Sunday, December 27, 2009

Khas Untukmu Muslimah Pendamping Hidupku..

26hb Disember 2009 merupakan hari terakhir jemputan walimah yang sempat dijemput oleh teman-teman mahupun kenalan jauh serta dekat bagi mengakhiri tahun masihi untuk kali ini. Bagi teman-teman serumah sewa semasa di Utem dulu 4 orang telah menyusul dan 3 sahaja lagi yang belum. Najif (Aked), Saifulzam, Razman dan yang terbaru ini Rustham telah mengakhiri zaman bujang kalian dalam erti kata memenuhi separuh daripada tuntutan agama dan sunnah Nabi saw dalam kehidupan ini.

Manakala teman yang lain sekelas Kalam, Azami, Nizam, Ujang, dan ramai lagi sahabat-sahabat lain juga turut sama menginjak ke alam itu. Sekalung ucapan tahniah diucapkan buat kalian semua dan walaupun cuma beberapa majlis walimah sahaja yang dapat untuk dipenuhi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan tetapi dalam masa yang sama doa tetap dititipkan buat kalian bersama pasangan masing-masing semoga terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan semoga penghidupan kalian senantiasa diberkahi oleh Allah senantiasa.

Bagi yang belum lagi mengakhiri zaman bujang termasuk juga diri penulis ni kena banyak dan terus bersabar sehingga sampai saat dan ketikanya Allah tentukan kita juga akan meneroka alam itu nanti, InsyaAllah. Usaha, doa dan tawakal adalah cara yang dianjurkan yang ditunjukkan oleh Nabi saw dalam aturan hidup di muka bumi ini.




Mengimbau kembali dengan apa yang pernah berlaku sememangnya kecerminan yang tinggi diletakkan dalam diri penulis sendiri dalam menghayati semua ini dalam erti kata yang sebenar. Hikmah yang dikatakan tersembunyi mungkin sedikit demi sedikit akan tergambar apabila peredaran masa terus berjalan dalam kita menilai kemampuan dan tahap keupayaan diri. Bagaimanapun cara diambil kadangkala tidak sesuai untuk diaplikasikan bagi memotivasikan diri individu yang lain tetapi sebaliknya diri penulis sendiri.

Seringkali penulis cuba amalkan adalah dengan menempatkan diri di tempat orang lain dalam memahami erti perlakuan dan pemahaman keputusan yang dibuat. Bak kata seorang teman yang masih terngiang-ngiang dalam minda penulis di mana bagi sesiapa sahaja yang bergelar ibu dan bapa pastinya menginginkan menantu yang baik yang dapat menjaga anak mereka terutamanya bagi perempuan bukan anak hantu yang bakal menyusahkan hidup anak mereka kelak di masa hadapan. Sebab itu dalam pemilihan pasangan juga ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk itu.
'
Walaupun kini zaman milineum di mana jodoh pertemuan bukan lagi ibu bapa sepenuhnya dalam menentukan terutama buat anak gadis tetapi apapun restu keduanya sememangnya amat-amat dituntut agar hubungan yang tercipta nanti juga akan turut sama disertai dengan keredhaan Ilahi. Dalam pada itu maksud hadith Nabi saw yang mana menyatakan, “Sekiranya datang seorang lelaki yang baik agamanya dalam meminang anak kamu maka terimalah dia. Sekiranya tidak maka akan berlaku fitnah.”

Apabila membicarakan tentang hadith ini dan diletakkan diri penulis sebagai ibu dan bapa juga sekiranya yang datang meminang anak penulis itu orangnya baik dari segi agama, keturunan yang baik-baik, mempunyai pekerjaan tetap dan mantap dari segi ekonomi, mampu dari segi zahir dan batin serta mampu untuk menjaga anak perempuan penulis pastinya penulis juga akan menerima dengan berlapang dada berbanding menerima orang lain yang belum tentu semua itu. Sementara apabila ditempatkan di tempat sang wanita pula di mana yang bakal menjadi suami lengkap dalam erti kata semuanya dari segi duniawi dan ukhrawi pasti satu keberuntungan anugerah Allah untuk itu. Sewajarnya kesyukuran dipanjatkan untuk semua ini dalam menerima semua ini dalam erti kata sebenar.

Apapun yang pasti bagi diri penulis yang serba kekurangan dan kedhaifan ini coretan di bawah mungkin dapat merungkaikan luahan yang terbuku setelah membaca satu artikel yang hampir sama berkaitan warkah buat seorang lelaki dalam menyunting sesorang wanita untuk dijadikan bakal pendamping hidup untuk selamanya. Ubahan diubah mengikut selera penulis dalam penukilan ayat-ayat warkah.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

'
Untukmu calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu mak serta ayahku saya dan calon kakak buat adik-adik saya serta juga adik buat abang saya.

Kemaafan dipohon sekiranya anda tidak berkenan tentang apa yang bakal diuahkan ini. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ..... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa yang sememangnya serba dhaif dan kekredilan dalam pelbagai segi.

Buat masa ini, Alhamdulillah saya mempunyai pekerjaan yang tetap walaupun mungkin bukan jawatan yang besar serta gaji yang tidak tinggi cumanya lebih sedikit daripada buruh kasar yang sering diistilahkan tetapi InsyaAllah mampu untuk menyara keluarga nanti sebagai ketua keluarga. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap terus bekerja. Yang pasti saya akan terus berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah dan masih tidak mampu untuk membeli rumah sendiri yang besar dan mewah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak sangat kelemahan dan berbanding kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Sememangnya diri saya ini bukan tergolong kategori orang alim tentang agama. Tetapi hajat saya dalam pembawaan keluarga nanti adalah ke arah keluarga yang Islamik dalam memcontohi idola setiap umat Islam yakni Nabi Muhammad saw dalam pembinaan keluarga. Mengarah kepada hidup mengikut manhaj dan jalan yang dilalui oleh salafus soleh dalam erti kata ahli sunnah waljamaah yang sebenar, InsyaAllah.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai ke akhir hayat kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik kelak, InsyaAllah. Apa yang bakal diterapkan juga adalah keterbukaan dalam komunikasi terutamanya dan walaupun nanti ketaatan secara total bakal anda berikan kepada saya selaku suami tetapi seandainya apa yang saya lakukan bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul sewajarnya tidak dipatuhi dan tegurlah saya dengan hikmah untuk itu agar saya tidak terus tergelincir dari jalan yang sepatutnya saya berada. Sekalipun ketaatan dan kedudukan tinggi untuk diri saya nanti tetapi pastikan ianya tetap dan senantiasa di bawah perintah Allah dan Rasul. Manakala dirimu kelak di tempat yang kelima setelah Allah dan Rasul, ibu bapaku dan ibu bapamu. Itu apa yang agama dan syarak gariskan buat kita.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikahi anda untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Walaupun siapa sahaja dirimu yang pasti anda tahu akan hala tuju diri ini dan yang penting dirimu sedia berubah dan nak kepada agama itu yang penting. Sekiranya dirimu lebih sekalipun dari diri saya ini maka sewajarnya keutamaan dan hak dalam keluarga diutamakan dalam menjamin kebahagiaan bersama kelak. Semestinya kehidupan bersama saya nanti anda akan menempuh lebih kesusahan berbanding dengan kesenangan. Sekiranya mampu untuk itu kedatangan anda dalam hidup saya amat-amat dialu-alukan. Jika tak pastinya akan membuatkan dirimu merasa akan penderitaan jiwa di masa yang akan datang bagi dirimu kelak.

Penerimaan saya juga bukan semata-mata pendamping buat diri ini tetapi juga merangkap memberikan seorang menantu dan anak perempuan buat ayah dan mak di kampung nanti memandangkan mereka tidak mempunyai anak perempuan. Anggaplah mereka sebagai ayah dan ibu kandung anda agar tiada jurang antaramu dengan mereka nanti

Mungkin terus terang saya katakan kemewahan pastinya tak mampu untuk saya berikan buatmu. Tetapi apapun dari segi keperluan asasi, InsyaAllah akan cuba dipenuhi semampu mungkin dan harapanku agar dirimu menjadi sayap kiriku perjuangan dakwah terutama dalam penyediaan dan bimbingan untuk zuriat kita dalam menjadikan mereka anak-anak yang soleh solehah dan bakal pejuang agama Allah di muka bumi ini di masa hadapan, InsyaAllah kerana mereka juga nanti merupakan saham yang bakal kita tinggalkan untuk membantu kita di alam barzakh kelak.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini, InsyaAllah.
Amin.

Wassalamu'alaikum Wr Wb


Mungkin juga inilah juga kata sebenar yang terpendam dalam hati ini untuk muslimat yang bakal menghuni hati ini dalam erti kata sebenar yang telah Allah tetapkan buat diri yang dhaif ini sejak azali lagi di Lohmahfuz untuk setiap insan yang bergelar manusia. Hanya padaMu ku sembah dan kepadamu ku pohon pertolongan, Ya Allah. Semoga yang bakal hadir dalam hidup ini lebih menyayangi diri ini lebih dari diri ini menyayanginya dan asas utama hubungan kami adalah kerana mencari keredhaanMu dalam pembinaan satu hubungan yang bahagia, InsyaAllah. Seandainya semua ini tidak ditentukan untuk diri ini di muka bumi ini semoga ada habuan yang terbaik nanti di akhirat kelak. Hanya Dia Yang Lebih Mengetahui mana yang terbaik buat hambanya..

* Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (24:32)

* Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (25:74)

2 comments:

Nur Arina said...

Well said, ya akhi..Tapi sy xigt Rustham yang mane satu still..die ada jemput ke kenduri tapi sy ada hal di rmh tarikh tu..sorang lagi alumni utem yg walimah jgk is Zarifah Talip..

Anonymous said...

dari jauh...sbg seorg yg pena rapat mengenali penulis..walau seketika..tetap mendoakan mg penulis berjumpa jodoh yang baik seperti yang diimpikan..ketenangan itu berada dalam perkahwinan..insyaallah...dalam berjuta muslimat diluar sana pasti ada seorang utk penulis..carila ia..

dari : adibah,azim n bb damia