Thursday, May 7, 2009

Umpama Api Dalam Sekam - Risalah Syiah 1



Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)


SIAPAKAH SYI‘AH?
Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat.
'
Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.



SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

"Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan)."


Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.



AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

1) Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

2) Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

3) Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

4) Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

5) Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al- Istibsar j. 3 hal. 141)

6) Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

7) Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)



TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1) Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

2) Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

3) Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

4) Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5) Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6) Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7) Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

8) Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.

9) Memarahi orang yang puasa Asyura.

10) Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).



KALIMAH SYAHADAH SYIAH

"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammmad Pesuruh Alah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujah Allah .."




AZAN SYIAH
-penambahan kalimah dalam azan yang dilaungkan

1) (Aku bersaksi bahawa Ali adalah khalifah yang dilantik oleh Allah)

2) (Marilah ke arah sebaik-baik amalan)





*Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran. Puak Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya menganut fahaman Syi`ah



Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui laman web di bawah:
1. www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. www.abunaaielah.blogspot.com
3. www.tenteradajjal.blogspot.com
4. www.hakekat.com
5. www.kr-hcy.com/shia
6. www.ansar.org/english
7. www.alburhan.com/

Wednesday, May 6, 2009

Wanita Ahli Syurga Dan Ciri-Cirinya


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

'

Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga. Diantaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: “(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)

“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Surga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Surga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, diantaranya: “Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)
'
“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)
'
“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)
'
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau: “ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda: Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Diantara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Istri-istri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nombor 1557)



Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
'
Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Diantara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.
'
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
'
3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
'
4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
'
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
'
6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.
'
7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
'
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.
'
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.
'
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
'
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
'
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
'
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
'
14. Berbakti kepada kedua orang tua.
'
15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
'
Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Surga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman: “ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13).
'
Wallahu A’lam Bis Shawab.


(Petikan dari tulisan al ustadz Azhari Asri, judul asli Wanita Ahli Surga Dan Ciri-Cirinya. MUSLIMAH XVII/1418/1997)

Sunday, April 26, 2009

Lumrah kehidupan ; pujuk hati...


Sebagai insan kita senantiasa akan menghadapi suka duka sebenar kehidupan. Ianya umpama dan diibaratkan seperti roda. Adakala kita akan berada di atas dan adakalanya kita akan berada di bawah. Yang pasti kita tak akan berada terus pada satu tahap setiap masa. Lumrah alam ada ketika asam garam kehidupan pasti kita akan rasa selama mana ianya dinamakan kehidupan. Tetapi yang pasti semua persoalan itu andai dikemukakan pasti ada jawapannya. Sebab itu panduan utama kita umat Islam adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Semua dah termaktub di dalamnya dan hanya kita sahaja yang tidak mengekplorasi secara mendalam isi kandungan tersebut. Yang mengenali sesuatu produk adalah penciptanya. Perkara yang sama yakni yang lebih mengetahui hikmah sebenar apa yang berlaku pada manusia hanyalah Yang Maha Pencipta, Rabbul Jalil. Setiap persoalan kehidupan ada dinyatakan yang berkait rapat dengan kehidupan.




Lumrah kehidupan:
Bagi seorang pelajar di kebiasaannya kehidupan lebih difokuskan pada pelajaran yang menjadi keutamaan. Masa itu kalau yang aktif pastinya dalam masa yang sama persatuan, kelab dan sukan diselaraskan dalam aktiviti seharian. Sehinggakan ada sesetengahnya tersilap meletak keutamaan dalam bidang tersebut sehingga mengabaikan pelajaran. Apabila nak ambil exam baru masing-masing akan menjadi kelam kabut dan sebagainya. Bagi yang telah membuat persediaan mungkin akan berasa lebih tenang berbanding dengan yang belum bersedia. Sesetengah tu esok nak exam, baru malam ni pulun hingga tak tidur malam. Pelajar IPT biasanya adakalanya mengharapkan tips sedikit ehsan daripada pensyarah. Seterusnya apabila hasil keputusan yang diperolehi ada yang jatuh pointer dan ada yang naik. Di sini masing-masing akan menilai diri selama mana ada kesedaran untuk terus beri yang terbaik dalam konteks seorang penuntut ilmu. Ini kerana menurut pensyarah, tahap pointer juga memainkan peranan yang penting dalam menetukan kerjaya seseorang. Tapi kini apabila still keep in touch dengan sahabat-sahabat ada yang dulunya pointer agak rendah tetapi kini pekerjaan dah lebih daripada stabil dan ada pula yang dahulunya pointer agak tinggi dan baik, yang masih mencari pekerjaan pun ada. Tambah pula keadaan kini ekonomi agak kurang stabil.

Pujuk hati:
Alam pelajarlah kalau dinilai adalah alam yang paling menyeronokkan. Kalau diimbas kembali kini seperti nak je kembali ke zaman-zaman tersebut. Suka duka alam tu pastinya membuatkan kita tak akan lupa sampai bila-bila untuk dikenang. Bertemu sua dengan rakan-rakan pastinya akan disingkap kenangan-kenangan yang lalu. Yang pasti semuanya kini hanya tinggal kenangan dan ianya tak akan dapat kita kecapi lagi seperti dahulu. Andai ada sekalipun mungkin dengan perjumpaan reunion bersama batch atau sesi tahun kita di sana. Apabila melangkah ke alam pekerjaan apa yang dapat nak diperkatakan semuanya bergantung akan rezeki yang telah Allah tetapkan dan sijil, tahap pendidikan dan pointer sebenarnya boleh dikatakan juga sebagai platform untuk kita capai apa yang kita hajatkan. Yakinlah, rezeki setiap anak adam itu sudah ditentukan. Apapun kita disuruh untuk terus berusaha kerana usaha adalah perintah Allah dam Rasul. Dengan apa yang dikurniakan sekarang walaupun memang kurang berbanding dengan yang lain, tetapi jika kita ikhlaskan untuk cari keredhaan Allah pasti ianya diberkati. Apapun bersyukur dengan apa yang ada kini walaupun mungkin tidak setara mana nak bandingkan dengan kawan-kawan yang lain, paling tidak kita masih lagi diberi peluang atas apa yang telah Allah takdirkan buat kita.



Lumrah kehidupan:
Dalam konteks ilmu juga apabila dinilai sememangnya diri ini jauh bezanya daripada teman-teman yang lain. Tahap keilmuan diri amat ketara umpama langit dan bumi. Adakala kita cuba untuk mengetahui lebih lanjut apa yang bermain di fikiran dan beberapa isu-isu yang agak panas dan pelik. Apapun andai sesuatu perkara kita tidak ketahui, kita disarankan untuk merujuk kepada yang ahli. Mungkin juga bagi sesetengah teman yang diberi oleh Allah kelebihan untuk mendalami bidang-bidang tersebut itulah yang menjadi tempat untuk kita rujuk. Alhamdulillah, ramai juga yang cuba membantu dan dalam masa yang sama juga ada di kalangan ilmuan muda ini sebaliknya. Bukan niat untuk timbulkan topik yang pelik dan jauh sekali untuk cuba mengelirukan orang tetapi ada juga yang mengatakan adakah soalan yang dilontarkan cuba untuk menguji keilmuan mereka. Malah ada ketikanya apabila pandangan dilontarkan kepada yang lebih tua antara maklum balas yang diterima adalah orang muda memang nak tunjuk pandai dan sebagainya. Orang tua lebih dahulu makan garam berbanding orang muda kini yang baru setahun jagung dah mula nak mengajar pula.

Pujuk hati:
Kadang-kadang terpikir mengapa perlu segelintir golongan ilmuan muda seperti ini berfikiran sedemikan rupa? Memang diri ini sedar akan kekurangan ilmu ini di dada tetapi bukankah dengan apa yang kita paham dan kita sampaikan akan membuatkan kita lebih arif dan mengimbas kembali apa yang selama ini ada dalam cabang ilmu pemikiran yang dipelajari. Kadang-kadang apa yang diinginkan adalah pandangan mereka bukan untuk menguji apa yang mereka paham dan kita cuba memperlekehkan mereka. Siapalah kita untuk cuba buat sedemikian kerana sememangnya kita akui yang mereka lebih alim daripada kita dan kita ini hanyalah orang awam dan kebanyakan sahaja. Apapun setiap diri individu dapat menilai apa yang boleh da mampu untuk itu. Pastinya orang awam seperti kita akan cuba untuk berkongsi dengan orang alim yang lebih bersifat keterbukaan untuk penerimaan sesuatu pendapat berkaitan akan sesuatu isu yang dilontarkan. Kepada golongan yang lebih tua, kami orang muda ni kurang sangat ilmu di dada dan pastinya apa yang cuba dilontarkan bukan bermaksud nak mengajar cuma menyampaikan apa yang pada kami itu yang sepatutnya kita jadikan panduan dan asas dalam keyakinan. Kalau dengan penyampaian kami itu buatkan keterasaan di hati, kemaafan yang dipohon untuk itu.


Lumrah Kehidupan:
Apabila membabitkan hubungan bersama teman-teman dan umumnya sesama manusia apa yang akan cuba digariskan sejauh mana kita mampu untuk jaga ukhwah yang terjalin. Lumrahnya dalam perhubungan juga akan ada pro dan kontranya sesuatu hubungan. Tetapi bagi yang tahu erti sebenar akan cuba untuk jaga sebaik mungkin kerana hubungan ikhlas kerana Allah pastinya adalah untuk selamanya. Yang pasti sebagai teman, adakalanya kita tak dapat nak penuhi semua hajat. Mungkin dengan asbab itu membuatkan orang akan terasa hati dan sebagainya. Itulah antara kelemahan diri bagi sesorang yang bergelar insan. Dahulunya susah senang dihadapi bersama tetapi kini apabila kebahagiaan dan kesenangan dikecapi maka dilupakan yang dahulunya. Mungkin juga dahulunya kita tak mampu untuk beri penghargaan yang lebih berbanding orang lain yang sememangnya lebih mampu untuk itu. Penilaian bukan kita yang buat tetapi diri teman yang menerima itu sebenarnya. Walaupun ada ketika kita berasakan yang kita telah memberi yang terbaik, hakikatnya masih belum memenuhi apa yang diharapkan oleh teman.

Pujuk hati:
Apapun kita disarankan agar menjaga baik hubungan silaturrahim dengan sesiapa sahaja kenalan yang kita kenal. Apapun bergantung kepada diri individu itu sendiri. Bagi kita yang cuba menghargai adakalanya mungkin disalah ertikan dan sekiranya kehadiran kita atas tiket ukhwah itu boleh mengganggu hidup orang, mengapa perlu kita bersedih diri walaupun keikhlasan kita disalah ertikan. Ada benarnya kata bak kata orang teman ini datang dan pergi. Mungkin juga dalam proses tersebut teman lain yang lebih tahu menghargai dirinya datang, maka proses kepergian bagi teman yang kurang menghargai akan berlaku. Apapun sebagai teman dan sahabat hanya doa yang dapat kita kirimkan pada teman agar kehidupannya senantiasa bahagia dan dipermudahkan Allah dalam semua urusan. Walaupun kini kita dilupakan hatta dibuang dari kamus hidup mereka tetapi yang pasti sebagai orang yang pernah kita bersahabat, doa kita senantiasa diiringi buat mereka untuk selamanya. Itu yang disarankan oleh Nabi saw agar mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat dan juga umat Islam yang lainnya. Kepentingannya hubungan sesama manusia ditekankan kerana dosa kita dengan sesama manusia ni hanya tuan yang empunya badan mampu untuk memberi kemaafan barulah ianya diterima Allah. Penganiayaan dan sebagainya perlu dielakkan agar kita tak berhutang apa-apa dengan manusia setelah akhir hayat kita menemui Allah.





Lumrah kehidupan:
Sesungguhnya penilaian orang terhadap diri sebenarnya berbeza. Lumrah kehidupan kini sememangnya keadaan diri seseorang dijadikan ukuran penilaian. Kalau dibahaskan memang akan mengatakan orang tak pandang harta dan sebagainya tapi realiti kini bukan lagi seperti itu. Sememangnya dalam pelafazan sesiapa sahaja mampu untuk melafazkan, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Bukan mudah seseorang itu untuk menerima diri insan lain yang sememangnya penuh kedhaifan dan kekerdilan diri. Dalam menyatakan di bibir, siapa sahaja mampu untuk itu tetapi dalam konteks pelaksanaan dan aplikasi bukan mudah seperti yang disangka. Perumpamaannya seperti bagi seorang pelombong sekiranya lombong emas sudah terhidang di depan mata mengapa perlu lagi dia terus dengan lombong gangsa yang sudah lama dia lombongi yang mana ianya sendiri tak tahu sejauh mana lombong gangsa ni mampu menampung kehidupannya berbanding lombong emas yang baru seperti yang sudah terhidang di depan mata. Andai kita letak diri pada tempat dan kedudukan seseorang pun pastinya itulah jua yang kita inginkan. Semua itu merupakan fitrah manusia dalam mencari kesempurnaan dan kesenangan dalam kehidupan.

Pujuk hati:
Apabila dinilai semula mengapa perlu kita bersedih hati akan apa yang berlaku pada diri dan apa pandangan orang dan masayarakat pada diri kita. Biar hina di mata manusia, tetapi jangan hina pada pandangan Allah. Biar seluruh orang di dunia ini membencimu tetapi jika bagi Allah, Allah menyayangimu pastinya hidupmu lebih bermakna daripada segalnya. Itulah kata-kata hukama dalam menyejukkan hati ini. Bila mana diri tak punya apa-apa, orang tak akan pandang berbanding orang lain yang punya kelebihan berbanding diri ini. Dari segi duniawi sememangnya diri tergolong dalam kalangan yang sederhana dan serba kekurangan. Apapun penilaian Allah pada hambaNya bukan dari segi tersebut tetapi adalah ketaqwaan diri inividu. Biarkan penerimaan orang terhadap kita dengan seaadanya dalam erti kata yang sebenar. Bukan mudah sebenarnya pengaplikasiannya pada masankini. Yang pasti semuanya adalah ketentuan yang telah Allah tetapkan berlaku dalam hidup kita sebagai hambaNya. Semua berlaku adalah mengikut fitrah kehidupan. Adakalanya ianya membuatkan kita berasa gembira, suka, duka, terkilan, sedih, pilu dan seribu satu perasaan yang ada bagi diri manusia. Apapun kita disarankan beri yang terbaik dalam kehidupan dan usaha untuk itu dilakukan. Hatta beberapa perkara yang sememangnya merupakan takdir yang Allah tetapkan sekalipun sejauh mana usaha kita untuk itu. Bak kata seorang teman, jatuh bangun seseorang dalam kehidupan ni sebenarnya bergantung atas diri sendiri. Orang lain walaupun yang rapat dengan kita hanya mampu merangsangkan semangat untuk itu sahaja. Semuanya atas diri sendiri untuk terus bangun meneruskan sisa kehidupan yang masih ada di depan mata. Walaupun semua kedhaifan dan kekerdilan diri tu ada pada diri tak bermakna kita akan terus dengan kedhaifan tersebut. Usaha akan terus kita lakukan untuk memperbaharui semua itu semampu mungkin. Apabila dinilai dengan orang lain yang berkerjaya mantap, gaji lebih banyak dan sebagainya patutnya kita bersyukur kerana dengan apa yang ada sekarang kita masih berada atas landasan dan tak berpaling pada jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Andai diberi akan kemewahan mungkin akan membuatkan kita lupa diri, lupa untuk rapatkan diri dengan masjid dan asyik dengan kerjaya sehingga mengabaikan kehidupan berkeluarga kerana siang malam cari duit untuk mantapkan kehidupan.
'
Semoga hala tuju kehidupan kini yang walaupun hanya cuba mengikut arus kehidupan masih terarah pada landasan yang satu dan moga ada pendamping untuk itu di kemudian hari sebagai backup yang sebenar dalam meniti hari-hari yang mendatang, InsyaAllah. Hanya kepadaMu Ya Allah kuserakahkan segalanya kerana Engkau Yang Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaMu ini....


