Monday, March 8, 2010

Komentar Kitab I'tikad Ahlu Sunnah Waljamaah..



Sudah agak lama penulis tidak melampirkan artikel daripada karangan idea penulisan penulis sendiri berbanding sebelum ini banyak mengambil artikel luar untuk dimasukkan ke dalam ruangan blog. Asbab kesibukan adalah alasan yang kadangkala tidak boleh untuk dijadikan alasan. Setiap insan sememangnya dikurniakan 24 jam sehari. Sama sahaja bagi sesiapa sahaja yang hidup di muka bumi ini. Sememangnya kelemahan dan kedhaifan diri berpihak pada diri dalam pengurusan diri.


Kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca berkaitan dengan sebuah buku ataupun boleh kita katakan kitab tauhid yang dijadikan silibus bagi pengajian Tauhid di kebanyakan surau, madrasah mahupun masjid di negara kita. Penulis tidaklah merupakan penuntut ilmu akan kitab tersebut yang kebanyakannya ustaz yang mengajar adalah guru yang diberi tauliah oleh jabatan agama.


Sebenarnya yang menyebabkan penulis tertarik untuk menelaah sekali imbas akan buku ini setelah diberi komentar oleh al-Fadhil Ustaz Halim Hassan yang penulis dengar dalam kelas pengajian dhuha beberapa bulan yang lalu di surau paya terubong. Apa yg diberitakan adalah pada ketika beliau menghadiri di sebuah masjid di mana ada pengajian kelas agama yg diajari oleh seorang ustaz berkaitan dengan bidang Tauhid. Di akhir kelas si ustaz mengatakan kepada para jemaah yang mana beliau dengan ini telah mengijazahkan kepada para jemaah yang setia menghadiri kelas pengajiannya yang telah berlangsung selama tiga tahun lebih akan iktikad akidah ahli sunnah waljamaah. Pengajian kitab sememangnya akan memakan masa bertahun untuk khatam penuh sesebuah kitab kerana huraian yang diperlukan adalah panjang. Bukan kata-kata ustaz itu yang ingin penulis komentar, tetapi kitab yang dikuliahkan sepanjang pengajian tersebut. Apabila diteliti isi kandungnya banyak yang boleh untuk dipersoalkan.


Sedikit ulasan yang diberi oleh al-fadhil ustaz tetapi penulis tidak bercadang memperkatakan tentang itu sebaliknya diusahakan mencari buku tersebut untuk lebih kepastian isi kandungan kitab yang dimaksudkan. Semasa pulang cuti raya cina yang lepas penulis berkesempatan berjumpa dengan pakcik Ramli yang sering mengikuti kelas pengajian dan kami bersama-sama berpakat ke majlis ceramah yang diadakan di seberang. Dalam pembicaraan penulis cuba berkongsi dengan beliau dan secara kebetulan beliau mengatakan yang beliau mempunyai buku tersebut. Maka penulis mengambil kesempatan untuk meminjam buku yang dimaksudkan untuk melihat isi kandungan.










Isi Kandungan Kitab Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah

Buku ataupun kitab yang dimaksudkan adalah bertajuk Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah yang dikarang oleh Kiyai Sirajuddin Abbas, ulama daripada Indonesia. Terbitan Pustaka Aman Press Sdn Bhd. Kitab yang berkisarkan pemahaman apa yang dimaksudkan akan pemahaman ahli sunnah waljamaah yang sebenar sepertimana yang dimaksudkan oleh Nabi saw akan golongan yang satu yang berada di atas landasan yang lurus (sirotulmustaqim).


Antara isi kandungnya kitab adalah menghuraikan akan definisi dan apa yang dimaksudkan dengan ahli sunnah waljamaah tersebut. Kemudian dinyatakan juga akan firqah-firqah yang sesat yang telah dikumpulkan dan dihuraikan penyimpangan metodoligi dan pemahaman firqah tersebut. Semuanya didatangkan dalam bentuk isi kandung yang kebanyakannya tidak disertakan rujukan khusus untuk pengkaji ilmu dalam menilai isi kandung yang dilampirkan.


Definisi awal yang dinyatakan merujuk kepada ahlu sunnah yakni penganut / pengamal sunnah Nabi saw dan waljamaah pula merujuk kepada iktikad jamaah para sahabat radiallahu’anhum. Dalam memperkatakan perkara tersebut ianya meujuk kepada iktikad Nabi & para sahabat yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah secara rawak & ianya belum disusun rapi dan teratur sehingga kemudiannya dirangkum semula akan semua itu oleh Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan juga Imam Abu Mansur Matrudi. Bermakna di sini apabila memperkatakan Ahli Sunnah Waljamaah semestinya ianya merujuk kepada pemahaman iktikad dua imam besar ahli sunnah ini. Jika selainnya bermakna menyimpang dan menyeleweng daripada golongan yang satu itu.


Antara lain kupasan akan pengajian sifat 20 yang dihuraikan secara khusus akan sifat-sifat wajib bagi Allah yang wajib diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan lanjut pastinya perlukan pendetailan dan penerangan lebih mendalam oleh guru yang alim dalam penyampaian kerana ianya lebih kepada pemahaman dalam konteks falsafah atau bahasa kalam. Penulis tidak bercadang lanjut untuk mengupas akan topik sifat 20 ini.


Di dalam kitab juga dinyatakan secara khusus antara kajian dan pembahagian 72 golongan yang menyimpang daripada akidah ahli sunnah waljamaah ini. Di bawah penulis ringkaskan isi pembahagian golongan yang sesat dan menyimpang itu.

1. Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Sayidina Ali kwh. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman r.a. Kaum Syiah berpecah kepada 22 aliran.

2. Kaum Khawarij iaitu kaum yang berlebih-lebihan membenci Syidina Ali kwh, bahkan ada di antaranya yang mengkafirkan Sayidina Ali kwh. Firqah ini berfatwa bahawa orang yang membuat dosa besar menjadi kafir. Kaum Khawarij ini kemudiaian berpecah menjadi 20 aliran.

3. Kaum Muktazilah iaitu kaum yang berfaham bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata dalam Syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara 2 tempat, dam mikraj nabi Muhammad SAW hanya dengan roh sahaja dan lain-lain. Kaum ini berpecah menjadi 20 aliran.

4. Kaum Murjiah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat tidak memberi mudharat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau sudah kafir.

5. Kaum Najariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yakni dijadikan Tuhan, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada. Kaum ini berpecah menjadi 3 aliran.

6. Kaum Jabariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa manusia ini "majbur" ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya 1 aliran.

7. Kaum Musyabbihah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa ada keserupaan Tuhan dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk atas Kursi, naik tangga, turun tangga dan lain-lainnya. Kaum ini hanya 1 aliran sahaja.


Aliran

Pembahagian

1.

Syiah

22 golongan

2.

Khawarij

20 golongan

3.

Muktazilah

20 golongan

4.

Murjiah

5 golongan

5.

Najariah

3 golongan

6.

Jabariah

1 golongan

7.

Musyabihah

1 golongan


Jumlah

72 golongan


Kalau ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham Ahlussunnah wal Jamaah maka cukluplah 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh nabi Muhammad SAW dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.

Adapun kaum Qadariah termasuk golongan Muktazilah, Kaum Bahaiah dan Ahmadiah Qadiani masuk gomongan kaum Syiah, kaum Ibnu Taimiyah termasuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari kaum Ibnu Taimiyah.


