Monday, April 20, 2009

Hari Mingguku..


Semalam masaku di sebelah siangnya dihabiskan dengan aktiviti rondaan ke KL. Cuba untuk dapatkan penyertaan seorang dua rakan tapi asbab-asbab yang teknikal maka akhirnya aku bergerak seorang diri. Bukan tak biasa, malah dah menjadi kebiasaan sangat. Bermula terus ke Lowyat mencari barang yang sudah agak lama aku plan yakni earphone kerana yang sedia ada kini agak bermasalah sedikit. Walaupun ianya tidak merupakan keutamaan, tapi ada asbab lain juga yang menyebabkan aku ambil keputusan untuk terus ke sana. Setelah mendapatkannya dan masuk waktu Zohor, aku terus melakukan solat di surau dalam bengunan Sungai Wang Plaza. Ini pun aku tau yang ada surau dalamnya setelah rakanku, Faizal teman ACCP dahulu sewaktu aku pergi ke Lowyat untuk membeli laptop yangg kini masih lagi aku guna. Kalau tak mungkin aku sendiri tak pasti dalamnya ada surau dengan keadaan persekitaran non-muslim yang ramai dan sebagainya.

Setelah itu aku teruskan langkah menuju ke PWTC. Ini matlamat utama aku turun untuk kali ni kerana ada pameran buku antarabangsa di sini. Sebetulnya aku sendiri tak tahu akan adanya pameran buku ni, tetapi diingatkan oleh seorang teman. Untuk pengisian waktu yang terluang, aku teruskan niat untuk ke sini hatta seorang diri. Lagipun sekarang memang semua urusan lebih kepada persendirian. Terima seadanya semua ini dengan hati terbuka. Masuk je PWTC melalui pintu bawah ni perkara utama akan terlintas adalah mengingatkan aku akan sesuatu. Sebenarnya beberapa tempat yang kalau aku turun ke KL ni akan buat hati ni sikit berdetik seperti PWTC, jalan masjid india, pudu, Masjid Negara, lrt dan beberapa tempat yang lain. Aku sendiri tak pasti sampai je tempat-tempat sebegini akan mengingatkan aku akan sesuatu. Itulah KL bagi aku ni. Semuanya nostalgia aku yang akan aku kenang sampai bila-bila. Untuk ini akan aku lampirkan dalam artikel yang lain nanti InsyaAllah.

Berbalik kepada topik di atas tadi. Setelah meletakkan motosikalku, aku terus mengikut hala tuju yang sama dengan orang ramai menuju ke dalam. Tiba-tiba matku terpandang sesorang yang aku kenali yakni sahabat UTEM merangkap teman serumahku, Rustham bersama ‘temannya’ yang baru melintas jalan menuju ke tempat yang sama. Hajat hati ingin terus tegur tetapi asbab sudah ter kehadapan aku biarkan dengan harapan mungkin akan bertemu di dalam nanti. Akhirnya memang dengan izin Allah aku bertemu dengannya juga di sana. Untuk terus tidak mahu mengganggu, langkah ku teruskan mencari buku-buku yang aku rasa wajar untuk aku tambah koleksikan walaupun banyak juga yang ada dalam simpanan belum habis ku baca. Tapi sungguh, bak kata orang alim jangan kita terlalu berkira untuk membeli buku ni walaupun mungkin kita belum mampu habis membaca tetapi yakinlah dengan peninggalan buku ini andai ianya dimanfaatkan kelak oleh anak cucu kita pastinya ia akan memberi saham buat kita di alam barzakh kelak, InsyaAllah. Semuanya mungkin Cuma harapanku buat masa ini yang aku sendiri belum mampu untuk aplikasikan.

Keadaan di dalamnya seperti biasa penuh dengan pelbagai reaksi dan kerenah pengunjung. Ada juga yang sesetengahnya dah mengambil tempat di tepi-tepi dinding hatta atas lantai untuk berehat memandangkan keadaan dalam yang berkapet. Pesta buku antarabangsa kali ini sebenarnya masih di awal kerana tarikhnya bermula daripada 17hb April 2009 hingga 26hb April 2009. Bagi teman-temanku yang belum berkesempatan, masih ada ruang waktu andai masih beminat untuk ke sini. Target mulaku adalah untuk dapatkan buku majalah I yang mana satu tajuk dahulu yang menarik bagiku yang tidak aku berkesempatan untuk membelinya. Dahulu mungkin aku jadikan majalah ini sebagai majalah bulananku, tetapi kini tak lagi asbab kekangan masa dan tempat untuk aku dapatkan. Aku kini lebih kepada sumber internet untuk dapatkan sebarang info ilmiah yang agak banyak diperoleh hingga aku sendiri belum berkesempatan untuk membacanya secara total. Itupun banyak yang tak aku terbaca. Sesetengah tu mana yang agak rapat denganku cuba untuk aku kongsi bersama info yang ada sekadar mana yang aku rasa mereka boleh dalam penerimaan info tersebut.

Majalah I bulan November 2008 dan buku Hidayah, karangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat


Fatwa Adab dan Fatwa Jin & Sihir oleh Muhammad bin Soleh Al-Munajjid, Muhammad bin Soleh Uthaimin dan Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
'
Setelah berpusing-pusing beberapa kali tanpa rasa perlu lagi aku peningkan kepala dengan merimaskan diri berhimpit-himpit dengan orang ramai aku terus ambil keputusan untuk beredar. Masa menunjukkan masa masih awal, maka aku ambil keputusan ziarah abang Rosman di rumahnya di Sentul Timur tempat di mana aku berada semasa mengambil kursus di Cosmopoint ni. Abang Man merangkap teman dan abang bagiku yang banyak juga suka duka aku kongsikan bersama. Sepanjang di KL ni, dia antara tempat dan orang aku kongsi dan minta pandangan. Sempat juga muzakarah beberapa topic yang menarik yang aku cuba lontarkan dan huraian diberikan mengikut pemahamannya. Antara pendekatan yang cuba aku aplikasikan dalam cuba untuk mengetahui pandangan orang lain berkaitan sesuatu isu. Setelah itu aku meminta diri untuk beransur pulang semula ke Subang kerana malam harinya ada kuliah di Masjid Subang Perdana. Selagi mana ada masa untuk itu, aku perlu luangkan masa semampu mungkin kerana banyak sudah masa yang diambil ketika sibuk sehinggakan tak sempat nak pergi mana-mana majlis ilmu. Doaku yang selalu ku panjatkan adalah agar kehidupan yang sementara ni agar Allah mudahkan urusan duniawi aku dan dalam masa yang sama agar aku tak melupai akan destinasi akhirku yakni urusan akhirat agar aku beratkan dan tidak memandang enteng akan perkara ini asbab kerjaya dan sebagainya..

2 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah, moga Allah mudahkan urusanmu di perantauan sana sahabat..
-'imran'-

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

Jazakallah ya akhi,

walau di mana kita berada dan walau bersendirian sekalipun, sesungguhnya kita masih cuba berada atas landasan yg satu.

doakan untuk sahabatmu ini juga sama ye.