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
'
KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216
'
KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286
'
KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA?
QURAN MENJAWAB: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” -Surah Ali-Imran ayat 139
'
KITA BERTANYA:
APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?
QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Ali-Imran ayat 200
'
KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” -Surah Al-Baqarah ayat 45
'
KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....” -Surah At-Taubah ayat 111
'
KITA BERTANYA:
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129
'
KITA BERKATA: BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI??!!
QURAN MENJAWAB: “.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”-Surah Yusuf ayat 12

*kita dan Quran adalah salinan daripada blog seorang sahabiah..


Wednesday, April 22, 2009

Akidah dan Manhaj Imam Asy-Syafie


Sebagaimana para ulama salaf lainnya, Imam Asy-Syafie membuat beberapa landasan (Kaedah) dalam menetapkan akidah. Kaedah di antaranya adalah sebagai berikut:

Kaedah pertama:
lltizam (komitmen) terhadap Al-Qur'an dan Sunnah dan mendahulukan keduanya dari akal. Mengambil lahiriyah Al-Qur'an dan sunnah dan menjadikan keduanya sebagai landasan dan sumber dalam menetapkan aqidah islamiyah. Apa yang ditetapkan oleh keduanya maka wajib diterima dan apa yang dinafikan oleh keduanya wajib untuk ditolak, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

" Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul- Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata", (QS. 33:36).

Imam Asy-Syafie berkata,
"Aku beriman kepada Allah Subhanahu wa Taala dan apa yang datang dari Allah Subhanahu wa Taala sesuai yang diinginkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Dan aku beriman kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam dan apa yang datang dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam sesuai dengan apa yang dimaksudkan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam".4


Kedudukan As-Sunnah menurut Imam Syafie dan bantahan beliau terhadap orang yang mengingkari sunnah sebagai hujah

Kedudukan As-Sunnah
Imam Asy-Syafie berkata,
"Semua yang datang dari sunnah merupakan penjelasan dari al-Qur'an. Maka setiap orang yang menerima Al-Qur'an, maka wajib menerima sunnah Rasulullah, kerana Allah Subhanahu wa Taala mewajibkan hamba-Nya untuk mentaati Rasul-Nya dan mematuhi hukum-hukumnya. Orang yang menerima apa yang datang dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bererti ia telah menerima apa yang datang dari Allah Subhanahu wa Taala, kerana Dia telah mewajibkan kita untuk mentaatinya".5

Beliau berdalil dengan sejumlah ayat di antaranya firman Allah Subhanahu wa Taala, "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Alquran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya",
(QS. 4:59).

Bantahan Imam Syafie kepada Orang yang Mengingkari Sunnah sebagai Hujjah Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mewajibkan kita untuk mengikuti sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam dan menyuruh kita mematuhi perintah dan menjauhi larangannya.

Tidak ada cara lain bagi kita untuk mentaati perintah Allah Subhanahu wa Taala tersebut kecuali dengan mengamalkan apa yang datang dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam dengan lapang dada dan bersih hati dari keinginan untuk menolaknya, serta pasrah pada perintah dan hukum-hukumnya. Seorang muslim memerlukan sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam untuk menjelaskan isi Al-Qur'an.
'


Pandangan Imam Asy-Syafie tentang Hadis Ahad

'
Hadis Ahad adalah hadis yang tidak memenuhi semua atau sebahagian syarat-syarat hadis mutawatir.6 Iaitu diriwayatkan oleh orang banyak yang menurut adat dan logika mereka tidak mungkin berdusta, dan diriwayatkan dari orang banyak dan menyandarkan hadis kepada sesuatu yang boleh dirasakan oleh indera.

Adapun kriteria hadis yang diterima oleh Imam Asy-Syafie adalah:
1. Sanadnya bersambung (tidak terputus).
2. Para perawinya adil.
3. Perawinya dhabit (tepat dan sempurna hafalannya).
4. Selamat dari syuzuz (riwayatnya tidak bertentangan dengan riwayat orang lain yang lebih tsiqah).
5. Selamat illat (cacat) yang membuatnya tercela. 7

Dengan demikian selama hadis itu sahih dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam, maka Imam Asy-Syafie akan menerimanya. Ketika ditanya tentang, sebagaimana jawaban beliau ketika ditanya oleh Sa'id bin Asad tentang hadis ru’yah (salah satu hadis ahad), beliau berkata, "Hai Ibnu Asad, hukumlah aku, baik aku hidup atau mati, jika aku tidak mengikuti hadis sahih yang datang dari Rasulullah, sekalipun aku tidak mendengarnya langsung".8

Dengan demikian maka Imam Asy-Syafie mewajibkan menggunakan hadis Ahad dalam seluruh perkara agama, dengan tidak ada pembedaan baik dalam masalah akidah atau lainnya, orang yang menolak hadis ahad tanpa alasan yang dibenarkan, merupakan satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.9

Kaedah kedua:

'
Menghormati Pemahaman Sahabat dan Mengikutinya


Imam Asy-Syafie berkata, "Selama orang mendapati Al-Qur'an dan As-Sunnah, maka tidak ada jalan lain baginya selain mengikutinya. Jika keduanya tidak ada, kita harus mengambil ucapan para sahabat atau salah satu dari mereka atau ucapan para imam seperti Abu Bakar, Umar dan Utsman. Ucapannya lebih patut diambil dari yang lainnya.”

Ilmu itu bertingkat-tingkat, di antaranya:


Al-Kitab dan As-Sunnah yang sahih.
1. Ijmak (kesepakatan) para ulama terhadap masalah yang tidak ada ayat atau hadisnya.
2. Ucapan sebahagian sahabat yang tidak ditentang oleh seorangpun dari mereka.
3. Ikhtilaf para sahabat dalam masalah tersebut.
4. Qiyas terhadap sebahagian tingkatan, tidak boleh mengambil selain Al-Kitab dan As-Sunnah selama keduanya ada, kerana ilmu itu hanya diambil dari yang lebih tinggi.10

Kenapa Mesti Mengikuti Sahabat?
Imam Syafie seperti yang dikutip oleh Imam Al-Baihaqi dalam Al-Risalah Al-Qadimah dari Al-Hasan bin Muhammad Az-Za'farani, Imam Syafie berkata, "Allah Subhanahu wa Taala telah memuji para sahabat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam dalam Al-Qur'an, Injil dan Taurat. Kelebihan mereka disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam tidak dimiliki oleh seorangpun selain mereka, mereka telah menyampaikan kepada kita sunnah Rasulullah. Telah mendampingi Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam di kala wahyu diturunkan, sehingga mereka mengetahui apa yang diinginkan oleh Rasulullah, baik yang umum maupun yang khusus, baik perintah, larangan, maupun bimbingan. Mereka telah mengetahui sunnah Rasulullah, sehingga mereka lebih unggul baik dalam ilmu, ijtihad, kewara'an, maupun fikiran. Pendapat mereka lebih baik kita ambil dibandingkan dengan pendapat kita".