Ibnu Taimiyah

Antara kesesatan yang dinyatakan dalam kitab ini adalah seperti berikut:

- Tuhan duduk di atas arasy seperti duduknya

- Tuhan turun daripada langit tiap malam seperti serupa dengan turunnya Ibnu Taimiyah daripada mimbar

- Bepergian ziarah ke makam Nabi saw adalah HARAM

- Berdoa dengan bertawasul

- Terlalu cepat menghukum kafir kepada individu

- Tarikat-tarikat sufi adalah HARAM

- Fatwa fiqh Ibnu Taimiyah yang mengelirukan

- Solat yang ditinggalkan dengan sengaja tidak perlu diqadakan

- Talak 3 jatuh 1

- Tuhan bertubuh, bertempat dan berpindah

- Tuhan sama besar dengan arasy

- Nabi Saw tak maksum

- Menyeleweng 3 jurusan iktikad Tauhid , tasawuf dan fiqh


Wahabi

- Berdoa dengan bertawasul adalah syirik

- Istighsah adalah syirik – memohon pada yang telah mati

- Bepergian ziarah kubur adalah haram

- Hisap rokok adalah haram dan syirik

- Kesan mauled diruntuhkan

- Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wassifat


Dalam penyataan kiyai juga mengatakan antara pembaharuan yang dibawa oleh oleh pengasas wahabi ini yakni Syaikh Muhammad Abdul Wahab adalah di mana telah menyatukan semua jemaah yang solat di masjidil Haram kepada satu imam yang mana sebelum ini setiap imam mazhab yang empat akan solat berasingan mengikut imam mazhab masing-masing.


Ini adalah antara kupasan dan rumusan kitab tersebut yang penulis sempat ambil catatan sebelum dipulangkan semula kitab tersebut kepada tuan empunya kitab.



Komentar umum akan Kitab Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah

Dengan apa yang telah penulis nukilkan akan isi kandungan kitab tersebut yang sering dijadikan silibus dalam pengajian Tauhid atau Akidah di masjid dan surau yang disampaikan oleh para ustaz yang pastinya diberi tauliah oleh pihak agama terutama bagi kita di Malaysia. Sebenarnya penulis bukan ahli untuk mengomentar secara teperinci akan butiran isi kandungan kitab tersebut. Mungkin penulis sekadar boleh menjelaskan dari segi pemahaman dan juga persoalan untuk sama-sama kita fikirkan dalam keterbukaan minda terutama dalam penerimaan ilmiah. Pastinya ianya tidak disertakan dalil terperinci tetapi sekadar sedikit informasi yang boleh sama-sama kita bandingkan.


Dalam masa yang sama di sini penulis tidak bermaksud sama sekali nak menjatuhkan mahupun mengaibkan penulis buku yang mana ilmunya umpama langit dan bumi dengan penulis yang tak ada apa-apa sekelumit ilmu agama. Lebih-lebih lagi dalam memperkatakan tentang imam ahli sunnah waljamaah yakni Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan Imam Mansur Matrudi. Tidak bermaksud apabila kita komentar pembawaan hujah mereka bermakna kita merendah atau menjatuhkan kedudukan dan taraf mereka sebagai imam kaum muslimin yang mana jauh telah berada tinggi di atas, Nau’zubillahiminzalik. Apapun sesiapa sahaja selain Nabi saw tidak maksum dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan terutama dalam masalah ijtihad dan sebagainya.


Sebuah hadith Nabi saw berkaitan dengan golongan satu tersebut seperti matan berikut:

Maknanya: ..dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72. Di antaranya di neraka dan hanya satu yang di surga yaitu al-Jama.ah.. (H.R. Abu Dawud)


Hadith yang lain:

Maknanya: .Aku berwasiat kepada kalian untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka.. Dan termasuk rangkaian hadits ini: .Tetaplah bersama al-Jamaah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di surga hendaklah ia berpegang teguh pada (keyakinan) al-Jamaah.. (H.R. at-Turmudzi, ia berkata hadits ini Hasan Shahih juga hadits ini dishahihkan oleh al-Hakim).


Berkaitan dengan definisi ahli sunnah waljamaah adalah menepati maksud yang dikehendaki yakni


Definisi awal yang dinyatakan merujuk kepada ahlusunnah yakni penganut / pengamal sunnah Nabi saw dan waljamaah pula merujuk kepada iktikad jamaah para sahabat radiallahu’anhum.



Fahaman Asyaa’riah dan Matrudiah

Maka apabila pembahasan tentang ahli sunnah waljamaah hanya tertumpu kepada fahaman akidah Asyariah dan Matrudiah adalah kurang menepati maksud sebenar kerana jika selain daripada dua fahaman ini adakah ianya menyimpang dari ahlu sunnah waljamaah seperti yang dimaksudkan Nabi saw? Bagaimana pula dengan pemahaman orang sebelum kelahiran dua tokoh besar ini?


Apabila diteliti sejarah tarikh kelahiran Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan Imam Abu Mansur Matrudi adalah selepas kelahiran Imam Mazhab yang empat yakni Imam Abu Malik (wafat 179H), Imam Abu Hanifah (wafat 150H), Imam Syafie (wafat 204H) dan Imam Ahmad Hanbal (wafat 241H). Manakala Imam Abu Hassan Asyaari lahir 260H dan wafat 324H dan Imam Abu Mansur Matrudi wafat 333H.


Ini menunjukkan dua tokoh ini lahir selepas imam mazhab yang empat. Bagaimana mungkin hanya mereka ini pelopor akan maksud pembawaan makna ahlu sunnah waljamaah tersebut. Bagaimana pula akan manusia selepas kewafatan Nabi saw sehingga kelahiran dua tokoh besar ini dan bagaimana pula dengan kaum muslimin yang lain di seluruh dunia kini yang tidak mengikut pemahaman akidah seperti pembawaan akidah seperti asyariah yang dikenali hingga kini? Adakah mereka sebelum ini tidak berada dilandasan yang benar dan terpesong daripada jalan yang satu? Jadi bagaimana pula dengan penduduk arab Saudi yang terletaknya Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang seluruh penduduk Islam di dunia akan mengerjakan haji setiap tahun dalam melaksanakan rukun islam yang ke-5 kerana yang pasti mereka ini bukan menganut fahaman asyariah?



Pandangan Ulama

Apabila diteliti pandangan ulama-ulama Islam yang unggul dalam membicarakan pengertian maksud ahlu sunnah waljammah ianya lebih umum dan khusus seperti dinyatakan di bawah dan tidak hanya menjurus kepada satu sudut fahaman sahaja.


Ibn Hazm (m. 548H)51 pula mentakrifkan Ahl al-Sunnah sebagai mereka yang disebut sebagai Ahl al-Haqq dan golongan selain daripada mereka dikenali sebagai Ahl al-Bid‘ah. Mereka terdiri daripada para sahabat r.a. dan semua orang yang mengikut manhaj mereka iaitu para tabi‘in, ahli hadith dan pengikut mereka dari kalangan ulama’ fiqh generasi demi generasi hingga ke hari ini dan pengikut mereka yang terdiri daripada orang awam di timur dan barat.


Ibn al-Jawzi (m. 597H)53 mentakrifkan Ahl al-Sunnah sebagai Ahl al-Naql dan al-Athar yang mengikuti hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan athar sahabat-sahabatnya kerana mereka berada di atas jalan yang tidak berlaku perkara-perkara baru (bid‘ah). Perkara-perkara bid‘ah hanya berlaku selepas Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.


Ibn Taymiyyah (m. 728H) pula berpendapat bahawa Ahl al-Sunnah ialah golongan yang berpegang pada kitab Allah, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan apa yang disepakati oleh al-Sabiqun al-Awwalun yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.


Al-Saffarini (m. 1188H)56 pula berpendapat bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah Ahl al-Islam dan Ahl al-Tawhid yang berpegang pada sunnah yang sabit daripada Rasulullah s.a.w. di dalam bidang akidah dan nihal . Ibadah batin dan zahir mereka tidak pula dicemari oleh bid‘ah Ahl al-Ahwa’ dan Ahl al-Kalam dalam bidang ilmu akidah.


Muhammad Siddiq Khan pula berkata: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ialah Ahl al-Hadith yang mengikut Rasulullah s.a.w., bertauhid dan berpegang dengan kitab Allah dan Sunnah RasulNya yang suci.


