Thursday, April 28, 2011

Arus Kehidupan Insan Kerdil..


Dah hampir 2 bulan lebih tiada sebarang penulisan dibuat mahupun sebarang artikel dimasukkan dalam blog ini. Memandangkan keadaan diri dah juga kerjaya yang telah bertukar pastinya banyak perubahan dan juga kekangan yang membuatkan diri tidak berkesempatan untuk berkarya. Padahal kebanyakan info dalam blog pun banyak kepada ‘copy & paste’ sahaja. Maklumlah ke tidakmampuan penulis dalam menghuraikan sebarang input ilmiah yang sememangnya panduan kita adalah berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah.

Status diri

Kini telah 2 bulan lebih status diri penulis berubah daripada alam bujang kepada alam berkeluarga. Pastinya keadaan sudah berubah daripada aspek kehidupan harian. Dahulu segala apa yang dilakukan hanya lebih fikirkan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan.maklumlah masih lagi tinggal beramai-ramai. Tapi kini selain diri sendiri dah ada teman baru yang hidup bersama. Ini lumrah bagi sesiapa yang telah mendirikan rumah tangga tak kira yang lelaki mahupun perempuan. Segala susah senang kehidupan pastinya akan dikongsikan bersama. Daripada kehidupan berdua, beranak pinak dan bercucut piut.

Alhamdulillah, setakat ini banyak perkara yang rasanya banyak Allah permudahkan. Lebih- lebih lagi dalam proses nak menuju ke gerbang perkahwinan. Dahulunya antara lain yang difikirkan adalah penerimaan seseorang buat diri kita serta juga kemampuan dari aspek kewangan untuk persiapan perkahwinan. Apabila niat kita ikhlas pastinya Allah akan bukakan jalan untuk itu. Walaupun sememangnya banyak juga yang dirisaukan sebelum ini sedikit demi sedikit dipermudahkan. Alhamdulillah, tiada sebarang pinjaman personal dibuat tetapi menggunakan sepenuhnya simpanan yang ada walaupun kekurangan simpanan yang sedia ada tetapi bagi diri ini biarlah tiada sebarang pinjaman jika kita masih mampu untuk membiayai sendiri.

Kerjaya

Ini antara yang ketara buat diri setelah lama berusaha untuk mancari kerjaya yang lebih baik untuk diri serta keluarga yang akan dibina. Sebelum ini pernah terlintas selagi mana belum mempu untuk ini pastinya hati ini tidak akan dibukan untuk menempuh alam perkahwinan. Tetapi apa yang berlaku adalah atas kehendak Allah walaupun ketika itu sudah berkerjaya tetapi belum benar-benar penulis rasa mampu untuk menampung orang lain. Tambah waktu itu hanya saluran pada keluarga di kampung, bayaran pinjaman pelajaran dan beberapa yang lain.

Setelah habis belajar sampai terpaksa mengambil course IT di Cosmopoint asbab tidak mendapat sebarang tawaran kerjaya ketika itu tetapi akhirnya masuk semula bidang yang dipelajari dahulu dan mampu bertahan hampir 3 tahun. Walaupun ketika itu telah banyak tempat dan jawatan yang dipohon satu pun tak sangkut. Dugaan buat diri juga. Akhirnya 2 hari sebelum majlis walimah akhirnya sebuah syarikat telah menyatakan penerimaannya dan ketika itu hanya Allah yang tahu betapa rasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Hasil kurniaan dan istikhoroh

Ini pastinya hasil istikhoroh dan juga permintaan yang selalu dipanjatkan agar dikurniakan apa juga kerjaya yang baik untuk diri, keluarga dan masyarakat sekeliling, dapat jaga amal dan yang penting dapat jamin urusan akhirat kelak serta dapat capai keredhaan Allah. Ini kerana ada juga beberapa jawatan lain yang dipohon yang mana penulis rasakan mampu untuk dapat menjawat tetapi jawapannya adalah sebaliknya. Mungkin kadang-kadang apa yang berlaku pada masa itu kita tidak dapat menjangka mana yang terbaik buat diri kita. Sebagai contoh andai jawatan penguatkuasa atau pegawai kerajaan yang dipikul mungkin antara ujian yang lebih berat akan dipikul dengan dugaan rasuah dan sebagainya yang mungkin buat diri penulis yang dhaif ini tidak mampu untuk pikul. Apapun hanya padaNya kita berserah dan hanya padaNya kita memohon pertolongan dan petunjuk.

Wallahualam...

1 comment:

ayda said...

Barakallahumma
semoga mendapat redha Allah selamanya