Kaedah ketiga:
Menjauhi pengikut hawa nafsu, pelaku bidaah ahli kalam dan mencela mereka. Bidaah secara bahasa bererti mencipta dan mengawal sesuatu. Sedangkan menurut istilah, bidaah bererti cara baru dalam agama (yang belum ada contoh sebelumnya) yang menyerupai syariah dan bertujuan untuk dijalankan dan berlebihan dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa Taala.11

Imam Syafie membahagi perkara baru menjadi dua:
1. Perkara baru yang bertentangan dengan Al-Kitab dan As-Sunnah atau atsar (sahabat) dan ijma'. Ini adalah bidaah dhalalah.

2. Perkara baru yang baik tetapi tidak bertentangan dengan Al-Kitab dan As-Sunnah atau atsar (sahabat) dan ijma'. Ini adalah bidaah yang tidak tercela.

Inilah yang dimaksud dengan perkataan Imam Syafie yang membahagi bidaah menjadi dua iaitu bidaah mahmudah (terpuji) dan bidaah mazmumah (tercela/ buruk). Bidaah yang sesuai dengan sunnah adalah terpuji dan baik, sedangkan yang bertentangan dengan sunnah ialah tercela dan buruk".12

Hajr (Meninggalkan) Pelaku Bidaah Menurut Imam Asy-Syafie
Para Salaf menasihatkan agar tidak banyak bergaul dengan para pelaku bidaah. Imam Ad-Darimi meriwayatkan dalam sunannya dari Abu Qilabah, beliau berkata, "Janganlah kamu berteman dengan pengikut hawa nafsu dan janganlah kamu berdebat dengan mereka, sesungguhnya aku khuatir kalau kamu akan masuk terperangkap ke dalam pemikiran sesatnya atau menjadi ragu tentang apa yang telah kamu yakini".13

Imam Hasan Al-Bashri dan Muhammad bin Sirin juga berpesan, "Janganlah kamu berteman dengan pengikut hawa nafsu, dan jangan kamu berdebat dan mendengarkan mereka. Jangan berteman dengan pembuat bidah, kerana akan membuat penyakit di kalbumu".14

Inilah juga mazhab Imam Syafie, bahkan beliau meninggalkan Baghdad dan pindah ke Mesir kerena munculnya aliran muktazilah yang telah berhasil mempengaruhi negara. Beliau berkata, "Saya tidak akan berdebat dengan seorangpun yang saya yakini bahawa ia tetap dalam kebidaahannya".15

Imam Asy-Syafie bahkan mengkafirkan sebahagian pelaku bidaah yang jelas-jelas sesat seperti orang yang mengatakan al-Qur'an adalah makhluk. Sebagaimana perkataan beliau kepada Hafs Al-Fard yang mengatakan bahawa al-Qur'an adalah makhluk. Imam Syafie berkata, "Engkau telah kafir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala".16

Imam Asy-Syafie juga berkata, "Jika engkau melihat pengikut hawa nafsu terbang, aku tidak akan percaya kepadanya, sungguh benar perkataan seorang penyair: "Bila engkau melihat orang boleh terbang, dan berjalan di atas lautan, tetapi ia melanggar batas syariah. Maka, ia adalah orang yang diistidraj dan ia adalah pelaku bidaah".17



4 Majmu' Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, IV/2, VI/354
5 Ar-Risalah, hal.32-33
6 Syarah Nukhbatul Fikar, Ibnu Hajar AL-Asqalani hal. 4-8
7 Syarat-syatat ini sesuai dengan yang ditetapkan oleh ulama hadts, lihat Ikhtishar 'Ulumul Hadis, hal. 10,
Tadrib N-Raawi, hal. 22 dan lamahaat fi Ushul AI-Hadis, hal.11
8 Manaaqib Asy-Syafie, 1/421
9 Al-Risaalah, hal. 459460
10 Kitab Al-Umm, 5/265
11 Kitab Al-I’tisham, l/36
12 Hilyah al-Auliya', 9/113, dan Al-Ba'its 'ala InkarAI-Bida', hal. 15
13 Sunan Ad-Darimi, 1/108
14 Al-Bda' wa An-nahyu 'anha, Ibnu Wadhdhah, hal. 47
15 Manaqib Asy-Syafie, Imam AL-Baihaqi, 1/175
16 Ibid, I/407
17 Ibid, I/407



*suntingan daripada Ringkasan Akidah dan Manhaj Imam Syafie oleh Ustaz Nurul Mukhlishin Asyrafuddin, Lc, M.Ag

Monday, April 20, 2009

Hari Mingguku..


Semalam masaku di sebelah siangnya dihabiskan dengan aktiviti rondaan ke KL. Cuba untuk dapatkan penyertaan seorang dua rakan tapi asbab-asbab yang teknikal maka akhirnya aku bergerak seorang diri. Bukan tak biasa, malah dah menjadi kebiasaan sangat. Bermula terus ke Lowyat mencari barang yang sudah agak lama aku plan yakni earphone kerana yang sedia ada kini agak bermasalah sedikit. Walaupun ianya tidak merupakan keutamaan, tapi ada asbab lain juga yang menyebabkan aku ambil keputusan untuk terus ke sana. Setelah mendapatkannya dan masuk waktu Zohor, aku terus melakukan solat di surau dalam bengunan Sungai Wang Plaza. Ini pun aku tau yang ada surau dalamnya setelah rakanku, Faizal teman ACCP dahulu sewaktu aku pergi ke Lowyat untuk membeli laptop yangg kini masih lagi aku guna. Kalau tak mungkin aku sendiri tak pasti dalamnya ada surau dengan keadaan persekitaran non-muslim yang ramai dan sebagainya.

Setelah itu aku teruskan langkah menuju ke PWTC. Ini matlamat utama aku turun untuk kali ni kerana ada pameran buku antarabangsa di sini. Sebetulnya aku sendiri tak tahu akan adanya pameran buku ni, tetapi diingatkan oleh seorang teman. Untuk pengisian waktu yang terluang, aku teruskan niat untuk ke sini hatta seorang diri. Lagipun sekarang memang semua urusan lebih kepada persendirian. Terima seadanya semua ini dengan hati terbuka. Masuk je PWTC melalui pintu bawah ni perkara utama akan terlintas adalah mengingatkan aku akan sesuatu. Sebenarnya beberapa tempat yang kalau aku turun ke KL ni akan buat hati ni sikit berdetik seperti PWTC, jalan masjid india, pudu, Masjid Negara, lrt dan beberapa tempat yang lain. Aku sendiri tak pasti sampai je tempat-tempat sebegini akan mengingatkan aku akan sesuatu. Itulah KL bagi aku ni. Semuanya nostalgia aku yang akan aku kenang sampai bila-bila. Untuk ini akan aku lampirkan dalam artikel yang lain nanti InsyaAllah.

Berbalik kepada topik di atas tadi. Setelah meletakkan motosikalku, aku terus mengikut hala tuju yang sama dengan orang ramai menuju ke dalam. Tiba-tiba matku terpandang sesorang yang aku kenali yakni sahabat UTEM merangkap teman serumahku, Rustham bersama ‘temannya’ yang baru melintas jalan menuju ke tempat yang sama. Hajat hati ingin terus tegur tetapi asbab sudah ter kehadapan aku biarkan dengan harapan mungkin akan bertemu di dalam nanti. Akhirnya memang dengan izin Allah aku bertemu dengannya juga di sana. Untuk terus tidak mahu mengganggu, langkah ku teruskan mencari buku-buku yang aku rasa wajar untuk aku tambah koleksikan walaupun banyak juga yang ada dalam simpanan belum habis ku baca. Tapi sungguh, bak kata orang alim jangan kita terlalu berkira untuk membeli buku ni walaupun mungkin kita belum mampu habis membaca tetapi yakinlah dengan peninggalan buku ini andai ianya dimanfaatkan kelak oleh anak cucu kita pastinya ia akan memberi saham buat kita di alam barzakh kelak, InsyaAllah. Semuanya mungkin Cuma harapanku buat masa ini yang aku sendiri belum mampu untuk aplikasikan.

