Wednesday, December 8, 2010

Salah Faham Tentang Agama..



“Wan, aku nak tanya sikit la. Kau tau tak kebiasaannya bab fiqh ni apabila melibatkan hukum hakam dan sebagainya seperti bab solat & sebagainya. Boleh kita bincang sembang-sembang sikit?”

“InsyaAllah, setakat mana yang aku tau boleh je aku kongsi bersama sikit. Lagipun aku bukan ahli sangat pun. 1% pun tak sampai apa yang aku tau tentang agama ni. Kalau nak tau lanjut kau kenalah rujuk dengan mana-mana al-fadhil ustaz yang lebih alim ye.”

Itu antara mukadimah topik awal persembangan antara penulis dan juga seorang teman. Apabila diusulkan persoalan berkaitan hal ehwal agama mana yang boleh dikongsi, insyaAllah. Tapi secara khusus pada masa tu juga nak beri dalil & nas memang tidak berkemampuan. Sekadar boleh mengatakan maksdu matan hadith, pandangan ulama & juga pemahaman serba sedikit. Andai tak tahu, pastinya kena akur agar rujukan lain perlu sahabat lakukan.

Tetapi untuk kali ini ada sedikit persoalan yang berlegar di fikiran dengan teman penulis ini. Apabila penulis nyatakan rujukan seperti Syeikh Nasaruddin Al-Bani, Syeikh Bin Baz, Syeikh Soleh Uthaimin, Lajnah Daimah dan sebagainya, persoalan yang ditimbulkan adalah seperti berikut.

Rakan: Mengapa semua pendapat kau lebih menjurus kepada ulama Saudi sahaja tidak ulama selainnya.

Penulis: Sekiranya mereka ini kita jadikan rujukan sekalipun ada masalah ke? Bukan kita ambil pendapat mereka semata tetapi hujah yang diberikan oleh mereka adalah berdasarkan nas & dalil Quran & Hadith.

Rakan: Ya la, tapi bukankah Saudi ni lebih kepada wahabi. Pemahaman wahabi ni tak sama dengan kita di Malaysia mahupun nusantara ni yang lebih kepada mazhab Imam Syafie dan juga ahlisunnah waljamaah.

Apa yang dijawab yang buat penulis sedikit ‘kaget’ bak kata orang indon.

Penulis: Habis tu, adakah ulama Saudi ni tidak tergolong dalam kategori ahli sunnah waljamaah? Kalau terkeluar daripada ahlusunnah waljamaah bermakna mereka ini menyimpang daripada jalan yang lurus yang diperkatakan oleh Nabi saw. Habis tu semua orang yang pergi kerjakan Haji (Rukun Islam ke-5) setiap tahun tu siapa yang imamkan kalu bukan ulama-ulama Saudi. Kalau dah mereka sesat memang tak sah la berimamkan mereka.

Rakan: Aku takde la maksud macam tu. Itu apa yang aku dengar & baca dalam media massa je macam surat khabar & sebagainya.

Penulis: (Garu kepala dibuatnya walaupun tak gatal) Ya sahabat. Kalau apa yang kau katakan ini sebenarnya sudah tidak cenderung kepada fakta yang sebenar. Tidak boleh hanya jadikan surat khabar semata untuk dapatkan maklumat. Kena juga hadiri kelas ilmu & cari info-info lain yang banyak di internet dan sebagainya agar kita lebih terbuka kepada satu-satu isu. Tidak hanya telan apa yang diperkatakan orang tanpa kita kaji benar atau tidak. Sebagai contoh di Arab Saudi mereka juga sebenarnya bermazhab Imam Hambali. Jadi tidak timbul ahli sunnah waljamaah ataupun tidak kerana sepakat Imam muktabar yang empat tergolong walaupun terdapat juga mazhab lain tetapi agak minority kerana dari segi akidahnya mereka ini satu tetapi sedikit perbezaan dalam bab fiqhnya sahaja bergantung kepada pemahaman Imam memahami dalil & nas Quran & Hadith. Tentang isu wahabi ni panjang nak diperkatakan, jadi perlu buat rujukan dan kajian untuk kau lebih fahami adakah benar seperti apa yang orang lontarkan ataupun sebaliknya.

Rakan: Jadi apa yang kau nak katakan apa yang aku paham & dengar ni tak benar la ye. Tapi bukan calang-calang orang juga yang kata. Dalam kuliah agama kat masjid pun ada ustaz yang ‘remind’ macam tu. Yang surat khabar tu orang tinggi dalam jabatan agama juga tu yang kata. Diaorang bukan calang-calang sebab memang orang agama juga kan.