Prof. Dr. Hamka pula berpendapat bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah itu ialah orang yang mengikuti Sunnah Nabi s.a.w. dan para ulama’ mujtahid yang mengeluarkan pendapat yang bebas sebagai hasil ijtihadnya. Orang-orang yang menganut mazhab Syafi‘i, Hanafi, Maliki dan Hambali di dalam soal furu‘ ialah golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Sedangkan Shi`ah, Khawarij dan Mu‘tazilah tidak termasuk di dalamnya. Demikian juga pendukung-pendukung bid‘ah yang menambah, apatah lagi mengurangi ajaran Nabi Muhammad s.a.w. tidak termasuk dalam golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Di dalam ilmu Kalam, mazhab al-Ash‘ari dan al-Maturidi ialah mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.


Dalam konteks ini, al-Syeikh ‘Abd al-‘Aziz b. Baz telah memberikan pandangan terbaik bagi menyelesaikan polemik dan kontroversi sama ada al-‘Asha‘irah termasuk dalam aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ataupun tidak. Menurut beliau, golongan yang mentakwilkan sifat-sifat Allah SWT. seperti al-Asha‘irah sebenarnya tidak terkeluar daripada aliran Ahl al-Sunnah kerana mereka juga bersependapat dengan Ahl al-Sunnah dalam kebanyakan persoalan akidah yang lain selain persoalan sifat-sifat Allah SWT. Justeru, al-Asha‘irah merupakan pendukung aliran Ahl al-Sunnah dalam bab-bab berkenaan, tetapi dalam ketika yang lain mereka bukannya pendukung aliran Ahl al-Sunnah apabila membicarakan bab sifat-sifat Allah SWT. (Al-Shaykh ‘Abd al-‘Aziz b. Baz (1984), Tanbihat Hammah ‘ala Ma Katabahu Muhammad b. ‘Ali al-Sabuni . Kuwait: al-Dar al-Salafiyyah, h. 37 – 38)


Jadi permasalahan ini perlu didetailkan lagi akan pemahaman pembaca akan penjelasan lanjut akan pembahagian ulama salaf dan ulama khalaf dalam memahami agama yang dibawa oleh Nabi saw dan seterusnya nanti di keluaran yang lain, InsyaAllah.



Sifat 20 & Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wassifat

Kemudian apabila dibahaskan berkaitan dengan kewajipan pemahaman sifat 20 adalah dasar utama akidah. Pembahasan ini pernah diungkitkan oleh orang alim jabatan agama kerana kini pemahaman Tauhid lebih kepada pembahagian 3 yakni Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wassifat. Pendebatan yang cukup panas sejak dua menjak ini kerana ada yang menganggap pembawaan wahabi, ciptaan ibnu taimiyah sebagainya. Penjelasan lanjut boleh dirujuk di sini.



Tetapi secara umumnya ingin penulis katakan bahawa kini di sekolah, pengajian tinggi dan mana-mana tempat umum tiada lagi akan pengajian sifat 20 tetapi lebih kepada pembahagian 3 seperti di atas. Penulis sendiri yang sudah hampir suku abad ini pun hanya megetahui secara umum apabila menghadiri kelas pengajian di masjid tetapi tidaklah secara khusus mengikutinya dan bagaimana dengan kaum muslimin yang lain yang tidak langsung pernah belajar mahupun menghadiri kelas di masjid pastinya tidak akan terdedah akan pengajian sifat 20 ini. Adakah ini menandakan keislaman mereka masih belum lengkap terutama daripada aspek akidah ataupun Tauhid kepada Yang Maha Esa? Sama juga dengan anak-anak kita kini pun hanya mempelajari secara umum akan tauhid rububiyah, uluhiyah dan asma’ wassifat sahaja.



Fitnah terhadap Ibnu Taimiyah dan Muhammad Abdul Wahhab

Seterusnya berkaitan akan pembahagian kelompok-kelompok atau fikrah yang sememangnya menyimpang jauh daripada apa yang dibawa oleh junjungan besar Nabi saw, para sahabat, tabi’ tabiin dan salafussoleh seperti syiah, khawarij, muktazilah, murjiah dan sebagainya yang telah disepakati oleh ijmak ulama sesat dan tergolong dalam kelompok 72 golongan yang dimaksudkan Nabi saw kecuali 1 yakni ahlu sunnah waljamaah. Penjelasan kiyai terhadap kelompok ini tidak dinafikan tetapi yang penulis TIDAK bersetuju akan penambahan terhadap keyataan:


….. kaum Ibnu Taimiyah termasuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari kaum Ibnu Taimiyah.


Di sini yang bagi penulis perlu dinilai semula oleh kiyai mahupun pengkaji ilmu. Adakah benar syaikh ibnu taimiyah dan pembawaannya menyimpang dari iktikad manhaj yang satu yakni ahlu sunnah waljamaah? Benarkah beliau sama dikategorikan dalam menyerupakan Allah sama akan makhluk? Benarkah kenyataan kiyai akan butir-butir kesesatan Syaikh Ibnu Taimiyah seperti yang diperkatakan? Ini termasuk juga akan golongan yang dikatakan wahabi di mana pengasasnya di katakana Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab ini pelaksana akan fahaman Syaikh Ibnu Taimiyah? Benarkah kenyataan tersebut yang dinyatakan oleh kiyai seperti apa yang dipegang oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahab?


Penulis tidak bercadang nak menjelaskan secara teperinci apa yang manhaj yang dipegang oleh dua tokoh besar ini yang mana penulis sudah rungkaikan dalam artikel yang lalu. Pembaca boleh merujuk di sini. yang mana dua tokoh ini telah dibersihkan nama mereka oleh tokoh-tokoh ulama mutakhirin dalam menjelaskan kepada kaum muslimin akan manhaj dan kedudukan sebenar mereka ini berbanding hanya mendengar daripada pihak yang kurang menyenangi mereka dalam memfitnah nama baik dua tokoh besar islam ini sehingga ke hari ini sehingga seperti mengkafirkan akan mereka dan pengikut fahaman ini padahal jika diteliti manhaj dan pembawaan dua tokoh ini merujuk kepada fahaman para sahabat dan salafussoleh.


Syaikhul-Islaam rahimahullah berkata :

“Dan banyak di antara orang-orang yang membawakan perkataan tanpa bermaksud untuk berdusta; akan tetapi pengetahuannya tentang hakekat perkataan manusia membuatnya membawakan perkataan tersebut tidak sesuai dengan lafaz dan maksud yang mereka kehendaki, sehingga menyulitkan sebagian orang dan menjadi penghalang (untuk menerima perkataannya itu)” [Minhaajus-Sunnah 6/303].



Pandangan peribadi penulis

Bagi penulis di sini penjelasan tentang iktikad ahlu sunnah waljamaah yang dimaksudkan oleh kiyai belum menepati seperti apa yang di maksudkan sebenar oleh Nabi saw untuk pemahaman umat Islam zaman ini dan kadang kala boleh menimbulkan persepsi dan pandangan yang berbeza. Maka tidak hairan di Malaysia mahupun Indonesia yang telah sebati akan pemahaman seperti apa yang dinyatakan dalam kitab akan menolak secara keras sekiranya hujah yang diberikan merujuk kepada dua tokoh ini yakni Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mahupun Syaikh Muhammad Abdul Wahab kerana telah dimomokkan akan kesesatan mereka ini hatta apabila dinyatakan hujah mereka ini menyamai Al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan salafussoleh yang lain. Hatta jika kita tengok kebanyakan sekolah pondok mahupun persanterian di nusanatara ini akan mengharamkan kitab atau karya dua tokoh ini termasuk juga Ibnu Qaiyum dan beberapa tokoh salaf yang lain. Tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima pandangan dan karya Ibnu Kathir dan tokoh-tokoh sarjana Islam yang lain yang turut mengiktiraf akan kedudukan dua tokoh ini.