Keadaan di dalamnya seperti biasa penuh dengan pelbagai reaksi dan kerenah pengunjung. Ada juga yang sesetengahnya dah mengambil tempat di tepi-tepi dinding hatta atas lantai untuk berehat memandangkan keadaan dalam yang berkapet. Pesta buku antarabangsa kali ini sebenarnya masih di awal kerana tarikhnya bermula daripada 17hb April 2009 hingga 26hb April 2009. Bagi teman-temanku yang belum berkesempatan, masih ada ruang waktu andai masih beminat untuk ke sini. Target mulaku adalah untuk dapatkan buku majalah I yang mana satu tajuk dahulu yang menarik bagiku yang tidak aku berkesempatan untuk membelinya. Dahulu mungkin aku jadikan majalah ini sebagai majalah bulananku, tetapi kini tak lagi asbab kekangan masa dan tempat untuk aku dapatkan. Aku kini lebih kepada sumber internet untuk dapatkan sebarang info ilmiah yang agak banyak diperoleh hingga aku sendiri belum berkesempatan untuk membacanya secara total. Itupun banyak yang tak aku terbaca. Sesetengah tu mana yang agak rapat denganku cuba untuk aku kongsi bersama info yang ada sekadar mana yang aku rasa mereka boleh dalam penerimaan info tersebut.

Majalah I bulan November 2008 dan buku Hidayah, karangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat


Fatwa Adab dan Fatwa Jin & Sihir oleh Muhammad bin Soleh Al-Munajjid, Muhammad bin Soleh Uthaimin dan Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
'
Setelah berpusing-pusing beberapa kali tanpa rasa perlu lagi aku peningkan kepala dengan merimaskan diri berhimpit-himpit dengan orang ramai aku terus ambil keputusan untuk beredar. Masa menunjukkan masa masih awal, maka aku ambil keputusan ziarah abang Rosman di rumahnya di Sentul Timur tempat di mana aku berada semasa mengambil kursus di Cosmopoint ni. Abang Man merangkap teman dan abang bagiku yang banyak juga suka duka aku kongsikan bersama. Sepanjang di KL ni, dia antara tempat dan orang aku kongsi dan minta pandangan. Sempat juga muzakarah beberapa topic yang menarik yang aku cuba lontarkan dan huraian diberikan mengikut pemahamannya. Antara pendekatan yang cuba aku aplikasikan dalam cuba untuk mengetahui pandangan orang lain berkaitan sesuatu isu. Setelah itu aku meminta diri untuk beransur pulang semula ke Subang kerana malam harinya ada kuliah di Masjid Subang Perdana. Selagi mana ada masa untuk itu, aku perlu luangkan masa semampu mungkin kerana banyak sudah masa yang diambil ketika sibuk sehinggakan tak sempat nak pergi mana-mana majlis ilmu. Doaku yang selalu ku panjatkan adalah agar kehidupan yang sementara ni agar Allah mudahkan urusan duniawi aku dan dalam masa yang sama agar aku tak melupai akan destinasi akhirku yakni urusan akhirat agar aku beratkan dan tidak memandang enteng akan perkara ini asbab kerjaya dan sebagainya..

Metode pemikiran Sheikul Islam Ibnu Taimiyah Dalam Usul Fiqh


Berbicara tentang manusia dengan posisinya sebagai makhluk sosial kita sebagai manusia yang beriman hendaklah tidak mengabaikan sebuah disiplin ilmu yang dengannya manusia dituntun dan dipimpin untuk hidup denga cara yang mulia di mana ilmu tersebut adalah Fiqh. Kedatangan Islam membawa perubahan yang sangat bererti bagi bangsa Arab dan seluruh bangsa pada umumnya. Selain mengusung akidah tauhid dan konsep moral, fiqh juqa merupakan bidang pokok dalam Islam meskipun istilah Fiqh belum muncul pada masa Nabi Muhammad dan para sahabatnya. Tetapi tidak bermakna kita mengatakan aktiviti kehidupan pada masa itu adalah kehidupan yang tidak ideal menurut Fiqh. Ini perlu difahami terlebih dahulu agar tidak berlaku kekeliruan dalam memahami apa yang akan diperbincangkan.

A. Ibnu Taimiyyah dengan Metodologi nya Dalam Memahami Al-Qur'an
Kenapa kita mengawali dengan maudhu' ini?. Karena maudhu' ini adalah sebuah metode dalam penafsiran Al-Qur'an yang dipakai oleh beliau sebagai titik tolak atau dasar dalam mengemukakan pendapat-pendapat beliau mengenai sifat-sifat Allah, akidah, fiqh dan semua hal yang berhubungan dengam pemikiran Islam.

Di sini kita akan memperbincangkan sebahagian daripada metode pemikiran serta pendapat-pendapat beliau secara peribadi dan daipada sini kita akan menemukan bahawa corak pemikiran tokoh agama sama seperti ulama-ulama yang berada atas manhaj salaf. Catatan pertama yang perlu kita garis bawahi, bahwasanya dalam metod pemikiran sebagai berikut1:

Beliau merungkaikan dalam tiga topic asas sebagai berikut1:
a. Penafsiran Al-Qur'an dengan Sunnah Rasulullah SAW.
b. Penafsiran Al-Qur'an yang dirangkai oleh para sahabat.
c. Penafsiran Al-Qur'an yang dirangkai oleh para Tabi'in.

Penafsiran Al-Qur'an dengan Sunnah Rasulullah SAW. Beliau beralasan dengan keyakinan bahwasanya Nabi telah menjelaskan semua isi yang terkandung daripada Al-Qur'an itu sendiri. Beliau tidak meninggalkan sedikitpun ayat-ayat yang memerlukan penjelasan dan perincian dan tidak pula Ayat yang Mujmal (umum) yang perlu dibatasi dan tidak pula Ayat yang Musytarok (Bersekutu) yang perlu dijelaskan. Dan keyakinan tersebut bagi beliau (Ibnu Taimiyah) adalah sebahagian daripada iman kepada Al-Qur'an atau apa yang datang dari Nabi Muhammad SAW sebagaimana Firman Alloh dalam Surat An-Nahl yang bererti "Supaya kamu (Muhammad) menerangkan pada umat manusia apa yang di turunkan pada mereka.2

Penafsiran Al-Qur'an yang telah dirumuskan oleh para Sahabat karena merekalah orang-orang yang bertemu secara langsung dengan Nabi. Nabi mengajari Al-Qur'an dan apa yang terkandung di dalamnya seperti masalah Akidah, Sosial, Hukum, makna dan lafaz-lafaz yang terkandung di dalamnya. Beliau juga yakin bahwa para sahabat belajar Al-Qur'an beserta denga makna yang terkandung di dalamnya dan jikalau mereka hafal Al-Qur'an maka dapat dipastikan pula telah hafal makna-maknanya sekali.

