Sunday, March 29, 2009

Muhasabah dan penilaian diri..

Setiap anak adam yang dilahirkan di muka bumi ini adalah suci bersih umpama kain putih. Yang akan mencorakkan adalah kedua ibu bapanya yang akan melorongkan ke mana hala tuju aqidah terutamanya ke arah majusi, nasrani mahupun yahudi. Itu antara maksud hadith yang datang daripada Nabi saw yang bertentangan daripada konsep pemahaman orang Nasrani (Kristian) yang mana bayi yang baru lahir mewarisi dosa yang dilakukan oleh datuk moyang kita Adam dan Hawa. Itu yang membezakan kita dengan mereka.

Apabila dinilai kita yang dilahirkan dalam agama Islam sejak dari kecil lagi beruntung sangat. Kesyukuran yang tinggi patut kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana hidayah dan nikmat Islam dan Iman inilah yang paling tinggi di muka bumi ini. Tetapi memang benar bak kata orang alim, apabila sesuatu yang kita peroleh dengan mudah dan senang maka adakalanya kita sukar untuk lebih hargai berbanding orang menerimanya atau mendapatkannya dengan mujahadah. Perumpamaan atau tamsil seperti kenderaan yang kita beli sendiri dengan hasil titik peluh kita sendiri. Pastinya kita akan jaga sepenuh hati. Kadang-kadang teman ingin meminjam sekalipun berat je untuk kita berikan. Berbeza dengan kenderaan yang kita peroleh dengan mudah seperti pemberian orang tua, dapat hadiah dan sebagainya. Mungkin pada awalnya kita jaga dengan baik, selebihnya mungkin dah tak kisah. Itu yang membezakan kita yg Islam secara turun temurun ataupun Islam baka berbanding dengan teman-teman yang asalnya dari agama lain mendapat hidayah daripada Allah dan akhirnya memeluk Islam dengan kerelaan hati. Jika dibandingkan dengan mereka, dari segi kayakinan pada agama adakalanya melebihi kita yang Islam baka ini. Pin-point untuk sama-sama kita fikir-fikirkan.

Setelah masuk alam kerjaya ni, mgkn juga kiranya belum lagi pengalamanku meluas berbanding seperti teman-teman seangkatan yang memperoleh kerja yang baik. Alhamdulillah, apapunku bersyukur atas nikmat yang diberikan dengan kerjaya yang sedia ada ini walaupun ada beberapa perkara yang kadangkala membuatkan hati untuk berhijrah juga ke tempat lain andai diizinkan Allah. Memang benar, kerja juga sebenarnya ujian buat hamba-hamba Allah ini. secara normal dan rasional pasti yang akan diutamakan adalah kerjaya. Asbabnya ramai yang berpandangan dengan kerjaya maka kita akan memperolehi sumber kewangan untuk menampung kehidupan. Kadang-kadang pernahkah kita terfikir bagaimana pula dengan banduan di penjara? Meraka juga memperoleh rezeki padahal tidak bekerja seperti kita. Cuma melakukan aktiviti yang terhad dalam kawasan penjara dan masih beroleh juga daptkan sesuap nasi walaupun mungkin tak seperti kita. Yang pastinya rezeki datangnya daripada Allah. Dia telah menentukan rezeki bagi setiap anak adam itu secukupnya. Adakalanya kita merasakan kita dah berusaha sepenuh hati, tapi rezeki tak juga bertambah-tambah. Manakala ada yang sesetengahnya pula usaha lebih kurang sahaja, tapi melimpah ruah rezeki yang diperoleh. Semuanya adalah ketetapan dan ketentuan Allah bagi setiap hambaNya. Tetapi walaupun ianya sudah ditetapkan tak bermaksud kita hanya duduk menanti tanpa berusaha. Ini pendapat yang salah kerana usaha itu adalah perintah Allah kepada setiap manusia.


Kadang-kadang bila difikirkan dengan asyik fokus pada kerja hingga kita lupa dan lalai kepada Allah sehingga tu ada yang tak pernah syukur dengan apa yang telah diberikan. Syukur bukan hanya dengan mengucap Alhamdulillah, tapi yang lebih penting tunduk dan patuh akan perintah Allah. Yang ingin difokuskan adalah tunduk sujud pada Allah bagi kita yang merasakan kita ini beragama Islam yakni solat. Cuba bayangkan dengan segala nikmat yang Allah berikan tetapi kita tak pernah tunduk sujud pada yang memberikan segalanya pada kita, insan apakah kita. Mungkin juga sesetengah daripada kita tak nampak besarnya dosa meninggalkan solat ni maka ianya tak pernah diambil berat. Sebabnya memang ada nama sahaja bergelar Islam, tapi tak pernah solat. Apabila diajak, ada sahaja alasan yang diberikan. Kadang-kadang terpikir juga, andai ibu dan bapa jenis bukan kaki solat bagaimana pula dengan anak-anak. Mungkin juga ada kebenaranya yang agama kini hanya untuk ikutan masa-masa tertentu iaitu semasa kelahiran bayi, perayaan, nikah kahwin dan kematian. Selebihnya sama sahaja dengan yang non-muslim. Nau’zubillahiminzalik. Apapun hadith Nabi saw ada mengatakan, yang membezakan antara seseorang itu muslim mahupun tidak adalah dengan meninggalkan solat. Moga diriku dan juga kaum keturunanku digolongkan dalam golongan yang menjaga solat, InsyaAllah..
'
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.."(2:153)