Pernah juga penulis bermuzakarah dengan seorang dua sahabat yang belajar di Al-Azhar, Mesir akan pengajian Islam. Apabila diusulkan perbincangan akan perkara ini kenyataan yang dikeluarkan adalah sedikit kurang sedap didengar bukan kerana hujah yang disampaikan tetapi berkaitan dengan keadaan para pelajar di sana. Dari awal-awal lagi para pelajar Malaysia terutamanya akan diingatkan oleh senior ataupun pihak pengurusan yang penulis sendiri kurang pasti akan berhati-hati dalam penerimaan ilmu agama yang dipelajari supaya tidak terpengaruh dengan fahaman guru yang berfahaman wahabi. Tertanya juga penulis pada sahabat tersebut, apa yang sesatnya fahaman wahabi ini sehingga peringatan awal diberi kepada para pelajar-pelajar kita hatta yang diberikan ilmu itu hanya menjurus kepada empat sumber utama ilmu yakni tidak lari dari Quran dan Sunnah serta ijmak ulama dan qias. Tetapi penulis tidak mendapat jawapan yang menyeluruh akan persoalan yang ditanya. Bagaimana konsep keterbukaan ilmu dan minda sebegini andai sekatan daripada awal lagi sudah diberi tanpa memberi peluang kepada para penuntut mengkaji ilmu dalam erti kata yang sebenar tanpa prejudias kepada guru. Bermakna bagi sesiapa yang menuntut ilmu agama di Arab Saudi mahupun universiti Madinah sering dikatakan berfahaman wahabi adakah semuanya sesat belaka, Nauzubillah…


Tujuan utama komentar ini adalah merujuk kepada penyampaian ilmu akidah atau Tauhid yang disampaikan oleh orang alim kepada masyarakat umum setelah mengkhatam akan iktikad ahlu sunnah waljamaah dan dalam masa yang sama perpandangan akan kesesatan Syaikh Ibnu Taiymiyah dan juga Syaikh Muhammad Abdul Wahab sehingga kalau diteliti pastinya meletakkkan dalam kelompok kafir atau sesat sedangkan dua tokoh besar agama ini diakui kini akan manhaj mereka atas landasan para sahabat, tabii'n dan salafussoleh.


Sebetulnya ingin penulis jelaskan yang penulis bukanlah orang yang layak dalam memperkatakan isu ini secara terperici sekadar ingin berkongsi apa yg terlintas dan bermain di fikiran dan sebolehnya ingin mengajak berfikir bersama-sama apa yang telah penulis nukilkan. Andai yang tidak bersetuju pastinya bangkangan secara menyeluruh dan pastinya jika diajak berdebat, penulis bukanlah orangnya. Ilmu yang ada lebih halus daripada atom zarah yang berterbangan di udara berbanding pembaca-pambaca sekalian.


Wallahualam…



“Dan bahwasanya inilah jalan-Ku yang lurus, Maka ikutilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalanjalan itu akan mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian ini diper intahkan Allah agar kamu bertakwa.” (QS al-An’am : 153)


Allah ta’ala berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [QS. Al-Hujuraat : 6].




Saturday, March 6, 2010

Indahnya Rumah Tangga di Bawah Naungan Manhaj Nubuwwah

Rumah Tangga Sebuah Amanah

Kewajiban paling utama, tanggung jawab paling besar, dan amanah paling berat adalah pendidikan terhadap keluarga dan bimbingan untuk rumah tangga, bermula dari diri sendiri kemudian istri, anak-anak , dan kerabatnya. Inilah yang dimaksud firman Allah:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ (٦)

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS. 66:6)


Pendidikan keluarga bukan sekedar kegiatan sambilan, pemikiran sedeehana, atau upaya ala kadarnya. Namun pendidikan keluarga merupakan keperluan asasi dan masalah yang sangat pentingserta memiliki konsekuensi jauh ke depan dalam menentukan masa depan rumah tangga. Seorang muslim harus bertanggung jawab atas segala kekurangan dan kesesatan yang terjadi di tengah keluarganya. Dari Ibnu Umar Rodhiyalloohu ‘Anhuma berkata: aku mendengar Rosulullooh Shololloohu ‘alaihi wassallam bersabda:


“Kamu sekalian adalah pemimpin, dan akan diminta tanggung jawab atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin, dan akan diminta tanggung jawab atas kepemimpinannya dan seorang laki-laki adalah pemimpin dan akan diminta tanggung jawab atas atas kepemimpinannya, dan wanita adalah penanggung jawab terhadap rumah suaminya dan akan diminta tanggung jawabnya, serta pembantu penanggung jawab atas harta benda majikannya dan akan diminta tanggung jawabnya”. (Shohih, diriwayatkan oleh Bukhori dalam Shohih-nya: 893, 2409, 2554, 2558, 2571, 5188, dan 7138. Muslim dalam Shohih-nya: 4701, dan Tirmidzi dalam Sunan-nya: 1705)


Keluarga yang baik merupakan nikmat yang paling agung dan karunia yang paling berharga dan tidak ada yang mampu menghargai dan mengenali nilainya kecuali orang yang telah memiliki keluarga hancur dan rumah tangga berantakan sehingga kehidupan laksana terkurung oleh hawa neraka, dan hari-harinya hampir diwarnai perih dan pilu karena keluarga berantakan.



Bekal Membina Rumah Tangga

Ketahuilah bahwa berbagai macam masalah kehidupan dalam rumah tangga sering timbul akibat kebodohan terutama terhadap ilmu agama. Dan sebagai ubatnya adalah belajar, sebagaimana sabda Nabi Shololloohu ‘alaihi wassallam kepada para sahabat Rodhiyalloohu ‘Anhuma:

“Mengapa mereka tidak bertanya jika tidah tahu? Sesungguhnya ubat kebodohan adalah bertanya”. (Hasan, diriwayatkan Imam Abu Dawud dalam Sunan-nya: 337 dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya:572. Dan dihasankan syaikh al-Albani dalam Shohih Sunan Abu Dawud: 337)


Kedunguan hati dari ilmu dan kebisuan lisan dari berbicara dinyatakan sebagai penyakit. Dan ubatnya adalah bertanya kepada ulama, sehingga meraih ilmu yang bermanfaat, sebab ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang terpancar dari lentera Al-Qur’an dan as-Sunnah sesuai dengan pemahaman para sahabat dan tabi’in , termasuk perkara yang terkait dengan ma’rifat kepada Allah, hukum halal-haram, zuhud, kebersihan hati dan akhlaq mulia, serta mengatur kehidupan rumah tangga.


Ilmu yang bermanfaat berfungsi sebagai pemusnah secara tuntas dua penyakit rohani yang paling berbahaya dan menjadi punca penyakit hati yaitu syubhat dan syahwat. Maka sebagai seorang pendidik, sebelum membina keluarganya, harus membekali dirinya dengan ilmu agama yang cukup. Sehingga dengan bekal ilmu agama yang bermanfaat, semua urusan rumah tangga menjadi mudah dan berdakwah di tengah keluarga menjadi lancar. Apalagi bila ilmu telah meresap ke dalam hati maka akan melenyapkan penyakit syubhat dan syahwat, mencabut kedua penyakit itu sampai ke akar-akarnya. Ibaratnya orang yang sedang minum ubat, segala macam kuman akan hancur dan musnah, sementara ubat yang paling manjur adalah ubat yang cepat meresap ke dalam tubuh dan tidak membuat kuman kebal, tetapi untuk memusnahkan.