Penafsiran Al-Qur'an oleh para Tabi'in iaitu generasi setelah Sahabat yang masih diakui keoriginalannya sebagaimana yang di riwayatklan oleh Mujahit (Tabi'in), "Saya belajar Al-Qur'an dari Ibnu Abbas, saya selalu bertanya pada tiap-tiap ayatnya.” Oleh karena hal ini, mereka para imam mazhab menggunakannya sebagai rujukan seperti Imam Syafie, Bukhari, Ahmad Bin Hambal dan lain sebagainya.Maka dari sinilah Ibnu Taimiyah berkeyakinan bahwa penafsiran Al-Qur'an telah sempurna. Mereka tidak meninggalkan pemahaman sedikitpun yang masih perlu untuk di tafsirkan.

B. Ibnu Taimiyah Tidak Ta'asub Pada Salah Satu Madzhab
Beliau menghargai dan memberikan penghargaan setinggi-tingginya kepada para Imam Mazhab dalam berbagai upayanya berijtihad mentransformasikan perintah-perintah dan larangan-larangan Allah yang selanjutnya terangkum dalam berbagai disiplin ilmu keislaman yang mereka pelajari dan teliti melalui beberapa pencarian secara bersungguh-sungguh yang hasil daripada kajian tersebut telah diakui oleh para 'Ulama' sebagai sebuah hasil karya yang memang pantas untuk di pertanggungjawabkan. Walaupun demikian, beliau tidak Ta'asub pada mereka dengan memberikan seluas-luasnya pintu berijtihad jikalau memang dipandang masih ada kebenaran yang perlu untuk digali dan dirungkai yang tentunya hal tersebut memerlukan sebuah disiplin ilmu yang tidak sedikit3. Dari sini timbul sebuah tanda tanya mengapa beliau tidak Ta'asub dan beliau lebih mengutamakan pendapatnya Imam Ahmad Bin Hambal. Beliau lebih mengutamakan pendapatnya Imam Ahmad Bin Hambal daripada pendapat para Imam lainnya karena pandapatnya lebih dekat Sunnah.

Beliau pantas disebut sebagai Pioneer yakni pelopor pencari Syari'at Islam yang hakiki. Beliau tidak membentuk orang untuk berta'asub sekalipun ia hidup di sisi seorang Imam yang termashur dan diakui keilmuannya. Oleh karena beliau tidak membentuk pencari kebenaran untuk ta'asub dengan mengikuti salah satu dari beberapa mazhab selama kebenaran di pandang masih ada pada madzhab yang lainnya.

Dalam hal ini Beliau berkata : Kebanyakan manusia bahwa tumbuh kembang mereka menurut pada keyakinan bapa mereka atau tuan mereka atau lingkungan tempat tinggal mereka sebagaimana seorang anak kecil yang mengikut pada agama kedua orang tuanya ,tuannya dan penduduk sekitarnya. Kemudian jikalau ia telah meningkat dewasa (Baligh), maka wajib baginya menjalankan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya di manapun dia berada dan seharusnya dia tidak termasuk dalam golongan orang–orang yang jika di katakan pada mereka ikuti dan laksanakan apa yang di turunkan (perintahkan) oleh Allah SWT. Tetapi mereka berkata kami hanya mengikuti apa yang kami dapati dari nenek moyang kami. Maka barang siapa menyimpang daripada mengikuti Al-Qur'an dan Al-Hadits dan ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya dengan mengikuti kemahuan diri sendiri ,bapa atau penduduk sekitarnya. Maka dia termasuk dalam golongan kaum jahiliyyah dan begitu juga seseorang yang sudah dihadapkan padanya suatu masalah hak dari beberapa masalah yang hakiki yang telah diperintahkan oleh Allah melalui Rasul-Nya kemudian dia berpaling daripadanya kepada kemahuannya sendiri maka dia termasuk daripada orang-orang yang tercela.4

Dari sini jelaslah menunjukkan apakah beliau menyuruh semua orang untuk meninggalkan madzhab yang dianuti oleh mereka. Tetapi menurut beliau peluang untuk menelusuri sebuah kabenaran berkemungkinan berada pada madzhab lain sekalipun orang tersebut tidak memiliki peringkat ilmu yang memenuhi sebuah persyaratan dalam menggunakan sebuah Dalil.Maka dalam hal ini Ibnu Taimiyah membahagi manusia kedalam TIGA golongan5 :

1. Orang yang sudah jelas-jelas mengetahui keunggulan dan keutamaan daripada pendapat lain selain Imam Madzhab mereka iaitu dengan mengetahuinya Dalil-dalil secara terperinci, mengetahui yang lebih tepat daripada yang tepat dan dia memiliki penunjuk yang betul dengan mengetahui Hukum-hukum daripada Nas-nas Al-Qur'an dan Al-Hadits. Maka dari hal inilah sudah bagi seseorang tersebut mengikuti yang lebih Hakiki sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surat An-Nisa' Ayat 65 yang berbunyi :"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu Hakim dalam perkara yang kamu perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan ,dan mereka menerima dengan sepenuhnya. Dan didukung juga dengan Firman Allah dalam Surat Al-Ahzab Ayat 36 yang bererti: " Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan pula bagi perempuan yang Mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan ,akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.6

Bertolak dari hal tersebut di atas, jika seseorang sudah dianggap mampu dalam menggunakan sebuah Dalil dan mengetahui kebenaran pada Madzhab lain maka wajib baginya untuk mengikutinya.

2. Orang yang tidak memiliki kemampuan dalam menggali Hukum-hukum Syar'ie. Maka orang ini tidak mengikut Dalil tetapi mengittiba' pada orang yang soleh, mujtahid sekaligus Imam. Ibnu Taimiyah dalam hal ini berkata : Oleh karena banyak Hukum-hukum yang tidak diketahui oleh manusia, maka hendaklah manusia merujuk kepada Alim 'Ulama' karena mereka lebih mengerti apa yang dikatakan dan dimaksudkan oleh Rasul. Oleh karena para Imam Mazhab yang mereka ikuti adalah perantara jalan atau petunjuk antara umat Islam dan Rasulnya. Mereka adalah penyampai apa yang di katakana Rasul.

3.Orang yang berpindah dari satu mazhab ke mazhab lain tanpa disertai Dalil. Padahal mereka ahli dalam menggunakan Dalil. Serta mereka melaksanakannya tanpa adanya halangan yang Syar'ie dengan menganggap mudah masalah tersebut.

C. Mengutamakan Hadits daripada Madzhab
Ibnu Taimiyah meninggalkan madzhab untuk mempertahankan Hadits dan berkata: Bahwasanya orang yang percaya ketulenan Hadits maka dia wajib mengambilnya sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surat An-Nisa' Ayat 59 yang berarti: Jikalau kamu berlainan pendapat tentang sesuatu hal, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul-Nya (Sunnah).

Maka dari hal di atas tidak wajib bagi seseorang untuk ta'asub pada salah satu mazhab kecuali Sunnah Rasul SAW. Para "Ulama' Salafussoleh sejak zaman para Sahabat sampai pada masa para Imam Mujtahid menganggap pandapat seseorang itu sah,jika pendapatnya sesuai dengan Sunnah Rasul SAW. Ada sebuah riwayat yang menyatakan bahwasanya Ibnu Abbas berdiskusi serta membahas masalah "Nikah Mut'ah" yang di Da'wahkan hal tersebut pernah diperbolehkan dalam islam dan di katakana kepadanya bahwasanya Abu Bakar dan Umar telah menghukuminya tidak sah7.