'
Bila penilaian dibuat, pasti kedhaifan dan kekerdilan diri akan dirasai. Memang itu yang perlu orang seperti diriku ini telan. Yang pasti semuanya adalah ketetapan dan suratan yang telah Allah tetapkan sejak azali. Apapun kita diperintahkan buat yang terbaik dalam hidup. Usaha tetap dilakukan dan diiringi dengan doa dan tawakal. Perbaiki dari semasa ke semasa agar diri lebih baik dari sebelumnya. Cuba untuk jadi anak yang baik dan soleh. Mungkin diriku tak mampu nak berikan kemewahan pada mak dan ayah di kampung, tapi yang dapat dan selalu aku titipkan doa pengampunan untuk mereka dalam solatku. Walaupun segala kekurangn itu dirasai, ianya tak mematahkan semangatku untuk terus bangun. Seperti seorang teman pernah mengatakan, jatuh bangun hidup kita bergantung pada diri kita sendiri. Orang lain hanya mampu meluahkan pandangan dan kata-kata semangat sahaja.
'
Tetapi alangkah beruntung bagi siapa yang punya teman yang baik sebagai peniup semangat ke arah itu. Teman yang baik, adalah teman yang apabila kita selalu bersama dengannya akan membuatkan kita lebih kenal akan Pencipta kita. Bukan mudah untuk bertemu dengan teman yang sedemikian. Yang pastinya teman datang dan pergi. Kebiasaan adapt dunia keadaan akan berubah apabila status diri juga berubah. Apapun semuanya bergantung pada diri dan individu. Tetapi bagi diriku yang cuba aku pegang adalah PERSAHABATAN atau ukhwah yang terjalin adalah untuk selamanya andai kita ikhlas. Tak kisah dengan sesiapa sekalipun. Andai diriku juga sudah berkeluarga, teman-teman tetap teman yang akan aku hormati dan cuba ditautkan ukhwah tak kira muslimin mahupun muslimat. Tetapi mungkin keterbatasannya agak lebih sedikit. Itu sahaja. Apapun kita perlu bersangka baik yang mana tak semua orang berpandangan sama dengan kita. Mungkin masing-masing ada cara dan persepsi masing-masing dalam konteks ukhwah. Apapun tepuk dada, iman ditanya. Bukan tepuk dada, tanya selera kerana selera lebih menjurus kepada hawa. Wallahua’lam…

3 comments:

Riss said...

Ridz.

Sebuah persahabatan yang lahir dari hati yang bersih kerana persahabatan itu lebih indah dari cinta. Menghormati persahabatan dan menjaga hati sahabatnya, tik kiralah pangkat atau apa pun, kaya atau pun miskin. Sahabat dapat membuatkan kita merasa bahagia, indah dan tersenyum dan dapat melupakan masalah. Semoga persahabatan ini terjali selamanya. Walau di mana jua, setiap ketika.

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

salam,

syukran jazilan. antara keikhlasan dan ketulusan hati sememangnya sukar untuk kita garapkan dan adakalanya diri sendiri juga sukar untuk menyatakan maksud sebenar apa yang dilakukan menepati maksud tersebut mahupun tidak. andai kita letakkan sesuatu kerana Allah, tak kira apa status yang kita pegang, InsyaAllah kita dapat tetapkan hala tuju tersebut.

tetapi satu kita perlu ingat di mana tak semua orang berpandangan sama seperti kita. apapun sebagai sahabat, ana doakan semua kwn2 termasuk juga riss agar senantiasa dilimpahi rahmat Allah dan kekal bahagia di samping suami dan juga keluarga.

riss said...

Ridz...

Riss merasakan persahabatan itu adlah bait2 bait cinta yang timbul dari hati... Ridz..

Mohon Ridz faham segala2nya...oa Riss..tercapainya impian mu..Moga..impian utk berumah tangga itu di restui Allah..

Riss doakan dari kejauhan.buat diri mu..