Akhlaq Seorang Pendidik

Seorang pembina rumah tangga harus berilmu, berperangai lemah lembut, bersabar dalam mendidik, sehingga akan memberikan kesan yang baik pada keluarga, seperti firman Alloh Subhannahu Ta’ala:

فَبِمَا رَحۡمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡ‌ۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَ‌ۖ فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ (١٥٩)

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. (QS. Ali Imran [3]: 159)


Syaikhul islam Ibnu Taimiyah Rohimahulloh berkata:

“Hendaknya tidak menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran kecuali setelah memiliki tiga bekal: berilmu sebelum menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran, berperangai lemah lembut ketika menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran, serta bersabar setelah menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran.” (al-Amr bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Munkar, Ibnu Taimiyah, hal. 57)


Hendaknya seorang pendidik paling terdepan dalam memberi contoh karena sangat berat ancaman orang yang tidak konsekuen terhadap ajakannya, sebagaimana sabda Nabi Shololloohu ‘alaihi wassallam:

“Nanti pada hari kiamat ada seseorang didatangkan lalu dilemparkan ke dalam neraka, maka ususnya keluar. Lalu ia berputar-putar di sekitar penggilingan. Kemudian penghuni neraka mengerumuninya dan bertanya, ‘Hai Fulan, ada apa denganmu? Bukankah kamu yang menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran?’ Ia menjawab, ‘Ya, aku telah menyeru kepada kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya dan aku melarang orang dari kemungkaran tetapi aku sendiri mengerjakannya.” (Shohih, diriwayatkan Imam Bukhori dalam Shohih-nya: 3267, 7098. Dan Imam Muslim dalam shohih-nya: 7408)


Hadits shohih di atas memberi petunjuk bahwa orang yang mengetahui kebaikan dan kemungakaran lalu melanggarnya lebih berat siksaannya daripada orang yang tidak mengetahuinya karena ia seperti orang yang menghina larangan Alloh dan meremehkan syari’at-Nya, sehingga ia termasuk ahli ilmu yang tidak bermanfaat ilmunya.



Wahai saudaraku, para suami…

Wahai sang suami, sungguh engkaulah pemegang kendali rumah tangga, ikatan pernikahan dan perjanjian yang berat, karena Allah berfirman:

….. وَّاَخَذۡنَ مِنۡكُمۡ مِّيۡثَاقًا غَلِيۡظًا

Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat. (QS. 4:21)

Anda telah memikul tanggung jawab, memegang amanat dan beban rumah tangga. Hubungan penikahan merupakan kemuliaan bagi laki-laki dan perempuan, maka secara fitrah dan naluri masing-masing memiliki tugas hidup agar kehidupan rumah tangga berjalan normal dan lurus seperti firman Allah:

ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ‌ۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌ۬ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُ‌ۚ وَٱلَّـٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِى ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّ‌ۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَڪُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡہِنَّ سَبِيلاً‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا (٣٤)

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka [laki-laki] atas sebahagian yang lain [wanita], dan karena mereka [laki-laki] telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. (QS. An-Nisa’ [4]: 34)


Upayakanlah mengendalikan rumah tangga, terutama isterimu, tetap berada di tanganmu. Jangan bersikap lemah dan tidak berwibawa serta tidak berdaya di hadapan tuntutan dan tekanan isterimu, akhirnya ia menghinamu, memperbudakmu, dan merendahkanmu sehingga kehidupan rumah tanggamu berantakan bagaikan neraka. Begitu pula, jangan engkau menghinanya dan menzaliminya, serta menganggapnya seperti barang tak berguna, sebab sikap semena-mena terhadap orang yang lemah seperti isterimu menunjukkan kerdilnya sebuah keperibadian. Terimalah kebaikan yang telah diberikan kepadamu dengan senang hati dan bersabarlah atas berbagai kekurangannya, serta jangan mengangan-angankan kesempurnaan darinya karena dia diciptakan oleh Alloh dari tulang rusuk yang bengkok sebagaimana sabda Rosululloh Shololloohu ‘alaihi wassallam:

((إِنَّ الْمَرْأَةََ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ, لَنْ تَسْتَقِيْمَ لَكَ عَلَى طَرِيْقَةٍ, فَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اِسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَفِيْهَا عِوَجٌ, وَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهَا كَسَرْتَهَا وَكَسْرُهَا طَلاَقُهَا))
“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk, ia tidak bisa lurus bersamamu di atas satu jalan. Jika kamu menikmatinya maka kamu menikmatinya dalam kondisi bengkok, namun bila anda ingin meluruskannya, maka boleh jadi patah dan patahnya adalah talak.” (Shohih, diriwayatkan Imam Muslim dalam Shohih-nya: 3631)



Wahai saudaraku, para isteri…

Setiap kesalahan yang dilakukan seorang isteri, perasaan mengikuti hawa nafsu, sikap terlalu cemburu, atau was-was hanya merupakan bisikan setan dan bersumber dari lemahnya iman kepada Allah, sehingga rumah tangga berubah menjadi bagaikan berantakan laksana neraka dan rumah tangga menjadi porak-poranda bagaikan bangunan disambar halilintar; akibatnya, semua pihak menyesali pernikahan tersebut. Atau boleh jadi karena kesalahan isteri menjadi penyebab talak (perceraian), kemudian jiwa menjadi goncang dan ditimpa kegelisahan yang sangat berat.


Betapa indahnya bila anda meluruskan hati, ahlak, dan tabiat ketika bergaul dengan suami dan kerabat suami anda. Betapa eloknya bila anda selalu menggunakan akal yang sihat dan kesabaran dalam setiap menghadapi urusan rumah tangga. Betapa mulianya ketika seorang isteri mampu menjadi pendamping setia bagi suami, dan betapa agung kedudukannya di hati sang suami bahkan ia mampu memikat perasaan suami ketika sang isteri berkata: “Aku mendengar dan mentaati”.


Semoga saudariku muslimah mendapa taufiq dan hidayah dengan etika Islam, mau menyempurnakan akal pikiran dengan ilmu dan ma’rifah, dan menyembuhkan hatinya dengan keimanan kepada Alloh, sehingga kehidupan penuh dengan suasana bahagia dan hidup bersama sang suami penuh dengan ketenangan dan ketentraman serta kegembiraan.


Wahai para isteri, tunaikanlah kewajibanmu terhadap suamimu, niscaya engkau akan mendapat kasih sayang dan cintanya!.



Kewajiban Seorang Suami

Kewajiban sebagai seorang suami banyak sekali namun yang terpenting antara lain:

1. Kewajiban materi meliputi pemberian nafkah, keperluan pakaian, dan keperluan pendidikan keluarga serta keperluan tempat tinggal


2. Tidak boleh memberatkan isteri dengan mengajukan berbagai tuntutan keperluan di luar kemampuannya, dan tidak boleh membuat suasana kacau karena permasalahan remeh, sebagaimana yang telah diwasiatkan Rosululloh Shololloohu ‘alaihi wassallam:

“Ingatlah dan berwasiatlah kepada wanita dengan kebaikan, karena mereka berada disisimu bagaikan pelayan, dan kalian tidak bisa memiliki lebih dari itu kecuali mereka telah melakukan perbuatan keji yang jelas.”(Shohih, diriwayatkan Tirmidzi dalam Sunan-nya: 1163 dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya: 1851)


3. Kewajiban secara tidak langsung oleh seorang suami meliputi menggembirakan isteri dan bersikap lemah lembut dalam bertutur kata. Sang suami harus bermusyawarah dan mengambil pendapat sang isteri dalam rangka menunaikan kebaikan. Begitu juga, sang suami harus berterima kasih atas jerih payah isterinya, dan tidak boleh mendiamkan di atas tiga hari karena urusan keduniaan.


4. Hendaknya seorang suami memberi kesempatan bagi isterinya untuk beramal sholih, bersedekah dengan hartanya, memberi hadiah, menyambut tamu dari keluarga dan kerabatnya, serta setiap orang yang mempunyai hak atasnya.


5. Hendaknya mengambil waktu yang cukup untuk tinggal di rumah dan berusaha semaksima mungkin menghindari keluar rumah tanpa tujuan dan sering berpergian, sering keluar rumah untuk berseronok tanpa manfaat, karena yang demikian itu akan membawa kehancuran.


6. Hendaknya sang suami tidak melarang isterinya berkunjung kepada keluarga dan kerabatnya, asal tidak berlebihan.


7. Wanita dalah makhluk yang lemah, maka wajib bagi laki-laki memberi perhatian cukup, melarangnya keluar ke pasar dan lainnya seorang diri, dan harus menjauhkannya dari tempat yang ikhtilath (bercampur) dan kholwah (berduaan/menyepi) dengan laki-laki lain. Begitu juga seorang suami harus menjauhkan sasuatu yang merusak aqidah dan akhlaq keluarganya, dan menyingkirkan segala sarana maksiat yang menghancurkan kehormatan, seperti alat musik.