D. Kaedah-Kaedah Manhaj Salafi Dalam Pemikiran Islam
Menurut sejarah yang dimaksudkan dengan Salafi adalah para Sahabat dan para Tabi'in sampai pada awal-awal abad ketiga Hijriyah. Mazhab Salaf sebagai suatu disiplin ilmu yang dianuti oleh umat Islam pada waktu itu. Di antara Imam Madzhab tersebut adalah Sofyan Al-Tsauri, Lais Bin Sa'd, Abdulloh Bin Mubarak, Imam Bukhari, Imam Muslim dan sebagainya. Mazhab tersebut dianut dari generasi ke generasi tanpa menimbulkan suatu Bid'ah sebagaimana yang di lakukan oleh kaum Khawarij, Syi'ah, Murji'ah, Qadariyah, Mu'tazilah dan lain sebagaimya8. Munculnya istilah Salaf berawal dari adanya pertentangan mengenai masalah Ushul Al-Din (pokok-pokok Agama). Antara golongan ahli kalam dan golongan Asosiasi 'ulama' Al-Soleh, di antara pegangan Quwa'id 'ulama Salaf Al-Soleh sebagai berikut :

1. Mendahulukan Syara' daripada Akal
Kaedah inilah yang pertama kali menjadi panduan dan pedoman mereka di dalam memahami dan menafsirkan Al-Qur'an. Misalnya dalam masalah ketuhanan, mereka tidak memberatinya. Mereka mengartikan Al-Qur'an secara zahir. Mereka lebih mengutamakan Al-Qur'an dan Al-Hadits kemudian pendapat para Sahabat (karena wahyu turun pada masa-masa mereka). Maka secara automatiknya mereka lebih tahu Ta'wilnya daripada para 'Ulama' pada masa-masa berikutnya. Mereka semua lebih serasi danmemahami dalam masalah-masalah keagamaan. Oleh karena itu Bid'ah tidak berlaku pada masa mereka9.

Maka dari sini menampakkan ciri-ciri pengikut Salafi,mereka adalah ahli Hadits, Khufad, Ahli meriwayatkan Hadits dan lain sebagainya. Sebagaimana mereka kutip dalam Al-Qur'an Surat Al-Nisa' Ayat 115 ,yang bererti lebih kurang sebagai berikut :Dan barang siapa tidak mengikuti jalannya orang-orang Mu'mi , kami biarkan ia berleluasa dengan kesesatan yang telah d kuasainya itu, kami masukkan mereka kedalam jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali10.

Mereka mengatakan berbeda dengan Ahli Kalam dalam masalah Syara' dengan menundukkan dan memposisikan akal di bawah Syara'. Mereka lebih mengutamakan riwayah daripada kepandaian dan rabaan akal. Maka dari sini sudah jelas bahawa dasar akidah mereka dalam Iman kepada sifat-sifat dan nama-nama Allah SWT tanpa adanya penambahan dan pengurangan dan tidak mahu menakwilkan apa-apa yang sudah jelas bagi mereka.

2. Menolak Ta'wil
Ta'wil menurut 'Ulama' kalam secara umum adalah suatu metod pengambilan Hukum dengan mengedepankan akal atas Syara'.11 Jikalau ada pertentangan antara keduanya dalam mena'wilkan Nas, mereka lebih mengutamakan akal. Akan tetapi Salaf sebaliknya. Sebagaimana kenyataan yang dikemukakan Syaikhul Al-Islam : Gunakanlah Hukum-hukum Ayat Al-Qur'an dan Al-hadits12. Menurut Dr. Ghomrowi , : Akal lemah untuk mengerti dan memahami kebenaran-kebenaran yang di paparkan Agama , karena agama bersumber dari pencipta semua makhluk semesta alam.13

E. Penggunaan Ayat-Ayat Al-Qur'an Sebagai Dalil
Al-Qur'an memiliki Thorikoh dalam penggunaan Dalil. Di antaranya menganjurkan manusia untuk melihat dan menyaksikan ciptaan tuhan yang begitu besar yang berupa Langit dan Bumi beserta isinya dan juga menganjurkan serta mendorong untuk membuka rahsia-rahsia menakjubkan penciptaan Makhluk yang tiada lain penciptanya hanya Allah SWT semata. Kemudian daripada itu anjuran memuliakan 'Ilmu dan 'Ulama'. Pada awal-awal masa sejarah pemikiran Islam para pengkaji keislaman tidaklah lebih berleluasa kecuali hanya tetap berpegangan pada Al-Qur'an dan Sunnah dalam pengambilan Dalil dan petunjuk dalam berbagai permasalahan kehidupan mereka sehari-hari dan mereka telah tenggelam dan terfokus dalam bacaan dan hafalan serta menekuni penafsiran secara zahir dan mempraktikkan hukum –hukumnya. Selain daripada itu mereka menggali dan mempergunakannya (Ayat – Ayat Al-Qur'an) melalui kaedah-kaedah cara pandang akal dan mengambil daripadanya gambaran hakikat alam Ghoib14.

Tidak ada satu permasalahan pun dari masalah-masalah Kalam dan Falsafah yang mereka bicarakan pada masa itu sebagaimana di tuturkan Syaikh Al-Islam. Semuanya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an dan Al-Qur'an pun telah memberikan ketetapan, penjelasan tentang Zat Allah dan Sifat-sifat-Nya serta masalah-masalah Tauhid, Kenabian, Hari Akhirat, manusia dan awal mula penciptaannya, Takdir, sejarah para Nabi, sejarah manusia, kepastian adanya Alam Ghaib seperti Malaikat dan Jin. Akhirat dan lain sebagainya sebagaimana diterangkan dalam Firman Allah SWT yang berarti : Sesungguhnya dari penciptaan Langit dan Bumi, silih bergantinya malam dan siang , bahtera yang berlayar di Laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air Dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya) dan Dia sebarkan di Bumi itu segala jenis haiwan serta pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara Langit dan Bumi. Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keEsaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan15.

F. Usul Fiqh
Sudah merupakan keharusan bagi para Imam Mazhab Usul sebagai Maraji' dalam menggali Hukum- hukum Syar'ie. Begitupun Imam Ibnu Taimiyah memiliki sebuah mazhab yang sudah banyak dikenal seperti yang lainnya. Akan tetapi ijtihad yang di lakukan oleh beliau lebih cenderung pada ijtihad yang di \lakukan oleh Imam Hambali. Oleh kerena itu Usul Fiqhnya secara global lebih cederung dengan Usulnya Imam Ahmad Bin Hambal16 . Menurut Abu Abdillah Muhammad bin Abu Bakar, yang lebih dikenali dengan sebutan Ibnu Al-Qoyyim (Wafat tahun 751H) ada lima usul yang dipakai oleh Imam Ahmad Bin Hambal dalam Fiqh dan fatwa-fatwa nya. Di antara Usul-usul tersebut adalah17:
1. Nas (Al-Qur'an dan Al-Hadits)
2. Ijma' (Fatwa-fatwa Sahabat)
3. Jika para Sahabat berbeda dalam pendapatnya, maka beliau lebih memilih pendapat yang lebih dekat dengan Al-Qur'an dan Al-Hadits.
4. Hadits Mursal.
5. Qiyas.

Kita tidak akan membahas lebih jauh Usul yang dipakai oleh Imam Ahmad Bin Hambal, tetapi akan lebih kita fokuskan pada Usul Ibnu Taimiyah. Di antara usul beliau adalah sebagai berikut :

'
1. Kitab dan Sunnah.
Tidak ada keraguan bagi umat Islam bahwasanya Al-Qur'an adalah pedoman pertama
bagi mereka yang mencakupi Akidah , Syari'at , Akhlak dan lain sebagainya. Dan adapun Sunnah adalah pedoman kedua setelah Al-Qur'an. Dalam hal ini beliau membahagilan Sunnah menjadi tiga bahagian18 :
'


Sunnah Yang Mutawatir. Iaitu Sunnah yang menafsiri Al-Qur'an secara zahir, jumlah solat lima waktu sehari semalam, jumlah rakaatnya, ukuran nisab zakat pada jenis harta yang berbeda, manasik Haji dan Umrah beserta tata-cara pelaksanaannya dan lain sebagainya.


'
Sunnah yang tidak menafsirkan Al-Qur'an dan juga tidak bertentangan dengan zahirnya. Akan tetapi datang dengan hukum baru, misalnya kadar nisab daripada pencuri, rejam bagi penzina dan hukum-hukum lain yang tidak dinas secara terperinci dalam Al-Qur'an.


'
Hadits Ahad yang sampai pada kita melalui riwayat yang tsiqoh dan bisa di terima. Ibnu Taimiyah menjadikan Hujjah dan Dasar daripada Ushul Fiqh dan wajib mendahulukannya daripada sumber-sumber lain yang datang setelahnya. Pendapat ini juga didukung oleh Ahli Ilmi yang diantaranya Ahli Fiqh, Hadits, Tasawuf dan lain sebagainya dan hal tesebut di ingkari oleh Ahli Kalam Dan Ahli Ro'yi19

2. Ijma'
Ijma' adalah sebuah cara dari beberapa cara mengambil Hukum-hukum Syar'ie dan posisinya setelah Kitab dan Sunnah. Ijma' merupakan kesepakatan majoriti para 'Ulama' dalam mengambil suatu Hukum yang mana Ijma' tersebut di awali oleh generasi para Sahabat, Tabi'in, serta generasi setelahnya. Di samping itu Ibnu Taimiyah menulis dalam Risalahnya tentang Mu'jizat dan Karomah; Dalam hal ini para ahli Ilmi berbeda pendapat tenang masalah Ijma' baru pada masa setelah masa Sahabat dalam berbagai permasalahan, seperti Ijma' nya para Tabi'in atas salah satu pendapatnya Sahabat dan Ijma' yang tidak musnah pada masanya sehingga sampai pada adanya perbedaan di antara mereka dan lain sebagainya20 .

Sebagaimana beliau masukkan dalam salah satu Fatwanya: " Makna daripada Ijma' adalah kesepakatan majoriti daripada 'Ulama' Islam atas suatu Hukum dari beberapa Hukum Agama, dan apabila Hukum-hukum tersebut telah di sepakati maka tidak ada dari salah satu mereka keluar daripada kenyataan yang mereka sepakati karena mereka tidak bersepakat dalam hal kesesatan. Akan tetapi masih adanya masalah-masalah yang disangka oleh Umat adalah Ijma' ternyata bukan begitu pula sebaliknya. Bahkan pendapat lain (selain Ijma') dianggap lebih unggul dalam pandangan Kitab dan Sunnah .

Dengan melihat dan memperhatikan huraian diatas, sudah semestinya Ijma' di jadikan Hujjah dan dasar daripada Usul Fiqh dan hal itu karena segala apa yang di sepakati oleh majoriti 'Ulama' mengenai Hukum-hukum Fiqh telah di Nas oleh Rasul SAW dan hal tersebut telah di jelaskan dalam Haditsnya. Akan tetapi hanya saja terkadang di ragukan oleh sebagian Umat. Maka dari itu Ijma' sebagai petunjuk daripada keutamaan pesanan tersebut dan oleh karena tidak adanya permasalahan – permasalahan yang telah disepakati keluar daripada Nas .

3.Qiyas
Sebagai salah satu landasan Hukum Islam. Qiyas menempati posisi setelah Ijma'. Akan tetapi Qiyas yang Sahih saja yang bisa dikatakan sejalan dengan Nas. Akibat daripada pengguanaan Qiyas sebagai Hujjah oleh sebahagian Sahabat , Rasulullah SAW telah menetapkan orang yang pertama kali dalam hidup beliau atas penerapan Qiyas dan hal itu sebagaimana dilaksanakan oleh Mu'az Bin Jabal ketika Rasul ingin mengutusnya ke Yaman dan Rasul bertanya : "Bagaimana kamu memutuskan suatu Hukum jika kamu di hadap pada suatu permasalahan21 "

Dan oleh karena sebaahgian Sahabat mengamalkan Qiyas , Ibnu Taimiyah berkata:, Dan telah diriwayatkan dari Ali dan Zaid bahwasanya mereka berdua menggunakan Qiyas. Maka barang siapa menyangka menyangka kesepakatan mereka meninggalkan penggunaan pendapat Qiyas, maka sangkaan mereka tidak benar. Dan barang siapa menyangka bahwasanya Qiyas termasuk daripada permasalahan yang tidak mereka (Ali dan Zaid ) bicarakan dan bahas kecuali dengan pendapat dan qiyas. Prasangka mereka telah salah. Akan tetapi mereka membicarakan dan membahasnya dengan didukung pengetahuan mereka ) sampai pada akhir ucapan beliau. Qiyas yang di anggap (dijadikan pedoman Hukum) oleh Imam Ibnu Taimiyah adalah Qiyas Sahih bukan Qiyas Fasiq yang sesuai dengan syari'at Allah SWT dan Rasul-Nya. Syari'at ini adalah Syari'at yang di sepakati dalam Hukum antara dua permasalahan yang sama. Memisahkan antara dua perbedaan dan hal itu tiada lain dengan mengqiyaskan dua hal yang sama dalam Illah (alasan ) bukan perbedaannya .


Rujukan:
1 .lih Abu Zahroh, Syeikh, Ibnu Taimiyah Hayatuhu wa ,Asruhu- Aro'uhu wa Fiqhuhu, hal. 178 cet
Daar al-Fikr al-Aroby, 2000, Cairo.
2 .al-Quran al-Karim. Surat Al-Nahl,juz 14, ayat 44.
3 .Abu Zahroh, Op Cit hal 289. Lih juga, al- Fatawi li Ibni Taimiyah, hal 202, cet Al-Kurdi.
4 .Ibid.
5 .Ibid, hal. 289-291.
6 .al-Quran Karim, juz:22, Surat al-Ahzab, ayat 36.
7 .Abu Zahroh, Op Cit. 289.
8 . .Henry Laoust, Nadzoriyat Syaikhul Islam Ibn Taimyah fi al-Siyasah wa al-Ijtima', hal. 31, Terjemah
. Muhammad Abdul Adzim Ali, Dar al- Anshor, thn.1976. Cairo
9 .Ibid. 32.
10 .Al-Quran al-Karim, surat al- Nisa, juz 05, ayat 115.
11.Henry Laust. Op Cit, hal. 34
12 .Ibid.
13 .Ibid.
14 .Ibid, hal 37.
15 .al-Quran al-Karim, surat al-Baqoroh, ayat.164.
16 . Muhammad Yusuf Musa, Dr, Ibnu Taimiyah, hal.168.Maktabah Masr,thn 1962, Cairo
17 .Rosyad Hasan Kholil, Diktat Al-Azhar, Syariah Islamiyah tingkat satu, Tarikh Tasyri' al-Islami, hal
267, cet 2004.
18 .Muhammad Yusuf Musa, Op Cit 170.
19 .Ibid,172.
20 .Ibid, hal. 174.
21 .Ibid, 179.


* suntingan karya saudara Rosyid Syamsuddin (Al-Fikr Study Club Cairo)

Thursday, April 16, 2009

Menangislah Di Sini..



Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang, menyaring segala suara yang menyapa telinga si ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya yang bemergemerlapan.
'
Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang,
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang,
Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid,
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."(Al Hasyr: 20)

Tangis adalah basahan hidup, justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi saw bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya, ita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun, Allah SWT telah berfirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216)

Sabda Nabi saw, "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"
jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata: "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Mas'ud r.a. berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah".

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah kita di sini, sebelum kita menangis di sana!!!.............
'
'
* adaptasi info daripada sumber internet..