Penulis: (Terkelu lidah dibuatnya) Ya benar. Ustaz dan orang jabatan agama ni memang orang alim. Diaorang lebih paham agama daripada orang macam aku ni. Tetapi dengan apa yang Allah beri kat kita yakni akal dan fikiran masih banyak yang boleh kita buka minda untuk lebih sikit buat kajian ke rujukan ke akan kebenaran apa yang diperkatakan. Bagi aku satu je aku pegang. Bak kata Imam Malek ‘Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Salallhu Alaihi Wasallam.’ Jadi apa yang orang lain perkatakan sekiranya ianya tidak selari dengan apa yang Nabi saw perkatakan walaupun dia itu orang alim ke kita tidak perlu untuk ikuti. Tapi kita tetap hormat kepadanya kerana ketinggian ilmu yang dia ada berbanding diri kita yang dhaif ini. Sama juga dengan apa yang dilontarkan, jangan sekali-kali kita telan tanpa kita lakukan kajian akan kebenaran kata-katanya adakah ianya benar ataupun sekadar fitnah semata. Kalau kita mampu kita kaji pula akan risalah atau hasil kajian individu yang diperkatakan adakah ianya benar-benar menyimpang dari apa yang dibawa oleh Nabi saw dan tidak hanya membaca apa yang diperkatakan oleh individu yang menyerangnya kerana secara logiknya musuh tidak akan memperkatakan yang baik akan orang yang dimusuhinya. Selepas tu kita kena juga mohon agar Allah tunjukkan yang benar itu benar dan yang bathil itu tetap bathil. Sesungguhnya hidayah & taufiq hanya milik Allah dan Dia berhak berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Terlintas juga di fikiran bagaimana mungkin teman penulis boleh berfikir sedemikian rupa. Begitu berkesannya media massa seperti surat khabar dalam cuba mempengaruhi pemikiran orang awam terutamanya yang kadang-kadang itulah sumber yang turut dijadikan rujukan. Maka sekiranya minda mereka ini tidak dibuka semula maka sememangnya akan lebih cenderung menerima sahaja bulat-bulat apa yang diperkatakan dan cepat menuduh individu lain salah dan tidak benar lebih-lebih mendukacitakan tuduhan kepada ulama pewaris Nabi saw.

Penulis sertakan madah puisi yang penulis perolehi untuk sama-sama kita teliti apa yang hendak disampaikan oleh pengarang menjurus kepada tohmahan dan tuduhan kepada para ulama ahlisunnah waljamaah. Penjelasan lanjut akan penulis usahakan untuk dicari agar lebih teman dan sahabat kenali ulama-ulama ini khususnya ulama Saudi yang berada dan mengikut manhaj salafussoleh.


Apa yang antum dendamkan kepada para 'ulama Makkah dan Madinah?

Sehingga menuduh mereka semua wahabi.

Apa yang antum dendamkan kepada para 'ulama Makkah dan Madinah?

Sehingga lisan antum mencaci mereka setengah mati.

Apa yang antum dendamkan kepada para 'ulama Makkah dan Madinah?

Sehingga menuduh mereka dajjal di muka bumi.

Pernahkah antum mendengar bahwa.......

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : "Sesungguhnya Islam dimulai dengan (dianggap) asing dan akan kembali (dianggap) asing sebagaimana awalnya. Mereka (Islam & ummatnya) berlindung diantara dua masjid (Masjidil Haram & Masjid Nabawi) sebagaimana ular berlindung dalam lubangnya" [Hadits Shahih, Muslim 2/76 - An-Nawawiy].

Hadis riwayat Abu Hurairah radhiyAllahu 'anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Di setiap jalan-jalan Madinah itu terdapat malaikat (yang menjaga) agar tidak dimasuki wabah penyakit dan Dajjal (HR. Muslim No. 5236)

Hadis riwayat Anas bin Malik radhiyAllahu 'anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. (HR. Muslim No.2449)

Andai para ulama tanah suci tidak layak diikuti, lalu ulama mana lagi yang layak diikuti?!

Jika para penjaga tanah suci, para pemakmur rumah Allah (ka’bah) dan pemakmur masjid nabiNya (Masjid Nabawi) adalah orang yang bodoh, maka bagaimana dengan orang yang selain mereka?!

Manakah yang lebih layak diikuti ::

ulama yang berpegang dengan sunnah nabi, atau yang mengarang2 syariat sendiri? [baca : berbuat bid’ah]

Manakah yang lebih layak diikuti ::

ulama yang melarang kesyirikan, ataukah kiyai2 & syaikh2 yang berdoa kepada para penghuni kubur?

Laa haula wa laa quwwata illaa billaah…

Jika antum tidak mengetahui, maka itu adalah musibah,

Jika antum mengetahui -dan tetap seperti sekarang-, maka musibahnya lebih besar lagi....

*Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya daging para ulama itu beracun…

--

Dikarang oleh : Muhammad Haryo



2 comments:

Anonymous said...

Ini nasehat buat siapa ?

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

Nasihat umum buat sesiapa yang juga ada berpandangan sedemikian terhadap para ulama. biarlah apa yg kita perkatakan punyai hujjah yg benar. yg penting jika yg diperkatakan itu adalah nas & hujjah Quran & Assunnah yg sahih, sami'na waato'na (aku dgr & aku patuh)..