8. Seorang suami harus mengajarkan kepada isterinya ilmu agama dan mendidiknya di atas kebaikan, serta menyiapkan segala keperluannya dalam rangka meraih ilmu dan istiqomah dalam beragama sesuai dengan ajaran Allah



Kewajiban Seorang Isteri

Di antara Kewajiban sebagai Seorang Isteri yang paling utama dan prinsip, antara lain:

1. Mentaati dan mematuhi perintah suami selagi tidak menganjurkan maksiat kepada Allah, karena tidak ada ketaatan kepada makhluk bila menganjurkan kepada maksiat dan pelanggaran kepada Allah, seperti sabda Rosululloh Shololloohu ‘alaihi wassallam:

“Tidak ada ketaatan bagi orang yang bermaksiat kepada Allah Subahanahu wa Ta’ala”. (Shahih. Diriwayatkan Muslim dalam Shahih-nya: 4840, at-Tirmidzi dalam Sunan-nya: 1707 dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya: 2865 dengan lafazh Ibnu Majah serta dishahihkan Syaikh al-Albani.)


2. Dalam bidang materi, seorang isteri harus memberikan pelayanan fizikal, baik yang berkaitan dengan keperluan peribadi suami atau rumah tangganya, sehingga ibadah nafilah (sunnah) menjadi gugur demi menunaikan tugas tersebut. Dari Abu Hurairoh sesungguhnya Rosululloh Shololloohu ‘alaihi wassallam: bersabda:

“Tidak boleh bagi seorang isteri berpuasa (sunnat) sementara suami ada di rumah kecuali atas izinnya (suami), tidak boleh ia mengizinkan orang lain masuk rumahnya kecuali atas izinnya (suami), dan setiap harta suami yang diinfaqkan sang isteri tanpa seizinnya, maka sang suami mendapatkan pahala separuh baginya.” (Shohih, diriwayatkan Imam Bukhari dalam Shahih-nya: 2066 dan 5360, Imam Muslim dalam Shahih-nya: 2367 dan Abu Dawud dalam Sunan-nya: 1687, 2458).


3. Dalam bidang rohani, seorang isteri harus menjaga perasaan suami dan menciptakan suasana tenang dan kondusif dalam rumah tangga serta membantu meringankan beban dan penderitaan yang menimpa suaminya.


4. Dalam bidang kesejahteraan, seorang isteri harus mengingatkan suami tentang kebaikan, membantu dalam kebajikan dan ketaatan, membantu dalam bidang sosial, menyantuni fakir miskin dan membantu orang-orang yang lemah untuk memenuhi keperluan mereka.


5. Dalam bidang pendidikan, seorang isteri harus membantu suami dengan jiwa raga dan menerima segala nasehat dan arahannya. Begitu juga dia harus membantunya dalam mendidik dan meluruskan adab anak-anak serta menghindarkan sikap antipati dan masa bodoh terhadap masa depan pendidikan anak-anak.


6. Hendaklah seorang isteri tidak mengajukan tuntutan nafkah atau lainnya yang memberatkan suami atau mempersulit suami.


7. Tidak berkhianat dalam dirinya, harta benda suami dan rahasia-rahasianya.



Balasan Bagi Rumah Tangga yang Berhasil

Tiada amal soleh yang dianggap sia-sia oleh agama. Setiap kebaikan sekecil apapun pasti mendapat balasan. Setiap benih kebaikan yang disemai di ladang subur, pada musim menuai pasti akan memetik hasilnya, maka suami dan isteri yang telah membina rumah tangga yang baik dan mengerahkan berbagai macam pengorbanan untuk mendidik keluarga. Allah akan memberi balasan yang besar. Cukuplah balasan nikmat baginya berupa sanjungan, pujian, dan pahala yang besar setelah wafatnya, seperti yang telah ditegaskan sebuah hadits dari Abu Hurairoh Rodhiyalloohu ‘anhu ia berkata bahwa Rosululloh Shololloohu ‘alaihi wassallam bersabda:

“Jika manusia meninggal maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,: shodaqoh jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak sholih yang mendo’akannya.” (HR. Bukhori 7/247 no.6514, dan Muslim 3/1016 no.1631)


Balasan yang lebih besar lagi, ia dikumpulkan di surga bersama para kekasih dan kerabatnya dalam satu tempat tinggal di surga, sebagai karunia dan balasan yang baik dari Allah, seperti firman Allohu ta’ala:

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡہُمۡ ذُرِّيَّتُہُم بِإِيمَـٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِہِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَـٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَىۡءٍ۬‌ۚ كُلُّ ٱمۡرِىِٕۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ۬ (٢١)

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka.Tiap-tiap manusia terikat dengan apayang dikerjakannya. (QS. 52:21)


Pembinaan rumah tangga secara baik, mampu mengangkat martabat, memperbaiki nasib rezeki, mengukir prestasi, memelihara moral generasi, dan menanggulangi dekadensi sehingga membuat hati tenang dan jiwa lapang. Maka pembinaan harus berasaskan penumbuhan kesedaran, keimanan, ketaqwaan dan pengendalian diri, serta mampu membentuk suasana damai dan mesra sehingga perasaan kasih sayang tumbuh subur. Allohu musta’an.


Karangan oleh Ust. Abu Ahmad bin Syamsyuddin

Dipetik daripada Ummu Tsaqiif al-Atsariyyah dari majalah Mawaddah Edisi 1 Tahun ke-1 (1428/2007) untuk http://jilbab.or.id)



Friday, March 5, 2010

Panduan Solat Istikhoroh


Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang lemah dan sangat memerlukan pada pertolongan Allah dalam setiap urusan-Nya. Yang mesti diyakini bahwa manusia tidak mengetahui perkara yang ghaib. Manusia tidak mengetahui manakah yang baik dan buruk pada kejadian pada masa akan datang. Oleh karena itu, di antara hikmah Allah Ta’ala kepada hamba-Nya, Dia mensyariatkan do’a supaya seorang hamba dapat bertawasul pada Rabbnya untuk dihilangkan kesulitan dan diperolehnya kebaikan.


Seorang muslim sangat yakin dan tidak ada keraguan sedikit pun bahwa yang mengatur segala urusan adalah Allah Ta’ala. Dialah yang menakdirkan dan menentukan segala sesuatu sesuai yang Dia kehendaki pada hamba-Nya.


Allah Ta’ala berfirman,

وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ (68) وَرَبُّكَ يَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ (69) وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَى وَالْآَخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (70)

“Dan Rabbmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia). Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan (dalam) dada mereka dan apa yang mereka nyatakan. Dan Dialah Allah, tidak ada Rabb (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (QS. Al Qashash: 68-70)


Al ‘Allamah Al Qurthubi rahimahullah mengatakan, “Sebagian ulama menjelaskan: tidak sepantasnya bagi orang yang ingin menjalankan di antara urusan dunianya sampai ia meminta pada Allah pilihan dalam urusannya tersebut yaitu dengan melaksanakan shalat istikhoroh.”[1]


Yang dimaksud istikhoroh adalah memohon kepada Allah manakah yang terbaik dari urusan yang mesti dipilih salah satunya.[2]



Dalil Disyariatkannya Shalat Istikhoroh

Dari Jabir bin ‘Abdillah, beliau berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ الاِسْتِخَارَةَ فِى الأُمُورِ كُلِّهَا ، كَمَا يُعَلِّمُ السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ يَقُولُ « إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ – ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ – خَيْرًا لِى فِى عَاجِلِ أَمْرِى وَآجِلِهِ – قَالَ أَوْ فِى دِينِى وَمَعَاشِى وَعَاقِبَةِ أَمْرِى – فَاقْدُرْهُ لِى ، وَيَسِّرْهُ لِى ، ثُمَّ بَارِكْ لِى فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِى فِى دِينِى وَمَعَاشِى وَعَاقِبَةِ أَمْرِى – أَوْ قَالَ فِى عَاجِلِ أَمْرِى وَآجِلِهِ – فَاصْرِفْنِى عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِىَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ رَضِّنِى بِهِ »

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa mengajari para sahabatnya shalat istikhoroh dalam setiap urusan. Beliau mengajari shalat ini sebagaimana beliau mengajari surat dari Al Qur’an. Kemudian beliau bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian bertekad untuk melakukan suatu urusan, maka kerjakanlah shalat dua raka’at selain shalat fardhu, lalu hendaklah ia berdo’a: “Allahumma inni astakhiruka bi ‘ilmika, wa astaqdiruka bi qudratika, wa as-aluka min fadhlika, fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wa ta’lamu wa laa a’lamu, wa anta ‘allaamul ghuyub. Allahumma fa-in kunta ta’lamu hadzal amro (sebut nama urusan tersebut) khoiron lii fii ‘aajili amrii wa aajilih (aw fii diinii wa ma’aasyi wa ‘aqibati amrii) faqdur lii, wa yassirhu lii, tsumma baarik lii fiihi. Allahumma in kunta ta’lamu annahu syarrun lii fii diini wa ma’aasyi wa ‘aqibati amrii (fii ‘aajili amri wa aajilih) fash-rifnii ‘anhu, waqdur liil khoiro haitsu kaana tsumma rodh-dhinii bih”


Ya Allah, sesungguhnya aku beristikhoroh pada-Mu dengan ilmu-Mu, aku memohon kepada-Mu kekuatan dengan kekuatan-Mu, aku meminta kepada-Mu dengan kemuliaan-Mu. Sesungguhnya Engkau yang menakdirkan dan aku tidaklah mampu melakukannya. Engkau yang Maha Tahu, sedangkan aku tidak. Engkaulah yang mengetahui perkara yang ghoib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa perkara ini (sebut urusan tersebut) baik bagiku dalam urusanku di dunia dan di akhirat, (atau baik bagi agama, penghidupan, dan akhir urusanku), maka takdirkanlah hal tersebut untukku, mudahkanlah untukku dan berkahilah ia untukku. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa perkara tersebut jelek bagi agama, penghidupan, dan akhir urusanku (baik bagiku dalam urusanku di dunia dan akhirat), maka palingkanlah ia dariku, takdirkanlah yang terbaik bagiku di mana pun itu sehingga aku pun ridho dengannya.”[3]



Faedah Mengenai Shalat Istikhoroh

Pertama: Hukum shalat istikhoroh adalah sunnah dan bukan wajib. Dalil dari hal ini adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ

“Jika salah seorang di antara kalian bertekad untuk melakukan suatu urusan, maka kerjakanlah shalat dua raka’at selain shalat fardhu”


Begitu pula Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah didatangi seseorang, lalu ia bertanya mengenai Islam. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Shalat lima waktu sehari semalam.” Lalu ia tanyakan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

هَلْ عَلَىَّ غَيْرُهَا قَالَ « لاَ ، إِلاَّ أَنْ تَطَّوَّعَ »

“Apakah aku memiliki kewajiban shalat lainnya?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menjawab, “Tidak ada, kecuali jika engkau ingin menambah dengan shalat sunnah.”[4]



Kedua: Dari hadits di atas, shalat istikhoroh boleh dilakukan setelah shalat tahiyatul masjid, setelah shalat rawatib, setelah shalat tahajud, setelah shalat Dhuha dan shalat lainnya.[5] Bahkan jika shalat istikhoroh dilakukan dengan niat shalat sunnah rawatib atau shalat sunnah lainnya, lalu berdoa istikhoroh setelah itu, maka itu juga dibolehkan. Artinya di sini, dia mengerjakan shalat rawatib satu niat dengan shalat istikhoroh karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ

“Jika salah seorang di antara kalian bertekad untuk melakukan suatu urusan, maka kerjakanlah shalat dua raka’at selain shalat fardhu.” Di sini cuma dikatakan, yang penting lakukan shalat dua raka’at apa saja selain shalat wajib. [6]


Al ‘Iroqi mengatakan, “Jika ia bertekad melakukan suatu perkara sebelum ia menunaikan shalat rawatib atau shalat sunnah lainnya, lalu ia shalat tanpa niat shalat istikhoroh, lalu setelah shalat dua rakaat tersebut ia membaca doa istikhoroh, maka ini juga dibolehkan.”[7]


Ketiga: Istikhoroh hanya dilakukan untuk perkara-perkara yang mubah (hukum asalnya boleh), bukan pada perkara yang wajib dan sunnah, begitu pula bukan pada perkara makruh dan haram. Alasannya karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ الاِسْتِخَارَةَ فِى الأُمُورِ كُلِّهَا

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa mengajari para sahabatnya shalat istikhoroh dalam setiap urusan.” Sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Abi Jamroh bahwa yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah khusus walaupun lafazhnya umum.[8] Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah mengatakan, “Yang dimaksud dengan hadits tersebut bahwa istikhoroh hanya khusus untuk perkara mubah atau dalam perkara sunnah (mustahab) jika ada dua perkara sunnah yang bertabrakan, lalu memilih manakah yang mesti didahulukan.”[9]


Contohnya, seseorang tidak perlu istikhoroh untuk melaksanakan shalat Zhuhur, shalat rawatib, puasa Ramadhan, puasa Senin Kamis, atau mungkin dia istikhoroh untuk minum sambil berdiri ataukah tidak, atau mungkin ia ingin istikhoroh untuk mencuri. Semua contoh ini tidak perlu lewat jalan istikhoroh.


Begitu pula tidak perlu istikhoroh dalam perkara apakah dia harus menikah ataukah tidak. Karena asal menikah itu diperintahkan sebagaimana dalam firman Allah Ta’ala,

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan.” (QS. An Nur: 32)


Begitu pula Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ

“Wahai para pemuda, jika salah seorang di antara kalian telah mampu untuk memberi nafkah, maka menikahlah.”[10] Namun dalam urusan memilih pasangan dan bila tanggal nikah, maka ini bisa dilakukan dengan istikhoroh.


Sedangkan dalam perkara sunnah yang bertabrakan dalam satu waktu, maka boleh dilakukan istikhoroh. Misalnya seseorang ingin melakukan umrah yang sunnah, sedangkan ketika itu ia harus mengajarkan ilmu di negerinya. Maka pada saat ini, ia boleh istikhoroh.


Bahkan ada keterangan lain bahwa perkara wajib yang masih longgar waktu untuk menunaikannya, maka ini juga bisa dilakukan istikhoroh. Semacam jika seseorang ingin menunaikan haji dan hendak memilih di tahun manakah ia harus menunaikannya. Ini jika kita memilih pendapat bahwa menunaikan haji adalah wajib tarokhi (perkara wajib yang boleh diakhirkan).[11]


Keempat: Istikhoroh boleh dilakukan berulang kali jika kita ingin istikhoroh pada Allah dalam suatu perkara. Karena istikhoroh adalah do’a dan tentu saja boleh berulang kali. Ibnu Az Zubair sampai-sampai mengulang istikhorohnya tiga kali. Dalam shahih Muslim, Ibnu Az Zubair mengatakan,

إِنِّى مُسْتَخِيرٌ رَبِّى ثَلاَثًا ثُمَّ عَازِمٌ عَلَى أَمْرِى

“Aku melakukan istikhoroh pada Rabbku sebanyak tiga kali, kemudian aku pun bertekad menjalankan urusanku tersebut.”[12]


Kelima: Do’a shalat istikhoroh yang lebih tepat dibaca setelah shalat dan bukan di dalam shalat. Alasannya adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَخِيرُكَ …

“Jika salah seorang di antara kalian bertekad untuk melakukan suatu urusan, maka kerjakanlah shalat dua raka’at selain shalat fardhu, lalu hendaklah ia berdo’a: “Allahumma inni astakhiruka bi ‘ilmika …”[13]


Syaikh Musthofa Al ‘Adawi hafizhohullah mengatakan, “Aku tidak mengetahui dalil yang shahih yang menyatakan bahwa do’a istikhoroh dibaca ketika sujud atau setelah tasyahud (sebelum salam) kecuali landasannya adalah dalil yang sifatnya umum yang menyatakan bahwa ketika sujud dan tasyahud akhir adalah tempat terbaik untuk berdo’a. Akan tetapi, hadits ini sudah cukup sebagai dalil tegas bahwa do’a istikhoroh adalah setelah shalat. ”[14]


Keenam: Istikhoroh dilakukan bukan dalam kondisi ragu-ragu dalam satu perkara karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ

“Jika salah seorang di antara kalian bertekad untuk melakukan suatu urusan, maka kerjakanlah shalat dua raka’at selain shalat fardhu”. Begitu pula isi do’a istikhoroh menunjukkan seperti ini. Oleh karena itu, jika ada beberapa pilihan, hendaklah dipilih, lalu lakukanlah istikhoroh. Setelah istikhoroh, lakukanlah sesuai yang dipilih tadi. Jika memang pilihan itu baik, maka pasti Allah mudahkan. Jika itu jelek, maka nanti akan dipersulit.[15]


Ketujuh: Sebagian ulama menganjurkan ketika raka’at pertama setelah Al Fatihah membaca surat Al Kafirun dan di rakaat kedua membaca surat Al Ikhlas. Sebenarnya hal semacam ini tidak ada landasannya. Jadi terserah membaca surat apa saja ketika itu, itu diperbolehkan.[16]


Kedelepan: Melihat dalam mimpi mengenai pilihannya bukanlah syarat dalam istikhoroh karena tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini. Namun orang-0rang awam masih banyak yang memiliki pemahaman semacam ini. Yang tepat, istikhoroh tidak mesti menunggu mimpi. Yang jadi pilihan dan sudah jadi tekad untuk dilakukan, maka itulah yang dilakukan.[17] Terserah apa yang ia pilih tadi, mantap bagi hatinya atau pun tidak, maka itulah yang ia lakukan karena tidak dipersyaratkan dalam hadits bahwa ia harus mantap dalam hati.[18] Jika memang yang jadi pilihannya tadi dipersulit, maka berarti pilihan tersebut tidak baik untuknya. Namun jika memang pilihannya tadi adalah baik untuknya, pasti akan Allah mudahkan.



Tata Cara Istikhoroh

Pertama: Ketika ingin melakukan suatu urusan yang mesti dipilih salah satunya, maka terlebih dahulu ia pilih di antara pilihan-pilihan yang ada.


Kedua: Jika sudah bertekad melakukan pilihan tersebut, maka kerjakanlah shalat dua raka’at (terserah shalat sunnah apa saja sebagaimana dijelaskan di awal).


Ketiga: Setelah shalat dua raka’at, lalu berdo’a dengan do’a istikhoroh:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ – ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ – خَيْرًا لِى فِى عَاجِلِ أَمْرِى وَآجِلِهِ – قَالَ أَوْ فِى دِينِى وَمَعَاشِى وَعَاقِبَةِ أَمْرِى – فَاقْدُرْهُ لِى ، وَيَسِّرْهُ لِى ، ثُمَّ بَارِكْ لِى فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِى فِى دِينِى وَمَعَاشِى وَعَاقِبَةِ أَمْرِى – أَوْ قَالَ فِى عَاجِلِ أَمْرِى وَآجِلِهِ – فَاصْرِفْنِى عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِىَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ رَضِّنِى بِهِ

Allahumma inni astakhiruka bi ‘ilmika, wa astaqdiruka bi qudratika, wa as-aluka min fadhlika, fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wa ta’lamu wa laa a’lamu, wa anta ‘allaamul ghuyub. Allahumma fa-in kunta ta’lamu hadzal amro (sebut nama urusan tersebut) khoiron lii fii ‘aajili amrii wa aajilih (aw fii diini wa ma’aasyi wa ‘aqibati amrii) faqdur lii, wa yassirhu lii, tsumma baarik lii fiihi. Allahumma in kunta ta’lamu annahu syarrun lii fii diini wa ma’aasyi wa ‘aqibati amrii (fii ‘aajili amri wa aajilih) fash-rifnii ‘anhu, waqdur liil khoiro haitsu kaana tsumma rodh-dhinii bih.



[Artinya: Ya Allah, sesungguhnya aku beristikhoroh pada-Mu dengan ilmu-Mu, aku memohon kepada-Mu kekuatan dengan kekuatan-Mu, aku meminta kepada-Mu dengan kemuliaan-Mu. Sesungguhnya Engkau yang menakdirkan dan aku tidaklah mampu melakukannya. Engkau yang Maha Tahu, sedangkan aku tidak. Engkaulah yang mengetahui perkara yang ghoib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa perkara ini (sebut urusan tersebut) baik bagiku dalam urusanku di dunia dan di akhirat, (atau baik bagi agama, penghidupan, dan akhir urusanku), maka takdirkanlah hal tersebut untukku, mudahkanlah untukku dan berkahilah ia untukku. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa perkara tersebut jelek bagi agama, penghidupan, dan akhir urusanku (baik bagiku dalam urusanku di dunia dan akhirat), maka palingkanlah ia dariku, takdirkanlah yang terbaik bagiku di mana pun itu sehingga aku pun ridho dengannya]


Keempat: Lakukanlah pilihan yang sudah dipilih di awal tadi, terserah ia merasa mantap atau pun tidak dan tanpa harus menunggu mimpi. Jika itu baik baginya, maka pasti Allah mudahkan. Jika itu jelek, maka pasti ia akan palingkan ia dari pilihan tersebut.

'

Demikian penjelasan kami mengenai panduan shalat istikhoroh. Semoga bermanfaat.

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.



Artikel disunting daripada salafiyunpad dikarang oleh Ustadz Muhammad Abduh Tuasikal




RUJUKAN

[1] Al Jaami’ li Ahkamil Qur’an (Tafsir Al Qurthubi), Muhammad bin Ahmad Al Qurthubi, 13/306, Mawqi’ Ya’sub (sesuai cetakan).

[2] Lihat Fathul Baari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 11/184, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379.

[3] HR. Bukhari no. 7390, dari Jabir bin ‘Abdillah

[4] HR. Bukhari no. 2678 dan Muslim no. 11, dari Tholhah bin ‘Ubaidillah.

[5] Lihat Fiqhud Du’aa, Syaikh Musthofa Al ‘Adawi, hal. 167, Maktabah Makkah, cetakan pertama, tahun 1422 H.

[6] Faedah dari penjelasan Syaikh Abu Malik dalam Shahih Fiqh Sunnah, 1/426, Al Maktabah At Taufiqiyah. Begitu pula terdapat penjelasan yang sama dari Syaikh Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul dalam kitab beliau Bughyatul Mutathowwi’ fii Sholatit Tathowwu’ (soft file).

[7] Lihat Nailul Author, Asy Syaukani, 3/87, Irodatuth Thob’ah Al Muniroh.

[8] Lihat Fathul Baari, 11/184.

[9] Idem

[10] HR. Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400.

[11] Contoh-contoh ini kami peroleh dari Fiqhud Du’aa, hal. 167-168.

[12] HR. Muslim no. 1333

[13] Lihat Fiqhud Du’aa, hal. 168-169.

[14] Fiqhud Du’aa, hal. 169.

[15] Faedah dari penjelasan Syaikh Muhammad bin Umar Bazmul dalam Buhyatul Mutathowwi’ (soft file).

[16] Lihat Fiqhud Du’aa, hal. 169.

[17] Lihat Shahih Fiqh Sunnah, 1/427.

[18] Lihat penjelasan Syaikh Muhammad bin Umar Bazmul dalam Buhyatul Mutathowwi’ (soft file).