Wednesday, November 17, 2010

Teks Wasiat Syaikh Al-Albani



PENGERTIAN WASIAT

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.


Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.

- Hadis riwayat Ibnu Majjah-


Penulis rasakan ingin bekongsi dengan semua yang membaca akan artikel di bawah yang berkaitan dengan wasiat seorang ulama muhaddithin mutakhirin yang membuatkan terkesima penulis dibuatnya apabila membaca isi wasiatnya untuk keluarganya. Pastinya ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau yang dirasakan penting untuk beliau wasiatkan sebelum beliau meninggalkan alam ini. Lebih-lebih lagi akan perkara yang boleh membantu beliau semasa berada di alam barzakh kelak.

Bagi setiap insan apabila melibatkan hal kematian pasti kebiasaannya bagi saudara yang kejauhan lebih-lebih lagi anak-anak si mati yang berada diperantauan akan diusahakan juga untuk pulang bagi menatap wajah kali terakhir insan tersayang yang telah menemui Ilahi. Itu sahaja kesempatan yang ada mungkin akan cuba diambil terutama bagi saudara yang rapat dengan si mati. Tetapi adakalanya apabila melibatkan jarak tempat yang agak jauh walaupun punyai kemudahan kenderaan, jalan raya dan sebagainya adakalanya ianya akan mengambil masa yang agak lama juga untuk sampai ke destinasi. Hinggakan ada sesetengah tu mengambil keputusan menangguhkan proses pengebumian jenazah asbab menunggu saudara atau waris si mati. Dalam Islam sebenarnya ini adalah dilarang kerana penyegeraan pengebumian jenazah adalah amat-amat dianjurkan disegerakan.


Wasiatku

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Aku wasiatkan kepada isteri dan putra-putriku, teman-teman dan siapa saja yang mencintaiku:

1. Jika sampai kepadanya berita kematianku, hendaklah yang pertama dilakukannya, memanjatkan do'a (kepada Allah جل جلا له.Pent) agar aku diampuni dan dirahmati. Jangan tangisi atas kematianku dengan cara niyahah (meratapi) dan mengeraskan suara.

2. Hendaklah segera menguburkanku dan jangan beritakan kepada kerabat serta saudara-saudaraku terkecuali setelah melaksanakan apa yang menjadi kewajiban mereka dalam mempersiapkan jenazahku. Hendaklah saudara Izat Khidlir Abu 'Abdillah (tetangga dan temanku yang ikhlas), memimpin pemandian jenazahku bersama orang-orang yang ditunjuk untuk membantu­nya.

3. Aku memilih dikuburkan di pekuburan yang terdekat (dari rumah kematianku Pent), agar tidak memaksakan para pelayat yang membawa jenazahku untuk meletakkannya di sebuah kereta jenazah, yang tentunya para pengantarpun akan mengendarai kendaraan mereka mengiringi jenazahku. Hendaklah aku di­kuburkan di pekuburan lama yang diyakini tidak akan ada pembongkaran.

Bagi mereka yang berada di negeri tempat wafatku, agar tidak menyampaikan berita kematianku kepada putra-putriku yang berada di luar negeri apalagi kepada selain mereka, terkecuali se­telah jenazahku diantarkan ke pemakaman. (Hal ini saya maksudkan) agar mereka tidak dikuasai oleh luapan perasaan yang dapat mendorong mereka untuk berbuat apa saja, sehingga menyebab­kan tertundanya pemakaman jenazahku.

Aku mohon kepada Allah جل جلا له agar berjumpa dengan-Nya, dalam keadaan dosa-dosaku telah diampuni-Nya baik yang ter­dahulu maupun yang kemudian.

Demikian pula, aku wasiatkan seluruh isi perpustakaanku agar diserahkan kepada perpustakaan Universitas Islam Madinah al-Munawwarah, baik berupa kitab yang telah dicetak, foto copy, manuskrip yang kutulis dengan tanganku atau ditulis oleh orang selainku, (hal ini kulakukan -Pent) karena ketika menjadi dosen di-sana, aku memiliki kenangan dan kesan-kesan indah tatkala ber­dakwah mengajak manusia kepada al-Qur'an dan as-Sunnah sesuai dengan manhaj Salafush Shalih.

Dengan demikian aku berharap semoga dapat memberi manfaat kepada pengunjungnya sebagaimana pemiliknya pada saat itu, telah memberi manfaat kepada para mahasiswanya, dan semoga dengan keikhlasan dan do'a mereka akan bermafaat bagiku.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Ya Rabbku tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan agar aku dapat melakukan amal shaleh yang Engkau ridhai serta berikanlah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (QS. Al-Ahqaaf: 15-Pent).


(Muhammad Nashiruddun Al-Albani - 28 Jumadil Ula 1410 H)


No comments: