Monday, March 8, 2010

Komentar Kitab I'tikad Ahlu Sunnah Waljamaah..



Sudah agak lama penulis tidak melampirkan artikel daripada karangan idea penulisan penulis sendiri berbanding sebelum ini banyak mengambil artikel luar untuk dimasukkan ke dalam ruangan blog. Asbab kesibukan adalah alasan yang kadangkala tidak boleh untuk dijadikan alasan. Setiap insan sememangnya dikurniakan 24 jam sehari. Sama sahaja bagi sesiapa sahaja yang hidup di muka bumi ini. Sememangnya kelemahan dan kedhaifan diri berpihak pada diri dalam pengurusan diri.


Kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca berkaitan dengan sebuah buku ataupun boleh kita katakan kitab tauhid yang dijadikan silibus bagi pengajian Tauhid di kebanyakan surau, madrasah mahupun masjid di negara kita. Penulis tidaklah merupakan penuntut ilmu akan kitab tersebut yang kebanyakannya ustaz yang mengajar adalah guru yang diberi tauliah oleh jabatan agama.


Sebenarnya yang menyebabkan penulis tertarik untuk menelaah sekali imbas akan buku ini setelah diberi komentar oleh al-Fadhil Ustaz Halim Hassan yang penulis dengar dalam kelas pengajian dhuha beberapa bulan yang lalu di surau paya terubong. Apa yg diberitakan adalah pada ketika beliau menghadiri di sebuah masjid di mana ada pengajian kelas agama yg diajari oleh seorang ustaz berkaitan dengan bidang Tauhid. Di akhir kelas si ustaz mengatakan kepada para jemaah yang mana beliau dengan ini telah mengijazahkan kepada para jemaah yang setia menghadiri kelas pengajiannya yang telah berlangsung selama tiga tahun lebih akan iktikad akidah ahli sunnah waljamaah. Pengajian kitab sememangnya akan memakan masa bertahun untuk khatam penuh sesebuah kitab kerana huraian yang diperlukan adalah panjang. Bukan kata-kata ustaz itu yang ingin penulis komentar, tetapi kitab yang dikuliahkan sepanjang pengajian tersebut. Apabila diteliti isi kandungnya banyak yang boleh untuk dipersoalkan.


Sedikit ulasan yang diberi oleh al-fadhil ustaz tetapi penulis tidak bercadang memperkatakan tentang itu sebaliknya diusahakan mencari buku tersebut untuk lebih kepastian isi kandungan kitab yang dimaksudkan. Semasa pulang cuti raya cina yang lepas penulis berkesempatan berjumpa dengan pakcik Ramli yang sering mengikuti kelas pengajian dan kami bersama-sama berpakat ke majlis ceramah yang diadakan di seberang. Dalam pembicaraan penulis cuba berkongsi dengan beliau dan secara kebetulan beliau mengatakan yang beliau mempunyai buku tersebut. Maka penulis mengambil kesempatan untuk meminjam buku yang dimaksudkan untuk melihat isi kandungan.










Isi Kandungan Kitab Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah

Buku ataupun kitab yang dimaksudkan adalah bertajuk Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah yang dikarang oleh Kiyai Sirajuddin Abbas, ulama daripada Indonesia. Terbitan Pustaka Aman Press Sdn Bhd. Kitab yang berkisarkan pemahaman apa yang dimaksudkan akan pemahaman ahli sunnah waljamaah yang sebenar sepertimana yang dimaksudkan oleh Nabi saw akan golongan yang satu yang berada di atas landasan yang lurus (sirotulmustaqim).


Antara isi kandungnya kitab adalah menghuraikan akan definisi dan apa yang dimaksudkan dengan ahli sunnah waljamaah tersebut. Kemudian dinyatakan juga akan firqah-firqah yang sesat yang telah dikumpulkan dan dihuraikan penyimpangan metodoligi dan pemahaman firqah tersebut. Semuanya didatangkan dalam bentuk isi kandung yang kebanyakannya tidak disertakan rujukan khusus untuk pengkaji ilmu dalam menilai isi kandung yang dilampirkan.


Definisi awal yang dinyatakan merujuk kepada ahlu sunnah yakni penganut / pengamal sunnah Nabi saw dan waljamaah pula merujuk kepada iktikad jamaah para sahabat radiallahu’anhum. Dalam memperkatakan perkara tersebut ianya meujuk kepada iktikad Nabi & para sahabat yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah secara rawak & ianya belum disusun rapi dan teratur sehingga kemudiannya dirangkum semula akan semua itu oleh Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan juga Imam Abu Mansur Matrudi. Bermakna di sini apabila memperkatakan Ahli Sunnah Waljamaah semestinya ianya merujuk kepada pemahaman iktikad dua imam besar ahli sunnah ini. Jika selainnya bermakna menyimpang dan menyeleweng daripada golongan yang satu itu.


Antara lain kupasan akan pengajian sifat 20 yang dihuraikan secara khusus akan sifat-sifat wajib bagi Allah yang wajib diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan lanjut pastinya perlukan pendetailan dan penerangan lebih mendalam oleh guru yang alim dalam penyampaian kerana ianya lebih kepada pemahaman dalam konteks falsafah atau bahasa kalam. Penulis tidak bercadang lanjut untuk mengupas akan topik sifat 20 ini.


Di dalam kitab juga dinyatakan secara khusus antara kajian dan pembahagian 72 golongan yang menyimpang daripada akidah ahli sunnah waljamaah ini. Di bawah penulis ringkaskan isi pembahagian golongan yang sesat dan menyimpang itu.

1. Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Sayidina Ali kwh. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman r.a. Kaum Syiah berpecah kepada 22 aliran.

2. Kaum Khawarij iaitu kaum yang berlebih-lebihan membenci Syidina Ali kwh, bahkan ada di antaranya yang mengkafirkan Sayidina Ali kwh. Firqah ini berfatwa bahawa orang yang membuat dosa besar menjadi kafir. Kaum Khawarij ini kemudiaian berpecah menjadi 20 aliran.

3. Kaum Muktazilah iaitu kaum yang berfaham bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata dalam Syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara 2 tempat, dam mikraj nabi Muhammad SAW hanya dengan roh sahaja dan lain-lain. Kaum ini berpecah menjadi 20 aliran.

4. Kaum Murjiah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat tidak memberi mudharat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau sudah kafir.

5. Kaum Najariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yakni dijadikan Tuhan, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada. Kaum ini berpecah menjadi 3 aliran.

6. Kaum Jabariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa manusia ini "majbur" ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya 1 aliran.

7. Kaum Musyabbihah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa ada keserupaan Tuhan dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk atas Kursi, naik tangga, turun tangga dan lain-lainnya. Kaum ini hanya 1 aliran sahaja.


Aliran

Pembahagian

1.

Syiah

22 golongan

2.

Khawarij

20 golongan

3.

Muktazilah

20 golongan

4.

Murjiah

5 golongan

5.

Najariah

3 golongan

6.

Jabariah

1 golongan

7.

Musyabihah

1 golongan


Jumlah

72 golongan


Kalau ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham Ahlussunnah wal Jamaah maka cukluplah 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh nabi Muhammad SAW dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.

Adapun kaum Qadariah termasuk golongan Muktazilah, Kaum Bahaiah dan Ahmadiah Qadiani masuk gomongan kaum Syiah, kaum Ibnu Taimiyah termasuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari kaum Ibnu Taimiyah.


Ibnu Taimiyah

Antara kesesatan yang dinyatakan dalam kitab ini adalah seperti berikut:

- Tuhan duduk di atas arasy seperti duduknya

- Tuhan turun daripada langit tiap malam seperti serupa dengan turunnya Ibnu Taimiyah daripada mimbar

- Bepergian ziarah ke makam Nabi saw adalah HARAM

- Berdoa dengan bertawasul

- Terlalu cepat menghukum kafir kepada individu

- Tarikat-tarikat sufi adalah HARAM

- Fatwa fiqh Ibnu Taimiyah yang mengelirukan

- Solat yang ditinggalkan dengan sengaja tidak perlu diqadakan

- Talak 3 jatuh 1

- Tuhan bertubuh, bertempat dan berpindah

- Tuhan sama besar dengan arasy

- Nabi Saw tak maksum

- Menyeleweng 3 jurusan iktikad Tauhid , tasawuf dan fiqh


Wahabi

- Berdoa dengan bertawasul adalah syirik

- Istighsah adalah syirik – memohon pada yang telah mati

- Bepergian ziarah kubur adalah haram

- Hisap rokok adalah haram dan syirik

- Kesan mauled diruntuhkan

- Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wassifat


Dalam penyataan kiyai juga mengatakan antara pembaharuan yang dibawa oleh oleh pengasas wahabi ini yakni Syaikh Muhammad Abdul Wahab adalah di mana telah menyatukan semua jemaah yang solat di masjidil Haram kepada satu imam yang mana sebelum ini setiap imam mazhab yang empat akan solat berasingan mengikut imam mazhab masing-masing.


Ini adalah antara kupasan dan rumusan kitab tersebut yang penulis sempat ambil catatan sebelum dipulangkan semula kitab tersebut kepada tuan empunya kitab.



Komentar umum akan Kitab Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah

Dengan apa yang telah penulis nukilkan akan isi kandungan kitab tersebut yang sering dijadikan silibus dalam pengajian Tauhid atau Akidah di masjid dan surau yang disampaikan oleh para ustaz yang pastinya diberi tauliah oleh pihak agama terutama bagi kita di Malaysia. Sebenarnya penulis bukan ahli untuk mengomentar secara teperinci akan butiran isi kandungan kitab tersebut. Mungkin penulis sekadar boleh menjelaskan dari segi pemahaman dan juga persoalan untuk sama-sama kita fikirkan dalam keterbukaan minda terutama dalam penerimaan ilmiah. Pastinya ianya tidak disertakan dalil terperinci tetapi sekadar sedikit informasi yang boleh sama-sama kita bandingkan.


Dalam masa yang sama di sini penulis tidak bermaksud sama sekali nak menjatuhkan mahupun mengaibkan penulis buku yang mana ilmunya umpama langit dan bumi dengan penulis yang tak ada apa-apa sekelumit ilmu agama. Lebih-lebih lagi dalam memperkatakan tentang imam ahli sunnah waljamaah yakni Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan Imam Mansur Matrudi. Tidak bermaksud apabila kita komentar pembawaan hujah mereka bermakna kita merendah atau menjatuhkan kedudukan dan taraf mereka sebagai imam kaum muslimin yang mana jauh telah berada tinggi di atas, Nau’zubillahiminzalik. Apapun sesiapa sahaja selain Nabi saw tidak maksum dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan terutama dalam masalah ijtihad dan sebagainya.


Sebuah hadith Nabi saw berkaitan dengan golongan satu tersebut seperti matan berikut:

Maknanya: ..dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72. Di antaranya di neraka dan hanya satu yang di surga yaitu al-Jama.ah.. (H.R. Abu Dawud)


Hadith yang lain:

Maknanya: .Aku berwasiat kepada kalian untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka.. Dan termasuk rangkaian hadits ini: .Tetaplah bersama al-Jamaah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di surga hendaklah ia berpegang teguh pada (keyakinan) al-Jamaah.. (H.R. at-Turmudzi, ia berkata hadits ini Hasan Shahih juga hadits ini dishahihkan oleh al-Hakim).


Berkaitan dengan definisi ahli sunnah waljamaah adalah menepati maksud yang dikehendaki yakni


Definisi awal yang dinyatakan merujuk kepada ahlusunnah yakni penganut / pengamal sunnah Nabi saw dan waljamaah pula merujuk kepada iktikad jamaah para sahabat radiallahu’anhum.



Fahaman Asyaa’riah dan Matrudiah

Maka apabila pembahasan tentang ahli sunnah waljamaah hanya tertumpu kepada fahaman akidah Asyariah dan Matrudiah adalah kurang menepati maksud sebenar kerana jika selain daripada dua fahaman ini adakah ianya menyimpang dari ahlu sunnah waljamaah seperti yang dimaksudkan Nabi saw? Bagaimana pula dengan pemahaman orang sebelum kelahiran dua tokoh besar ini?


Apabila diteliti sejarah tarikh kelahiran Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan Imam Abu Mansur Matrudi adalah selepas kelahiran Imam Mazhab yang empat yakni Imam Abu Malik (wafat 179H), Imam Abu Hanifah (wafat 150H), Imam Syafie (wafat 204H) dan Imam Ahmad Hanbal (wafat 241H). Manakala Imam Abu Hassan Asyaari lahir 260H dan wafat 324H dan Imam Abu Mansur Matrudi wafat 333H.


Ini menunjukkan dua tokoh ini lahir selepas imam mazhab yang empat. Bagaimana mungkin hanya mereka ini pelopor akan maksud pembawaan makna ahlu sunnah waljamaah tersebut. Bagaimana pula akan manusia selepas kewafatan Nabi saw sehingga kelahiran dua tokoh besar ini dan bagaimana pula dengan kaum muslimin yang lain di seluruh dunia kini yang tidak mengikut pemahaman akidah seperti pembawaan akidah seperti asyariah yang dikenali hingga kini? Adakah mereka sebelum ini tidak berada dilandasan yang benar dan terpesong daripada jalan yang satu? Jadi bagaimana pula dengan penduduk arab Saudi yang terletaknya Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang seluruh penduduk Islam di dunia akan mengerjakan haji setiap tahun dalam melaksanakan rukun islam yang ke-5 kerana yang pasti mereka ini bukan menganut fahaman asyariah?



Pandangan Ulama

Apabila diteliti pandangan ulama-ulama Islam yang unggul dalam membicarakan pengertian maksud ahlu sunnah waljammah ianya lebih umum dan khusus seperti dinyatakan di bawah dan tidak hanya menjurus kepada satu sudut fahaman sahaja.


Ibn Hazm (m. 548H)51 pula mentakrifkan Ahl al-Sunnah sebagai mereka yang disebut sebagai Ahl al-Haqq dan golongan selain daripada mereka dikenali sebagai Ahl al-Bid‘ah. Mereka terdiri daripada para sahabat r.a. dan semua orang yang mengikut manhaj mereka iaitu para tabi‘in, ahli hadith dan pengikut mereka dari kalangan ulama’ fiqh generasi demi generasi hingga ke hari ini dan pengikut mereka yang terdiri daripada orang awam di timur dan barat.


Ibn al-Jawzi (m. 597H)53 mentakrifkan Ahl al-Sunnah sebagai Ahl al-Naql dan al-Athar yang mengikuti hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan athar sahabat-sahabatnya kerana mereka berada di atas jalan yang tidak berlaku perkara-perkara baru (bid‘ah). Perkara-perkara bid‘ah hanya berlaku selepas Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.


Ibn Taymiyyah (m. 728H) pula berpendapat bahawa Ahl al-Sunnah ialah golongan yang berpegang pada kitab Allah, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan apa yang disepakati oleh al-Sabiqun al-Awwalun yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.


Al-Saffarini (m. 1188H)56 pula berpendapat bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah Ahl al-Islam dan Ahl al-Tawhid yang berpegang pada sunnah yang sabit daripada Rasulullah s.a.w. di dalam bidang akidah dan nihal . Ibadah batin dan zahir mereka tidak pula dicemari oleh bid‘ah Ahl al-Ahwa’ dan Ahl al-Kalam dalam bidang ilmu akidah.


Muhammad Siddiq Khan pula berkata: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ialah Ahl al-Hadith yang mengikut Rasulullah s.a.w., bertauhid dan berpegang dengan kitab Allah dan Sunnah RasulNya yang suci.


Prof. Dr. Hamka pula berpendapat bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah itu ialah orang yang mengikuti Sunnah Nabi s.a.w. dan para ulama’ mujtahid yang mengeluarkan pendapat yang bebas sebagai hasil ijtihadnya. Orang-orang yang menganut mazhab Syafi‘i, Hanafi, Maliki dan Hambali di dalam soal furu‘ ialah golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Sedangkan Shi`ah, Khawarij dan Mu‘tazilah tidak termasuk di dalamnya. Demikian juga pendukung-pendukung bid‘ah yang menambah, apatah lagi mengurangi ajaran Nabi Muhammad s.a.w. tidak termasuk dalam golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Di dalam ilmu Kalam, mazhab al-Ash‘ari dan al-Maturidi ialah mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.


Dalam konteks ini, al-Syeikh ‘Abd al-‘Aziz b. Baz telah memberikan pandangan terbaik bagi menyelesaikan polemik dan kontroversi sama ada al-‘Asha‘irah termasuk dalam aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ataupun tidak. Menurut beliau, golongan yang mentakwilkan sifat-sifat Allah SWT. seperti al-Asha‘irah sebenarnya tidak terkeluar daripada aliran Ahl al-Sunnah kerana mereka juga bersependapat dengan Ahl al-Sunnah dalam kebanyakan persoalan akidah yang lain selain persoalan sifat-sifat Allah SWT. Justeru, al-Asha‘irah merupakan pendukung aliran Ahl al-Sunnah dalam bab-bab berkenaan, tetapi dalam ketika yang lain mereka bukannya pendukung aliran Ahl al-Sunnah apabila membicarakan bab sifat-sifat Allah SWT. (Al-Shaykh ‘Abd al-‘Aziz b. Baz (1984), Tanbihat Hammah ‘ala Ma Katabahu Muhammad b. ‘Ali al-Sabuni . Kuwait: al-Dar al-Salafiyyah, h. 37 – 38)


Jadi permasalahan ini perlu didetailkan lagi akan pemahaman pembaca akan penjelasan lanjut akan pembahagian ulama salaf dan ulama khalaf dalam memahami agama yang dibawa oleh Nabi saw dan seterusnya nanti di keluaran yang lain, InsyaAllah.



Sifat 20 & Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wassifat

Kemudian apabila dibahaskan berkaitan dengan kewajipan pemahaman sifat 20 adalah dasar utama akidah. Pembahasan ini pernah diungkitkan oleh orang alim jabatan agama kerana kini pemahaman Tauhid lebih kepada pembahagian 3 yakni Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wassifat. Pendebatan yang cukup panas sejak dua menjak ini kerana ada yang menganggap pembawaan wahabi, ciptaan ibnu taimiyah sebagainya. Penjelasan lanjut boleh dirujuk di sini.



Tetapi secara umumnya ingin penulis katakan bahawa kini di sekolah, pengajian tinggi dan mana-mana tempat umum tiada lagi akan pengajian sifat 20 tetapi lebih kepada pembahagian 3 seperti di atas. Penulis sendiri yang sudah hampir suku abad ini pun hanya megetahui secara umum apabila menghadiri kelas pengajian di masjid tetapi tidaklah secara khusus mengikutinya dan bagaimana dengan kaum muslimin yang lain yang tidak langsung pernah belajar mahupun menghadiri kelas di masjid pastinya tidak akan terdedah akan pengajian sifat 20 ini. Adakah ini menandakan keislaman mereka masih belum lengkap terutama daripada aspek akidah ataupun Tauhid kepada Yang Maha Esa? Sama juga dengan anak-anak kita kini pun hanya mempelajari secara umum akan tauhid rububiyah, uluhiyah dan asma’ wassifat sahaja.



Fitnah terhadap Ibnu Taimiyah dan Muhammad Abdul Wahhab

Seterusnya berkaitan akan pembahagian kelompok-kelompok atau fikrah yang sememangnya menyimpang jauh daripada apa yang dibawa oleh junjungan besar Nabi saw, para sahabat, tabi’ tabiin dan salafussoleh seperti syiah, khawarij, muktazilah, murjiah dan sebagainya yang telah disepakati oleh ijmak ulama sesat dan tergolong dalam kelompok 72 golongan yang dimaksudkan Nabi saw kecuali 1 yakni ahlu sunnah waljamaah. Penjelasan kiyai terhadap kelompok ini tidak dinafikan tetapi yang penulis TIDAK bersetuju akan penambahan terhadap keyataan:


….. kaum Ibnu Taimiyah termasuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari kaum Ibnu Taimiyah.


Di sini yang bagi penulis perlu dinilai semula oleh kiyai mahupun pengkaji ilmu. Adakah benar syaikh ibnu taimiyah dan pembawaannya menyimpang dari iktikad manhaj yang satu yakni ahlu sunnah waljamaah? Benarkah beliau sama dikategorikan dalam menyerupakan Allah sama akan makhluk? Benarkah kenyataan kiyai akan butir-butir kesesatan Syaikh Ibnu Taimiyah seperti yang diperkatakan? Ini termasuk juga akan golongan yang dikatakan wahabi di mana pengasasnya di katakana Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab ini pelaksana akan fahaman Syaikh Ibnu Taimiyah? Benarkah kenyataan tersebut yang dinyatakan oleh kiyai seperti apa yang dipegang oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahab?


Penulis tidak bercadang nak menjelaskan secara teperinci apa yang manhaj yang dipegang oleh dua tokoh besar ini yang mana penulis sudah rungkaikan dalam artikel yang lalu. Pembaca boleh merujuk di sini. yang mana dua tokoh ini telah dibersihkan nama mereka oleh tokoh-tokoh ulama mutakhirin dalam menjelaskan kepada kaum muslimin akan manhaj dan kedudukan sebenar mereka ini berbanding hanya mendengar daripada pihak yang kurang menyenangi mereka dalam memfitnah nama baik dua tokoh besar islam ini sehingga ke hari ini sehingga seperti mengkafirkan akan mereka dan pengikut fahaman ini padahal jika diteliti manhaj dan pembawaan dua tokoh ini merujuk kepada fahaman para sahabat dan salafussoleh.


Syaikhul-Islaam rahimahullah berkata :

“Dan banyak di antara orang-orang yang membawakan perkataan tanpa bermaksud untuk berdusta; akan tetapi pengetahuannya tentang hakekat perkataan manusia membuatnya membawakan perkataan tersebut tidak sesuai dengan lafaz dan maksud yang mereka kehendaki, sehingga menyulitkan sebagian orang dan menjadi penghalang (untuk menerima perkataannya itu)” [Minhaajus-Sunnah 6/303].



Pandangan peribadi penulis

Bagi penulis di sini penjelasan tentang iktikad ahlu sunnah waljamaah yang dimaksudkan oleh kiyai belum menepati seperti apa yang di maksudkan sebenar oleh Nabi saw untuk pemahaman umat Islam zaman ini dan kadang kala boleh menimbulkan persepsi dan pandangan yang berbeza. Maka tidak hairan di Malaysia mahupun Indonesia yang telah sebati akan pemahaman seperti apa yang dinyatakan dalam kitab akan menolak secara keras sekiranya hujah yang diberikan merujuk kepada dua tokoh ini yakni Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mahupun Syaikh Muhammad Abdul Wahab kerana telah dimomokkan akan kesesatan mereka ini hatta apabila dinyatakan hujah mereka ini menyamai Al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan salafussoleh yang lain. Hatta jika kita tengok kebanyakan sekolah pondok mahupun persanterian di nusanatara ini akan mengharamkan kitab atau karya dua tokoh ini termasuk juga Ibnu Qaiyum dan beberapa tokoh salaf yang lain. Tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima pandangan dan karya Ibnu Kathir dan tokoh-tokoh sarjana Islam yang lain yang turut mengiktiraf akan kedudukan dua tokoh ini.


Pernah juga penulis bermuzakarah dengan seorang dua sahabat yang belajar di Al-Azhar, Mesir akan pengajian Islam. Apabila diusulkan perbincangan akan perkara ini kenyataan yang dikeluarkan adalah sedikit kurang sedap didengar bukan kerana hujah yang disampaikan tetapi berkaitan dengan keadaan para pelajar di sana. Dari awal-awal lagi para pelajar Malaysia terutamanya akan diingatkan oleh senior ataupun pihak pengurusan yang penulis sendiri kurang pasti akan berhati-hati dalam penerimaan ilmu agama yang dipelajari supaya tidak terpengaruh dengan fahaman guru yang berfahaman wahabi. Tertanya juga penulis pada sahabat tersebut, apa yang sesatnya fahaman wahabi ini sehingga peringatan awal diberi kepada para pelajar-pelajar kita hatta yang diberikan ilmu itu hanya menjurus kepada empat sumber utama ilmu yakni tidak lari dari Quran dan Sunnah serta ijmak ulama dan qias. Tetapi penulis tidak mendapat jawapan yang menyeluruh akan persoalan yang ditanya. Bagaimana konsep keterbukaan ilmu dan minda sebegini andai sekatan daripada awal lagi sudah diberi tanpa memberi peluang kepada para penuntut mengkaji ilmu dalam erti kata yang sebenar tanpa prejudias kepada guru. Bermakna bagi sesiapa yang menuntut ilmu agama di Arab Saudi mahupun universiti Madinah sering dikatakan berfahaman wahabi adakah semuanya sesat belaka, Nauzubillah…


Tujuan utama komentar ini adalah merujuk kepada penyampaian ilmu akidah atau Tauhid yang disampaikan oleh orang alim kepada masyarakat umum setelah mengkhatam akan iktikad ahlu sunnah waljamaah dan dalam masa yang sama perpandangan akan kesesatan Syaikh Ibnu Taiymiyah dan juga Syaikh Muhammad Abdul Wahab sehingga kalau diteliti pastinya meletakkkan dalam kelompok kafir atau sesat sedangkan dua tokoh besar agama ini diakui kini akan manhaj mereka atas landasan para sahabat, tabii'n dan salafussoleh.


Sebetulnya ingin penulis jelaskan yang penulis bukanlah orang yang layak dalam memperkatakan isu ini secara terperici sekadar ingin berkongsi apa yg terlintas dan bermain di fikiran dan sebolehnya ingin mengajak berfikir bersama-sama apa yang telah penulis nukilkan. Andai yang tidak bersetuju pastinya bangkangan secara menyeluruh dan pastinya jika diajak berdebat, penulis bukanlah orangnya. Ilmu yang ada lebih halus daripada atom zarah yang berterbangan di udara berbanding pembaca-pambaca sekalian.


Wallahualam…



“Dan bahwasanya inilah jalan-Ku yang lurus, Maka ikutilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalanjalan itu akan mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian ini diper intahkan Allah agar kamu bertakwa.” (QS al-An’am : 153)


Allah ta’ala berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [QS. Al-Hujuraat : 6].




8 comments:

Ziarah76 said...

assalamualaikum wan,
kesungguhan saudara dlm bab ni memang dikagumi dan amat baik apa yg tuan bincangkan.
Cuma dalam persoalan imam abu hassan al-asy'ariyah dan abu mansur al-maturidi itu anda keliru. Bagus sebenarnya anda tidak menyembunyikan kekeliruan itu kerana ia boleh membantu kefahaman diperbetulkan. Di sini saya menganggap ada seorang yg ikhlas dan mencari kebenaran.
Memang dua imam ini lahir selepas ada 4 mazhab. Malah Al-Asy'ri bermazhab Syafie manakala al-Maturidi bermazhab Hanafi.
Kedua2 imam ini tak pernah bertemu dlm riwayat mereka tetapi melakukan perkara yg sama dalam ilmu tauhid iaitu memerangi ajaran muktazilah yang menjadi dominan pada waktu itu. Sila rujuk tarikh sejarah di mana muktazilah menguasi 3 zaman khalifah abbasiyah dan bagaimana akidah umat Islam rosak teruk. Hingga Imam Hambali dipenjara.
Disebabkan aqidah zaman itu dirosakkan oleh muktazilah maka datangnya dua al-Asyariah dan Al-Maturidi mematikan aqidah batil muktazilah yg terpengaruh dgn falsafah greek.
Jadi persoalan anda:
"adakah ianya menyimpang dari ahlu sunnah waljamaah seperti yang dimaksudkan Nabi saw? Bagaimana pula dengan pemahaman orang sebelum kelahiran dua tokoh besar ini?"

Persoalan anda memang tepat sebab anda ikhlas, kerana memang pemahaman orang sebelum dua imam itu didominasikan oleh kerosakan muktazilah.

Dua imam ini adalah ulama tauhid dan mereka telah membersihkan aqidah umat Islam dan membawa kepada pemahaman yang asal seperti mana zaman 3 generasi awal (salafusolihen) iaitu zaman Nabi S.A.W dan sahabat dan tabiin.

Maka sepakat dlm jumhur ulama bahawa selepas kejayaan al-asya'ari dan al-maturidi maka lahir lah fahaman ahli sunah waljamaah (ASWJ) iaitu manhaj yg mengikut yg asal.

Padahal pada zaman Nabi mana ada manhaj dinamakan ASWJ, tetapi ASWJ itu ialah utk memberitahu akiqah yg sebenar, asli mengikut Nabi, sahabat dan tabiin setelah aqidah umat dibersihkan daripada fahaman muktazilah.

Sekiranya tuan mempunyai asas latar belakang dlm hal ini sudah tentu tuan tidak tersalah perkara ini. Tetapi tak mengapa, semua orang pun melakukan kesilapan dan adalah sangat baik kalau kita perbetulkan kesilapan.

Dlm ASWJ kita berada sekarang, semoga Allah terima kita.

Mengenai wahabi, kita tidak boleh menuduh orang sesat, wahabi sesat atau sebagainya tetapi lebih baik kita berada di jalan yg lebih selamat berbanding jalan yang berisiko, dipertikaikan, kontroversi.

Lebih2 lagi, apa yg diselisihkan kebanyakkan bukan utk orang awam membincangkannya secara terbuka. Orang awam perlu berlapang dada.

Wahabi biasanya menghukum orang bidaah kerana tafsiran bidaahnya tidak sama dgn jumhur ulama.

Wahabi mengatakan semua bidaah adalah sesat tetapi jumhur ulama membahagikannya kepada bidaah hassanah dan bidaah dholalah.

Perlu kita memegang pendapat jumhur ulama yg lebih selamat.
Misalnya, Nabi s.a.w sendiri tidak pernah membina madrasah, jadi membina madrasah adalah bidaah, tetapi bidaah hasanah. (Bahkan ada ulama mengatakan bidaah wajib)
Misal lagi, masjid zaman nabi takde menara, jadi membina masjid ada menara adalah bidaah, tetapi bidaah hasanah.

Tetapi kalau bidaah tidak dibahagikan kpd 2 itu, maka terlalu banyak yg di cop bidaah sesat, etc.

Golongan wahabi biasanya tak mengaku wahabi tetapi mengaku salafi dan gemar membincangkan persoalan furuk khilafiah antara mazhab dan sebahagiannya mencerca mazhab. Nauzubillah.

Apapun, kita semua adalah saudara Islam dan perlu kita berlapang dada dan tidak menghukum saudara2 kita sewenang2nya.

Di Msia juga tiada kita taksub mazhab walaupun kita syafie. Misalnya, dalam bab membayar zaman fitrah kita mengikut pandangan Imam Hanafi yang membolehkan membayar dgn wang. Jika tidak kena bayar beras sahaja.

Ini sebahagian sahaja contoh, tetapi saya harap tuan berhati2 dalam bab ini termasuk dlm menukilkan pandangan beberapa ulama yg ramai mempertikaikannya.

wa Allahu alam

Ziarah76 said...

maaf tuan,
apa yg dinyatakan dlm kitab iktikad ahli sunnah waljamaah tu adalah betul (secara umumnya).
Ulasan tuan bermasalah dan tak tepat. Kesilapan pertama tuan ialah berniat hendak membincangkan sesuatu yg tuan tiada ilmu mendalam mengenainya. Maka boleh timbul byk masalah.
Apapun pendapat tuan yg betul ialah di bawah:

"Sebetulnya ingin penulis jelaskan yang penulis bukanlah orang yang layak dalam memperkatakan isu ini"

-tu betul, maafkan saya kalau tersinggung, tapi saya ikhlas seperti tuan juga ikhlas. :)
(Dulu 4 tahun saya duduk Penang).

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

waalaikumussalam, ya akhi ziarah76..

jazakallah ana ucapkan pd akhi kerana teguran terhadap hasil penulisan ana yg sememangnya tidak seberapa dan pastinya banyak kekurangan dan kedhaifan.

itu hakikat yg ana akui. apapun yg pasti kalau akhi melihat apa yg ana nukilkan mgkn lbh kpd pertanyaan dan bukan menyatakan fakta untuk membidas apa yg dinyatakan oleh kiyai (penulis kitab). lgpun sememangnya ana tidak berada penuh atas tiket pengajian agama secara khusus, maka utk rujukan secara detail agak kurang. lebih kpd kuliah agama di masjid serta mp3 download, info internet dan buku ilmiah.

sekali utk jelaskan apa yg ditulis tidak langsung mengenepikan apa yg kita sedia maklum ttg pemahaman agama asyariah terutama kt di malaysia lebih2 lagi di nusantara ini. sememangnya kalau dikaji Imam Abu Hassan Al Syaari berada dlm pemahaman muktazilah selama lbh krg 40 tahun. apb hidayah Allah sampai pdnya maka dia telah memberitahu pada umum yg dia telah keluar atau buang pemahaman muktazilah sepertimana dia menanggalkan baju yg dipakainya ketika itu. melalui kajian ana yg sedikit juga menunjukkan yg Imam Abu Hassan Al Asyaari telah mengaku kembali mengikut akan fahaman dan akidah sama seperti Imam Ibnu Hanbal ketika itu yakni pemahaman salafussoleh, tabii'n dan para sahabat. mgkn rujukan detail boleh dptkan dlm kitab "Al Ibanah Al Usuludianah" tak silap ana. sejujurnya ana sendiri tidak tahu apa isi kandungannya tetapi sekadar tahu pegangan Imam Abu Hassan Al Syaari telah berubah daripada sebelum itu. mgkn akhi blh tlg kaji akan kitab itu yg pasti dlm bahasa arab.

melalui kenyataan akhi jg seperti mengatakan ASWJ lahir selepas kejayaan asyariah dan matrudiah menangani fahaman muktazilah ketika itu dan kembali mengikut pemahaman asli para sahabat dan tabi'in yg lalu. mgkn akhi ada hujah rujukan utk itu yg ana sndiri tidak. dlm kitab jg mengatakan Dalam memperkatakan perkara tersebut ianya merujuk kepada iktikad Nabi & para sahabat yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah secara rawak & ianya belum disusun rapi dan teratur sehingga kemudiannya dirangkum semula akan semua itu oleh Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan juga Imam Abu Mansur Matrudi. Bermakna di sini apabila memperkatakan Ahli Sunnah Waljamaah semestinya ianya merujuk kepada pemahaman iktikad dua imam besar ahli sunnah ini. Jika selainnya bermakna menyimpang dan menyeleweng daripada golongan yang satu itu.

Persoalan bagaimana pegangan org sebelum itu adakah tidak benar lengkap seperti pegangan imam yg 4 dan bagaimana pl keadaan sekarang jika ada dikalangan umat Islam seperti di Mekah dan Madinah sendiri yg pastinya tidak berpegang langsung akan akidah dan pemahaman asyariah. adakah mereka ini masih tergolong dlm ASWJ seperti yg dimksdkan akhi dlm komen yg kedua yg mana benar sperti apa yg dikatakan penulis kitab? ini kerana apb kita nilai dan kaji terdpt beberapa jurus atau bahagian ulama di sana yg tidak sama dan bertentangan dengan pemahaman ulama asyariah.

...Sambung...

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

..Sambungan...

komentar ana utk komen akhi tak bermksud ana cuba nak tunjuk pandai tetapi sekadar pertnyaan utk itu yg bg ana sendiri secara jujurnya sekiranya apa yg mampu utk ana katakan apb merujuk kpd ASWJ terus merujuk kepada pemahaman para sahabat, tabi'in dan salafussoleh sudah mencukupi bg siapa sahaja yg ingin menempatkan diri dlm jemaah yg satu yg Nabi saw maksdkan krn golongan ini yg telah diberi keistimewaan dan jaminan oleh Nabi saw akan kebenaran mereka. mgkn pendetailan ttg ini boleh sama-sama kt kaji berkaitan akan penerangan berkaitan apa perbezaan ulama salaf dan khalaf dlm pemahaman akidah.

ttg bida'h dan wahabi ni bg ana sendiri mgkn kajian lanjut perlu dilakukan tmbh pl akan kerancuan di kala ini di kalangan org alim negara sendiri yg kdgkala mengelirukan org awam spt ana ini. pendetailan ttg mksd bida'h dan apa yg akhi mksdkan buat masjid semua itu perlu dirungkaikan dgn lebih detail lg. ini krn secara umum yg dimksdkan dengan bid'ah hanya merujuk bab yg berkaitan dengan ibadah sahaja tidak yg lainnya. itu apa yg ana tau serba sedikit..wallahualam

yg pasti sebaiknya kita ambil pendekatakan sederhana dan cuba dalami semampu mgkn akan agama mengikut acuan yg telah digariskan oleh Nabi saw krn utk kt selamat hidup di muka bumi ini adalah berpegang kpd dua sumber utama yakni Quran dan Sunnah..

di sini juga penulis ingin tegaskan bukan bermksd apab dikomentar akan kitab yg ditulis bermksd ana menolak 100% tetapi boleh utk sama2 kt fikirkan akan keterbukaan konsep yg dimaksudkan adakah sememangnya menjurus kpd mksd yg nak dismpaikan atau perlu ada beberapa penambahan lain utk lbh melengkapkan. itu sahaja dan dalam masa yg sama agar kita kaji jg akan pandangan umum akan tokoh yg dimksdkan adakah benar mrk ini sesat dan menyimpang berdasarkan hasil penulisan mrk dan tidak hanya mendengar org lain mengatakan terus kita terima bulat2 padahal tokoh2 tersebut bersiah drp tohmahan tersebut yg mana mrk telah bnyk memberi sumbangan utk agama Allah di muka bumi ini sepanjang hayat mereka. tmbh pl hingga sesetngah mengkafirkan tokoh2 Islam ini.benarkah manhaj ini yg boleh kt terima sbg akidah ASWJ yg dimksudkan dlm kitab terutama org awam yg tiada langsung keupayaan utk melakukan kajian spt ana ini..

wallahualam...

Ziarah76 said...

wan,
I think you've done something good for the ummah. May Allah bless you and give guidance to us.
Dan anta bersikap terbuka, tak seperti sesetengah arguement yg saya jumpa, hingga ada yg menggunakan modal 'ulama tak maksum' utk justify mengkritik ulama muktabar tapi dia sendiri tak boleh terima, melenting bila ulama dia dikitik, ulama dia yg hidup zaman ini, yg jauh dari zaman salafusolihen.(Padahal they should accept the 'ulama tak maksum' also apply to their ulama as well.)
But, I think what you write and said to be sederhana is really good, dan itu lah sebahagian pendekatan ASWJ, iaitu selalu bersikap berlapang dada dan bersederhana, sangka baik. Ye la... kadang2 kita ni bukan boleh tahu semua, biasalah. Manusia lemah. Lebih2 lagi dlm perkara yg kita bukan ahlinya, perlu lebih berhati2 supaya kita tak jadi seperti burung yg tiada bulu tetapi nak juga terbang.

Semoga Allah merahmati tuan dan keluarga, insya-Allah.
Teruskan menulis!

p/s: kalau ada free bagiuh kalau boleh baca ni
http://cillah-mind.blogspot.com/2010/03/why-does-one-have-to-follow-madhhab.html

Assalamualaikum...

Salahuddin Ayyubi said...

Salam

tuan ada mengatakan:-
Adapun kaum Qadariah termasuk golongan Muktazilah, Kaum Bahaiah dan Ahmadiah Qadiani masuk gomongan kaum Syiah, kaum Ibnu Taimiyah termasuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari kaum Ibnu Taimiyah.

saya tak mahu menyentuh golongan yang lain, hanya sahaja saya risau setakat mana kajian dan penelitian tuan mengenai Ahmadiyah Qadiani yang tuan golongkan masuk kaum syiah.

sila layari blog ini, ada beberapa fakta mengenai Jemaat Ahmadiyah.

http://barahinahmadi.blogspot.com/

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

Salam akhi SSA,

berkaitan persoalan yg akhi timbulkan merujuk kepada kenyataan yg akhi lampirkan bukanlah merupakan hasil kajian ana. kalau akhi membacanya ia adalah merujuk kepada isi kandungan yang tercatat dlm kitab yang ana komentar. tidaklah ana lakukan kajian lanjut akan isi total kitab yg cuba dibedah sekadar mengutarakan pandangan dan persoalan berkaitan tokoh ilmuan lain yang bg pandangan ana telah dimomokkan dengan momokan yang tidak benar. itu sahaja.

pastinya akhi punya hujah sekiranya dlm mempertahankan aliran qadiani termasuk dlm ahli sunnah waljamaah jika dgn apa yg akhi lampirkan utk rujukan ana link blog di bawah..

wallahualam..

insidewinme said...

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai akidah bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.