bagi Allah, Allah menyayangimu pastinya hidupmu lebih bermakna daripada segalnya. Itulah kata-kata hukama dalam menyejukkan hati ini. Bila mana diri tak punya apa-apa, orang tak akan pandang berbanding orang lain yang punya kelebihan berbanding diri ini. Dari segi duniawi sememangnya diri tergolong dalam kalangan yang sederhana dan serba kekurangan. Apapun penilaian Allah pada hambaNya bukan dari segi tersebut tetapi adalah ketaqwaan diri inividu. Biarkan penerimaan orang terhadap kita dengan seaadanya dalam erti kata yang sebenar. Bukan mudah sebenarnya pengaplikasiannya pada masankini. Yang pasti semuanya adalah ketentuan yang telah Allah tetapkan berlaku dalam hidup kita sebagai hambaNya. Semua berlaku adalah mengikut fitrah kehidupan. Adakalanya ianya membuatkan kita berasa gembira, suka, duka, terkilan, sedih, pilu dan seribu satu perasaan yang ada bagi diri manusia. Apapun kita disarankan beri yang terbaik dalam kehidupan dan usaha untuk itu dilakukan. Hatta beberapa perkara yang sememangnya merupakan takdir yang Allah tetapkan sekalipun sejauh mana usaha kita untuk itu. Bak kata seorang teman, jatuh bangun seseorang dalam kehidupan ni sebenarnya bergantung atas diri sendiri. Orang lain walaupun yang rapat dengan kita hanya mampu merangsangkan semangat untuk itu sahaja. Semuanya atas diri sendiri untuk terus bangun meneruskan sisa kehidupan yang masih ada di depan mata. Walaupun semua kedhaifan dan kekerdilan diri tu ada pada diri tak bermakna kita akan terus dengan kedhaifan tersebut. Usaha akan terus kita lakukan untuk memperbaharui semua itu semampu mungkin. Apabila dinilai dengan orang lain yang berkerjaya mantap, gaji lebih banyak dan sebagainya patutnya kita bersyukur kerana dengan apa yang ada sekarang kita masih berada atas landasan dan tak berpaling pada jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Andai diberi akan kemewahan mungkin akan membuatkan kita lupa diri, lupa untuk rapatkan diri dengan masjid dan asyik dengan kerjaya sehingga mengabaikan kehidupan berkeluarga kerana siang malam cari duit untuk mantapkan kehidupan.
'
Semoga hala tuju kehidupan kini yang walaupun hanya cuba mengikut arus kehidupan masih terarah pada landasan yang satu dan moga ada pendamping untuk itu di kemudian hari sebagai backup yang sebenar dalam meniti hari-hari yang mendatang, InsyaAllah. Hanya kepadaMu Ya Allah kuserakahkan segalanya kerana Engkau Yang Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaMu ini....
KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
'
KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216
'
KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286
'
KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA?
QURAN MENJAWAB: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” -Surah Ali-Imran ayat 139
'
KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?
QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Ali-Imran ayat 200
'
KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” -Surah Al-Baqarah ayat 45
'
KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....” -Surah At-Taubah ayat 111
'
KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129
'
KITA BERKATA: BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI??!!
QURAN MENJAWAB: “.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”-Surah Yusuf ayat 12
*kita dan Quran adalah salinan daripada blog seorang sahabiah..
3 comments:
salam sahabat,
lama tak beri komen pada blog ni. mcm luahan sesuatu ke ni wan. takpe, aku paham apa yg cuba hg sampaikan walaupun mgkin aku tak hadapinya. InsyaAllah, andai kita niat ikhlas krn Allah, yakinlah semua yang kt buat pasti ada ganjarannya. perbetulkan semula niat. andai tersasar, cepat berpatah blk kepada jln sebenar yg kt jadikan landasan dlm hidup. InsyaAllah, moga kt tergolong di kalangan org yg ditunjuki siratulmustaqim..
_azlan_
salam..
Syukran jazilan sahabatku. InsyaAllah, peringatanmu akan senantiasa disematkan dlm kotak pemikiranku ini. setiap individu berlainan dan kita tak mampu untuk membuat penilaian hatta kita mengenalinya dahulu. untuk seseorang itu berubah, sememangnya amat mudah. artikel berkaitan nasihat tentang ini menjelaskan apa yg bermain dlm fikiran kini.
semoga kita senantiasa berada dlm lindungan rahmat Ilahi hingga akhir hayat hatta kita bersendirian sekalipun..
Ridz..
Setiap kehidupan tu, ada pasang surutnya..Tabahkan hatimu Ridz...Riss selalu memerhatikan bolg mu... Terasa sesuatu di hati ini...sejak dari dulu lagi...
Ridz....
Hadapilah semuanya dengan tenang.. kekadang kita tak nampak seseorang yang menyayangi seseorang itu tanpa kata-kata... Tapi hatinya berkata.. kau lah orangnya,,,
Ridz.... Riss doakan moga impian mu tercapai hendaknya... Tabahkan hati mu k... Insyaalah Riss doakan selalu yer. Take care.
Post a Comment